Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari

Monday, March 14, 2022

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari  |  Holaaa!! Hi Gais... Aku nak share dengan korang tentang satu produk best ni yang aku tengah guna sekarang.. Memang terbaik la baq hang! Dah lama aku mencari produk yang boleh hilangkan atau paling tidak pun boleh kurangkan bintik hitam dekat muka aku ni.. Now, aku dah jumpa produk best yang dapat bantu aku menyelesaikan masalah ini iaitu Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat kurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari sahaja! Serius best gais produk ni!! Tekstur dia aku suka..


Tentang Murad

Clinical, but cool. Doctor, but hardly dull. Science, but not stuffy.

Itulah slogan yang dilontarkan oleh jenama besar ini, Murad.. Jenama Murad ini tidak asing lagi di Malaysia.. Jika korang seorang pencinta kecantikan, sudah pastinya korang dah sinonim dengan jenama ini.. 

Pada tahun 1989, pakar dematologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad telah mengasaskan Murad, Inc., jenama doktor moden pertama produk penjagaan kulit klinikal, menetapkan standard baharu untuk penjagaan kulit berprestasi tinggi dengan menggunakan formula dan teknologi yang terbukti secara saintifik, untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang paling sihat dan cantik.

Sebagai pakar klinikal dalam pencerahan selama lebih 30 tahun, Dr. Murad telah berjaya mencipta penyelesaian bagi masalah bintik hitam untuk next-generation dengan memanfaatkan teknologi yang dipatenkan untuk mengurangkan dan mencegah bintik hitam dengan berkesan.

Disebabkan itulah aku percaya dan yakin dengan produk Murad ni sebabnya produk mereka terbukti secara saintifik.. Jadi, nak guna pun lebih yakin dan selamat..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Sepertimana yang korang sendiri tahu, bukan senang nak hilangkan atau pudarkan bintik hitam ni.. Bukan boleh hilang dalam masa satu hari tetapi kena ada usaha yang konsisten untuk dapat kesan yang terbaik.. Kalau korang sejenis yang malas dan suka skip-skip, jangan haraplah masalah bintik hitam ni boleh selesai walaupun korang pakai produk yang mahal.. So, kenalah konsisten barulah dapat hasil yang bagus.. Betul tak?

Untuk penyelesaian muktamad kepada pigmentasi dan pembentukan bintik hitam di wajah aku ni, pilihan aku sudah tentunya Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat mengurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari.. Telah terbukti secara klinikal tau.. 

Dengan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni dah tak perlu jumpa doktor lagi kerana serum intensif ini dapat menggalakkan pembentukan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Teknologi resorcinol yang dipatenkan, eksklusif untuk Murad, berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menyelesaikan juga masalah tona kulit yang tidak sekata..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari


Kajian telah menunjukkan 84% pengurangan bintik hitam dalam masa 14 hari dengan menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni.. Wow!! Hebat.. 

Kalau korang nak tahu, semasa mereka membuat kajian ini, Dr. Murah telah menggunakan bahagian bintik hitam yang paling degil untuk dirawat dengan penjagaan yang sama seperti yang dilakukan oleh pakar dermatologi.. Serum ini dengan penggunaan harian yang konsisten telah menunjukkan ianya satu langkah melangkaui dengan resorcinol antioksidan yang membantu menghalang penampilan bintik-bintik hitam dan menjadikan warna kulit lebih sekata. Asid Glikolik pula berfungsi menanggalkan sel-sel permukaan yang kusam untuk meningkatkan keserian semulajadi wajah.

Jangan risau, Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit normal, berminyak, kombinasi dan kering.. So, tak perlu risau dengan kesesuaian jenis kulit kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit yang aku sebutkan tadi.. hehe...

Ahli panel ujian juga telah bersetuju dalam masa 14 hari sahaja penggunaan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini telah menunjukkan :-
  • 84% menunjukkan pengurangan penampilan bintik hitam
  • 91% terlihat kulit lebih cerah
  • 94% terlihat kulit lebih licin
  • 89% terlihat kulit lebih bercahaya dan berseri-seri

3 tunjung utama keberkesanan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini
  • Teknologi Resorcinol yang dipatenkan - Eksklusif hanya untuk Murad yang dapat mengurangkan penampilan bintik hitam dan tona tidak sekata
  • Tranexamic Acid - Membantu menenangkan, mencerahkan dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan tona tidak sekata
  • Glycolic Acid - Mengelupas untuk membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit dan membersihkan sel kulit kusam untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik

Cara Menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Langkah 1
Bersihkan muka dengan pencuci muka yang biasa korang guna atau nak best lagi boleh guna pencuci muka Murad Essential-C Cleanser.

Langkah 2
Apply Murad Rapid Dark Spot Correction Serum. Urut secara perlahan dan rata pada muka dan leher.

Langkah 3
Diikuti dengan sunscreen Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini boleh dipakai pada waktu siang dan malam.. Didatangkan dalam bentuk gel yang mudah menyerap dan tidak melekit.. Bila apply dekat muka, ada rasa sejuk.. Best gila.. Pakagingnya pun dalam botol pump, so mudahlah nak guna..

Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Mencegah lebih baik daripada mengubati.. Oleh itu, pentingnya penggunaan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.. 

Kalau korang nak tahu, salah satu punca terjadinya pigmentasi dan bintik-bintik hitam ni adalah sinaran UV.. So, sangat penting tau penggunaan pelindung matahari.. Dulu aku sendiri pun tak tahu.. Tapi bila ditegur oleh teman-teman tentangnya, barulah datang kesedaran itu.. Sekarang memang aku dah tak skip lagi pelindung matahari.. Risau bintik hitam makin memburuk ni muka aku ni.. Hehe..


Now aku guna Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.. Aku suka teksturnya yang  ringan, mudah menyerap dan tidak melekit.. Teksturnya berwarna skin tau dan akan mengikut warna kulit kita bila kita pakai.. Paling penting tidak bercapuk dan meninggalkan kesan glowing pada kulit.. Best gilaaa!!



Oh ya, jangan tak tahu ye bukan sinaran UV sahaja yang menyebabkan kerosakan kulit dan menampakkan tanda-tanda penuaan lebih awal, sinaran ultra biru daripada skirn yang berlebihan juga boleh menjejaskannya.. So, dengan menggunakan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ni dapat melindungi kulit kita kerana ianya 100% mineral.


Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Ianya bebas pewangi dan memberikan 100% pelindungan. Serius, aku dah jatuh cinta dengan sunscreen Murad yang ini.. Luv Sangat!!

Nak Kulit Cantik? Murad menyediakan penyelesaiannya!


Siapa yang tak nak cantikkan.. So, kalau korang bercita-cita nak kulit cantik bolehlah cuba produk Murad ni.. Seperti biasa aku tegaskan di sini, setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Begitulah jua dengan kesan dan hasilnya bagi setiap orang pasti berbeza-beza.. Yang penting kita kena konsisten untuk mendapatkan yang terbaik.. Tak cuba tak tahu kan.. So, jom cuba produk Murad! Di yakini berkesan dan selamat digunakan.. Aku dah cuba, korang bila lagi? hehe..

Info lanjut, boleh layari :-

❤ Website  :  https://www.murad.com.my/
❤ Facebook  :  https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/    





2 comments:

  1. combination yang best, suka dengan murad produk dia specific

    ReplyDelete
  2. Hallu Hallu Hallu

    Congratulations!

    https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html

    ReplyDelete