Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Thursday, June 15, 2017

Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®  |  Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan. Dengan kuasa berganda, optimakan fungsi kereta dan motosikal anda dengan WD-40®, Pakar Pencuci dan Pelincir Automotif yang unggul!

Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Jenama unggul WD-40® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40® Specialist Automotive khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut. Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motosikal ini dicipta khas oleh WD-40® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya. Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 jenis pencuci yang berprestasi tinggi dan 2 jenis produk pelincir yang berkuasa.



WD-40® Specialist Automotive Machine & Engine Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air..


Inovasi WD-40® Specialist Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburator dan sistem enjin termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan.


Sementara itu, WD-40® Specialist Automotive Brake & Part Cleaner mampu membersihkan cecair brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa menanggalkan bahagian tersebut. Bersifat tidak menghakis, formulasi ini boleh menghentikan bunyi cakera brek dan menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar.


WD-40® Specialist Automotive Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima, sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat anti-haus dan mampu menembusi bahagian-bahagian yang sukar dicapai memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.


Dan akhir sekali, WD-40® Specialist Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memanjangkan usia belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel.


Di samping kehebatan rangkaian WD-40® Specialist Automotive, formulasi asal daripada WD-40® yang terkenal dengan warna biru kuning ini mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelenggaraan kereta termasuklah :-
  • Membantu menghidupkan enjib basah
  • Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus
  • Membersihkan peralatan mekanikal
  • Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar
  • Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar
  • Memudahkan ketanggalan nut dan bolt
  • Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci
Ternyata, WD-40® mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Jom terjah http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40® mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!

Rangkaian produk WD-40® boleh didapati di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40®, boleh layari http://www.wd40.asia/



10 comments:

  1. Wd-40 memang produk serbaguna 😉

    ReplyDelete
  2. Saya setiasa ada wd40 ni.
    Selalu spraymangga pagar.

    ReplyDelete
  3. asben e'in ade pakai wd nie kat keta die tak silap laa..

    ReplyDelete
  4. Boleh maklumkan pada suami kak PC ni...tq Lea..

    ReplyDelete
  5. Heee mama x berapa reti pasal kete ni Tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Reen tak tahu sangat sal kete ni.huuu.

    ReplyDelete
  7. Psl kereta failed! Haha.. lgsg xblh hadam posting ni...

    ReplyDelete