BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu

Tuesday, April 24, 2018

BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu  |  Bila dah pegang status mak-mak orang ni, memang tak boleh lari dari masalah dalaman dan luaran.. Almaklumlah dah beranak pinak kan.. Kalau yang rajin jaga dari awal, kira ok la masih boleh menten persis 'anak dara'.. Yang tak berapa rajin, apa jadi? Huhu mulalah rasa rendah diri sebabnya kulit dah tak anjal, aset-aset penting pun dah gelebeh dan kendur, tak kurang juga kelihatan kedutan-kedutan di sana sini.. Lebih teruk jika berlaku tua sebelum usia.. OMG!! Aku tak nak jadi macam tu...

Bioxcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu

Tak dinafikan ramai wanita yang telah bergelar ibu merungut tentang masalah payudara kendur dan kulit hilang keanjalan.. Kenapa? Tak perlu ditanya kenapa, memang sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang telah bersalin dan menyusukan.. Seperti yang aku katakan tadi, jika malas nak menjaga dari awal, itulah natijah yang bakal ibu-ibu terima.. Tambahan pula ramai wanita bekerjaya sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa menitikberatkan perihal diri sendiri..

Bagaimana penerimaan encik suami? Hah, kalau sang suami dapat menerima kekurangan tersebut, mungkin isteri masih boleh menarik nafas lega dan berlapang dada.. Tetapi bagaimana jika suami tidak dapat menerima kekurangan itu? Apa harus dilakukan oleh isteri? Ada tak alternatif lain yang boleh mengembalikan keadaan diri persis 'anak dara' terutamanya aset-aset penting yang dah mengendur dan menggelebeh tu...

Haaa baru gelabah nak mencari alternatif ye.. Kalau tak korang buat relax buat peace aje kat rumah tu kan.. Haha!! Tidak la kata kat korang jerk sebenarnya.. Aku pun sedikit sebanyak terjebak juga dalam masalah tersebut.. Mana taknya, kalau dah melalui pengalaman mengandung dan bersalin, tak payah nak tipulah diri tu masih bergetah macam anak dara kalau tak dijaga dari awal... Jadi, untuk menyelesaikan masalah ni, aku ada rahsia yang nak dikongsikan dengan korang.. Rahsia apa tu? Yeahh, Rahsia Payudara Tegang dan Kulit Anjal Putih Gebu..

BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu


Inilah rahsia aku.. BioXcellent Cupplus White, produk khas untuk payudara dan pencerahan kulit.. Sebenarnya, mula-mula ritu time nak cari produk untuk tujuan mengembalikan keanjalan ni, kemain survey lagi aku.. Yela, risau jugak kalau terkena produk yang berbahaya kan.. Lagi pun terlalu banyak produk di pasaran sekarang.. Jadi, memang kena hati-hati memilih produk kecantikan ni..

Nak dijadikan cerita, time jenjalan kat watson untuk beli keperluan diri, tetiba ternampak la barisan produk BioXcellent.. Nampak menarik.. Terus aje terjah setiap produk yang ada... Akhirnya, hati terpaut dengan BioXcellent Cupplus White ni sebab menepati apa yang dihajati.. Siap google lagi kelebihan dan selamat atau tak produk ni sebelum beli.. Memang bagus dan selamat diamalkan produk ni dan banyak kelebihannya.. Nak tahu apa kelebihannya? Meh aku kongsi dengan korang.. Bab selamat tak selamat pun nanti aku ceritakan kat korang ye.. Teruskan membaca.. Kehkehkeh!!

Kelebihan BioXcellent Cupplus White


Sebenarnya BioXcellent Cupplus White ni bukan sahaja untuk menganjalkan kulit dan payudara tau, tetapi ada kelebihan lain yang perlu korang tahu... Ianya baik untuk dalaman dan juga luaran.. Antara kelebihan yang bakal korang perolehi dari mengamalkan BioXcellent Cupplus White ni adalah :-
  • Dapat menambahkan saiz payudara menjadikan ia lebih pejal, tegang dan terangkat
  • Memadatkan punggung yang mengendur dan jatuh
  • Mencerah serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara
  • Menganjalkan kulit yang melendut dan kedutan halus pada payudara
  • Mengetatkan vagina, mencegahkan keputihan dan senggugut
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Menambahkan tenaga dan kecergasan
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  • Membentuk payudara lebih padat dan berisi
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit payudara
  • Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh
  • Mencantikkan payudara yang leper
  • Memontokkan payudara

Nampak tak kelebihan yang ada pada produk ni.. Bukan mak-mak budak aje yang boleh ambil produk ni tau tetapi korang yang belum jadi mak orang pun boleh amalkan produk ni.. Yang mana ada masalah keputihan dan senggugut sangat recommended..

Bahan-Bahan Utama BioXcellent Cupplus White


Kalau korang nak tahu, ramuan BioXcellent Cupplus White ini mengandungi bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, keanjalan payudara dan kulit cerah bersinar.. Jangan risau kerana produk ini selamat digunakan dan mengikut standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam BioXcellent Cupplus White ini adalah seperti :-
  • Maltodextrin
  • Fructose
  • Gum Acacia
  • Tricalcium Phosphate
  • Serbuk Jus Strawberry
  • Serbuk Jus Betik
  • Pueraria Lobata
  • Serbu Red Beet
  • Citric Acid
  • Serbuk Fenugreek

Tahukah Anda?
Acacia Gum - Acacia Gum atau lebih dikenali dengan Arabic Gum sangat bermanfaat dan baik untuk sistem pencernaan dan sistem imum dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus.. Ia juga membekalkan serat larut yang membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan mengawal kandungan dula serta kolestrol dalam darah.. Selain itu, ia juga berfungsi membuang toksin dan lemak berlebihan dalam badan.. 
Pueraria Lobata - Pueraria Lobata adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan Isoflavones, iaitu phytoestrogen yang membantu menyeimbangkan dan menyelaraskan hormon wanita.Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Lobata juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara. Selain itu, ia juga mampu membantu melambatkan menopause, merapatkan vagina, menegangkan dan memperindahkan payudara serta punggung.

Cara Pengambilan BioXcellent Cupplus White


Cara pengambilannya sangatlah mudah.. Tak memerlukan  masa yang panjang untuk membancuhnya.. Bagaimana tu?? Jom ikut step dibawah :-
  • Campur 1 skop (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air suam atau air sejuk
  • Kacau atau goncang sehingga larut
  • Minum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut
  • Amalkan selepas sarapan
Jom tengok video ni dulu... (pilih setting HD untuk video yang lebih memuaskan)


Ok, nak nasihat sikit ni.. Dalam pengambilan apa-apa jua supplement, korang mesti dan harusssss minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.. Kalau korang malas minum air putih secukupnya, korang ambillah supplement apa sahaja, memang tak berkesan.. Jadi, pastikan korang ambil air putih secukupnya setiap hari.. No skip hokeh!! Satu lagi aku nak tekankan disini, kesan bagi setiap individu adalah berbeza ye mengikut keserasian tubuh badan masing-masing..

Tip/Pantang Sepanjang Pengambilan BioXcellent Cupplus White

  • Untuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
  • Elakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan
  • Masa period tidak digalakkan untuk mengambil BioXcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period.
  • Jarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik
  • Jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu dan lain-lain
  • Untuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan keatas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan keatas.
  • Produk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik
  • Jika mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk
  • Produk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut, masalah kulit sensitif atau masalah resdung
Apa Kata Lea Azleeya Tentang BioXcellent Cupplus White?


Ok, dari segi rasanya, aku memang suka sebab rasa masam manis strawberry yang tak melampau dan boleh diterima dengan amannya oleh tekak aku ni.. Aku biasa bancuh 1 scoop bersama 200ml air sejuk.. Kalau korang suka minum yang lebih tawar, bolehlah bancuh 1 scoop bersama 250ml air.. Nak bancuh dengan air suam pun boleh tetapi aku lebih suka bancuh dengan air yang sejuk... Segar rasa bila minum.. 

Eceli dah 2 minggu aku consume BioXcellent Cupplus White ni.. Banyak juga perubahan yang aku rasai.. Paling ketara adalah aku lebih bertenaga dan cergas dari sebelumnya.. Bangun pagi pun lebih bersemangat dan lebih segar.. Kulit pun ada sedikit perubahan.. Nampak lebih lembut dan sedikit cerah dari sebelumnya.. Seronok weh bila ambil apa-apa produk, nampak hasilnya.. Paling penting, minum air putih secukupnya.. Itu syarat paling utama untuk dapat hasil yang maksima..


Aku yakin dengan BioXcellent Cupplus White berbanding produk lain kerana produk ini telah diiktiraf oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellence, 100% Natural dan ada GMP Certified.. Selain itu, produk ini mudah didapati kerana ada dijual di Watsons... 

Dapatkan Sekarang BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu 

Memiliki kulit cerah dan payudara besar dan montok sememangnya impian setiap wanita terutamanya mereka yang mementingkan penampilan diri. Bagi kaum hawa, memiliki kulit yang cantik adalah seperti satu kemestian kerana PUTIH itu CANTIK! PAYUDARA BESAR dan TEGANG itu MENARIK! Betul tak? Jadi, untuk mencapai impian korang tu, apa tunggu lagi? Rahsia payudara tegang dan kulit anjal putih gebu dah pun terbongkar.. Dapatkan sekarang BioXcellent Cupplus White untuk dapatkan payudara dan kulit yang diimpikan..

BioXcellent Cupplus White ini boleh didapati di cawangan-cawangan Watson yang berhampiran ataupun korang juga boleh terus dapatkan secara online melalui website BioXcellent..

HARGA

BioXcellent Cupplus White - 700g (30 hari)
RM66
(Termasuk postage jika beli terus dari HQ)


Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


8 comments:

  1. wah..harga berbaloi lah...nak juga mantap dan gebu hehe

    ReplyDelete
  2. Nak cuba atau nak amalkan apa2 produk selain halal dan suci....pastikan ada kelulusan KKM..kemudian bismillah..moga kebaikkannya berterusan ya Lea.

    ReplyDelete
  3. Alahai takutnya..muka saya dah start jadi macam sebelah kanan tu..

    ReplyDelete
  4. Yakkkkk hehehe.. tang terik putih tu mcm trliur je.. aunm

    ReplyDelete