Cara Atasi Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Set Primadona Faith Fleur

Wednesday, November 17, 2021

Cara Atasi Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Set Primadona Faith Fleur  |  Ok, sebelum  ni aku dah pernah cerita tentang produk penjagaan rambut Faith Fleur ni.. Now, aku nak share sekali lagi rutin penjagaan rambut aku dengan Set Primadona Faith Fleur ini kerana bagi aku ianya sangat serasi dan berkesan untuk aku.. Bukan mudah untuk aku cari produk penjagaan rambut yang sesuai dengan aku.. Dah banyak juga aku cuba dan Faith Fleur yang paling sesuai dengan aku..


Aku memang menghadapi masalah rambut gugur yang agak teruk dan juga kelemumur.. Masalah rambut gugur aku ni bermula selepas aku melahirkan anak pertama.. Semakin hari semakin teruk.. Setiap hari mesti nak kena sapu lantai sebabnya banyak sangat rambut aku gugur.. Bila tengok rambut banyak atas lantai tu rasa agak risau dan sedih.. Satu lagi punca menjadi penyumbang kepada rambut gugur ni adalah stress!! Yess, sekarang aku selalu sangat stress.. Sebab itulah aku perlukan produk yang betul-betul selamat digunakan dan boleh atasi rambut gugur dan kelemumur yang aku hadapi ini.. Now, aku dah jumpa produk penjagaan yang tepat untuk atasi masalah aku ini iaitu Set Primadona Faith Fleur..

Rawat Sendiri Rambut Gugur dan Kelemumur Di Rumah Dengan Faith Fleur


Siapa yang ada masalah rambut gugur, kelemumur, rambut rosak, rambut bau kepam boleh la cuba Set Primadona Faith Fleur ni.. Ada syampu, perapi dan juga serum.. Sangat recommended!! Aku sendiri dah cuba sebab tu aku berani rekomen dekat korang.. 

Sekarang ni dah masuk set kedua tau.. Bila dah suka tu, memang akan setia la jawabnya.. Haha.. Packagingnya pun dah bertukar.. Dulu warna pink putih, now dah tukar warna Purple... Warna kegemaran aku guyss!! Botol serum pun dah bertukar kepada botol yang jernih.. Simple but nice.. Aku suka!! Yang penting produknya tetap mantap macam dulu jugak.. Paling aku suka bau dia.. Entah la, aku suka sangat bau produk ni.. Lembut je dan menenangkan..

Ok, apa yang aku suka sangat selepas guna Set Primadona Faith Fleur ini?
  • Rambut aku ada perubahan.. Jumlah rambut gugur di lantai dah kurang.. Yeyyy!!
  • Rambut lembut gile.. Yang ni paling best lepas mandi.. Mudah diurus.. Guna jari pun boleyyyy!!!
  • Masalah kelemumur pun dah semakin kurang.. Hope dengan set kedua ni terus hilang.. Hehe..
  • Bau rambut wangi je.. Sepanjang hari rasa selesa dan segar dengan bau honey dew yang tenang..

Tentang Faith Fleur



Dah alang-alang aku menulis ni.. Nak la jugak aku cerita serba sedikit tentang Faith Fleur ni.. Mesti korang pun nak tahu kan asal usul Faith Fleur ni.. Ok jom aku story..

Faith Fleur adalah satu jenama penjagaan rambut yang telah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan telah membantu lebih 1 juta pengguna mendapatkan rambut lebat dan cantik.. Diasaskan oleh Puan Mariam binti Abdul Samad, di mana Faith Fleur kini telah mempunyai 10 jenis produk penjagaan rambut yang dapat mengatasi apa juga masalah rambut yang dihadapi tidak kira sama ada daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.. Kanak-kanak pun boleh guna tau!! Itu yang best dengan produk Faith Fleur ni..

'Faith Fleur'.. Korang tau tak ape maksudnya? Ok, Faith tu maksudnya 'Kesetiaan' dan Fleur pula adalah 'Bunga' dari perkataan perancis.. Itulah maksud 'Faith Fleur'.. 

Ok, Faith Fleur ni adalah sebuah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, conditioner, serum, tonic dan hair mist.. Bahan-bahan yang digunakan juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan tidak mengandungi sebarang barang kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan Soap.. Paling terpenting bagi aku dan seluruh umat Islam adalah ianya HALAL dan MESRA WUDUK!!

Faith Fleur Set Primadona Pilihan Aku


Faith Fleur Set Primadona tetap menjadi pilihan aku.. Set Primadona ni terdiri daripada Shampoo Hair Loss, Conditioner Hair Loss dan juga Anti-Frizz Hair Serum.. Alahai sukanya aku tengok packaging baru Faith Fleur ni.. Love sangat!! Orite, jom aku story tentang kelebihan setiap satu produk dalam dalam set ini..  Best ke idok?? Jom check it out!!

Faith Fleur Shampoo Hair Loss
  • RM 35 (250ml)
  • Tanpa Paraben dan SLES
  • Mengandungi Vitamin Pro-V-B5
  • Haruman Honey Dew

Kelebihan Shampoo :-
  1. Menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut serta kulit kepala
  2. Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala
  3. Menghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepada bersisik
  4. Mengurangkan kekusutan dan membantu mengurangkan rambut gugur

Faith Fleur Conditioner Hair Loss
  • RM 35 (250ml)
  • Tanpa Paraben dan SLES
  • Mengandungi Vitamin Pro-V-B5
  • Haruman Honey Dew

Kelebihan Conditioner :-
  1. Diperkaya dengan Mineral Oil untuk mengurangkan masalah rambut putus dan kering
  2. Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar
  3. Memberikan kelembapan kepada rambut

Anti-Frizz Hair Serum
  • RM 20 (65ml)
  • Oil-based tetapi mudah menyerap dan mudah dibersihkan
  • Berbau lembut dan segar
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Mesra solat

Kelebihan Serum :-
  1. Mengandungi bahan-bahan berkualiti seperti minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut rosak
  2. Membantu mengurangkan rambut bercabang dan rapuh
  3. Melembut dan melebatkan rambut
  4. Dapat mengurangkan masalah rambut gugur
  5. Merawat masalah kelemumur dan kulit kepala kering
Cara Penggunaan Faith Fleur Set Primadona

Pakai sesuatu produk tu, kalau nak dapat result yang best, kenalah guna mengikut aturan yang betul dan nak dapatkan kesan yang terbaik, kenalah konsisten..  Jom aku ajarkan cara penggunaan Faith Fleur Set Primadona yang betul supaya ianya lebih berkesan..

Step 1 - Shampoo Hair Loss


Basahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala.. Kemudian ratakan cecair syampu di bahagian rambut dan kulit kepala.. Urut lembut kulit kepala 2 - 3 minit dengan Faith Fleur Shampoo Hair Loss.. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Step 2 - Conditioner Hair Loss


Bersihkan rambut dari kesan syampu. Kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja. Elakkan daripada terkena kulit kepala. Kemudian biarkan 2 - 3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

Step 3 - Anti-Frizz Hair Serum


Picit serum ke tapak tangan dan gosok.. Kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.

Nak Rambut Lebat Dan Cantik, Gunalah Faith Fleur. Yang Penting Konsisten, No Malas-Malas!!


Aku dah cuba, Faith Fleur sangat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur yang aku alami.. So, bagi korang yang menghadapi masalah sama macam aku, aku recommend sangat korang guna Faith Fleur ni.. Mana tahu sesuai dan dapat bantu korang juga.. Nak rambut lebat dan cantik, gunalah Faith Fleur!! Yang penting kenalah konsisten, no malas-malas!! Hehe

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

👉 Whatsapp : https://wa.me/60125144231




No comments

Post a Comment