LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak

Thursday, August 10, 2017

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak  |  Bila bercakap tentang sukan atau aktiviti lasak ni, teringat pulak aku kepada seorang teman sepejabat yang sukakan aktiviti lasak mendaki gunung.. Asal ada saja program mendaki gunung pasti beliau akan menyertainya tanpa ketinggalan... Kalau dah nama lagi aktiviti lasak seharusnya kekuatan fizikal dan mental tu kena ada kan.. Bukan itu saja, malahan kelengkapan diri untuk mendaki pun harus ada.. Terutamanya untuk bahagian kaki.. Bila mendaki, kekuatan atau sokongan yang kuat pada bahagian kaki terutama sekali di bahagian betis perlu dititikberatkan... Bukan dalam aktiviti mendaki sahaja memerlukan sokongan pada bahagian kaki, malah untuk aktiviti berjoging, berbasikal, angkat berat dan pelbagai lagi aktiviti lasak memerlukan sokongan pada kaki yang kuat.. Jadi, hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang satu produk ni yang mampu memberi sokongan pada betis iaitu LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve lancarkan aliran darah semasa beraktiviti lasak...

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve
LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini diperbuat daripada Nylon dan dijahit dengan jahitan yang berganda dan kemas.. Kenapa dijahit dengan jahitan berganda? Ini kerana Nylon adalah fabrik yang ringan dan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve boleh diregang, jadi perlu jahitan berganda untuk menghalang daripada berlakunya kerosakan pada fabrik Nylon tersebut walaupun digunakan secara lasak. Selain itu juga, LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini merupakan elastic fit item dan boleh memberi tekanan pada betis bagi melancarkan peredaran darah... 

Bahagian belakang

Apa yang best lagi tentang LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni adalah ia juga memberikan kesan mampat pada betis si pemakai dan akan melekap dengan sempurna tanpa perlu risau kedudukan akan beralih walaupun semasa melakukan pergerakan yang banyak.. Memang terbaik kan.. Aku pun dah cuba sarungkannya ke betis aku, memang sangat selesa.. 

Saiz M untuk aku

Orite, LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza iaitu saiz M dan L.. Kedua-dua saiz ini mempunyai panjang yang sama dan perbezaanya adalah pada lingkaran atas dan bawahnya sahaja yang memang memberikan keselesaan kepada si pemakai... Seriously, aku memang sukakan fabriknya dan warnanya pun nampak smart iaitu hitam dengan jalur keemasan.. Bila pakai nampak bergaya jerk.. Cewaahh.. Haha.. Untuk LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve yang aku punya ni, aku pilih saiz M sesuai dengan betis aku yang tak berapa nak besar ni.. Hiks.. Meh aku sertakan sekali ukurannya kat sini.. Sebagai rujukan korang jugak.. Manelah tahu lepas ni korang berminat nak dapatkannya nanti.. Boleh usha saiz terus.. Tak gitu??


Bahagian depan

Smartkan bahagian depan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni.. Sambil-sambil bersukan bolehlah bergaya sekali dengannya.. Betul tak? Hiks.. 

Lepas ni bolehlah aku aktif balik berjoging... Dulu-dulu memang suka sangat berjoging, tapi lepas dah beranak pinak ni aktiviti berjoging tu dilupakan terus.. Tapi bila dah ada LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni, rasa bersemangat balik nak berjoging.. Yang pastinya kene tunggu lepas bersalin dulu lah.. Hehe.. Dengan adanya LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve, bolehlah aku mengelakkan daripada kaki terseliuh or kejang otot semasa berjoging nanti.. Oh ya, sebut pasal kejang otot ni, sekarang ni kan aku tengah mengandung dan selalu sangat mengalami kejang otot.. Lepas ni, bolehlah aku cuba pakai LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni setiap malam sebelum tidur bagi mengelak daripada berlakunya kejang otot di tengah malam. Hehe... Mana tahu berjayakan sebab LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni kan untuk lancarkan aliran darah... Kiranya try and error la ni... Tak salahkan.. Benda dah ada depan mata harus dicuba.. 


Oklah, sekiranya korang berminat untuk mendapatkan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni atau korang adalah seorang yang sangat gemarkan aktiviti outdoor, korang boleh dapatkan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni dan pelbagai lagi produk untuk aktiviti outdoor korang di PTT Outdoor iaitu Penjual Utama Peralatan Untuk Aktiviti Outdoor di Malaysia. Segala yang anda mahukan untuk aktiviti outdoor anda, ada di PTT Outdoor.. Jom terjah sekarang..!!


Untuk maklumat lanjut sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



9 comments:

  1. echa ingat benda ni lelaki je guna huhuhu. perempuan pun blh guna juga rupanya.

    ReplyDelete
  2. Mmg bagus utk kesihatan Dan precaution semasa bersenam kan

    ReplyDelete
  3. zaman belajar dulu memang aktif laa dengan sukan.. sekarang tak lagi.. malas dah.. huhu.. kalau tak, boleh try yang nie..

    ReplyDelete
  4. Bagus ni. Kena syorkan kt mber sbb dia pun suka xtvt outdoor ni.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Petanda untuk start kembali aktif lari :D

    ReplyDelete
  7. ingt untuk lelaki ja.. mcm best ja pakai benda ni. hehe

    ReplyDelete