Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik di Kuala Lumpur & Lembah Klang Ni!

Wednesday, December 30, 2020

Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik di Kuala Lumpur & Lembah Klang Ni! |  Adui lama dah tak pekena aiskrim.. Bila time panas camni, terasa nak makan aiskrim.. Almaklumlah cuaca sekarang ni tak menentu.. Kejap hujan kejap panas.. Ni dah panas banyak hari dah.. Mula la tekak ni nak mencari aiskrim.. Dah alang-alang bercerita tentang aiskrim, kali ni aku nak kongsikan dengan korang kedai-kedai aiskrim terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang boleh korang cuba.. Yang tengah craving aiskrim tu, patut cuba.. 

1.  Piccoli Lotti

kedai aiskrim terbaik di kuala lumpur dan lembah klang

Cute jerk nama kedai aiskrim ni kan.. Piccoli Lotti.. Bila sebut tu terasa kecomelannya.. Hehe.. Ok, kalau korang nak tahu, Piccoli Lotti ni maksudnya "small batches" dalam bahasa Itali yang mewakili falsafah mereka sendiri iaitu Gelato yang baru dibuat dengan bahan semulajadi dalam jumlah yang kecil..

Pelbagai perisa boleh dipilih disini.. Sudah semestinya aiskrim disini dibuat dengan menggunakan bahan premium tanpa pewarna mahupun perisa tiruan.. Jadi, korang boleh nikmati aiskrim yang berkualiti dan sedap disini..

Lokasi : No. 45, Jalan SS20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor.


2.  Whimsical

kedai aiskrim terbaik di kuala lumpur dan lembah klang

Dekat Whimsical ni berbeza sikit aiskirmnya.. Kalau yang rasa aiskrim lain dari yang lain, korang patut cuba di Whimsical ni kerana di sini terkenal dengan variasi aiskrim yang pelbagai dan mungkin korang tak terfikir pun ada aiskrim yang macam ini.. Haaa camtu sekali hebatnya aiskrim di Whimsical ni.. Aiskrim Nasi Lemak pun ada uolls.. Unik kan? Tetapi ofkos sangat menarik kerana dalam masa yang sama mereka mengetengahkan menu tradisi kita, Nasi Lemak.. 

Bagi yang tak berani nak cuba aiskrim yang berbeza, jangan risau kerana aiskrim yang kebiasaan juga ada di Whimsical.. 

Lokasi : FF-17, The Waterfront 5, Desa Parkcity, Kuala Lumpur


3.  Softsrve

kedai aiskrim terbaik di kuala lumpur dan lembah klang

Satu lagi kedai aiskrim yang patut korang cuba iaitu Softsrve.. Apa yang menariknya disini adalah korang boleh korang boleh pilih sama ada nak cuba hard ice cream ataupun yogurt based.. Topping pun macam-macam ada.. Kalau nak rasa sedikit kelainan aku suggest korang cubalah yogurt based.. Gerenti repeat order.. hehe..

Softsrve ni dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin.. Waktu operasi pula selasa hingga khamis bermula jam 6 petang hingga 10 malam manakala jumaat hingga ahad bermula jam 12 tengahari hinggalah 11 malam.. So, korang yang pencinta aiskrim, jom cuba..

Lokasi : D-G-11 Plaza Arkadia No 3, Jalan Intisari, 52200 Kuala Lumpur


4.  Kind Kones

kedai aiskrim terbaik di kuala lumpur dan lembah klang

Uiss sedapnya aiskrim Black Forest ni.. Siap ada vegan chocolate brownies lagi dalam tu.. Perghh!! Di Kind Kones juga aiskrim mereka handcrafted in small batches dari bahan semulajadi.. Bahan-bahan yang kebiasaan ada didapur kita je dia guna.. Setiap perisa yang ada bebas daripada tenusu, soy, gula halus, bahan pengawet dan bahan tambahan tiruan.. 

Owh ya Kind Kones ni selain di Malaysia, ia juga terdapat di Singapura ye.. 

Lokasi : No 61, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur


5.  Inside Scoop Ice Cream

kedai aiskrim terbaik di kuala lumpur dan lembah klang

Mendengar namanya sahaja dah rasa teringin nak cuba.. Inside Scoop Ice Cream ni merupakan salah satu jenama aiskrim yang agak terkenal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. Cawangan juga telah banyak dibuka.. Pelbagai jenis perisa aiskrim ada di sini.. Aiskrim di sini sedap dan menarik kerana bahan yang digunakan berkualiti tinggi.. Aiskrimnya pun bertekstur halus dan berkrim.. Memang sedap.. Aku sudah pastinya memilih aiskrim berperisa coklat sebab aku adalah peminat tegar coklat.. Haha..

Itulah sahaja perkongsian aku tentang kedai aiskrim terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. Ada 5 kedai aiskrim yang patut korang cuba.. Tak cuba memang rugi.. Sebab rasa aiskrimnya memang sedap..

Untuk negeri lain pula, contohnya di Kuantan atau Penang, kalau nak makan aiskrim bolehlah cari kedai aiskrim yang terdekat atau lebih mudah korang boleh terus search guna Foodpanda.. Bukan hanya ada servis food delivery penang je tetapi di negeri-negeri lain pun ada Foodpanda yang sentiada bersama anda.. Lebih mudah kan?


10 comments:

  1. siapa yang jerit kuat bila nampak aiskrim tu?..haha sis kut pun jerit kalau nampak aiskrim mcm ni punya sedap haha..belum try lagi order aiskrim tru food delivery..nanti kita jumpa ok ke tidak

    ReplyDelete
  2. Bukan Lea je nak jerit, kita tengok pun nak jerit sama.. nasib ada foodpanda

    ReplyDelete
  3. Mak aii.. sedapnya semua ais krim nie Lea. Kak Sue belum pernah cuba lagi, nanti boleh lah order guna Food Panda kan.. senang..

    ReplyDelete
  4. sedap sedap belaka!!! mau tak rasa nk jerit hehe

    ReplyDelete
  5. Haaa.. sapa xnak jerit tgk ice cream sedap2 and mahal gitušŸ˜‚ice cream Kind Kones tu kak pernah dah mkn

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap2 lak aiskrim kat sini... Jadi terliur kita tengok

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok semua aiskrim tu.. Senang sekrg nak order dengan foodpanda je.. Semua neger ada foodpanda

    ReplyDelete
  8. Amboi! Tengok aiskrim malam² ni memang mengundang tau. Bagus bila ada dkt food panda sebab cx selalu usha aiskrim dkt situ haha

    ReplyDelete
  9. Now you make me crave for ice cream, i m going to order online.

    ReplyDelete
  10. tengok aiskrim ni waktu tengahari..mau x kecur air liur..hehe

    ReplyDelete