Top Social

Althea Angels Birthday June Haul

Sunday, July 21, 2019
Althea Angels Birthday June Haul  |  Hi guys!! Kabare? Ok, bulan lepas merupakan bulan kelahiran aku yang ke dot dot dot dot... hiks.. Disebabkan angka tu banyak sangat, jadi aku tak dapat nak kira berapa umur aku.. Haha!! Itu menandakan aku dah semakin senja.. Kehkehkeh.. Tahun ni nampaknye sedikit meriah dengan hadiah berbanding dengan sebelum ni.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi memberi daku hadiah hari jadi.. 


Hadiah paling meriah yang aku terima sudah tentulah dari Althea.. Terlambat sikit update entry dek kerana kesibukan yang melanda.. Eh dah kenapa Althea baik hati bebeno kasi aku hadiah hari jadi ni? Haaa ini sebabnya aku adalah salah seorang ahli keluarga Althea Angels jadi aku layak untuk menerima keistimewaan sebagai ahli.. Alhamdulillah.. Thankz to Althea..  Seperti biasa, Althea Korea akan mengkreditkan point ke dalam akaun kami dan sebagai ahli kami hanya perlu reward point tersebut dengan produk yang ada di laman web Althea Korea.. Meriah jugak pointnye weh!! So, banyaklah produk yang boleh aku shopping.. Seronok gile!! 

Produk apa yang menjadi hasil tangkapan aku kali ni? Moh sama-sama tengok.. 


Walaupun dah tahu apa yang dibeli, aku tetap excited untuk bukak parcel dari Althea.. Satu perasan yang indah bila dapat parcel dari Althea walaupun ada diantaranya aku beli dengan duit aku sendiri.. Perasaan tu tetap sama.. Terujanya lain macam.. Hehe.. Selepas kenal dengan Althea, aku salah seorang pencinta dunia K-Beauty.. Serius, produk K-Beauty memang best!!

Orite, jom aku senaraikan apa yang aku dah shopping di laman web Althea dengan menggunakan point yang diberi sebagai hadiah hari jadi..


Althea Bare Essentials Contour Cleanser (150g) - RM 23.00

Sejak pertama kali diperkenalkan dengan produk Bare Essentials, aku jatuh hati dengan pencuci mukanya, Contour Cleanser.. Memang sangat sesuai dengan kulit muka aku.. Oleh sebab itu aku setia dengan pencuci muka ni.. Nampak tu sekali beli bertiub-tiub.. Bukan aku saja yang guna, encik suami pun guna jugak.. 

Apa yang bestnye tentang pencuci muka ni, ia boleh contour muka kita dengan penggunaan yang berpanjangan.. Selain tu, ia dapat membersihkan wajah dengan sempurna sekaligus berjaya menanggalkan makeup dengan mudah.. Nak tau lebih lanjut boleh baca entry aku yang lepas di SINI...

Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation (15g) Code : #22 - RM 75.00

Memandangkan sebelum ni aku pernah guna Aprilskin Magic Snow Cushion 2.0 Code #23, dan sangat ohsem resultnya, now aku nak cuba pula cushion yang lain tetapi dibawah brand yang sama iaitu Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation.. Aprilskin ni sebenarnya dah jadi brand feberet aku sebabnya produk yang dikeluarkan memang bagus dan berkualiti.. Paling best resultnya memang gempak.. Walaupun harganya sedikit 'meninggal', namun aku puashati dengan hasilnya yang ohsem!


Missha Sebum Cut Powder Pact (11g) Code : No.2 Clear Peach - RM 36.00

Untuk brand Missha pula, feberet aku adalah mascara 4D dia.. Memang terbaik.. Sebum Cut Powder Pact ni firstime aku cuba dan hasilnya pun sangat bagus.. Jadi, dah ada 2 produk la dibawah brand Missha menjadi feberet aku sekarang ni.. Hai lah, bertambah lagi la list makeup aku kan.. Hehe..

Mula tu tak yakin jugak dengan keberkesanan powder ni.. Tapi aku nak jugak cuba sebab tengok banyak review yang bagus tentang produk ni.. So, memang tak salah pilihan aku.. Ia berfungsi dengan baik untuk menghalang minyak pada muka.. 



A'Bloom Giant Meringue Puff (1P) - RM 8.00

Sebenarnya giant meringue puff ni aku dah ada sebijik.. Ni aku beli untuk buat stock.. Serius puff ni memang sangat best digunakan.. Kelembutan dia tu memang padu!! Foundation pun mudah sangat apply kat muka.. Selain tu mudah dipegang.. Nak tau story tentang puff ni, boleh baca kat entry aku ni Althea A'Bloom Collection Review.


Innisfree Beauty Tool Air Magic Puff (1P)_Glow - RM 7.00

Ini kali kedua aku beli magic puff dari Innisfree ni.. Biasanya aku guna untuk BBcushion aku yang mana span dia dah rosak.. Apa yang bestnye dengan magic puff ni, sapuan lebih rata dan glow.. 



Missha 4D Mascara (7g) - RM 16.00

Ini merupakan salah satu mascara feberet aku.. Serius mascara ni paling best yang pernah aku guna.. Sampai sekarang aku masih setia dengan mascara ni sebabnya bila pakai ianya tak comot dan tak berketul-ketul.. Sapuannya perfect pada bulu mata dan memberi efek panjang dan lentik.. 

Baca entry terdahulu di SINI..


The Face Shop Designing Eyebrow Pencil (0.3g) Code : 03 Brown - RM 11.00

Untuk eyebrow, brand pilihan aku adalah The Face Shop.. Dah agak lama aku pakai eyebrown brand ni sebabnya warna dia tak melampau dan nice-nice aje.. Sapuan pun sangat senang dan warnanya cantik.. Kebiasaannya aku akan beli warna brown atau dark brown.. 


Etude House Drawing Eye Brow New (0.25g) Code : Dark Brown - RM 11.00

Eyebrown dari Etude House ni aku baru je nak cuba.. So, ini merupakan kali pertama aku beli brand ni.. Tak pasti best ke tak sebabnya aku belum cuba lagi... hehe..


It's My Brush Auto Lip Brush - RM 9.00

Yang ni aku saja-saja beli untuk koleksi berus aku.. Yelah mana tau kot nanti diperlukan.. Aku sedang melengkapkan set berus makeup aku.. Walaupun jarang makeup, tetapi aku rasa ia perlu untuk ada selengkapnya dengan aku.. hehe



Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) - RM 25.00

Dah agak lama aku cari shampoo yang serasi dengan aku.... Sebelum ni dah bermacam-macam jenis shampoo aku pakai tetapi nak cari yang betul-betul sesuai tu memang agak susah.. Now, aku dah jumpa shampoo yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala aku.. Thankz Innisfree mengeluarkan shampoo yang ohsem macam ni..

Green Tea Mint Fresh Shampoo ni memang terbaik weh.. Time pakai tu rasa sejuk jerk kepala.. Masalah kelemumur pun hilang.. Selain tu, rambut aku jadi lembut dan tak kering.. Seronok sangat bila dah jumpa shampoo yang sesuai..


Innisfree Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner (200ml) - RM 26.00

Dah beli shampoo ofkos kene ada sekali dengan conditioner untuk  menjadikan rambut bertambah-tambah lembut dan terurus kan.. So, aku beli bersekali dengan Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner ni juga dari Innesfree.. Lepas ni sure aku ripit order lagi..


CP-1 Premium Silk Ampule (20ml) - RM 6.00

CP-1 Premium Silk Ampule ni aku beli atas review yang telah dibuat dan ramai yang berpuashati dengan hasilnya.. Bila ramai yang cakap elok, aku pun nak jugak mencubanya..



Honey & Berry Lip Sleeping Mask (15g) - RM 9.00

Lip Sleeping Mask ni pun aku dah guna.. Aku pakai sebelum tidur dan esok pagi baru cuci.. Yessss, memang bibir jadi lembap dan tak kering.. Cumanya aku ni tak lah serajin mana.. Kadang pakai kadang tak.. Itu masalah aku.. Hehe.. Tapi yang penting mask ni ada dengan aku.. So, bila rajin datang bolehlah aku pakai kerap sikit untuk jaga bibir aku ni.. hehe..


BBIA Last Lipstick (3.5g) Code : 07 - RM 43.00

Masalah aku bila beli lipstik secara online adalah selalu buat kesilapan dalam memilih warna.. Tapi nasib baik kali ni warna yang aku pilih sesuai dengan aku.. Sebenarnya aku nak warna lain.. Disebabkan warna yang aku nak tu dah habis, jadi aku pilih jerk la code 07 ni.. Nice jugak la warnanya..


Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense (2.5g) Code : 22 Dandy Coral - RM 29.00

Creamy tint balm ni aku beli untuk cuba.. Kebiasaanya bibir aku ni tak sesuai sangat pakai balm sebabnya bibir aku gelap.. hehe.. Nasib baiklah balm ni warna dia sama macam lipstik.. So, aku anggap jerk la ni lipstik.. hiks..


Missha Cotton Blush (4g) Code : My Candy Shop - RM 18.00

Missha Cotton Blush ni best tau.. Warna dia cantik walaupun sedikit light.. Nak nampak jelas kene pakai lebih sikit.. hehe.. Blusher antara barang makeup yang perlu ada dengan aku.. Sebolehnya aku nak pelbagaikan warna.. Tetapi, bila nak pilih tu asek warna sama jerk yang aku berkenan.. Dah camno tu.. haha!!


Etude House New Lovely Cookie Blusher (7.2g) Code : Grapefruit Jelly - RM 26.00

I luv it!! Serius warna Etude House New Lovely Cookie Blusher code Grapefruit Jelly ni memang cantik sangat.. Warna pinky yang sweet.. Bila pakai nampak natural pinky.. Memang terbaik.. Harus ripit order lepas ni dan teringin untuk cuba warna lain jugak..



Calmia Silky Perfect Foot Peeling Pack (20ml x 2_1 Pair) - RM 17.00

Tapak aku aku memang agak bermasalah.. Kering, merekah dan memang buruk.. Dah cuba banyak cara untuk cantikkan balik tumit kaki aku dan keseluruhan tapak kaki aku.. Bila tengok review tentang produk ni, aku rasa teruja untuk cuba jugak.. Cumanya bila tengok gambar mengelupas tu agak gerun jugak seolah-olah macam sakit sangat.. Tapinya dah baca dorang punye review, dorang cakap tak sakit.. Ia mengelupas secara semulajadi.. So, aku decide nak cuba..




Cosrx Clear Fit Master Patch (18EA) - RM 15.00

Nak macam tak de jerawat.. Hah, sebenarnya ada masa muka aku berjerawat jugak terutama dekat dagu.. Dan jalan penyelesaiannya aku cuba Cosrx Clear Fit Master Patch ni untuk surutkan jerawat aku.. Just tampal dekat jerawat sebelum tidur dan tengok hasilnya esok pagi.. Yeahh aku suka sangat!!

Beli disini : https://my.althea.kr/clear-fit-master-patch-18ea

A'Bloom Anti Blemish Peach Mask (10 Sheets) - RM 15.00

Dulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet  ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..

Baca info lanjut di SINI

Beli Disini : https://my.althea.kr/anti-blemish-peach-mask-10-sheets

A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask (10 Sheets) - RM 15.00

Dulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet  ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..

Baca info lanjut di SINI

Beli disini : https://my.althea.kr/moisturizing-watermelon-mask-10-sheets


Alhamdulillah rezeki untuk besday girl bulan Jun.. Meriah betul rezeki tahun ni.. Thankz too Althea Korea.. Moga terus berjaya!! Korang kalau nak shopping produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Semuanya best-best ada dijual di sana..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website



15 comments on "Althea Angels Birthday June Haul"
  1. Uiii meriahnya hehehe. Tak sabar pulak nak tunggu bulan Oktober hikss

    ReplyDelete
  2. Best giler shopping kan...selamat stok untuk beberapa bulan..akak dah start guna dah...siap kongsi ngan anak dara lagi...

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dapat hadiah macam2 tu

    ReplyDelete
  4. tu dia, banyaknya rewards utk birthday girl..best betul..tak sabar nak shopping kita punya untuk birthday pulak..hehee

    ReplyDelete
  5. Bestnya produk dari Althea nie kan.. happy birthday Althea..

    ReplyDelete
  6. Waaa byknya lea borong..best tgk web althea ni.. Mcm2 nk beli kan

    ReplyDelete
  7. Waaa.. Banyaknya. Kalau kita pun teruja tengok kotak althea tu. Hehe

    ReplyDelete
  8. banyaknya dia shopping, happy birthday Althea

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Althea, banyak Lea shopping.. Best2 produk yg Lea beli.. Bila nak gaji ni? Nak beli juga

    ReplyDelete
  10. Banyaknya shopping. Apa2 pun althea is the best beauty website..

    ReplyDelete
  11. Happy birthday.... Bestnya banyak stock Althea

    ReplyDelete
  12. Wah banyak produk kecantikan from Althea, semua nya best best belaka.

    ReplyDelete
  13. woww.. banyaknya lea memboronggg.. dasyattt.. huhu..

    ReplyDelete
  14. hamboi.. banyaknya..
    Happy belated birthday Lea..

    ReplyDelete