4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Monday, March 29, 2021

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai | Baru-baru ni aku plan nak beli pencuci muka dekat satu website ni.. Tetiba aku jadi blur sekejap tak tahu nak pilih pencuci muka jenis apa sebabnya aku sendiri konfius dengan jenis kulit aku.. Apa jenis kulit muka aku yang sebenarnya.. Berminyak ke? Kering ke? Kombinasi ke? Haduii kusut jugak sekejap.. Haha!! Takkanlah aku nak pergi ke pusat rawatan kecantikan, semata-mata nak tahu jenis kulit aku kan.. Jadi, jalan penyelesaiannya aku mintak tolonglah encik google.. Dan hasilnya, aku terjumpa artikel ni dari website Hijab & Heels sebagai panduan aku.. Jom pakat kenal pasti jenis kulit wajah sebelum beli pencuci muka yang sesuai..

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai


4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai


Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang cantik, licin dan perfect, anda kena tahu dulu apa jenis kulit anda sama ada kering, berminyak, normal atau kombinasi. Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda. Contohnya jika kulit anda kering, pelembap oil-free memang takkan membantu. Keadaan cuaca & musim juga mempengaruhi kulit kita. Contohnya kalau kita keluar melancong ke pantai, cuacanya lain dari kita pergi ke cameron highland. Atau semasa pergi ke mekah & madinah untuk umrah.

Nak tahu macam mana nak pastikan apa jenis kulit anda? Anda hanya perlukan sehelai tisu sahaja!

Mula-mula, ikut cara mudah ni :-
  • Cuci muka anda betul-betul dengan pencuci muka biasa dan keringkan dengan tuala. 
  • Jangan pakai apa-apa produk, dan kalau boleh jangan sentuh langsung selama sejam ke tiga jam. 
  • Kemudian, koyakkan sehelai tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan setiap satu pada dahi, hidung, dagu dan salah satu pipi.
  • Selepas beberapa ketika, perhatikan apa yang berlaku kepada helai-helai tisu tersebut. 

Jika keempat-empat helai tisu tersebut luruh dengan segera dan langsung tidak mempunyai kesan minyak, anda mempunyai kulit kering.

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Pilih pencuci muka yang lembut dan ringan yang tak akan menghilangkan semua minyak dari kulit. Cari produk yang mengandungi ramuan yang melembapkan seperti hyaluronic acid. Untuk pelembap pula, cari produk yang berbentuk lotion atau krim pekat.

Jika tisu tersebut melekat untuk beberapa saat sebelum luruh dengan tiada kesan minyak, anda mempunyai kulit normal.

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Pilih produk skincare yang lembut dan hydrating. Kalau nak kulit anda nampak lagi lembap, pakai juga serum antioksida.

Jika tisu tu melekat pada kulit dan anda nampak kesan minyak padanya, anda mempunyai kulit berminyak.

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Pilih pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Produk yang tebal akan buat kulit anda lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat. Cari produk yang bebas dari sulfate dan mengandungi ramuan seperti Salicylic acid.

Jika tisu hanya melekat pada dagu dan hidung atau dahi dan ada sedikit kesan minyak padanya, anda mempunyai kulit kombinasi.

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Jenis kulit ini complicated sikit sebab anda mesti pilih produk yang seimbang. Ia mesti beri kelembapan yang secukupnya tanpa menyebabkan pori tersumbat. Cari pencuci muka yang bebas dari sulfate, elakkan dari memakai toner yang penuh dengan alcohol, dan pilih pelembap yang ringan. 

Mudah je kan? Dah tahu yang mana jenis kulit anda? Lepas ni bolehlah beli produk skincare dengan confident!

Sumber artikel dan foto : www.renaza.com & www.hijabnheels.com


13 comments:

  1. Ok baru tau tips ni.. Dulu ingat kulit normal je, then pergi watsons, nak pilih scrub baru, promoter cakap tak boleh pakai yang normal st.ives sebab kulit kering.. :/

    ReplyDelete
  2. setuju..sebelum beli apa-apa cleanser atau product make sure tahu dulu skin kita macam mana jangan main redah je beli..sebab tu bila beli cleanser kadang-kadang tak sesuai dengan skin kita.

    ReplyDelete
  3. sha kulit jenis normal pada mulanya tapi sebab salah produk sekarang jenis oily huhu!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian hebat ni. LeYa boleh cuba untuk tahu jenis kulit leya juga

    ReplyDelete
  5. Okeh boleh cuba cara ni. Kekadang confius jugak dengan jenis kulit ni

    ReplyDelete
  6. dulu ingat jenis combination. pegi scan kulit rupanya kering hehe tapi kita ingat oily sebab Malaysia kan panas. semua suka peluh. cara nak tau kata dermatologist tu.. lepas da basuh muka cuci betul2 baru scan. itula dia jenis kulit kita =)

    ReplyDelete
  7. Penting nak tahu jenis kulit sebelum beli apa2 produk. Nanti tak serasi rugi pula

    ReplyDelete
  8. Dulu combination sekarang terus sensitive. T_T

    ReplyDelete
  9. Tips yang berguna ni. Thanks Lea share.

    ReplyDelete
  10. wow bagusnya post ni.. mama nak cuba nanti

    ReplyDelete
  11. Bagus tips ni. Sy pun kena tahu muka sy ni jenis mcm mana

    ReplyDelete