beauty
Showing posts with label beauty. Show all posts

Lavoo Protien Hair Treatment Series Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 Hari

Wednesday, August 17, 2022

1 comment
Lavoo Protien Hair Treatment Series Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 Hari  |  Assalamualaikum.. Hi gais!.. Ok, kali ni aku nak share dengan korang produk yang aku guna untuk atasi masalah rambut gugur dan kelemumur yang aku hadapi.. Eceli, masalah ni dah lama aku alami sebenarnya.. Dan macam-macam produk aku dah guna, tetapi kebanyakannya tak memberi kerjasama dengan baik.. Hehe.. Now, aku dah jumpe produk yang memberikan kesan terbaik untuk masalah aku ni iaitu Lavoo Protien Hair Treatment Series.. 

 

Seriously aku takut bila tengok rambut aku bersepah dekat lantai.. Sekali sikat rambut tu, banyak sangat rambut gugur.. Sampai satu tahap aku fikir, aku ada penyakit ke? Sebab banyak sangat rambut gugur.. Memang menakutkan aku.. But now, aku dah rasa lega sebab lepas guna produk penjagaan rambut Lavoo ni, rambut aku dah kurang gugur dan bukan tu je, kelemumur pun dah tiada lagi tau.. Thank a lot buat Lavoo kerana keluarkan produk yang super ohsem ni!

Lavoo Protien Hair Treatment Series Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 Hari


Sebelum ni dah pelbagai jenis produk penjagaan rambut aku guna.. So, masa mula-mula try produk Lavoo ni aku memang tak letak expectation yang tinggi terhadap produk ni.. Aku tak nak kecewa lagi macam sebelum ni.. Aku sekadar mencuba je la orang cakap kan.. 

Hari pertama guna, yesss aku suka shampoo and conditioner Lavoo ni.. Bau dia best dan rambut lebih mudah terurus berbanding shampoo yang pernah aku guna sebelum ni.. Pakai shampoo sahaja pun dah membuatkan rambut aku mudah diurus.. Guna jari pun boleh.. Lagi best bila lepas guna conditioner, memang lembut gila rambut dan tak kusut lagi.. Aduh aku dah jatuh cinta dengan produk Lavoo ni.. Pandang pertama tau!! Haha..

OK, kebiasaannya untuk setiap produk yang aku gunakan aku akan try dalam masa seminggu atau dua minggu untuk lihat kesannya.. Untuk Lavoo Protien Series Hair Treatment ni aku cuma perlukan 7 hari sahaja untuk lihat kesannya.. Eceli aku ni mengalami masalah keguguran rambut yang agak serius.. Alhamdulillah produk ni benar-benar memberi kerjasama yang baik pada aku.. Pendek kata, sangat serasi dengan aku.. Tak sia-sia aku mencubanya.. 


Dalam masa 7 hari sahaja dengan konsisten, aku dah boleh lihat perubahan pada masalah rambut aku ni.. Tiada lagi kelemumur dan kegatalan kulit kepala serta rambut pun dah kurang gugur gaisssss!! Yessss aku happy sangat dengan result ini.. Ia berkesan dan serasi untuk aku.. Puashati dengan produk Lavoo ni.. 

Lavoo Protien Hair Treatment Series 


Untuk rawat rambut aku ni, aku guna full set hair treatment dari Lavoo ni.. Yelah nak kesan yang maximum kenalah guna satu set.. Barulah dapat result yang gempak kan.. Disebabkan aku mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan kelemumur, aku menggunakan set Eir Bucket khas untuk rambut gugur teruk dan nipis, kelemumur teruk dan gatal kulit kepala serta masalah rambut rosak/kering/berwarna.. Ini memang masalah yang aku sedang hadapi.. So, sangat sesuai untuk aku ambil set Eir Bucket ni.. 

Apa yang ada dalam set Eir Bucket ni? Jom kita lihat...
  • Protein Essence Shampoo
  • Protien Essence Conditoner
  • Caviar Hair Mask
  • Peptide Hair Tonic ( for morning & night )
  • Protien Complex Serum
  • Hair Spray

1. Lavoo Protein Essence Shampoo


Firstime guna Lavoo Protien Essence Shampoo ni aku dah suka.. Biasa kalau shampoo untuk rawat rambut ni, bau dia kurang menyenangkan tapi tidak Lavooo, bau dia best aku suka.. Biasanya lepas aku bersyampu, rambut aku masih kusut dan susah nak urus ketika basah, tapi dengan Lavoo shampoo ni, cukup hanya dengan bersyampu sahaja, rambut dah boleh diurus dengan mudah... Itu yang aku suka sebabnya aku ni kadang malas nak apply conditioner.. Haha.. Dengan adanya shampoo yang macam ni, buat kerja aku lebih mudah.. Tapi sekarang aku nak rawat masalah rambut aku ni kenalah konsisten pakai full set Lavoo ni.. Hikhik..

Ada sekali tu aku cuba tak shampoo rambut selama 2 hari.. Aku nak tengok kondisi rambut aku sama ada cepat berminyak atau pun tidak.. Ternyata tidak gaiss.. Rambut aku tidak berminyak lagi dan tidak berbau kepam.. Biasanya kalau aku tak shampoo rambut selama 2 hari, rambut dah berminyak dan tidak selesa serta diiringi bau kepam.. Huh!! Bila pakai Lavoo ni, tak shampoo rambut selama 2 hari pun masih menten rambut.. Bau pun masih wangi.. Serius best gile!!

Siapa yang menghadapi masalah ini, boleh try Lavoo Protien Essence Shampoo ini..
  • Rambut gugur dari akar
  • Masalag kelemumur pada kulit kepala kering/berminyak
  • Rambut kusam dan mudah kusut
  • Rambut menipis atau mudah putus

Manfaat Lavoo Protien Essence Shampoo
  • Paraben & SLS Free
  • Menguatkan akar rambut & kurangkan rambut gugur
  • Melembut & melembapkan rambut
  • Merawat masalah kelemumur
  • Mengurangkan kegatalan kulit kepala
  • Sesuai untuk semua peringkat umur (3 tahun keatas) & ibu mengandung/menyusu

Cara guna Lavoo Protien Essence Shampoo


Nak kesan yang optimum kenalah menggunakan sesuatu produk tu mengikut cara yang betul.. Tak betul cara, memang tak dapat la kesan yang diingini.. Betul tak? So, jom aku ajar cara yang betul menggunakan Lavoo shampoo ini.. 
  1. Basahkan rambut terlebih dahulu menggunakan warm water
  2. Picit shampoo dan ratakan antara dua tapak tangan
  3. Apply pada kulit kepala dan urut perlahan dengan jari
  4. Biarkan selama 2 - 5 minit kemudian baru bilas bersih
Antara kandungan yang ada dalam shampoo ni adalah seperti Cocamidopropyl Betaine. Ia as mild surfactant (tidak mengandungi harsh surfactants) dan tidak mengeringkan rambut serta kulit kepala seperti surfactant yang lain.. Selain itu ada juga Zinc Pyrithione untuk menghilangkan simptom kelemumur dan pada masa yang sama mencegah pembentukan scalp irritants. Bukan itu sahaja tau, ia juga dapat menghalang pertumbuhan yis yang merupakan faktor utama kelemumur (long term solution) serta merawat dermatitis seborrhenic, psoriasis kulit kepala dan juga jerawat.

2. Lavoo Protien Essence Conditioner


Lavoo Protien Essence Conditioner ni pun aku suka jugak sebabnya senang dibilas.. Tak perlu nak bilas lama-lama macam sesetengah conditioner yang lain.. Ini sangat memudahkan kerja aku.. Bau dia pun best sama macam shampoo juga.. Tiada bau yang tidak menyenangkan bagi aku.. Pakai shampoo sahaja pun dah ok tapi bila tambah dengan pemakaian conditioner ni, lagi mantap rambut.. Serius mudah sangat nak disikat dan diurus.. 

Lavoo Protien Essence Conditioner ini dapat atasi masalah :-
  • Rambut gugur kerana putus antara rambut
  • Rambut berwarna dan chemically treate hair
  • Rambut rosak, kasar dan kering
  • Rambut kusan dan mudah kusut

Manfaat Lavoo Protien Essence Conditioner
  • Melembutkan rambut yang kering dan kasar
  • Meningkatkan kekuatan dan keanjalan rambut untuk elak breakage / split end
  • Melindungi helaian rambut daripada futher damage
  • Mengekalkan kelembapan rambut untuk jangka masa yang lebih lama
  • Rambut lebih lembut dan bersinar

Cara guna Lavoo Protien Essence Conditioner


Sama juga dengan shampoo, pakai conditioner ni pun kene betul ye supaya apa yang kita pakai tu berkesan.. Pakai conditioner ni ada cara dia tau.. So, jom aku tunjukkan..
  1. Selepas shampoo, bilas dan perah air lebihan pada rambut
  2. Picit conditioner dan ratakan antara dua tapak tangan
  3. Apply pada helaian rambut yang lembap bermula dari pertengahan rambut ke hujung rambut
  4. Biarkan selama 5-7 minit kemudian bilas dengan air dingin (cold water)
Kandungan yang terdapat di dalam conditioner ini pula seperti Hydrolyzed Silk Protien yang dapat membekalkan keratin protien baru kepada batang rambut. Ia meresap ke dalam batang rambung untuk melembapkan dan menguatkan rambut yang lemah dari dalam serta memperbaiki dan mengekalkan kelembapan rambut. Satu lagi bahan yang terkandung didalamnya ialah Panthenol (Vitamin B5) yang dapat menembusi batang rambut dan meningkatkan pengekalan kelembapan serta berkesan untuk mereka yang rambutnya rapuh atau halus macam rambut aku ni agak rapuh sebab terlalu banyak guna bahan chemical..

3. Lavoo Caviar Hair Mask


Mask rambut???? Biasa guna mask muka jerk! Tak pernah lagi tau guna hair mask sebelum ni.. Ni firstime cuba dan tak sangka best bila guna hair mask ni.. hehe.. Teksturnya berwarna putih dalam bentuk krim dan ada bintik-bintik biru dalam krim tu.. Ape entah orang panggil bintik biru tu.. Haha.. 

Paling aku suka tentang hair mask dari Lavoo ni ianya senang dicuci dan tidak melekit...  Bau dia pun best.. Teksturnya sangat ringan tau.. Bukan jenis krim yang susah nak apply tu.. Krim dia ala-ala conditioner jugak la.. Serius memang best Lavoo Caviar Hair Mask ni..

Ok, korang yang ada masalah ini patut cuba Lavoo Caviar Hair Mask ni..
  • Rambut kasar dan kering mengembang/dry dan frizzy hair
  • Rambut rosak / damaged hair
  • Rambut rapuh dan mudah putus
  • Split end / rambut bercabang
  • Colored and chemically-treated hair

Manfaat Lavoo Caviar Hair Mask 
  • Memperbaiki struktur rambut rosak / kasar / kering mengembang
  • Menguatkan helaian rambut
  • Mengurangkan rambut putus antara rambut
  • Improve overall appearance rambut

Cara guna Lavoo Caviar Hair Mask 


Orite, antara bahan utama yang ada dalam hair mask ini adalah Caviar Beads yang kaya dengan keratin dan protien. Vitamin A membantu stop the hair from drying out and breaking off.. Manakala Vitamin E pula dapat membantu fight against free radicals and prevents hair damage. Satu lagi bahan iaitu Hydrolyzed Keratin dimana ianya mambantu membina semula lapisan pelindungan semulajadi rambut dari dalam dan beri kelembapan pada helaian rambut.

Ok, jom tengok macam mana cara yang betul pakai Lavoo Caviar Hair Mask ini..
  1. Guna treatment mask selepas selesai shampoo (2 - 4 kali seminggu)
  2. Squeeze out excess water and apply hair mask pada helaian rambut yang lembap from the mid to ends of the hair (avoid scalp)
  3. Wrap rambut dengan hot towel dan biarkan selama 5 - 10 minit
  4. Bilas sehingga bersih
  5. Towel-dry hair and apply hair serum
Mula rasa was-was jugak la nak pakai hair mask ni sebabnya tak pernah pakai kan.. Tapi nak rawat rambut punye pasal, pakai la jugak.. Masa apply dekat rambut tu dah rasa best dah dengan bau dia yang wangi dan tekstur dia yang tidak berminyak dan melekit buatkan aku lagi excited nak pakai.. Dah cuci tu, rasa la perbezaan rambut tu.. Lebih lembut dan lembap.. 

4. Lavoo Peptide Hair Tonic


Ok, untuk tonic pula ada 2 jenis tau.. Satu untuk pemakaian waktu siang dan satu lagi untuk waktu malam.. Biasanya siang tu aku pakai waktu pagi la.. Dekat botol pun dah tertera 'morning'.. Hehe.. 

Mula dapat produk ni aku bayang tonic ni mesti bau dia busuk.. Sebab sebelum ni pernah cuba tonic rambut yang baunya tidak menyenangkan.. Aku dah bayang yang bukan-bukan mesti baunya juga tidak menyenangkan.. Tapi sangkaan aku tu ternyata salah sama sekali sebabnya bau dia ok tak busuk.. Malah menyenangkan.. Untuk tonic waktu pagi, bau dia lebih cool dan yang waktu malam bau dia lebih tenang.. Aku nak cerita tentang bau secara detail pun aku tak berapa pandai sangat tapi itulah yang aku boleh discribe kan.. hiks!

Bagi korang yang ada masalah rambut gugur teruk sehingga ada kawasan yang menipis, aku recommend pakai Peptide Hair Tonic dari Lavoo ni.. Bagus tau.. Bagus juga untuk rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal-gatal dan ada masalah kelemumur serta jangkitan kulit kepala.. Pakai tonic ni sejuk je kepala.. Paling best, sangat cepat menyerap ke dalam kulit kepala.. 

Manfaat Lavoo Peptide Hair Tonic
  • Merangsang folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Regenerate dan menguatkan akar rambut
  • Sesuai untuk keguguran rambut secara genetik (hereditary hair loss)
  • Mengawal  penyebaran Malassezia globosa
  • Merawat kulit kepala dari jangkitan kulat pada kulit kepala dan kelemumur (seborrheic dermatitis)

Ok, untuk hair tonic ni pula ada 2 bahan utama terkandung didalamnya iaitu Piroctone Olamine yang dapat merawat fungal infections termasuk yang menyebabkan kelemumur. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan sekaligus mengurangkan rambur gugur serta meningkatkan diameter rambut. Satu lagi bahan utamanya adalah Panthenol.. Panthenol ni dapat mengekalkan kelembapan rambut, melicinkan tekstur batang rambut yang kasar dan juga dapat meningkatkan daya ketahanan folikel rambut dimana rambut masih boleh tumbuh semula if the follicle is still intact..

Cara guna Lavoo Peptide Hair Tonic


Tonic AM (Morning)
  1. Goncang perlahan dan part hair section by section
  2. Spray tonic directly pada kulit kepala yang lembap/kering
  3. Urut perlahan secara circular motion

Tonic PM (Night)
  1. Basahkan kulit kepada atau towel-dry rambut yang sudah dicuci
  2. Spray tonic pada kulit kepala yang lembap
  3. Urut perlahan secara circular motion
Aku memang suka sangat pakai tonic rambut ni.. Bila pakai rasa kulit kepala sejuk dan nyaman jerk.. Rasa lega sangat.. Bau dia pun best tak pelik.. So, boleh gunakan dengan senang hati.. Hehe.

5. Lavoo Protien Complex Serum


Biasanya sebelum guna hair dryer atau hair styling tools aku apply dulu Lavoo Protien Complex Serum ni supaya rambut tak mudah rosak.. Aku suka teksturnya yang ringan dan tidak melekit.. Serum ni macam minyak rambut tau tapi tidak berminyak macam minyak rambut tu.. Itu yang bestnye.. Takde la bila pakai tu nampak berminyak semacam je rambut kan... Serapannya pun cepat..

Serum ni sesuai sangat untuk korang yang mengalami masalah rambut mudah kusut (frizzy), rambut kasar, rambut kering mengembang, rambut kusam dan rambut tidak bermaya.. Aku suka sangat serum ni sebabnya bila apply dekat rambut, cantik je rambut dan lembut je.. Rambut pun wangi je bau dia..

Manfaat Lavoo Protien Complex Serum
  • Melindungi rambut daripada alatan mendandan rambut (hair styling tools) yang panas
  • Melindungi helaian rambut dari sinar UV matahari
  • Rambut kelihatan lebih lembut dan bersinar
  • Mengatasi masalah rambut rapuh

Cara guna Lavoo Protien Complex Serum

  1. Pam hair serum dan ratakan pada tapak tangan
  2. Apply pada helaian rambut yang kering atau lembap untuk elak scalp
Mudah je cara guna sama je macam serum rambut yang lain.. Dalam serum ni mengandungi 5 bahan utama yang memberi manfaat kepada rambut iaitu Jojoba Oil, Macadamia Seed Oil, Argan Oil, Olive Oil dan Castor Oil. 

6. Lavoo Hair Spray


Last sekali barulah pakai Lavoo Hair Spray.. Hair Spray dari Lavoo ni bagus tau untuk rambut frizzy, dry and damaged hair... Sesuai juga untuk rambut bercabang, kasar, kembang dan kerap menggunakan heat tools.. Kenapa Lavoo Hair Spray ni aku cakap bagus? Haaa kalau korang nak tahu, didalamnya terkandung Nano-grade of micro size protein molecules untuk improve tekstur rambut serta berikan shinny pada rambut and silky finishing. Didalamnya juga terdapat Keratin dimana ia dapat melembut dan melembapkan rambut serta rambut lebih mudah diurus.

Meskipun aku berhijab, tak semestinya aku tak pakai hair spray.. Hair spray ni juga bantu rawat rambut aku tau.. Bila pakai hair spray ni aku rasa rambut aku fresh je.. Rambut pun jadi wangi.. Banyak manfaatnya bila pakai hair spray ni.. Jom check satu persatu manfaatnya..

Manfaat Lavoo Hair Spray
  • Perbaiki appearance rambut
  • Rambut sentiasa fresh dan tidak kusam
  • Perbaiki rambut bercabang
  • Heat protectant.. Spray after guna heat tools seperti hair dryer, hair curler & hair straightener

Cara guna Lavoo Hair Spray


Sebelum ni memang aku tak pernah guna hair spray sebab aku ingat hair spray ni cuma untuk styling jerk.. Selepas kenal dengan Lavoo ni segalanya berbeza.. Baru aku tahu hair spray ni sangat bagus untuk rambut terutamanya wanita berhijab macam aku ni.. Sejak itulah, aku sentiasa menggunakan Lavoo Hair Spray ni sebelum memakai hijab..

Ok, jom aku tunjukkan cara yang betul menggunakan Lavoo Hari Spray ni.. 
  1. Buka penutup dan spray pada helaian rambut sahaja (elakkan terkena kulit kepala)
  2. Boleh apply semasa rambut lembap atau kering
  3. Recommended untuk digunakan if ada outdoor aktiviti to refresh the hair
  4. Boleh spray anitime rasa rambut kering, kembang dan kasar
  5. As finishing touch, after hair styling atau sebelum berhijab

Cara Penggunaan Set Eir Bucket Lavoo Protien Hair Treatment Series 




Selepas 7 Hari Menggunakan Lavoo Protien Hair Treatment Series Ini


Aku memang ada masalah keguguran rambut yang agak teruk dan ada juga masalah kelemumur.. Sebelum ni memang dah pelbagai produk aku cuba untuk atasi masalah aku ni tapi nampaknya belum memberi kesan yang bagus.. Bila dah try Lavoo Protien Series Hair Treatment ini selama 7 hari, aku dapati ianya berkesan untuk aku.. Walaupun perubahannya tidak terlalu drastik tetapi masalah aku ini sedikit sebanyak dapat di atasi..

Paling ketara, kelemumur dah tiada lagi dan rambut dah kurang gugur.. Walaupun masih ada rambut yang gugur tetapi kuantitinya tidak seperti sebelum aku menggunakan produk perawatan rambut Lavoo ini.. Mungkin aku memerlukan sedikit masa untuk atasi masalah ini kerana aku mengalami masalah rambut gugur yang agak teruk sehinggakan rambut aku menipis.. Yang penting aku kene konsisten menggunakan produk Lavoo ini.. Hehe.. Kene la konsisten kan untuk dapatkan result yang terbaik.. Sesuatu produk itu tidak akan berkesan kalau kita tidak konsisten dengannya.. Betul tak?

Ok, dari segi lain pula, aku sangat happy bila rambut aku dah mudah diurus sekarang.. Tidak kering dan kusut lagi.. Paling best rambut dah tak nampak kusam dah.. Aku berharap rambut aku kembali sihat dan lebat seperti dulu.. Insyaallah.. Terima kasih sangat-sangat kepada Lavoo kerana mengeluarkan produk yang super ohsem ini.. 

Bagaimana Nak Dapatkan Lavoo Protien Hair Treatment Series


Nak rambut cantik dan sihat kena la jaga dari awal.. Macam aku ni, dok pakai macam-macam produk chemical sebelum ni dan tak menjaga sangat rambut, akhirnya rambut jadi mangsa keadaan.. Gugur dan kelemumur.. Keguguran rambut ni boleh juga berpunca dari pemakanan dan keturunan.. Macam aku ni memang lebih kepada menggunakan produk chemical terlalu kerap seperti pewarna rambut, straightener, curler dan macam-macam lagi.. 

Bila rambut tak dirawat dan tak dijaga dengan betul, inilah akibatnya yang aku terima.. Rambut gugur dan berkelemumur.. Alhamdulillah sekarang kelemumur dah tiada cuma nak rawat masalah keguguran rambut je dengan Lavoo.. Doakan aku ya gaiss!! hehe

Ok, korang yang nak dapatkan produk Lavoo ni boleh dapatkan sekarang tau kerana ada pakej bucket.. Ambil bucket set macam aku ni jauh lebih berbaloi tau dari ambil loose items.. Kat bawah ni aku senaraikan promosi set bucket yang ada mengikut masalah rambut.

PROMOSI SET BUCKET

1.  Embla Bucket ( RM 120 )
  • Protien Essence Shampoo
  • Protein Essence Conditioner
  • Protien Complex Serum
  • Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal and virgin hair (not colored / chemically treated)

2.  Freya Bucket ( RM 165 )
  • Protien Essence Shampoo
  • Protein Essence Conditioner
  • Caviar Hair Mask
  • Protien Complex Serum
  • Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal dan rambut rosak/kering/berwarna

3.  Zisa Bucket ( RM 165 )
  • Protien Essence Shampoo
  • Protein Essence Conditioner
  • Peptide Hair Tonic
  • Protien Complex Serum
  • Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis serta kelemumur teruk & gatal kulit kepala

4.  Eir Bucket ( RM 195 )
  • Protien Essence Shampoo
  • Protein Essence Conditioner
  • Caviar Hair Mask
  • Peptide Hair Tonic
  • Protien Complex Serum
  • Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis, kelemumur teruk & gatal kulit kepala serta rambut rosak/kering/berwarna

Bagi aku kalau nak result yang baik, perlu ambil set lengkap untuk penjagaan rambut yang lebih baik sebabnya setiap masalah adalah berbeza penyelesaiannya. Kalau korang tak tahu apa masalah rambut yang korang hadapi, korang boleh ke website Lavoo dan join hair quiz "Know Your Hair", untuk tahu masalah rambut yang kita hadapi dan set atau produk mana yang kita perlukan.. 

Ok gais, untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut korang boleh terjah laman web mereka di :-

➥ Website  :  https://lavoohq.com



Read More

Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Tuesday, May 3, 2022

1 comment
Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat | Assalamualaikum.. Hi korang.. Lama tak berceloteh di sini.. Kali ni aku nak bercerita tentang perihal rambut.. Siapa yang mempunyai masalah rambut? Haaa korang wajib baca ni terutamanya korang yang memakai hijab.

Menurut hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat faktor cuaca yang panas dan juga lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal mudah berlaku kepada mereka yang berhijab.


Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Ok, dekat sini aku nak perkenalkan kepada korang Safi Shayla baru.. Rasanya korang pun dah familiar dengan brand penjagaan rambut ini kan.. Jenama yang tak asing lagi di Malaysia.. Apa yang menariknya kali ini, Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.


Rambut berhijab sangat memerlukan penjagaan yang extra dan mantap. So, sebab itulah Safi Shayla kini telah diupgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat dan lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut.


Rangkaian ini  juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab.. Lama tu gais!! Best gila.. Rambut pun wangi sepanjang hari! Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.

5 Rangkaian Syampu Safi Shayla Yang Paling Laris

1.  Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur


Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. Aku pun pakai yang ini dan sangat sesuai dengan aku..

2. Syampu Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur


Menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh

3. Syampu Safi Shayla Licin Terurus


Syampu ini dapat melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. So, Rambut jadi licin, lembut dan senang disikat, tiada lagi frizzy dan serabut!

4. Syampu Safi Shayla Segar Bermaya


Dengan packagingnya warna hijau pun dah rasa segar mata memandang.. Syampu ini  dapat memberikan rasa segar dengan sensasi dinginnya. Ia juga dapat membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya

5. Syampu Safi Shayla Itch Kontrol


Nak hilangkan kegatalan rambut, pilihlah syampu Itch-Control ini.. Ia dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.


Nak rambut cantik, sihat dan lebat?

Jom, dapatkan Safi Shayla Sekarang!  Korang boleh dapatkannya di mana-mana stor berhampiran dengan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee: Safi Shayla.




Read More

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari

Monday, March 14, 2022

2 comments
Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari  |  Holaaa!! Hi Gais... Aku nak share dengan korang tentang satu produk best ni yang aku tengah guna sekarang.. Memang terbaik la baq hang! Dah lama aku mencari produk yang boleh hilangkan atau paling tidak pun boleh kurangkan bintik hitam dekat muka aku ni.. Now, aku dah jumpa produk best yang dapat bantu aku menyelesaikan masalah ini iaitu Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat kurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari sahaja! Serius best gais produk ni!! Tekstur dia aku suka..


Tentang Murad

Clinical, but cool. Doctor, but hardly dull. Science, but not stuffy.

Itulah slogan yang dilontarkan oleh jenama besar ini, Murad.. Jenama Murad ini tidak asing lagi di Malaysia.. Jika korang seorang pencinta kecantikan, sudah pastinya korang dah sinonim dengan jenama ini.. 

Pada tahun 1989, pakar dematologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad telah mengasaskan Murad, Inc., jenama doktor moden pertama produk penjagaan kulit klinikal, menetapkan standard baharu untuk penjagaan kulit berprestasi tinggi dengan menggunakan formula dan teknologi yang terbukti secara saintifik, untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang paling sihat dan cantik.

Sebagai pakar klinikal dalam pencerahan selama lebih 30 tahun, Dr. Murad telah berjaya mencipta penyelesaian bagi masalah bintik hitam untuk next-generation dengan memanfaatkan teknologi yang dipatenkan untuk mengurangkan dan mencegah bintik hitam dengan berkesan.

Disebabkan itulah aku percaya dan yakin dengan produk Murad ni sebabnya produk mereka terbukti secara saintifik.. Jadi, nak guna pun lebih yakin dan selamat..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Sepertimana yang korang sendiri tahu, bukan senang nak hilangkan atau pudarkan bintik hitam ni.. Bukan boleh hilang dalam masa satu hari tetapi kena ada usaha yang konsisten untuk dapat kesan yang terbaik.. Kalau korang sejenis yang malas dan suka skip-skip, jangan haraplah masalah bintik hitam ni boleh selesai walaupun korang pakai produk yang mahal.. So, kenalah konsisten barulah dapat hasil yang bagus.. Betul tak?

Untuk penyelesaian muktamad kepada pigmentasi dan pembentukan bintik hitam di wajah aku ni, pilihan aku sudah tentunya Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat mengurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari.. Telah terbukti secara klinikal tau.. 

Dengan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni dah tak perlu jumpa doktor lagi kerana serum intensif ini dapat menggalakkan pembentukan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Teknologi resorcinol yang dipatenkan, eksklusif untuk Murad, berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menyelesaikan juga masalah tona kulit yang tidak sekata..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari


Kajian telah menunjukkan 84% pengurangan bintik hitam dalam masa 14 hari dengan menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni.. Wow!! Hebat.. 

Kalau korang nak tahu, semasa mereka membuat kajian ini, Dr. Murah telah menggunakan bahagian bintik hitam yang paling degil untuk dirawat dengan penjagaan yang sama seperti yang dilakukan oleh pakar dermatologi.. Serum ini dengan penggunaan harian yang konsisten telah menunjukkan ianya satu langkah melangkaui dengan resorcinol antioksidan yang membantu menghalang penampilan bintik-bintik hitam dan menjadikan warna kulit lebih sekata. Asid Glikolik pula berfungsi menanggalkan sel-sel permukaan yang kusam untuk meningkatkan keserian semulajadi wajah.

Jangan risau, Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit normal, berminyak, kombinasi dan kering.. So, tak perlu risau dengan kesesuaian jenis kulit kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit yang aku sebutkan tadi.. hehe...

Ahli panel ujian juga telah bersetuju dalam masa 14 hari sahaja penggunaan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini telah menunjukkan :-
  • 84% menunjukkan pengurangan penampilan bintik hitam
  • 91% terlihat kulit lebih cerah
  • 94% terlihat kulit lebih licin
  • 89% terlihat kulit lebih bercahaya dan berseri-seri

3 tunjung utama keberkesanan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini
  • Teknologi Resorcinol yang dipatenkan - Eksklusif hanya untuk Murad yang dapat mengurangkan penampilan bintik hitam dan tona tidak sekata
  • Tranexamic Acid - Membantu menenangkan, mencerahkan dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan tona tidak sekata
  • Glycolic Acid - Mengelupas untuk membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit dan membersihkan sel kulit kusam untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik

Cara Menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Langkah 1
Bersihkan muka dengan pencuci muka yang biasa korang guna atau nak best lagi boleh guna pencuci muka Murad Essential-C Cleanser.

Langkah 2
Apply Murad Rapid Dark Spot Correction Serum. Urut secara perlahan dan rata pada muka dan leher.

Langkah 3
Diikuti dengan sunscreen Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini boleh dipakai pada waktu siang dan malam.. Didatangkan dalam bentuk gel yang mudah menyerap dan tidak melekit.. Bila apply dekat muka, ada rasa sejuk.. Best gila.. Pakagingnya pun dalam botol pump, so mudahlah nak guna..

Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Mencegah lebih baik daripada mengubati.. Oleh itu, pentingnya penggunaan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.. 

Kalau korang nak tahu, salah satu punca terjadinya pigmentasi dan bintik-bintik hitam ni adalah sinaran UV.. So, sangat penting tau penggunaan pelindung matahari.. Dulu aku sendiri pun tak tahu.. Tapi bila ditegur oleh teman-teman tentangnya, barulah datang kesedaran itu.. Sekarang memang aku dah tak skip lagi pelindung matahari.. Risau bintik hitam makin memburuk ni muka aku ni.. Hehe..


Now aku guna Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.. Aku suka teksturnya yang  ringan, mudah menyerap dan tidak melekit.. Teksturnya berwarna skin tau dan akan mengikut warna kulit kita bila kita pakai.. Paling penting tidak bercapuk dan meninggalkan kesan glowing pada kulit.. Best gilaaa!!



Oh ya, jangan tak tahu ye bukan sinaran UV sahaja yang menyebabkan kerosakan kulit dan menampakkan tanda-tanda penuaan lebih awal, sinaran ultra biru daripada skirn yang berlebihan juga boleh menjejaskannya.. So, dengan menggunakan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ni dapat melindungi kulit kita kerana ianya 100% mineral.


Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Ianya bebas pewangi dan memberikan 100% pelindungan. Serius, aku dah jatuh cinta dengan sunscreen Murad yang ini.. Luv Sangat!!

Nak Kulit Cantik? Murad menyediakan penyelesaiannya!


Siapa yang tak nak cantikkan.. So, kalau korang bercita-cita nak kulit cantik bolehlah cuba produk Murad ni.. Seperti biasa aku tegaskan di sini, setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Begitulah jua dengan kesan dan hasilnya bagi setiap orang pasti berbeza-beza.. Yang penting kita kena konsisten untuk mendapatkan yang terbaik.. Tak cuba tak tahu kan.. So, jom cuba produk Murad! Di yakini berkesan dan selamat digunakan.. Aku dah cuba, korang bila lagi? hehe..

Info lanjut, boleh layari :-

❤ Website  :  https://www.murad.com.my/
❤ Facebook  :  https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/    





Read More

Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan

Friday, January 28, 2022

1 comment
Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan  |  Kemain risau lagi aku sebulan dua ni.. Mana tak risaunya gais, bila naik je atas penimbang, angkanya semakin bertambah bukan berkurangan.. Selera makan makin menjadi-jadi pulak sekarang.. Baju pun banyak dah yang sendat.. Huhu.. Itu menandakan berat badan aku dan bertambah.. 

Bila dah jadi macam ni, barulah nak insofffffff... Baru terhegeh-hegeh nak diet dan sebagainya.. Kalau tak, aku makan tak hingat dunia.. Tengah malam pun makan lagi.. Kehkeh! Sungguhpun aku nampak cam terdesak sangat nak turunkan berat badan, tak de la aku pilih cara yang boleh menjejaskan kesihatan aku.. Sebaliknya aku cuba diet yang sihat dan bersenam.. Biar lambat asal selamat.. Hehe.. 


Owh ya, kalau korang nak tahu, satu lagi cara aku amalkan untuk turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan Leedee Shakolat!!.. Korang pernah dengar tak produk ni? Bagus tau produk Leedee ni.. Leedee Shakolat ni minuman pengganti sarapan yang dapat mengawal nafsu makan kita.. Bak kata omputeh "Meal Replacement and Craving Control".. Hehe.. 

Leedee Shakolat Minuman Pengganti Sarapan Untuk Turunkan Berat Badan

Betul ke Leedee Shakolat ni boleh turunkan berat badan?? 


Ye betul gais tapi kena la konsisten.. Kalau korang bercita-cita nak turunkan berat badan tetapi jenis 'angat-angat tahi ayam' memang tak dapat la hasilnya.. Lepas tu klim, produk tak berkesan.. Padahal diri sendiri tak disiplin.. Betul tak? Haha.. Baik ngaku sape yang macam ni.. !! Hehe..

Ok, aku cerita sikit ye.. Leedee ni merupakan produk makanan tambahan keluaran Nadd Empire Sdn. Bhd. Percaya tak percaya sebenarnya jenama Leedee ni dah pun berada di pasaran hampir 4 tahun bermula tahun 2018 lagi.. Sekarang ni di bawah label Leedee dah ada 3 produk makanan tambahan iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan juga yang terbaru adalah Leedee Shakolat..

Leedee Shakolat Membantu Buat Rasa Kenyang


Perkara yang paling sukar kita buat dekat Malaysia ni adalah mengawal nafsu makan kita sebabnya dekat negara kita ni terlalu banyak makanan sedap-sedap.. Betul tak? Sebab itu jugalah jumlah mereka yang mengalami masalah obesiti di Malaysia ni mencatatkan jumlah yang tertinggi.. 

Menyedari masalah ini, Nadd Empire Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Leedee Shakolat yang sedap ini.. Yess memang sedap rasanya.. Sekali minum rasa nak minum lagi dan lagi.. Serius sedap gais rasa dia.. Fungsi utama Leedee Shakolat ni adalah dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.. So bila rasa kenyang, tak de la kita nak makan banyak-banyak kan.. Sekaligus dapatlah turunkan berat badan..

Kenapa Leedee Shakolat ni sedap sangat??


Haa sebabnya Leedee Shakolat ni dihasilkan daripada 5 bahan terbaik dan berkualiti tinggi iaitu :-
  • Coklat  -  Mengawal metabolisma
  • Ekstrak Mangga Afrika  -  Membakar lemak
  • Ekstrak Apple Fiber  -  Membantu mengenyangkan
  • Oat halus  -  Mengawal gula dalam darah
  • Ekstrak Chia Seed  -  Dipenuhi antioksidan
  • Ekstrak Garcinia Cambogia  -  Mengawal selera makan
  • Ekstrak Senna  -  Meningkatkan imunisasi
  • L-Carnatine  -  Membantu lemak badan bertukar menjadi tenaga

Kelebihan Leedee Shakolat


Ok, macam yang aku cite kat atas tadi, salah satu kelebihan Leedee Shakolat ni adalah dapat membuatkan kita kenyang.. Sebab apa? Haa sebabnya minuman Leedee Shakolat ni berfungsi sebagai pengganti sarapan.. Kalau korang berniat untuk turunkan berat badan, bolehlah gantikan sarapan korang dengan Leedee Shakolat ni secara konsisten kerana Leedee Shakolat ni boleh menurunkan berat badan jika diambil mengikut peraturannya dan sekiranya korang ni seorang yang sangat sibuk, jadual makan korang tak menentu, haaa bolehlah standby Leedee Shakolat ni untuk dijadikan sebagai pengganti makanan korang.. Memang mengenyangkan tau dan dapat juga mengawal craving guna dan juga karbohidrat.. Memang terbaik!!


Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan juga nutrisi.. Owh ya, minuman ini juga dapat memberikan tenaga tau pada korang sekaligus dapat meningkatkan metabolisma.. Paling penting, ianya rendah kalori.. Hehe.. 

Cara Pengambilan Leedee Shakolat

Dalam satu kotak Leedee Shakolat ni ada 10 sachet untuk 10 hari.. Setiap hari perlu ambil 1 sachet dijadikan pengganti sarapan.. 


Cara nak consume Leedee Shakolat ni, hanya perlu ambil 1 sachet bersama 150ml air suam atau sejuk sebelum sarapan pagi.. Aku lebih prefer sejuk.. Haha.. Sedap oii minum sejuk-sejuk... Tapi sekali sekala layan jugak Leedee Shakolat suam.. Jom aku ajar cara yang lebih detail..
  • Sediakan 150ml air sejuk / suam
  • Ambil 1 sachet Leedee Shakolat dan tuangkan
  • Goncang / kacau sehingga sebati dan minum
Cara penyimpanan pula, perlu disimpan di tempat yang sejuk, bersih dan kering..

Saya minum tak berkesan pun! 

Haaa mesti ada sebab tu tak berkesan.. Sama ada tak konsisten ataupun langgar pantang larang.. 


Apa pantang larangnya?

Ok, ini dia..
  • Pastikan air masak cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Elakkan minuman berkafein
  • Pastikan tidur cukup
  • Makan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.
Nak hasil yang lumayan, kenalah ikut pantang larangnya.. Barulah nampak kesannya.. Betul tak? Mungkin juga ada yang risau akan kesan sampingannya.. Jangan risau, kerana bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi dan ada lab test.. 



Kalau stop consume Leedee, berat badan akan naik balik tak??

Waahh ni soalan paling femes ni.. Aku sendiri pun kadang-kadang soalan macam ni bermain di minda.. Yelah, dah kita consume mesti nak tau kesannya kalau kita stop sesuatu produk tu kan.. Untuk produk Leedee ni, dah terbukti ramai pelanggan mereka yang bagi feedback, bila stop memang berat badan masih menten.. Ini kerana kadar metabolisma meningkat dari sebelumnya..

Kalau nak lagi hebat kesannya, korang kenalah juga bersenam ye.. Ini akan mempercepatkan lagi kadar penurunan berat badan dari tidak bersenam.. Badan pun lebih sihat dan fit.. Nak badan cantik ni kenalah rajin ye.. hehe..

AWAS!!

Ibu mengandung dilarang keras ye daripada mengambil sebarang suplemen kurus termasuklah produk Leedee ini.. Manakala untuk ibu menyusu pula, korang boleh mengambilnya tetapi kena pastikan korang jaga pemakanan yang sihat dan mengambil nutrisi yang cukup.. Tetapi perlu diingat ye, ianya bergantung juga kepada setiap badan.. Satu lagi, bagi korang yang ada penyakit kronik, tidak boleh mengambil produk Leede ye.. Apa-apa pun kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu..

Nak Kesan Yang Lebih Efektif? Ambil Tiga Produk Leedee Ini!

Nak lebih berkesan turunkan berat badan? Haaa ni aku nak bagi korang tips.. Kalau nak lebih berkesan untuk turunkan berat badan, korang boleh consume tiga produk Leedee ini iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan Leedee Shakolat.. Ketiga-tiga produk Leedee ni mempunyai fungsi yang berbeza untuk turunkan berat badan.. 



Perbezaan produk Leedee ini adalah :-
  • Leedee Pineapple  -  Membantu menurunkan berat badan
  • Leedee Tox Peach  -  Membuang toksin badan
  • Leedee Shakolat  -  Meal replacement & craving control, membantu buat rasa kenyang
Macam mana nak consume ketiga-tiga produk ni? Ok, korang boleh ikut cara consume produk Leedee di bawah ini..
  • Sebelum @ Gantian Sarapan - 1 sachet Leedee Shakolat
  • Selepas 30 minit - 1 sachet Leedee Pineapple
  • Malam sebelum tidur - 1 sachet Leedee Tox Peach

Produk Leedee ini boleh diambil oleh mereka yang berumur 15 tahun sehingga 50 tahun.. Korang yang berusia lebih dari 50 tahun tidak disarankan untuk mengambil produk Leedee ini tetapi bergantung juga kepada kesihatan diri masing-masing..

Leedee Shakolat Sangat Sedap!!

Yesss, memang sedap sangat rasa Shakolat ni.. Minum 1 sachet rasa tak puas.. Rasa dia secukup rasa.. Tak manis tak tawar.. Ada lemak berkrim dia.. Memang sedap.. Aku baru je consume Leedee Shakolat ni, kalau pagi tu aku ambil, memang tak perlu sarapan dah.. Rasa kenyang tu boleh sampai ke tengahari.. Time lunch tu pun masih berbaki lagi rasa kenyang dia.. Kalau amalkan bulan puasa ni memang sesuai sangat.. 

Ramai yang berpuashati dengan produk Leedee Shakolat ni.. Kalau korang tak percaya, jom tengok feedback mereka..

















Nak Kurus? Jom Amalkan Leedee!

Ok gais, sape-sape yang nak kurus tu bolehlah cuba produk Leedee ni.. Memang terbaik.. Aku dah try dan memang berkesan untuk aku.. Harganya pun mampu milik... Apa yang penting produknya memang berkesan.. Owh ya, sekarang ni Leedee Shakolat ada promo tau.. Rugi tak grab..!!


PROMO LEEDEE SHAKOLAT 
Net Price : RM69sm, RM75ss  

🍫 1 LEEDEE SHAKOLAT Rm59sm, Rm65ss  
🍫 🍫  2 LEEDEE SHAKOLAT Rm118sm, Rm130ss  
🍫🍫🍫 3 LEEDEE SHAKOLAT Rm177sm, Rm195ss 



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, korang boleh layari :-

💧 Website  :  https://www.leedee.my/
💧 Contact No. : 017-679 7270 (Nadd Empire Sdn. Bhd.)  /  017-679 0191 (En. Syafiq)





Read More