Safi Shayla Supa Rangkaian Terbaru Safi Shayla Khas Untuk Wanita Berhijab Atasi Masalah Rambut Berbau


Safi Shayla Supa Rangkaian Terbaru Safi Shayla Khas Untuk Wanita Berhijab Atasi Masalah Rambut Berbau | Hi korang! Ada tak yang menghadapi masalah rambut berbau? Kalau ada, aku nak recommend dekat korang syampu terbaru keluaran Safi Shayla ini iaitu Safi Shyla Supa rangkaian terbaru Safi Shayla khas untuk wanita berhijab yang dapat mengatasi masalah rambut berbau.. Best tau bau syampu ni.. Kalau tak percaya, silalah cuba.. Hehe..

Kalau korang nak tahu, Safi Shayla adalah sub jenama penjagaan rambut dibawah SAFI iaitu jenama terkemuka yang mengekluarkan produk penjagaan diri yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelali muslim moden.. Safi Shayla merupakan rangkaian syampu pertama yang direka dan dirumus khas untuk pemakai hijab dimana ia dilancarkan pada Oktober 2012. Apa yang menarik, rangkaiannya dirumus dengan Habatus Sauda iaitu bahan semulajadi yang terkenal di kalangan orang Melayu. Paling penting ianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM.

Atasi Masalah Rambut Berbau Dengan Safi Shayla Supa

Sebut sahaja Safi Shayla, dah terlintas difikiran jenama ni khas untuk wanita berhijab.. Betul tak? Yang tak berhijab pun boleh je nak guna jenama ni sebenarnya, tak menjadi masalah pun.. Cuma yang pastinya Safi Shayla memang direka khas untuk hijabista kerana wanita yang berhijab ni seringkali menghadapi masalah rambut berbau. Yelah seharian memakai hijab, sudah pastinya berpeluh.. Lagi teruk bila bekerja dalam keadaan yang panas.. Lagilah cepat berpeluh.. Ini membuatkan rambut mudah berbau akibat berpeluh.. Jadi, Safi Shayla telah memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah rambut berbau ini..

Korang tahu tak apakah punca rambut berbau? Kalau tak tahu, meh aku share dengan korang 5 punca rambut berbau..

1.    Berpeluh

Macam yang aku ceritakan tadi, salah satu punca adalah berpeluh terutamanya bagi mereka yang kuat berpeluh lebih cenderung menghadapi masalah rambut berbau.. Ini kerana peluh yang terkumpul di kulit kepala dan rambut kita terutamanya bagi korang berambut panjang yang sering mengikat rambut akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan akan membangkitkan bau yang kurang enak atau lebih tepat, bau kepam.. 

2.    Pemakaian Tudung 

Yes, bertudung memang wajib bagi orang Islam.. Tetapi pilihlah tudung yang sesuai dan selesa.. Memakai tudung yang terlalu tebal, membuatkan kulit kepala cepat berpeluh dan akan menyebabkan rambut berbau.. 

3.    Rambut Basah

Cuci rambut pun kena ada perancangan tau.. Jika korang jenis yang suka lepas cuci rambut, terus ikat rambut dan pakai tudung, ini adalah salah satu punca menyebabkan rambut berbau.. Rambut yang tidak dikeringkan terlebih dahulu akan menimbulkan bau kurang menyenangkan.. \

4.    Tidak Syampu Rambut

Ada dikalangan kita suka memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Ada yang ambil sambil lewa perihal mencuci rambut.. Jarang syampu rambut atau ada juga yang tidak suka syampu rambut.. Eeuwww!! Pengotor.!! Jangan begitu kawan!! Kalau rambut tidak dibersihkan, kekotoran dan peluh yang terkumpul akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.. 

5.    Salah Pilih Syampu

Salah pilih syampu juga akan menyebabkan rambut bermasalah.. Tak semua jenama syampu sesuai dengan kita... Jadi, kena pilih yang betul-betul sesuai barulah rambut tak berbau dan timbul masalah lain.. Aku sendiri pun pernah salah pilih syampu sebelum ni menyebabkan rambut aku cepat berbau.. Tapi sekarang tak lagi selepas menggunakan Safi Shayla SUPA ni.. Rambut aku SUPA lembut, SUPA wangi dan SUPA ringan.. 

Rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan

Ok, jom aku kenalkan kepada korang rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan ni.. Ia terdiri daripada 3 produk iaitu :-

  • Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Shampoo
  • Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream
  • Safi Shayla Supa Hair Fall Control Leave On Cream
Yang aku pakai sekarang ni adalah dari rangkaian Supa Smooth & Fragrant.. Packagingnya pun dah buat aku jatuh hati.. Pinkish.. Love it!! Apa yang menarik lagi, ia dapat membantu unlock rambut jadi super smooth yang sentiasa kekal ringan, lembut, halus dan tidak berminyak walaupun setelah berjam-jam mengenakan hijab dengan wangian yang tahan sehingga 72 jam.. Itu yang bestnya dengan Safi Shayla Supa ni tau..

Rangkaian Safi Shayla Supa ini juga diformulasikan 11 kali lebih banyak nutrien dengan 11 kali ganda essential oil untuk menghidrat dan menyuburkan rambut..

Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Shampoo


Safi Shayla Supa ini didatangkan dalam 2 saiz iaitu 320g dan 640g dengan gabungan 11 Essential Oils yang kaya dengan nutrien dapat memberikan kelembutan bak sutera. Ia juga dapat memberikan rasa ringan pada rambut, lembut, halus dan tidak berminyak sekaligus menjadikan rambut lebih terurus.. Selain itu, bau harumnya juga tahan lebih lama sehingga 72 jam.

Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream


Supa Leave On Cream ni pula didatangkan dalam 1 saiz sahaja iaitu 120ml.. Bau dia pun best sangat kekal sehingga 72 jam.. Ia juga dihasilkan daripada gabungan 11 minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dapat memberikan kelembutan selembut sutera. Rambut pun akan lebih ringan, lembut, halus dan tidak berminyak serta terurus..

Safi Shayla Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream

Safi Shayla Supa Hair Fall Control ini pula didatangkan dalam packaging warna oren juga 120ml.. Ia dihasilkan daripada gabungan 11 minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dapat menguatkan rambut yang rapuh menjadikan rambut lebih lembut, kuat dan semulajadi halus.. Paling penting, wangiannya tahan sehingga 72 jam.

Cara Penggunaan Yang Betul
  1. Cuci rambut dengan Safi Shayla Supa Smooth Fragrant Shampoo dan bilas sehingga bersih.
  2. Sapukan Supa Leave On Cream..
  3. Biarkan kering dan tidak perlu dibilas.

Safi Shayla SUPA Berkolaborasi Dengan Tudung Ruffle


Safi Shayla SUPA X Tudung Ruffle.. Dengan SUPA Haircare Kit, kali ini Safi Shayla SUPA berkolaborasi pula dengan Tudung Ruffle.. Rasanya jenama @TudungRuffle ini tidak asing lagi di kalangan hijabista dan penggemar tudung bawal macam aku.. hehe.. Rekaannya yang menarik dan cantik membuatkan jenama ini dikenali dan tudung bawal keluarannya juga senang dibentuk dalam banyak materia..


Untuk kolaborasi ini, Tudung Ruffle menghasilkan rekaan khas yang sangat cantik bagi aku dengan tona warna yang lembut.. Coraknya juga simple tidak sarat nampak lebih eksklusif.

Sertai 'Whatsapp & Menang Vespa Contest' Dan Menangi SUPA Pink Vespa

Sesambil try rangkaian baru dari Safi Shayla ni, bolehlah join contest anjuran mereka iaitu 'Whatsapp & Menang Vespa Contest'.. Hadiah yang ditawarkan menarik tau.. Antaranya :-
  • Hadiah utama : Sebuah SUPA Pink Vespa bernilai RM17,000.00
  • Hadiah Wang Tunai Mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna yang bertuah yang menyertai contest ini.. 
Contest ini diadakan bagi seluruh negara bermula 1 - 31 Julai ini.. Korang hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM15 sahaja untuk sebarang produk Safi Shayla SUPA dah boleh join contest ini.. Mudah je kan..

So, jom pakat shopping rangkaian Safi Shayla ini.. Manalah tahu ada rezeki menang hadiah utama.. Bak kata orang-orang lama, 'tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapalah yang tahu'.. Hehe.. 

Untuk info lanjut, boleh layari :-

👉 Website : https://safi.com.my/



QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)