End of June 2021 Book Haul

Sunday, June 27, 2021

End of June 2021 Book Haul  |  Assalamualaikum.. Hai korang.. Hari ni dalam sejarah.. Buat pertama kalinya aku kena swab test.. Allahu, tak tergambar perasaan dia.. Masa RTK test, nak terjeluak.. Masa PCR test lak sampai berair mata-mata.. Huhu.. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan sesuatu yang kalau boleh tak nak lalui dan alami.. Tapi semuanya dah ketentuan Allah dan ujian untuk aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Maka bermulalah kuarantin bagi aku di rumah selama 14 hari bermula 27 Jun hingga 10 Julai 2021.. Result akan keluar hari ketiga dan pada 08 Julai 2021, aku akan jalani swab test sekali lagi.. Doakan aku ye.. :)


Selingan je tu.. Buat kenangan aku akan datang.. hehe.. Ok, now nak cerita tentang End of June 2021 Book Haul.. Beli buku lagiiii.. Hehe.. Untuk mengisi masa terluang.. Macam tahu-tahu je kan nak kene kuarantin, dok beli buku banyak-banyak.. Hiks..


Kali ni aku tertarik dengan 3 judul novel ini.. Dari penulisan Syu Ariani dan Eija Khadeeja iaitu Aku Ada dan Anastasia dari penulis Syu Ariani serta Psychopath dari penulis Eija Khadeeja.. Novel Anastasia ni memang dah lama cari.. Kebetulan ada harga yang best, terus je la rembat... Hope best la novel-novel ni semua.. Kalau tengok review di Goodreads tu, ketiga-tiga novel ni dapat review yang best dari pembaca.. Untuk aku, harapnya best jugak la.. hehe..

Sinopsis Anastasia


Judul Novel : Anatasia
Penulis : Syu Ariani
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 586 m/s

Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas prince charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan di adik tiri?

Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu.

Awak tak takut mati, Aina Natasha? - Arhan

Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh - Aina Natasha

Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran 'pembunuh' tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu.

Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Pada saat dua hari mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan.

Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau! - Hadi

Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha? - Arhan

Segala serangan dipatahkan dan ditepis. Berkali-kali mereka diasak, berkali-kali jugalah mereka mengasak. Mereka berlawan demi mempertahankan nyawa di dalam tubuh dan rasa dalam hati. Hinggalah satu per satu kebenaran terbongkar, sedikit demi sedekit kekuatan Aina dan Arhan tergugut. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka fikir, bukanlah hakikatnya.

Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri - "Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?"


Sinopsis Aku Ada


Judul Novel : Aku Ada
Penulis : Syu Ariani
Terbitan : Karya Seni
Muka Surat : 544 m/s

Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.

Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.

Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa penasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu... Atau seseorang?

Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa dariapda aku? - Lyssa

Aku cuma nak stay dengan kau aje. Akunak ada kat sisi kau selalu, setiap masa.... - Hafiy

Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.

Identiti mayat terbangkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat di kutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.

Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga... Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir!

Apa kata kita potong bulatan takdir ini? - Lyssa

Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau! - Dia 

Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkan rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting.... Mampukah Lyssa melawan Dia?


Sinopsis Psychopath


Judul Novel : Psychopath
Penulis : Eija Khadeeja
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 489 m/s

Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina. Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya.

Kalau apa-apa jadi dekat saya, jangan percaya orang sekeliling. Ingat! Kematian saya bukan kebetulan. Ada yang merancang. - Zain

Dendam harus dilunas dengan dendam, Ezlina memburu satu nama! Igbal. Lelaki yang dipercayai dalang di balik apa yang telah berlaku ke atas Zain. Lelaki itu tak normal seperti manusia biasa. Perlu mengambil pil penenang untuk mengawal emosinya. Segala bukti bagai terarah kepada Iqbal.

Darah berbalas darah! -Ezlina

Lelaki itu kian terdesak untuk membersihkan namanya saat satu demi satu pembunuhan menuduh dia adalah topeng utama di sebalik semuanya. Pembunuhan yang penuh jijik dan sadis! Satu mangsa, satu trofi! Trofi yang diambil dari anggota tubuh yang terkulai tak bernyawa!!

Bukan aku yang pancing dia. Tapi dia yang menyerah diri. - Iqbal

Ada insan lain yang begitu dekat dengannya sedang mengatur permainan untuk memusnahkan kehidupan Iqbal. Benarkah pernyataan itu? Atau kata-kata itu hanya laungan Iqbal untuk menutup sisi gelap dirinya?

Mampukah Ezlina membongkar permainan kejam yang dapat meleraikan segala kebenaran?

Siapa pun si Psychopath, akan Ezlina buru hingga ke lubang kubur! Pembunuhan Zain akan dituntut.

Hanya kematian mampu mengungkap segala kegelapan dan pengkhianatan. Hanya pembunuh kejam bergelar Psychopath mampu meraikan tiap titisan darah dengan nafsu keiblisan.



2 comments:

  1. Novel Anastasia tu dah lama masuk dalam wish list, tapi belum sempat nak beli.

    ReplyDelete
  2. best kan aku ada tu? Macam menarik jugak cerita psycopath

    ReplyDelete