Top Social

Telemovie QALBU Lakonan Faizal Hussein Dan Fasha Sandha Memberi Banyak Pengajaran

Monday, July 02, 2018
Telemovie QALBU Lakonan Faizal Hussein Dan Fasha Sandha Memberi Banyak Pengajaran  |  Aku sebenarnya tak punya masa yang terluang untuk duduk lepak depan tv menonton drama mahupun filem.. Lagi pun tv aku memang hari-hari dah dibooking oleh anak aku si Qhaliff tu.. Sebab itulah bila dekat opiz orang dok bercerita pasal drama-drama atau filem-filem yang ditayangkan kat tv, aku macam blur-blur tak tahu apa.. Hehe.. Jadinya, untuk tidak terus ketinggalan dengan cerita mereka yang havoc tu, aku mencarik la dekat carian google untuk menonton secara online.. Yang terbaru, dorang dok bercerita tentang sebuah Telemovie Qalbu yang dilakonkan oleh pelakon hebat Faizal Hussien dan Fasha Sandha.. 


Menurut dari cerita kengkawan opiz aku, telemovie Qalbu ni sedih ceritanya dan membawa banyak mesej dan pengajaran yang berguna buat penonton.. Sebab itu juga la aku tertarik untuk tahu jalan cerita telemovie ni.. Bila dah tengok tu, ternyata buat aku menangis melihat setiap liku-liku kehidupan seorang suami yang dianiaya oleh isteri sendiri sehingga terseret ke penjara meninggalkan 2 orang anak terkapai-kapai tanpa di kasihi oleh si isteri.. Paling parah, isterinya sebenarnya curang dan tak mahu bertanggungjawab untuk menjaga kedua anak-anaknya.. Allahuakbar.. 

Paling sedih, diakhir cerita ramai antara mereka yang pergi meninggalkan dunia yang fana ini.. Siapa? Nak tahu, kena tengok sendiri.. Meh baca sinopsis dulu..

Para Pelakon 
Faizal Hussein
Fasha Sandha
Aidil Aziz
Fauzi Nawawi
Wan Maimunah
Nur Qistina Raisah.  

Sinopsis Qalbu 
Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara..


Nak tengok tak telemovie ni? Jom tengok kat link bawah ni..


Tonton Telemovie Qalbu





4 comments on "Telemovie QALBU Lakonan Faizal Hussein Dan Fasha Sandha Memberi Banyak Pengajaran"
  1. Sedih cerita ini.. Meruntun jiwa.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. suka tgk cerita lawan2 faizal hussien dulu2.. hehe

    jemput join segmen ejulz kalau sudi :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. Mmg selalu best cerita barisan pelakon2 ni, hakak suka 😁

    ReplyDelete
  4. menangis saja kerjanya sampai habis cerita

    ReplyDelete