Flight to Kuala Lumpur Y’alll

Monday, February 18, 2019

Flight to Kuala Lumpur Y’alll  |  Hi guys, korang buat apa je tu? Ada rasa nak keluar bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga tak? Mesti seronok kan kalau dapat keluar bercuti dekat tempat yang best-best. Tak kisahlah tempat yang korang pergi tu dalam negara je ataupun luar negara. Tapi apa yang paling penting, apabila kita pergi bercuti kita dapat buang rasa stress dalam diri kita tu.. Betul tak? Kita mesti akan enjoy dan tempat yang kita pergi tu mesti akan berikan kita kenangan yang menyeronokkan dan pasti akan kita ingat sampai bila-bila. Aku yakin, korang juga mesti ada tempat yang korang suka kan contohnya, ada orang suka pergi bercuti dekat tempat yang ada pantai, bercuti dekat bandar yang cantik dan banyak lagi tempat yang menarik. Bercuti ni adalah salah satu cara nak reward diri korang and bercuti juga boleh membuatkan korang ada perspective baru dari pelbagai pengalaman yang korang lalui.

foto : google
Bila korang travel ni tak kisahlah korang naik bas ke, keretapi ke ataupun kapal terbang. Benda yang paling wajib korang kena ada, adalah tiket. Kalau takda tiket transportation yang korang nak naik nanti, confirm korang tak boleh pergi. Contohlah korang ambil kapal terbang sebagai korang punya transportation untuk travel. Jadi, cara korang nak dapatkan tiket, ada dua cara. Satu, korang boleh dapatkan tiket di kaunter tiket di airport. Dua, korang boleh access secara online. Yang pastinya, beli secara online adalah lebih mudah dan cepat. Ini tak bermakna yang cara pertama itu tak membantu, cumanya cara ni akan ambil masa yang agak lama kerana korang kena pergi ke airport lepas tu tanya dengan lebih details. Apa yang bezanya dengan beli online adalah korang boleh dapatkan tiket hanya dari rumah dan semua yang korang nak tahu semua dah ada dekat situ.

foto : google

Bila korang guna kapal terbang, benda yang korang kena consider adalah, syarikat penerbangan mana yang patut korang pilih. Bagi pendapat aku, korang boleh cuba Scoot Airline. Scoot Airline juga ada provide servis online melalui website dorang dimana korang boleh book scoot flight dekat website dorang je. Zaman sekarang ni semua urusan guna online servis. Nak pergi ke website airline ni senang je sebenarnya, korang cuma perlu buka google then tulis scoot airline. Link first yang keluar tu, korang klik and korang akan nampak website scoot airline. Dari sini korang boleh nampak ada satu section yang korang boleh booking tiket terus. Cara nak booking pun senang je uollsss, korang cuma masukkan tarikh bila korang nak bertolak dan bila korang nak balik, tempat korang nak pergi and last sekali berapa orang passenger yang akan ikut serta.


Korang boleh travel guna airline ni untuk ke Kuala Lumpur. Jadi bila korang buka website scoot airline tu, dekat bahagian destination korang boleh search flights to Kuala Lumpur. Lepas tu, jangan lupa masukkan tarikh korang nak bertolak and bila korang nak balik. Proses yang korang kena buat adalah sama yang macam ditulis seperti yang diatas. Tak lupa juga nak ingatkan yang kalau korang bernasib baik and kena pada waktunya, korang boleh dapat harga yang lebih murah sebab scoot airline ni selalu jugak buat promotion. Jadi korang kena alert lah and manalah tahu, korang boleh dapatkan tiket yang jauh lebih murah. 

foto : google

Usually, bila korang beli tiket flight ke Kuala Lumpur, korang akan mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  Airport ni juga ada provide korang shopping mall dimana korang boleh beli belah macam-macam benda dekat situ. One more thing, dekat situ juga ada satu tempat nama ‘duty-free zone’ dimana korang boleh dapatkan barang tanpa cukai. Obviously harga barang dekat situ akan lebih murah dari biasa.

foto : google

Selain dari tempah tiket, kalau korang nak cari tempat untuk berehat, dengan website ni jugak korang boleh tempah hotel sekali. Cool kan? Korang boleh tempah dua benda dalam satu masa. And lagi satu korang dah tak payah nak serabut-rabut nak cari bilik dah bila korang dah sampai tempat yang korang tuju tu. Jangan lupa dapatkan tiket korang and rancang percutian korang dengan baik!


9 comments:

  1. baru tahun juga tentang syarikat penerbangan Scoot...

    ReplyDelete
  2. First time tahu pasal Scoot Airline ini..

    ReplyDelete
  3. wah baru first time dgr website ni.. boleh lah usha nanti

    ReplyDelete
  4. airlines baru ke ni? mcm boleh terjah.

    ReplyDelete
  5. Scoot ni macam bestt. Pernah tengok backpackers yang suka travel share airline ni murah sikit kosnya

    ReplyDelete
  6. Xpernah dengar lagi nama scoot ni

    ReplyDelete