Safi Expert Solution Kurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu


Safi Expert Solution Kurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu  |  Semakin meningkat usia semakin kelihatan bintik-bintik hitam dekat muka.. Tak payah nak cakap orang lain, aku sendiri sedang mengalaminya kini, cumanya belum terlalu ketara.. Risau juga sebenarnya.. So, baik kita cegah sebelum parah.. Macam mana nak cegah tu? Now, tak perlu nak buang duit pergi ke pusat rawatan kecantikan bagai.. Cukup hanya dengan Safi Expert Solution sahaja dah mampu mengurangkan bintik hitam seawal 2 minggu.. Tu dia.. Hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja dah boleh tengok hasilnya uolls..!! 


Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ini merupakan 2 Step Multi-Action Ampoule System dimana ia diformulasikan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat iaitu DN Age Tecnology. Kombinasi hebat 2 langkah ini bertindak pantas menembusi ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik hitam dengan berkesan, membekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit agar kulit tampil lebih sihat dan cantik secara menyeluruh. 

Produk ini juga telah diuji secara klinikal dan menunjukkan :-
  • 85.7% Bintik hitam berkurangan
  • 91.7% Lebih berseri
  • 100% Pembaharuan kulit
  • 100% Keanjalan
  • 100% Peningkatan tona kulit

Kalau korang nak tahu, bintik hitam ini berpunca daripada 2 faktor utama iaitu pendedahan kepada cahaya matahari yang  terlalu lama dan juga proses penuaan semulajadi.. Jika kita mengabaikannya, tak mustahil masalah ini semakin serius.. Korang juga mungkin akan kelihatan tua sebelum usia.. Jadi, untuk merawat masalah ini bolehlah cuba Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ini ye.. Jangan risau, ia selamat digunakan kerana :-
  • No Mineral Oil
  • No Alcohol
  • No Silicone
  • No Paraben
  • No Animal Testing

Cara Guna Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation



Step 1 - Renewal Hydra Complex

Titiskan ekstrak ampoule menggunakan dropper ke tapak tangan dalam kuantiti secukupnya. Kemudian apply pada wajah dan tepuk perlahan-lahan sehingga ianya meresap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Seterusnya boleh follow step 2.



Step 2 - Supreme Anti-Spots Complex

Titiskan sedikit Supreme Anti-Spots Complex di tapak tangan dan apply pada wajah secara urutan ke atas.

Aku suka bau ampoule ni yang menyegarkan... Teksturnya ringan dan tak melekit.. Untuk Supreme Anti-Spots Complex, masa aku nak apply dekat muka aku ingat teksturnya oily, tetapi bila dah apply alhamdulillah tak berminyak sebenarnya dan ia lebih cepat absorb ke dalam kulit... Paling best, kulit kekal lembap dalam jangka masa yang agak lama juga dan kulit pun kelihatan lebih fresh dan sihat..

Untuk dapatkan hasil yang optimum, guna 2 kali sehari iaitu pagi dan malam pada muka yang telah dibersihkan dengan sempurna.

Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines


Ok, produk kedua yang aku nak perkenalkan pada korang juga dari rangkaian Safi Expert Solution iaitu Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines. Produk ni bagus tau sebabnya ia bertindak melindungi kulit lebih dari 90% daripada sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran yang menjadi punca terjadinya kulit kering, tona tidak sekara dan kedutan pada wajah..

Korang yang mana suka sangat buat aktiviti luar tu boleh la apply Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni terlebih dahulu supaya kulit korang dapat dilindungi dengan sempurna.. Aku suka baunya yang wangi dan kulit pun lembap jerk.. Nama lagik pelembap kan.. haha!!

Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ini merupakan pelembap yang tidak berminyak yang diformulasi dengan Liquid Crystal Technology dimana ia dapat meningkatkan proses penyerapan Amino Peptides yang berfungsi untuk memberi penghidratan yang terbaik dan menguatkan kulit. Produk ini juga telah diuji secara klinikal dan menunjukkan :-
  • Ketumpatan serat kulit meningkat
  • Keanjalan kulit mengingkat
  • Mencerahkan tona kulit
  • Kulit lebih berseri dan tegang
  • Menghaluskan garis penuaan dan kedutan

Cara Guna Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines
  • Apply Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines secara merata ke kulit wajah dan juga leher yang baru dibersihkan dengan sempurna
  • Urut secara perlahan dalam gerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Seperti ampoule juga, aku suka akan bau Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni yang wangi.. Teksturnya ringan dan tidak berminyak.. Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit.. Aku suka!! Hehe..


Oklah untuk pengetahuan korang, rangkaian produk Safi Expert Solution ini masih belum berada di pasaran lagi buat masa ni dan akan dilancarkan tidak lama lagi.. Jadi, untuk update terkini dari Safi tentang produk ni, boleh layari :-

Facebook

Instagram

Youtube

QuickEdit
Lea Azleeya
15 Comments

15 comments:

  1. Produk Safi dipertingkakan lagi.. Sis guna product asas Safi pun sangat best apatah lagi dengan Safi expert solution tentu lebih berkesan..

    Thank you for sharing Lea..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah bila dah keluar nanti kak PC ada niat juga nak mencuba..sebab memang dah lama guna rangkaian produk Safi ni..

    ReplyDelete
  3. Mcm Jatuh hati dgn produk ni , anti pigmentasi gitu

    ReplyDelete
  4. Disebabkan ramai yang bercerita tentang bestnya safi expert solution ni, kita pun guna kan juga. Memang terbaik. Muka kita haritu kasar tiba tiba, elok sekarang dah lembut, rasa kulit pun anjal gitu.

    ReplyDelete
  5. Wow now Safi has many new range and products too. This one looks promising, will check out soon ya.

    ReplyDelete
  6. Produk baru ni nampak menarik sangat.. Packaging ekslklusif.. Lepas tu ade serum.. Poduk yang diyakini.. Bgus sangat

    ReplyDelete
  7. kak ana pun sedang menggunakan Safi Exert solutions ni Lea , rasa macam serasi je dah ni :)

    ReplyDelete
  8. Rangkaian baru dari Safi ye Lea..

    ReplyDelete
  9. Comel betul tengok packaging Safi ni, geram nengok aih..

    ReplyDelete
  10. dark spots memang ditakuti ramai. kadang2 sampai stress dibuatnya.

    ReplyDelete
  11. Nampak makin cun.. Molek manfaatnya tu

    ReplyDelete
  12. Ekin dah guna nampak ada hilang kesan parut tu nak kena konsisten pakai.ni

    ReplyDelete
  13. Safi Expert Solution terbaik

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)