Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad Bocey

Thursday, March 26, 2020

Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad Bocey  |  Assalamualaikum wbt.. Lama betul tinggalkan blog kesayangan ni.. Rindu gila nak menaip kembali disini.. Sesambil aku blogwalking, sesambil aku dengar lagu single terbaru dari Achey dan Fad Bocey iaitu 'Kita Baik Ramai Sayang'.. Sayu je bila dengar lagu ni wak.. Hurmm.. 

Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang nyanyian Achey & Fad Bocey
credit : fb @Rosyaimi Amirul

Lagu ini dicipta oleh Ippo Hafiz, Achey dan Fad sendiri.. Ia dihasilkan selepas Allahyarham Abam Bocey kembali kepada Sang Penciptanya pada 10 Februari 2020 yang lalu.. Moh le kita dengar lagu ni ye... Aku suka!



Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang
Achey & Fad Bocey

***

[Fad]
Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata

Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindukanmu
Damailah engkau di sana

[Achey]
Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya



Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam Bocey...



3 comments:

  1. Ye... Tersentuh hati bila first dengar hari tu kat YT. Sayu je hati.. Rasa macam tak percaya je Abam dah takde.. Tiadalah lagi kedengaran lawak-lawak darinya. Al-fatihah untuk Syed Umar Mokhtar a.k.a. Abam

    ReplyDelete
  2. sedih lirik dan muzik dia.. uhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. Suka dengar lagu ni Lea.Kak PC berulang kali juga dengar.

    ReplyDelete