Welcome to Philippines

Sunday, March 22, 2020

Welcome to Philippines | Melancong bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Contohnya, kalau pergi luar negara, kena fikir flight, penginapan, makanan halal dan beberapa lagi faktor penting yang kena ambik tahu. Bukan boleh main redah je ye korang.. Macam percutian aku baru-baru ni ke Filipina. Banyak bende yang aku pelajari sepanjang percutian tersebut.. Biasalah, setiap percutian tu mesti ada benda baru yang kita dapat pelajari darinya terutamanya dari segi persiapan.. Kalau nak travel ni apa yang penting kene plan betul-betul dan persiapan tu nak kene cemerlang.. Haa.. Tapi pada aku, untuk percutian aku kali ni semuanya baik-baik sahaja.. Hehe..

Welcome to Philippines


Dah alang-alang bukak cerita tentang percutian aku ni, nak la jugak aku share dengan korang beberapa tempat menarik yang korang patut lawati bila korang jejakkan kaki di Filipina ni.. Tapi sebelum tu aku nak kongsikan terlebih dahulu tips untuk korang dapatkan tambang murah untuk booking flight. Jangan tak tahu ye, banyak juga agensi penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Filipina ni. Tapi since aku dapat jackpot naik Cathay Pacific, so aku book terus Cathay Pacific airline tickets melalui web Traveloka ni. So guys, boleh check it out okay web ni. Banyak jugak pilihan airline lain yang ada kat Traveloka tu salah satunya Fireflyz, kalau korang minat, boleh survey dulu harga fireflyz flight tickets ni.

Okay la, sekarang aku nak share pulak dengan korang beberapa lokasi menarik yang ada kat Filipina ni. Nak tahu tak? Kalau nak tahu kena baca sampai noktah terakhir ya.. Haha!!

Pulau Boracay

Welcome to Philippines

Aku yakin korang pernah dengar nama pulau ni. Tak kisahlah dari mana-mana pun. Filem ke, tv ke, majalah ke. Tapi mesti pernah dengar kan? Femes kot tempat ni... Google je Filipina, Pulau Boracay ni adalah tempat pertama yang akan ditulis dan tempat pertama yang korang wajib pergi. Itulah yang terjadi kepada aku. Termenung kejap la tengok pantai dia. Cantik sangat oh!. 18 kali aku duduk scroll gambar pantai ni, kali ke 19 aku dah jejak kaki kat sini.. Aura diaa. MasyaAllah. Hahahaha. Serious talk, korang kena jejakkan kaki korang kat sini... Pantai Barocay ni adalah antara pantai yang tercantik bagi aku. Laut hijau, pasir pantai yang halus, uihh. Tambahan lagi, aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah naik banana boat, berkelah, parasailing, mandi-manda dan banyak lagi la.. Rugi sangat kalau ke Filipina tapi tak singgah di Pantai Barocay ni..

Kota Vigan

Welcome to Philippines

Seperti di Malaysia, Filipina juga mempunyai tempat yang memegang gelaran UNESCO World Heritage Site, inilah dia Kota Vigan. Kota vigan ni kalau korang tengok, senibina dia mempunyai ciri-ciri senibina di Sepanyol. Ia merupakan konsep gabungan antara arkitek daripada Sepanyol dan Filipina. Kalau buat photoshoot memang cantik. Klasik sangat. Kebanyakkan bangunan ni dah jadi restoran dan penginapan untuk pelancong-pelancong yang datang. Kemain seronok aku bergambar kat sini.. Ala-ala dok negara omputeh di zaman lama.. Hiks..

Mall of Asia

Welcome to Philippines

Ok, kalau kat Malaysia kita ada KLCC.. Kalau di Filipina ni, mall paling masyur adalah Mall of Asia.. Kalau korang datang Filipina, korang kena datang mall ni.. Kalau tak, memang tak lengkap percutian korang tu.. Aku boleh katakan mall ni besar gila. Memang besar gile!! Mana taknya, mall ni boleh dikatakan antara yang terbesar di dunia. Aku ulangi, terbesar di dunia beb!! Jalan sampai ke malam pun tak habis. Mau terkopak tapak kasut korang.. Kaki pun mau tercabut.. Haha!! Banyak barang yang korang boleh beli kat sini. Pelancong dan local pun ramai je yang datang shopping kat sini untuk membeli-belah... 

Manila Ocean Park

Welcome to Philippines

Alah kat Kuala Lumpur pun ada ni !! Yessss kat Kuala Lumpur kita ada Aquaria dan kalau di Filipina ni dorang ada Manila Ocean Park.. Memang konsepnya sama tetapi ada yang menariknya di sini iaitu korang boleh menonton pertunjukan obor-obor.. Memang unik gile!! Rugi sangat kalau tak jejakkan kaki kat sini.. So, kalau korang ke Filipina, bolehlah bawak anak-anak tengok hidupan laut yang ada kat sini.. Macam-macam jenis ikan ada tau.. Dari yang kecik sampai la yang besar gedabak. Jerung, Pari, Nemo, semua ada dalam ocean park ni. 

Fortune Island

Welcome to Philippines

Serius weh!! Fortune Island ni cantik gile view dia.. Ini lagi satu tempat yang wajib korang pergi. Korang sampai je kat sini, korang akan kagum dengan keindahan yang ada kat sini. Ramai pelancong yang datang ke sini untuk mandi-manda dan menangkap gambar. Apa yang menariknya kat pulau ni ialah, ia mempunyai mercu tanda di bahagian bucu bukit. Ia membuatkan lebih ramai pelancong dan photographer datang untuk mendapatkan hasil gambar yang sangat cantik dengan berlatarbelakangkan laut yang membiru. Bagi korang yang suka bergambar, eloklah datang kat sini untuk abadikan gambar korang dengan view yang menarik di sini.. 

Dream Play – City of Dream Manila

Welcome to Philippines

Seperti nama tempat yang tertera kat atas ni, taman tema ni membawa konsep karakter-karakter dari Dreamwork production. Selain ocean park, inilah tempat wajib yang korang perlu bawak anak-anak korang atau korang sendiri peminat cerita Dreamwork, sila la singgah ke sini. Memang best sangat!! Banyak karakter kartun yang ada kat dalam taman tema ni contohnya seperti How to train Your Dragon, Shrek, Madagascar dan banyak lagi. So kalau nak pergi sini, pastikan korang prepare masa yang agak panjang untuk korang hayati setiap karakter yang ada di sini.. 

Orite!! Takat ni jelah yang dapat aku share dengan korang apa yang menarik kat Filipina ni. Kot ada yang tengah rancang percutian ke Filipina ni, bolehlah jadikan ini sebagai rujukan korang dan aku harap bolehlah bantu serba sedikit perancangan korang tu ye.. Apa-apa pun, selamat melancong buat korang yang ingin bercuti.. Apa yang penting, jaga diri hokeh!! See you next entry.. Bubey!!



11 comments:

  1. Bestnyaa.
    Moga ad rezeki jejak situ jugk

    ReplyDelete
  2. Mudah kita nak melancong dengan adanya Traveloka. Jimat masa dan wang. 😁 Syoknya kalau berpeluang bercuti kt Philippines. Cantik2 tmpt dia

    ReplyDelete
  3. Pergh best gila tempat dia.. Pulau boracay tu memngvteringin sangat nnak pergi

    ReplyDelete
  4. Sis pernah ke filipine tapi just ke Bohol..tgok keindahan laut diorg. Tempat lain belum jejak lagi..hope satu hari boleh le ke sana lagi

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jalan jalan Filipina. Banyak jugak tempat tempat menarik di Filipina ni ya

    ReplyDelete
  6. Syoknyaaaa dapat tengok keindahan di negara orang.. Bonus untuk diri sendiri kan..

    ReplyDelete
  7. BESTNYA! Hope one day dapat jalan jalan kesituuu

    ReplyDelete
  8. Memang banyak tempat dan pulau yang menarik di Filipina

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kota vigan dengan fortune island tu.

    ReplyDelete
  10. Wah, cantik la pemandangan kat sana

    ReplyDelete