bisness
Showing posts with label bisness. Show all posts

Shopping Barangan Baby Yang Berkualiti Dan Lain Dari Yang Lain Di Lovingly Signed

Monday, October 22, 2018

6 comments
Shopping Barangan Baby Yang Berkualiti Dan Lain Dari Yang Lain Di Lovingly Signed  |  Bila ada baby, saat yang paling seronok adalah time nak beli barang-barang keperluan mereka.. Mana tak seronok, bila tengok barangan baby yang comel-comel tu rasa macam nak beli semua sekali.. Baru-baru ni adalah seorang kawan aku ni yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi bertanyakan pada aku tentang tempat shopping barangan baby yang menarik.. Jadi, aku pun suggest la pada dia satu laman web ni yang menjual barangan baby yang berkualiti dan lain dari yang lain iaitu Lovingly Signed.. Aku memang suka usha barangan baby dekat laman web ni.. Semuanya comel-comel dan berkualiti.. 


Lovingly Signed merupakan sebuah laman web yang menjual pelbagai jenis barangan baby yang bertapak di Singapura...  Barangan baby yang dijual cantik, unik dan berkualiti.. Yang lagi bestnya, mereka juga menyediakan perkhidmatan delivery dan gift wrap untuk Personalized Baby Gifts.. Jadi, kita dah tak perlu nak bersusah payah pergi pasaraya dan sebagainya untuk mencari hadiah.. Bukak sahaja website Lovingly Signed ni, pilih barangan apa yang berkenan untuk dijadikan hadiah dan terus buat pembelian.. Lepas itu, mereka akan menghantar hadiah tersebut kepada si penerima.. Wahhh!! Mudah betul zaman sekarang ni kan..

Bukan setakat itu sahaja tau, di Lovingly Signed ni korang juga boleh customize barangan baby yang dibeli dengan menulis nama pada hadiah tersebut.. Ini akan menjadi lebih bermakna kepada kita dan juga si penerima.. Betul tak? Hehe..


Ini adalah antara gift hamper yang boleh didapati di Lovingly Signed.. Banyak lagi sebenarnya... Jadi, korang boleh pilih sendiri sama ada untuk baby girl, boy ataupun unisex.. Kalau belum tahu jantina baby, langkah selamat pilihlah yang unisex sahaja.. hehe.. 


Kalau korang nak tahu, inilah kotak hadiah yang digunakan untuk setiap pembelian hadiah di Lovingly Signed.. Kotak yang sangat berkualiti dan eksklusif... Semua hadiah yang dibeli akan hadir di dalam kotak hadiah Signature Lovingly Signed ini secara percuma.. Hah mesti korang nak tahu tentang penghantarannya pula kan.. Berapa kosnya?

Ok, untuk setiap pesanan yang dihantar di Singapura, penghantaran adalah percuma.. Tempoh penghantaran akan mengambil masa selama 3-5 hari.. Manakala bagi penghantaran antarabangsa pula, penghantaran adalah ke mana-mana destinasi seluruh dunia dengan cas penghantaran sebanyak SGD $25 sahaja dan jika pembelian melebihi SGD $250, penghantaran adalah percuma.. Penghantaran akan mengambil masa 4-8 hari menggunakan courier pilihan mereka..


Di Lovingly Singed korang tak perlu bimbang kerana material yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan designnya lain dari yang lain.. Jadi, korang akan dapat barangan baby yang unik sama ada untuk baby sendiri mahupun dijadikan hadiah untuk orang lain..  Semua baju di Lovingly Signed ini juga dihasilkan dari material 100% kain kapas yang boleh memberikan keselesaan kepada baby.. Peluh pun senang menyerap dan tidak panas... Barang apa yang ada di Lovingly Signed ni? Jom sama-sama tengok..

GIFT HAMPERS


CLOTHING


BLANKETS & TOWLES


TOYS & ACCESSORIES


Semua cantik-cantik belaka.. Rambang mata jadinya... Tak lama lagi kawan aku tu nak bersalin.. Jadi, aku bolehlah beli hadiah dari Lovingly Signed ni.. Mudah sikit kerja aku.. Tak perlu lagi nak masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk mencari hadiah baby.. Lagi pun apa yang membuatkan aku suka sangat dengan Lovingly Signed ni, barangan yang dijualnya lain dari yang lain.. Jadinya, kalau aku beli dari Lovingly Signed ni, confirm tak sama dengan orang lain.. hehe..

Oklah, kalau korang rasa ada adik beradik, sedara mara, rakan taulan atau korang sendiri yang akan menimang cahaya mata, aku sangat recommend korang shopping barang keperluan baby korang di Lovingly Signed ni sebabnya korang pasti akan berpuashati dengan kualiti barangnya.. Lagipun, semua barang yang dijual sangat cantik dan unik.. 

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram



Read More

Teknologi Urutan 4 Tangan Osim, Ulove 2 Menjanjikan Keseronokan Dan Kepuasan

Friday, October 19, 2018

3 comments
Teknologi Urutan 4 Tangan Osim, Ulove 2 Menjanjikan Keseronokan Dan Kepuasan | OSIM  kini  tampil  mencipta  terapi  urutan  terkini  dengan  melancarkan  kerusi  urut  terbaharunya,  uLove  2  yang  mempunyai  ciri-ciri  revolusi  Teknologi  Urutan  4  Tangan  di  One  Utama.


Sekali  lagi,  ikon  pop  popular,  Andy  Lau  (yang  sebelum  ini  pernah  menjadi  jurucakap  pertama  kerusi  urut  UDivine  OSIM  pada  tahun  2010),  telah  terpilih  untuk  menjadi  duta  uLove2.  Tiada  yang  lebih  baik  untuk  menggambarkan  kualiti  yang  luar  biasa  dan  inovasi  daripada  revolusi  kerusi  urut  ini  selain  daripada  Andy  Lau  sendiri,  malah  beliau  berterusan  mencipta  kebaikan  untuk  diri  sendiri  dan  berani  menembusi  benteng  dalam  industrinya.

Andy  yang  sudah  sinonim  dengan  jenama  OSIM  turut  mengungkapkan  kegembiraanya  dalam  meneruskan  legasi  ini  dan  menjadi  sebahagian  ciptaan  ini.


Inovasi  kali  ini  adalah  yang  paling  terbaik  (cemerlang)  yang  mana  teknologi  Urutan  4  Tangan  ini  menyediakan  4  set  roller  urutan  berkuasa  yang  direka  khas  untuk  mempunyai  fungsi  selari  mengurut  dari  atas  dan  bawah  badan  anda  secara  serentak.  Mekansime  ini  sebenarnya  mirip  dengan  teknik  cengkaman  urutan  empat  tangan  yang  dilakukan  oleh  tukang  urut  professional  di  kebanyakan  negara  di  Asia  Tenggara.

Teknik  ini  dilengkapi  dengan  urutan  V-Hand™  yang  sempurna  bagi  melancarkan  dan  memberi  lebih  fleksibiliti  urutan;  Ia  berfungsi  dengan  sempurna  seperti  urut  cengkaman  tangan  manusia  yang  memberi  lebih  rasa  mendalam  terhadap  titik  otot  penting.  Bola  roller  yang  membentuk  720  darjah  juga  membolehkan  ia  berputar  360  darjah  di  kedua-dua  arah  dan  membantu  mencapai  kontur  badan  lebih  menyeluruh.

APAKAH  SEBENARNYA  URUTAN  EMPAT-TANGAN?


Urutan  empat-tangan  ialah  urutan  yang  dilakukan  oleh  dua  tukang  urut  menggunakan  teknik  pencerminan  pada  dua  bahagian  tubuh  badan  pada  masa  yang  sama-  biasanya  atas  dan  ke  bawah  –  bagi  memberi  anda  hasil  yang  sama  seperti  mendapat  dua  urutan  badan  penuh  sekaligus.

MENYAMPAIKAN  PENGALAMAN  URUTAN  KELAS  PERTAMA  DARIPADA  KEPALA  SEHINGGA  IBU  JARI

OSIM  telah  mengkonfigurasi  reka  bentuk  dan  ciri-ciri  teknikal  kerusi  urut  uLove  2  untuk  memberi  pengalaman  yang  memberi  kelegaan  dan  memanjakan  badan  seperti  yang  lain.  Program  urutan  kerusi  urut  uLove  2  ini  telah  disesuaikan  untuk  memenuhi  pelbagai  keperluan-  daripada  gaya  hidup  sibuk  sehinggalah  mereka  yang  aktif - dan  membantu  melegakan  kesakitan  dan  ketegangan  otot  daripada  kepala  sehingga  ke  hujung  jari  kaki.  


Program  urutan  uLove  2  memaksimumkan  penggunaan  teknologi  terkini  dan  canggih,  bagi  V-Hand  dan  empat  tangan  yang  membantu  memberi  kelegaan  kepada  empat  titik  utama  badan:  kepala  &  leher,  leher  &  bahu,  bahagian  tulang  belakang  &  punggung,  dan  punggung  &  peha.

Anda  juga  boleh  memuat  turun  program  urutan baharu  melalui  aplikasi  kerusi  urut  uLove  2  secara  percuma.  Aplikasi  uLove  2  dipadankan  dengan  peranti  pintar  anda  yang  membolehkan  andadengan  mudah  memilih  program  urutan  anda  dan  menentukan  pilihan  pengalaman  kerusi  urut  yang  sesuai  dengan  anda.


Antara  ciri-ciri  menarik  uLove  2  adalah  sistem  audio  surround  3D  yang  canggih,  fungsi  audio-visual  bletooth  tanpa  wayar  ini  memberi  pengalaman  tenang  dan  santai  baharu  dan  pembesar  suara  kerusi  urut  uLove  2  yang  diposisikan  dengan  teliti  dan  dioptimumkan  bagi  memberi  bunyi  menarik  serta  menenangkan  pendengar.  Anda  juga  boleh  memuat  turun  lagu  original  daripada  Aplikasi  kerusi  urut  uLove  2  untuk  menikmati  pengalaman  bunyi  yang  penuh  harmoni.

Untuk  membantu  meningkatkan  pengalaman  hiburan  anda,  anda  boleh  menonton  video  pada  peranti  pintar  anda  menerusi  Entertainment  Stand  sambil  mencajnya  melalui  port  USB  uLove  2.

REKAAN  YANG  ELEGAN  DAN  SOFISTIKATED


Apabila  menyentuh  mengenai  estetik  atau  menarik,  kerusi  urut  uLove  2  ini  mempamerkan  hasil  kerja  yang  luar  biasa  dengan  penggabungan  kulit  berkualiti  tinggi  yang  didatangkan  dalam  pelbagai  warna.

Kerusi  urut  uLove  2  edisi  terhad  berwarna  biru  ini  melambangkan  biru  langit  dan  dihiasi  dengan  lukisan  tangan  bunga  peony  khususnya  dicipta  sempena  pelancaran  ini,  serta  dilengkapi  dengan  cetakan  mahkota  diraja.  Sejak  zaman  purba,  lukisan  bunga  peony  telah  dikenali  sebagai  simbol  keberuntungan  dan  keindahan,  ia  sesuai  dipadankan  dengan  kesempurnaan  uLove  2.  Kerusi  urut  edisi  terhad  ini  juga  terdapat  dalam  pilihan  warna  merah  jambu.


Selain  itu,  terdapat  pilihan  warna  lain  antaranya,  Bold  Green  Sophisticated  Brown  danChic  Purple.  Setiap  warna  ini  dipilih  untuk  melengkapi  reka  bentuk  degan  lukisan  tangan  bunga  Magnolia  ia  melambangkan  kemuliaan  dan  kesucian  -  yang  menghiasi  sisi  kerusi.  Diilhamkan  oleh  rekaan  hiasan  dalaman  popular  yang  menggunakan  palet  yang  memperlihatkan  kehalusan  ciptaanya,  uLove  2  pastinya  melengkapi  dan  menonjolkan  setiap  ruang  kediaman  dan  sesuai  berada  di  dalam  rumah  anda.


Read More

Syarikat WD-40® Menggunakan Keselamatan Berperisai Untuk Mengalihkan Formula Rahsia Ke Lokasi Baru, Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-65

Thursday, October 18, 2018

1 comment
Syarikat  WD-40® Menggunakan  Keselamatan  Berperisai  Untuk  Mengalihkan  Formula Rahsia  Ke  Lokasi  Baru, Sempena  Menyambut  Ulang  Tahun  Ke-65 |  Ia  boleh  dijumpai  dalam  4  daripada  5  isi  rumah  di  Amerika,  namun  bahan-bahan  dalam  keperluan  isi  rumah  hanya  diketahui  oleh  sebilangan  manusia  di  seluruh  dunia  -  itulah  sebabnya  Syarikat  WD-40  hari  ini  dengan  bantuan  kenderaan  berperisai    dan  keselamatan  terkemuka  mengalihkan  formula  rahsia  ke  tempat  keselamatan  bank  baru.


Bermula  di  pejabat,  Syarikat  WD-40®  Company  di  San  Diego,  Presiden  dan  CEO  Syarikat  WD-40®Garry  Ridge  memberi  amanah  kepada  Brink,  pemimpin  global  dalam  logistik  keselamatan  untuk  menjemput  beliau  yang  digari  berserta  beg  bimbit  membawa  formula  rahsia,  yang  akan  ditempatkan  dengan  selamat  di  bilik  kebal  berhampiran.  Formula  itu  -  belum  pernah  disentuh  oleh  tangan  manusia  berada  di  dalam  syarikat  lebih  15  tahun  sejak  ulang  tahun  syarikat  yang  ke-50  -  harta  milik  berharga  syarikat,  mengisi  tin  biru  dan  kuning  ikonik  di  176  buah  negara  dan  wilayah  di  seluruh  dunia.  Walaupun  "sos  rahsia"  mempunyai  bahan-bahan  asas  yang  sama  sejak  penubuhan  syarikat  65  tahun  lalu,  namun  begitu  Syarikat  WD-40®  tetap  melangkah  ke  hadapan  dengan  mantap.


Syarikat  WD-40®  ditubuhkan  pada  1953  sebagai  Rocket  Chemical  Company  oleh  tiga  juru  teknik  yang  mencari  pelarut  pencegah  karat  untuk  melindungi  roket  daripada  hakisan  dan  formula  pelbagai  guna  itu  telah  berkembang  dengan  baik,͟  kata  Ridge.  ͞Kami  sentiasa  mencari  cara-cara  untuk  menjadikannya  lebih  baik  daripada  hari  ini,  menyampaikan  penyelesaian  yang  unik,  bernilai  tinggi  dan  mudah    digunakan  untuk  pelbagai  keperluan  penyelenggaraan.Ini  termasuk  bukan  sahaja  cara-cara  baharu  untuk  menggunakan  produk  pelbagai  guna  kami,  seperti    WD-40®EZ-REACH,  termasuk    straw  boleh  bengkok  untuk  memasuki  bahagian  yang  sukar  dicapai,  tetapi  juga  siri  produk  baru  yang  khusus  dibuat  untuk  para  DIY  dan  pengguna profesional.


Inovasi  berterusan  telah  membantu  Syarikat  WD-40®  mencapai  jualan  bersih  sebanyak  $381  juta  pada  tahun  fiskal  2017.
  • 2005 :  Syarikat  WD-40®  memperkenal  WD-40®Smart  Straw®  kekal  bergabung  yang  dapat  menyembur  menerusi  dua  cara  -  sebagai  semburan  lebar  atau  aliran.
  • 2009 :  WD-40®Trigger  Pro,  botol  bukan  aerosol  tahan  lama  yang  menyampaikan  produk  hebat  yang  sama,  telah  dibawa  ke  pasaran.
  • 2011 :  Syarikat  memperkenalkan  WD-40®  SpecialistTM,  barisan  produk  penyelenggaraan  yang  terbaik  dalam  kelas  dirumus  khas  untuk  memenuhi  keperluan  pengguna  profesional.  Rangkaian  ini  telah  berkembang  kepada  15  produk  termasuk  produk  penyelenggaraan  WD-40®  SpecialistTMAutomotive.
  • 2012 :  Syarikat  WD-40®  melancarkan  WD-40®  BIKE,  barisan  produk  penyelenggaraan  basikal  berprestasi  tinggi  yang  dibangunkan  untuk  penunggang  yang  suka  memastikan  perjalanan  mereka  dalam  keadaan  terbaik.
  • 2015 :  Syarikat  WD-40®  memperkenal  WD-40®EZ-REACHTM,  straw  yang  bengkok  dan  mengekalkan  bentuknya  untuk  menjadikan  'EZ'-er  bagi  mencapai  sekitar  sudut  dan  tempat  yang  sukar  untuk  dicapai.


Tambahan  kepada  tumpuan  syarikat  kepada  inovasi  untuk  memenuhi  permintaan  pasaran,  Ridge  menganggap  kejayaan  Syarikat  WD-40®  adalah  bergantung  pada  kakitangan  syarikatnya.


Read More

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

Tuesday, October 2, 2018

7 comments
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat  |  Hari ni aku berpeluang untuk turut serta dalam meraikan Festival Makanan Kanak-Kanak Sihat yang dianjurkan oleh Ayam Brand™.. Jenama pilihan rakyat malaysia ini turut menyumbang produk makanan sihat untuk dua bulan kepada empat buah Rumah Kebajikan di Pahang iaitu Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim & Miskin D'nasti, Pusat Jagaan Wanita & Kanak-Kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Nadwah.

En Nathan, wakil daripada Ayam Brand bersama kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan semasa program Ayam Brand™ Healthy KIDS Food Festival 2018 di Pahang.

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes. Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.


Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.


Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Peserta dari Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah berbincang sesama mereka di stesen Yay or Nay
Crossword
Kanak-kanak lebih sihat! Peserta dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti mempelajari pemakanan yang lebih sihat di stesen Pinggan Sihat
DIY

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.


Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti, Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah dari Pahang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Pengiring dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti, Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah bersama En Nathan.

Kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman bersama En Nathan menjulang trofi yang dimenangi mereka

Menurut wakil dari Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah, En Mohd Hadzmie, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


Read More