Pelbagai Produk Makanan Handmade di Kravve.co

Tuesday, August 1, 2017

Nikmati Pelbagai Malaysian Handmade Produk di Kravve.co  |  Kalau pergi pasaraya, pelbagai produk makanan yang dibotolkan atau ditinkan kita boleh dapati.. Dari pelbagai jenama dan perisa seperti jem, sos, serbuk perasa, rempah ratus, snack dan pelbagai lagi.. Kebanyakannya mengandungi bahan pengawet bagi memastikan produk boleh bertahan lama... Jika yang betul-betul menitikberatkan perihal kesihatan, sudah pasti tidak akan membeli produk yang ada bahan pengawet dan akan mencari produk homemade yang tidak mengandungi bahan pengawet agar lebih terjamin kesihatan... Tapi, berapa ramai yang sebegitu rupa? Bagi diri aku sendiri pun tak punya masa untuk mengambil berat tentang akan hal ini dek kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian sehinggalah aku dikenalkan dengan satu laman web yang menjual pelbagai produk makanan handmade yang sihat iaitu Kravve.co.

Pelbagai Produk Makanan Handmade di Kravve.co
Pelbagai Produk Makanan Handmade di Kravve.co

OMG!! Produk homemade dah ada dijual secara online?? Yup, hanya di Kravve.co ye kengkawan sekalian.. Hehe.. Korang pernah dengar tak tentang Kravve.co ni? Mesti ramai yang tak familiar lagikan dengannya.. Meh aku ceritakan serba sedikit tentang Kravve.co ni kat korang.. Supaya kita sama-sama mendapat manfaat darinya.. Cewahh..

Kravve.co merupakan satu laman web yang menjual produk makanan buatan sendiri yang sihat seperti sos, jem, paste, rempah ratus, serbuk perasa, snack dan pelbagai lagi.. Apa yang menariknya produk di Kravve.co ni ye??? Haaa, semua produk yang dijual di Kravve.co adalah produk yang dihasilkan sendiri dirumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tanpa bahan pengawet.. Aku ulang, TANPA BAHAN PENGAWET... Hehe.. Selain memberi rasa yang sedap pada masakan, kesihatan juga terjamin.. Istimewanya bila bershopping di Kravve.co ni, penghantaran akan dibuat terus ke depan pintu rumah anda secara percuma... Bestkan!!

Homemade Salted Vanilla Peanut Butter

Bila dah tahu ada produk makanan homemade dijual secara online ni, aku pun tak nak ketinggalan la untuk mencuba produk yang dijual di Kravve.co ni.. Aku pun nak jugak jaga kesihatan kan.. Haha.. Nak tahu produk apa yang aku dah cuba? Homemade Salted Vanilla Peanut Butter.. Sedap sangat hokeh!! Rasanya lain dari yang ada dijual di pasaraya yang pernah aku cuba sebelum ni.. Rasanya tidak terlalu masin, sedap dan lain dari yang lain.. Memang terbaik..!! Biasanya kalau yang diproses dikilang-kilang, teksturnye agak pekat dan keras kan.. Tapi yang ini, teksturnya lembut dan cair.. Sangat senang disapu pada roti..


Homemade Salted Vanilla Peanut Butter ini dihasilkan daripada 4 bahan yang berkualiti iaitu roasted peanuts, raw honey, vanilla beans dan juga organic sea salt. Dari campuran 4 bahan ini, menjadikan peanut butter ini lebih halus, berkrim dan sedap... Bau vanilla hasil daripada vanilla beans yang ada di dalam peanut butter ni mampu membangkitkan selera.. Manakala madu yang terdapat dalam peanut butter ini pula berfungsi sebagai bahan pengawet semulajadi.. So, dah tak perlu risau lagi tentang bahaya bahan pengawet kerana dalam peanut butter ni tidak mengandungi pengawet makanan tiruan mahupun tambahan.. Dijamin 100% bebas dari bahan kimia.. Oh ye, satu lagi peanut butter ini juga tidak mengandungi gula ye.. Memang baik untuk kesihatan..

Ok, sebenarnya terdapat banyak lagi pilihan produk handmade di Kravve.co yang korang boleh pilih.. Produk yang ada mengikut label-label seperti Spreads & Jams, Sauces & Dressings, Seasonings & Spices dan Snack & Others...




Kalau korang nak beli peanut butter macam yang aku dah cuba ni, bolehlah terjah di label Spreads & Jams di laman web Kravve.co ni.. Macam-macam jenis jem yang ada hokeh!! Boleh rambang mata jadinya.. Atau korang nak cari serbuk perasa ayam, korang boleh selongkar produk dibawah label Seasonings & Spices.. Contohnya cam yang aku ni.. Dehydrated Chicken Stock Powder...

Dehydrated Chicken Stock Powder

Stok ayam ni aku tak sempat lagi nak cuba sebab seminggu dua ni kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan dan mood untuk memasak memang tak de langsung... Tunggulah bila kesihatan kembali ok dan mood memasak berkobar-kobar, baru aku cuba stok ayam ni.. Hiks.. Tapi yang pastinya, Dehydrated Chicken Stock Powder ni baunya sangat sedap.. Mesti kalau memasak menggunakannya nanti pun akan membuatkan masakan seenak baunya..

Oklah, bagi yang ingin mendapatkan produk handmade dari Kravve.co ni bolehlah layari laman web rasmi Kravve yang akan aku sertakan linknya dibawah nanti.. Bagi pembelian RM50 dan keatas, kos penghantaran adalah PERCUMA ye..!!

Berita baik buat pembaca dan follower Blog Lea Azleeya.. !!

Untuk mendapatkan potongan sebanyak RM5,  korang boleh menggunakan kod diskaun : LeaAzleeya semasa pembelian dibuat di Kravve.co...


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Email
hello@kravve.co




10 comments:

  1. wow ! macam best ni.. tak pernah terfikir ada makanan handmade jual secara online..

    ReplyDelete
  2. kravve!! busyra dpt jgk yg peanut jam tuuu. tp x buat entri lg. hehee. rsa pun belum. tngok kak lea punyaa gmbar tu trliur plak. haha

    ReplyDelete
  3. nak beli lah yang peanut butter tu..macam sedap je

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & selamat pagi rabu cik lea

    Halal ke makanan ni semua

    Kalau yang buat tu orang islam maznee yakin sikit

    Kalau setakat sticker macam tu

    Hmmm

    Tak lepas tekak ni

    ReplyDelete
  5. Wah bagus ada website jual homemade stuff ni. Boleh ushar juga ni. :)

    ReplyDelete
  6. homemade...ummm..menarik..comel je bekas

    ReplyDelete
  7. sedapnya..lelagi peanut butter tu...

    ReplyDelete
  8. dah try dehydrated chicken stock powder tu...betul, rasa selamat nak guna sebab tak ada sebarang bahan pengawet...

    ReplyDelete