beauty
Showing posts with label beauty. Show all posts

Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Tuesday, May 3, 2022

1 comment
Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat | Assalamualaikum.. Hi korang.. Lama tak berceloteh di sini.. Kali ni aku nak bercerita tentang perihal rambut.. Siapa yang mempunyai masalah rambut? Haaa korang wajib baca ni terutamanya korang yang memakai hijab.

Menurut hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat faktor cuaca yang panas dan juga lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal mudah berlaku kepada mereka yang berhijab.


Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat

Ok, dekat sini aku nak perkenalkan kepada korang Safi Shayla baru.. Rasanya korang pun dah familiar dengan brand penjagaan rambut ini kan.. Jenama yang tak asing lagi di Malaysia.. Apa yang menariknya kali ini, Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.


Rambut berhijab sangat memerlukan penjagaan yang extra dan mantap. So, sebab itulah Safi Shayla kini telah diupgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat dan lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut.


Rangkaian ini  juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab.. Lama tu gais!! Best gila.. Rambut pun wangi sepanjang hari! Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.

5 Rangkaian Syampu Safi Shayla Yang Paling Laris

1.  Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur


Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. Aku pun pakai yang ini dan sangat sesuai dengan aku..

2. Syampu Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur


Menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh

3. Syampu Safi Shayla Licin Terurus


Syampu ini dapat melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. So, Rambut jadi licin, lembut dan senang disikat, tiada lagi frizzy dan serabut!

4. Syampu Safi Shayla Segar Bermaya


Dengan packagingnya warna hijau pun dah rasa segar mata memandang.. Syampu ini  dapat memberikan rasa segar dengan sensasi dinginnya. Ia juga dapat membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya

5. Syampu Safi Shayla Itch Kontrol


Nak hilangkan kegatalan rambut, pilihlah syampu Itch-Control ini.. Ia dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.


Nak rambut cantik, sihat dan lebat?

Jom, dapatkan Safi Shayla Sekarang!  Korang boleh dapatkannya di mana-mana stor berhampiran dengan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee: Safi Shayla.




Read More

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari

Monday, March 14, 2022

2 comments
Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari  |  Holaaa!! Hi Gais... Aku nak share dengan korang tentang satu produk best ni yang aku tengah guna sekarang.. Memang terbaik la baq hang! Dah lama aku mencari produk yang boleh hilangkan atau paling tidak pun boleh kurangkan bintik hitam dekat muka aku ni.. Now, aku dah jumpa produk best yang dapat bantu aku menyelesaikan masalah ini iaitu Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat kurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari sahaja! Serius best gais produk ni!! Tekstur dia aku suka..


Tentang Murad

Clinical, but cool. Doctor, but hardly dull. Science, but not stuffy.

Itulah slogan yang dilontarkan oleh jenama besar ini, Murad.. Jenama Murad ini tidak asing lagi di Malaysia.. Jika korang seorang pencinta kecantikan, sudah pastinya korang dah sinonim dengan jenama ini.. 

Pada tahun 1989, pakar dematologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad telah mengasaskan Murad, Inc., jenama doktor moden pertama produk penjagaan kulit klinikal, menetapkan standard baharu untuk penjagaan kulit berprestasi tinggi dengan menggunakan formula dan teknologi yang terbukti secara saintifik, untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang paling sihat dan cantik.

Sebagai pakar klinikal dalam pencerahan selama lebih 30 tahun, Dr. Murad telah berjaya mencipta penyelesaian bagi masalah bintik hitam untuk next-generation dengan memanfaatkan teknologi yang dipatenkan untuk mengurangkan dan mencegah bintik hitam dengan berkesan.

Disebabkan itulah aku percaya dan yakin dengan produk Murad ni sebabnya produk mereka terbukti secara saintifik.. Jadi, nak guna pun lebih yakin dan selamat..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Sepertimana yang korang sendiri tahu, bukan senang nak hilangkan atau pudarkan bintik hitam ni.. Bukan boleh hilang dalam masa satu hari tetapi kena ada usaha yang konsisten untuk dapat kesan yang terbaik.. Kalau korang sejenis yang malas dan suka skip-skip, jangan haraplah masalah bintik hitam ni boleh selesai walaupun korang pakai produk yang mahal.. So, kenalah konsisten barulah dapat hasil yang bagus.. Betul tak?

Untuk penyelesaian muktamad kepada pigmentasi dan pembentukan bintik hitam di wajah aku ni, pilihan aku sudah tentunya Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat mengurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari.. Telah terbukti secara klinikal tau.. 

Dengan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni dah tak perlu jumpa doktor lagi kerana serum intensif ini dapat menggalakkan pembentukan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Teknologi resorcinol yang dipatenkan, eksklusif untuk Murad, berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menyelesaikan juga masalah tona kulit yang tidak sekata..

Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari


Kajian telah menunjukkan 84% pengurangan bintik hitam dalam masa 14 hari dengan menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni.. Wow!! Hebat.. 

Kalau korang nak tahu, semasa mereka membuat kajian ini, Dr. Murah telah menggunakan bahagian bintik hitam yang paling degil untuk dirawat dengan penjagaan yang sama seperti yang dilakukan oleh pakar dermatologi.. Serum ini dengan penggunaan harian yang konsisten telah menunjukkan ianya satu langkah melangkaui dengan resorcinol antioksidan yang membantu menghalang penampilan bintik-bintik hitam dan menjadikan warna kulit lebih sekata. Asid Glikolik pula berfungsi menanggalkan sel-sel permukaan yang kusam untuk meningkatkan keserian semulajadi wajah.

Jangan risau, Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit normal, berminyak, kombinasi dan kering.. So, tak perlu risau dengan kesesuaian jenis kulit kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit yang aku sebutkan tadi.. hehe...

Ahli panel ujian juga telah bersetuju dalam masa 14 hari sahaja penggunaan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini telah menunjukkan :-
  • 84% menunjukkan pengurangan penampilan bintik hitam
  • 91% terlihat kulit lebih cerah
  • 94% terlihat kulit lebih licin
  • 89% terlihat kulit lebih bercahaya dan berseri-seri

3 tunjung utama keberkesanan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini
  • Teknologi Resorcinol yang dipatenkan - Eksklusif hanya untuk Murad yang dapat mengurangkan penampilan bintik hitam dan tona tidak sekata
  • Tranexamic Acid - Membantu menenangkan, mencerahkan dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan tona tidak sekata
  • Glycolic Acid - Mengelupas untuk membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit dan membersihkan sel kulit kusam untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik

Cara Menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum


Langkah 1
Bersihkan muka dengan pencuci muka yang biasa korang guna atau nak best lagi boleh guna pencuci muka Murad Essential-C Cleanser.

Langkah 2
Apply Murad Rapid Dark Spot Correction Serum. Urut secara perlahan dan rata pada muka dan leher.

Langkah 3
Diikuti dengan sunscreen Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini boleh dipakai pada waktu siang dan malam.. Didatangkan dalam bentuk gel yang mudah menyerap dan tidak melekit.. Bila apply dekat muka, ada rasa sejuk.. Best gila.. Pakagingnya pun dalam botol pump, so mudahlah nak guna..

Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++


Mencegah lebih baik daripada mengubati.. Oleh itu, pentingnya penggunaan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.. 

Kalau korang nak tahu, salah satu punca terjadinya pigmentasi dan bintik-bintik hitam ni adalah sinaran UV.. So, sangat penting tau penggunaan pelindung matahari.. Dulu aku sendiri pun tak tahu.. Tapi bila ditegur oleh teman-teman tentangnya, barulah datang kesedaran itu.. Sekarang memang aku dah tak skip lagi pelindung matahari.. Risau bintik hitam makin memburuk ni muka aku ni.. Hehe..


Now aku guna Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.. Aku suka teksturnya yang  ringan, mudah menyerap dan tidak melekit.. Teksturnya berwarna skin tau dan akan mengikut warna kulit kita bila kita pakai.. Paling penting tidak bercapuk dan meninggalkan kesan glowing pada kulit.. Best gilaaa!!



Oh ya, jangan tak tahu ye bukan sinaran UV sahaja yang menyebabkan kerosakan kulit dan menampakkan tanda-tanda penuaan lebih awal, sinaran ultra biru daripada skirn yang berlebihan juga boleh menjejaskannya.. So, dengan menggunakan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ni dapat melindungi kulit kita kerana ianya 100% mineral.


Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Ianya bebas pewangi dan memberikan 100% pelindungan. Serius, aku dah jatuh cinta dengan sunscreen Murad yang ini.. Luv Sangat!!

Nak Kulit Cantik? Murad menyediakan penyelesaiannya!


Siapa yang tak nak cantikkan.. So, kalau korang bercita-cita nak kulit cantik bolehlah cuba produk Murad ni.. Seperti biasa aku tegaskan di sini, setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Begitulah jua dengan kesan dan hasilnya bagi setiap orang pasti berbeza-beza.. Yang penting kita kena konsisten untuk mendapatkan yang terbaik.. Tak cuba tak tahu kan.. So, jom cuba produk Murad! Di yakini berkesan dan selamat digunakan.. Aku dah cuba, korang bila lagi? hehe..

Info lanjut, boleh layari :-

❤ Website  :  https://www.murad.com.my/
❤ Facebook  :  https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/    





Read More

Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan

Friday, January 28, 2022

1 comment
Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan  |  Kemain risau lagi aku sebulan dua ni.. Mana tak risaunya gais, bila naik je atas penimbang, angkanya semakin bertambah bukan berkurangan.. Selera makan makin menjadi-jadi pulak sekarang.. Baju pun banyak dah yang sendat.. Huhu.. Itu menandakan berat badan aku dan bertambah.. 

Bila dah jadi macam ni, barulah nak insofffffff... Baru terhegeh-hegeh nak diet dan sebagainya.. Kalau tak, aku makan tak hingat dunia.. Tengah malam pun makan lagi.. Kehkeh! Sungguhpun aku nampak cam terdesak sangat nak turunkan berat badan, tak de la aku pilih cara yang boleh menjejaskan kesihatan aku.. Sebaliknya aku cuba diet yang sihat dan bersenam.. Biar lambat asal selamat.. Hehe.. 


Owh ya, kalau korang nak tahu, satu lagi cara aku amalkan untuk turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan Leedee Shakolat!!.. Korang pernah dengar tak produk ni? Bagus tau produk Leedee ni.. Leedee Shakolat ni minuman pengganti sarapan yang dapat mengawal nafsu makan kita.. Bak kata omputeh "Meal Replacement and Craving Control".. Hehe.. 

Leedee Shakolat Minuman Pengganti Sarapan Untuk Turunkan Berat Badan

Betul ke Leedee Shakolat ni boleh turunkan berat badan?? 


Ye betul gais tapi kena la konsisten.. Kalau korang bercita-cita nak turunkan berat badan tetapi jenis 'angat-angat tahi ayam' memang tak dapat la hasilnya.. Lepas tu klim, produk tak berkesan.. Padahal diri sendiri tak disiplin.. Betul tak? Haha.. Baik ngaku sape yang macam ni.. !! Hehe..

Ok, aku cerita sikit ye.. Leedee ni merupakan produk makanan tambahan keluaran Nadd Empire Sdn. Bhd. Percaya tak percaya sebenarnya jenama Leedee ni dah pun berada di pasaran hampir 4 tahun bermula tahun 2018 lagi.. Sekarang ni di bawah label Leedee dah ada 3 produk makanan tambahan iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan juga yang terbaru adalah Leedee Shakolat..

Leedee Shakolat Membantu Buat Rasa Kenyang


Perkara yang paling sukar kita buat dekat Malaysia ni adalah mengawal nafsu makan kita sebabnya dekat negara kita ni terlalu banyak makanan sedap-sedap.. Betul tak? Sebab itu jugalah jumlah mereka yang mengalami masalah obesiti di Malaysia ni mencatatkan jumlah yang tertinggi.. 

Menyedari masalah ini, Nadd Empire Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Leedee Shakolat yang sedap ini.. Yess memang sedap rasanya.. Sekali minum rasa nak minum lagi dan lagi.. Serius sedap gais rasa dia.. Fungsi utama Leedee Shakolat ni adalah dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.. So bila rasa kenyang, tak de la kita nak makan banyak-banyak kan.. Sekaligus dapatlah turunkan berat badan..

Kenapa Leedee Shakolat ni sedap sangat??


Haa sebabnya Leedee Shakolat ni dihasilkan daripada 5 bahan terbaik dan berkualiti tinggi iaitu :-
  • Coklat  -  Mengawal metabolisma
  • Ekstrak Mangga Afrika  -  Membakar lemak
  • Ekstrak Apple Fiber  -  Membantu mengenyangkan
  • Oat halus  -  Mengawal gula dalam darah
  • Ekstrak Chia Seed  -  Dipenuhi antioksidan
  • Ekstrak Garcinia Cambogia  -  Mengawal selera makan
  • Ekstrak Senna  -  Meningkatkan imunisasi
  • L-Carnatine  -  Membantu lemak badan bertukar menjadi tenaga

Kelebihan Leedee Shakolat


Ok, macam yang aku cite kat atas tadi, salah satu kelebihan Leedee Shakolat ni adalah dapat membuatkan kita kenyang.. Sebab apa? Haa sebabnya minuman Leedee Shakolat ni berfungsi sebagai pengganti sarapan.. Kalau korang berniat untuk turunkan berat badan, bolehlah gantikan sarapan korang dengan Leedee Shakolat ni secara konsisten kerana Leedee Shakolat ni boleh menurunkan berat badan jika diambil mengikut peraturannya dan sekiranya korang ni seorang yang sangat sibuk, jadual makan korang tak menentu, haaa bolehlah standby Leedee Shakolat ni untuk dijadikan sebagai pengganti makanan korang.. Memang mengenyangkan tau dan dapat juga mengawal craving guna dan juga karbohidrat.. Memang terbaik!!


Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan juga nutrisi.. Owh ya, minuman ini juga dapat memberikan tenaga tau pada korang sekaligus dapat meningkatkan metabolisma.. Paling penting, ianya rendah kalori.. Hehe.. 

Cara Pengambilan Leedee Shakolat

Dalam satu kotak Leedee Shakolat ni ada 10 sachet untuk 10 hari.. Setiap hari perlu ambil 1 sachet dijadikan pengganti sarapan.. 


Cara nak consume Leedee Shakolat ni, hanya perlu ambil 1 sachet bersama 150ml air suam atau sejuk sebelum sarapan pagi.. Aku lebih prefer sejuk.. Haha.. Sedap oii minum sejuk-sejuk... Tapi sekali sekala layan jugak Leedee Shakolat suam.. Jom aku ajar cara yang lebih detail..
  • Sediakan 150ml air sejuk / suam
  • Ambil 1 sachet Leedee Shakolat dan tuangkan
  • Goncang / kacau sehingga sebati dan minum
Cara penyimpanan pula, perlu disimpan di tempat yang sejuk, bersih dan kering..

Saya minum tak berkesan pun! 

Haaa mesti ada sebab tu tak berkesan.. Sama ada tak konsisten ataupun langgar pantang larang.. 


Apa pantang larangnya?

Ok, ini dia..
  • Pastikan air masak cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Elakkan minuman berkafein
  • Pastikan tidur cukup
  • Makan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.
Nak hasil yang lumayan, kenalah ikut pantang larangnya.. Barulah nampak kesannya.. Betul tak? Mungkin juga ada yang risau akan kesan sampingannya.. Jangan risau, kerana bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi dan ada lab test.. 



Kalau stop consume Leedee, berat badan akan naik balik tak??

Waahh ni soalan paling femes ni.. Aku sendiri pun kadang-kadang soalan macam ni bermain di minda.. Yelah, dah kita consume mesti nak tau kesannya kalau kita stop sesuatu produk tu kan.. Untuk produk Leedee ni, dah terbukti ramai pelanggan mereka yang bagi feedback, bila stop memang berat badan masih menten.. Ini kerana kadar metabolisma meningkat dari sebelumnya..

Kalau nak lagi hebat kesannya, korang kenalah juga bersenam ye.. Ini akan mempercepatkan lagi kadar penurunan berat badan dari tidak bersenam.. Badan pun lebih sihat dan fit.. Nak badan cantik ni kenalah rajin ye.. hehe..

AWAS!!

Ibu mengandung dilarang keras ye daripada mengambil sebarang suplemen kurus termasuklah produk Leedee ini.. Manakala untuk ibu menyusu pula, korang boleh mengambilnya tetapi kena pastikan korang jaga pemakanan yang sihat dan mengambil nutrisi yang cukup.. Tetapi perlu diingat ye, ianya bergantung juga kepada setiap badan.. Satu lagi, bagi korang yang ada penyakit kronik, tidak boleh mengambil produk Leede ye.. Apa-apa pun kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu..

Nak Kesan Yang Lebih Efektif? Ambil Tiga Produk Leedee Ini!

Nak lebih berkesan turunkan berat badan? Haaa ni aku nak bagi korang tips.. Kalau nak lebih berkesan untuk turunkan berat badan, korang boleh consume tiga produk Leedee ini iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan Leedee Shakolat.. Ketiga-tiga produk Leedee ni mempunyai fungsi yang berbeza untuk turunkan berat badan.. 



Perbezaan produk Leedee ini adalah :-
  • Leedee Pineapple  -  Membantu menurunkan berat badan
  • Leedee Tox Peach  -  Membuang toksin badan
  • Leedee Shakolat  -  Meal replacement & craving control, membantu buat rasa kenyang
Macam mana nak consume ketiga-tiga produk ni? Ok, korang boleh ikut cara consume produk Leedee di bawah ini..
  • Sebelum @ Gantian Sarapan - 1 sachet Leedee Shakolat
  • Selepas 30 minit - 1 sachet Leedee Pineapple
  • Malam sebelum tidur - 1 sachet Leedee Tox Peach

Produk Leedee ini boleh diambil oleh mereka yang berumur 15 tahun sehingga 50 tahun.. Korang yang berusia lebih dari 50 tahun tidak disarankan untuk mengambil produk Leedee ini tetapi bergantung juga kepada kesihatan diri masing-masing..

Leedee Shakolat Sangat Sedap!!

Yesss, memang sedap sangat rasa Shakolat ni.. Minum 1 sachet rasa tak puas.. Rasa dia secukup rasa.. Tak manis tak tawar.. Ada lemak berkrim dia.. Memang sedap.. Aku baru je consume Leedee Shakolat ni, kalau pagi tu aku ambil, memang tak perlu sarapan dah.. Rasa kenyang tu boleh sampai ke tengahari.. Time lunch tu pun masih berbaki lagi rasa kenyang dia.. Kalau amalkan bulan puasa ni memang sesuai sangat.. 

Ramai yang berpuashati dengan produk Leedee Shakolat ni.. Kalau korang tak percaya, jom tengok feedback mereka..

















Nak Kurus? Jom Amalkan Leedee!

Ok gais, sape-sape yang nak kurus tu bolehlah cuba produk Leedee ni.. Memang terbaik.. Aku dah try dan memang berkesan untuk aku.. Harganya pun mampu milik... Apa yang penting produknya memang berkesan.. Owh ya, sekarang ni Leedee Shakolat ada promo tau.. Rugi tak grab..!!


PROMO LEEDEE SHAKOLAT 
Net Price : RM69sm, RM75ss  

🍫 1 LEEDEE SHAKOLAT Rm59sm, Rm65ss  
🍫 🍫  2 LEEDEE SHAKOLAT Rm118sm, Rm130ss  
🍫🍫🍫 3 LEEDEE SHAKOLAT Rm177sm, Rm195ss 



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, korang boleh layari :-

💧 Website  :  https://www.leedee.my/
💧 Contact No. : 017-679 7270 (Nadd Empire Sdn. Bhd.)  /  017-679 0191 (En. Syafiq)





Read More

Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Friday, December 10, 2021

1 comment
Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum  |  Assalamualaikum. Hi Korang.. Jarang-jarang dah aku dapat meluangkan masa di blog kesayangan aku ni.. Bukan apa, sekarang ni kerja aku semakin sibuk.. Macam-macam benda nak kena buat dan fikirkan.. Sampai satu tahap aku berada dalam keadaan stress yang agak teruk.. Sebenarnya keadaan seperti ini tak berapa elok untuk wanita yang semakin meningkat usianya macam aku ni.. 


Sebabnya stress ni boleh membuatkan kita nampak tua sebelum usia tau dimana munculnya tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, dagu berlapis, garis-garis halus dan banyak lagi la... So, untuk atasi masalah tanda-tanda penuaan ni, aku cuba produk terbaru Safi iaitu Safi Youth Gold.. Best tau produk ni.. Jom aku story!

Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


Sebagaimana yang korang tahu, jenama Safi ni tak asing lagi dalam pasaran Malaysia malah telah menjadi jenama produk penjagaan kulit No.1 Halal di Malaysia. Apa yang bagusnya tentang setiap produk Safi ni, ia diuji secara klinikal dan saintifik bagi memastikan imej produk mereka sentiasa dihati penggunanya..

Baru-baru ini Safi telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Safi Youth Gold.. Ada dua produk tau iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.. Kedua-dua produk ini diformulasikan khas untuk membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berlapis dan kulit kendur dimana ianya boleh menurunkan tahap keyakinan wanita moden hari ini..  Apa yang bestnya dengan menggunakan produk ni, masalah dagu berlapis boleh reduce sehingga 50%  tau dalam masa 15  minit sahaja dan kita akan kembali nampak lebih muda, anjal dan berseri-seri.. Ini telah di uji secara klinikal oleh ahli panel mereka..

Oh ya, kalau korang nak tahu, Safi Youth Gold ni sebenarnya merupakan produk yang telah di upgrade dari rangkaian Safi Rania Gold.. Nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis ye! Hehe..

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser


Aku dah cuba kedua produk ini selama dua minggu dan aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Safi Youth Gold ni.. Serius memang best sangat.. Setiap produk pasti memerikan manfaat kepada kita sekiranya kita menggunakannya secara betul dan konsisten.. 



Begitulah juga dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser ini.. Korang pasti tertanya-tanya apa yang best sangat dengan kedua-dua produk ni? Yesss memang best sangat guys.. Banyak manfaat dan kelebihannya.. Antaranya :-
  1. Ia dapat merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
  2. Dapat mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit sahaja
  3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, duncing dan tirus
  4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lif, kombinasi Vitamin C & Nano emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
  5. Tidak melekit dan tidak berminyak serta mudah meresap dan selesa pada kulit
  6. Diperkaya  dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberikan °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti :-
    • Menegangkan kulit
    • Meningkatkan keanjalan kulit
    • Mengurangkan garis halus dan kedutan
    • Meningkatkan kelembapan kulit
    • Melindungi kulit dari pengoksidaan
    • Meningkatkan kehalusan kulit
    • Memperbaiki kulit rosak 
**Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal




Rahsia Awet Muda dengan Safi Youth Gold

Sebelum ni memang dah pernah try Safi Rania Gold dan sesuai dengan kulit aku.. Now, bila dah cuba rangkaian terbaru Safi ni, Safi Youth Gold, aku rasa lagi best dan superb.. So, aku harap aku boleh konsisten dengan produk ni sebab aku suka akan hasilnya dan berazam untuk tidak kelihatan tua sebelum usia.. Hehe.. Yang penting konsisten diknon!! Inilah rahsia awet muda aku.. 👱


Orite, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk Safi Youth Gold (SYG) ini korang boleh dapatkannya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta boleh juga dapatkannya secara onlin di laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan juga Lazada.

Info lanjut, boleh terjah dekat link bawah ni ye..

Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00) - https://bit.ly/3izM0fm 
Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80) - https://bit.ly/3FpssEj

Ataupun boleh layari :-

Instagram - @safimalaysia  
Facebook - @SAFI.My  
Twitter - @SAFImalaysia  
Youtube - SAFI Malaysia 

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia



Read More