Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Tuesday, May 3, 2022

Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat | Assalamualaikum.. Hi korang.. Lama tak berceloteh di sini.. Kali ni aku nak bercerita tentang perihal rambut.. Siapa yang mempunyai masalah rambut? Haaa korang wajib baca ni terutamanya korang yang memakai hijab.

Menurut hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat faktor cuaca yang panas dan juga lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal mudah berlaku kepada mereka yang berhijab.


Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Ok, dekat sini aku nak perkenalkan kepada korang Safi Shayla baru.. Rasanya korang pun dah familiar dengan brand penjagaan rambut ini kan.. Jenama yang tak asing lagi di Malaysia.. Apa yang menariknya kali ini, Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.


Rambut berhijab sangat memerlukan penjagaan yang extra dan mantap. So, sebab itulah Safi Shayla kini telah diupgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat dan lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut.


Rangkaian ini  juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab.. Lama tu gais!! Best gila.. Rambut pun wangi sepanjang hari! Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.

5 Rangkaian Syampu Safi Shayla Yang Paling Laris

1.  Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur


Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. Aku pun pakai yang ini dan sangat sesuai dengan aku..

2. Syampu Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur


Menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh

3. Syampu Safi Shayla Licin Terurus


Syampu ini dapat melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. So, Rambut jadi licin, lembut dan senang disikat, tiada lagi frizzy dan serabut!

4. Syampu Safi Shayla Segar Bermaya


Dengan packagingnya warna hijau pun dah rasa segar mata memandang.. Syampu ini  dapat memberikan rasa segar dengan sensasi dinginnya. Ia juga dapat membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya

5. Syampu Safi Shayla Itch Kontrol


Nak hilangkan kegatalan rambut, pilihlah syampu Itch-Control ini.. Ia dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.


Nak rambut cantik, sihat dan lebat?

Jom, dapatkan Safi Shayla Sekarang!  Korang boleh dapatkannya di mana-mana stor berhampiran dengan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee: Safi Shayla.




1 comment:

  1. Saya pakai yang warna hijau punya. Memang best sebab rasa mint

    ReplyDelete