7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Wednesday, August 26, 2020

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik  |  Ramai diantara kita pada hari ini yang nakkan kulit wajah yang cantik.. Tapi tahukan korang kulit cantik itu datangnya dari kulit yang sihat.. Hehe.. Ada juga yang terlalu obses nak cantik sehingga sanggup lakukan apa sahaja termasuklah melakukan pembedahan, suntik sana suntik sini, tak kurang juga yang membuat rawatan kecantikan kulit... Bagi yang berkemampuan tak salah untuk melakukan rawatan di pusat pakar kecantikan.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan bagaimana pula? Haaa jangan risau, disini aku nak kongsikan dengan korang semua 7 langkah mudah yang boleh korang amalkan bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik


1. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai

Perkara yang paling asas yang perlu korang titikberatkan adalah dalam pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit korang.. Jangan main beli aje tau.. Pastikan pencuci muka yang korang pilih bersesuaian dengan jenis kulit muka korang dan korang sendiri dah tahu jenis kulit korang supaya mudah bagi korang memilih pencuci muka yang sesuai.

Nak tahu jenis kulit muka? >> Ketahui Jenis Kulit Muka Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

2. Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Ini adalah rutin aku.. Bukanlah rutin harian tetapi rutin mingguan.. Dua kali seminggu aku akan skrub muka dengan menggunakan skrub muka St Ives.. Ini adalah skrub muka yang sesuai dengan kulit muka aku.. Skrub muka ni penting tau sebabnya sel dalam badan manusia akan sentiasa diperbaharui dan sel kulit mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadinya, sangat penting bagi kita menggunakan skrub muka untuk menanggalkan sel kulit mati pada kulit wajah kita.. Cuaca di Malaysia ni panas & lembap, memang kuat berpeluh. Tapi lebih baik dari padang pasir tu kan. Masa pergi umrah mesti kulit kering & pecah pecah sebab lembapan. Kulit mati pun banyak sebab cuaca ekstrim. Kenalah rajin skrub.

3. Tanggalkan Mekap Sebelum Cuci Muka

Tak semua pencuci muka boleh menanggalkan mekap secara sempurna.. Kebanyakan pencuci muka hanya boleh membersihkan kekotoran pada wajah sahaja.. Bagi mereka yang suka bermekap, eloklah tanggalkan mekap korang dengan mekap remover terlebih dahulu supaya kulit wajah lebih bersih sempurna selepas dicuci dengan pencuci muka.. Bila kulit bersih sempurna barulah wajah menjadi sihat dan cantik.. Hehe..

4. Zon T Wajah Perlu Diberi Perhatian

Zon T paling aku jaga sebabnya disinilah kawasan yang paling berminyak dan berpotensi besar untuk berlakunya kemunculan jerawat.. Hiks.. Jadi, semasa mencuci muka, pastikan Zon T (dahi, hidung dan dagu) dicuci dengan lebih sempurna supaya sisa minyak yang berlebihan dapat dihilangkan keseluruhannya..

5. Guna Mask Selepas Mencuci Muka

Untuk penjagaan wajah yang lebih baik, selepas mencuci muka korang boleh menggunakan topeng wajah (mask). Pastikan mask yang dipilih adalah bersesuai dengan kulit wajah korang ye.. Bagi korang yang mempunyai masalah kulit berjerawat, cukup hanya seminggu sekali sahaja menggunakan mask bagi mengelakkan masalah jerawat semakin parah kerana bakteria mudan membiak di dalam kulit. Untuk mereka yang bebas dari masalah jerawat, kegunaan mask setiap hari amatlah bagus untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit dan mempercepatkan daya serapan produk dalam kulit.

6. Buat Urutan Wajah

Ramai yang tidak tahu sebenarnya urutan wajah yang betul mampu membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen pada kulit muka.. Urutan wajah yang betul adalah dengan mengurut secara membulat daripada bahagian bawah muka ke atas. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan sekaligus dalam melambatkan proses kedutan pada wajah.

7. Ais Dapat Mengecutkan Jerawat

Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat, boleh cuba cara ni.. Kalau korang nak tahu, penggunaan ais pada wajah dapat mengecutkan jerawat kerana apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekaligus dapat mengurangkan kemerahan dan mengurangkan iritasi..  Selain itu juga, ia dapat menegang dan menyegarkan kulit muka..



7 comments:

  1. thnk you for the tips kak lea

    ray here | imperfectly perfect

    ReplyDelete
  2. Pilih pencuci muka yang sesuai tu penting dan kena tawakkal ber"testimoni"...huhuhuhu..
    Terima kasih Lea perkongsian tips..

    ReplyDelete
  3. Tips yg berguna
    ada juga yg gee x buat😂

    zianaeunos.com

    ReplyDelete
  4. CT ade baca yang ade orang ni dia selalu lumur ais kat muka dia lepas dia pakai semua skincare before tidur. bila dia da confirm semua da kering da diserap dia kan letak ais. entahla keberkesanan tapi macam logik jugak. kasi pores tutup sebab sejuk

    ReplyDelete
  5. Yang no 7 tu best.. pernah buat.. sejuk je bila bubuh ais..

    ReplyDelete