Baby Love Playpants Dengan Nano Power Plus Tahan Kebocoran

Thursday, January 5, 2017

Assalamualaikum wbt..


Baby Love Playpants Dengan Nano Power Plus Tahan Kebocoran  |  Ehh Qhaliff tukar pampers jenama lain ke?? Hehe ni aku nak kenalkan pada korang semua, pampers baru Qhaliff, Baby Love Playpants... Korang pernah dengar tak jenama ni?? Kowt-kowt ada mommy diluar sana yang tak berapa nak familiar dengan jenama pampers Baby Love Playpant ni, bolehlah stayback kat sini baca apa yang aku nak bebelkan ni sampai habis ye.,.. Hiks..

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku memang bercadang untuk tukarkan pampers Qhaliff kepada jenama yang lain kerana pampers yang sebelum ni selalu bocor... Bocor bukan sikit-sikit, tapi habis 'banjir' lantai.. (Kadang-kadang Qhaliff tidur dalam buai.. hehe).. Kalau time dia tidur atas tilam pula, habis basah tilam.. Dah kene jemur pulak bagai... Hadoiii naik tensen aku dibuatnya.. Beli mahal tapi tak berkualiti.. Yang tu paling aku hangin.. Ehhh ter-emosi pulak.. Haha... 

Memandangkan Qhaliff ni seorang yang SUSAH SANGAT nak dipakaikan pampers, so aku decide untuk beli yang pants sahaja.. Senang sikit, pakai sarung aje.. Tak perlu dah nak main kejar-kejar lagi dengan dia.. Dalam pada aku dok survey pampers yang paling ok, ada seorang kenalan perkenalkan aku dengan pampers Baby Love Playpants ni.. Katanya ok.. Hurmm tak cuba tak tahu kan.. so, aku pown buat keputusan untuk mencuba Baby Love Playpants ni..

Comel jerk karton dekat pampers tu.. Hehe..

Comel jerk pampersnye.. Warna warni lagik.. Siap ada karton.. Menarik.. Sampai sayang nak pakai.. Haha.. Gitu sekali aku...

Ok, kalau korang nak tahu, BabyLove PlayPants NanoPower Plus ini adalah inovasi terkini yang diperbuat daripada Nano Gel Bead dan mempunyai 2 lapisan penyerap bagi memastikan penyerapan lebih sempurna dan pengeringan yang lebih cepat... BabyLove PlayPants NanoPower Plus ini sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa sama ada di waktu siang ataupun malam.. Ianya juga selesa untuk setiap pergerakan baby bagi membolehkan mereka melakukan apa sahaja tanpa gangguan kebocoran dan ketidakselesaan.. 


Alhamdulillah dengan Baby Love Playpants ni Qhaliff dapat tidur dengan lena tanpa perlu menukar pampers berulang kali yang menyebabkan tidurnya terganggu sebelum ni.. Sekarang lantai dah tak 'banjir' tau tilam pown dah tak basah.... Senang sikit ati aku... Qhaliff pun sentiasa aktif sekarang ni.. Pergerakan dia pun lebih selesa berbanding dulu.. Banyak lagi kelebihan yang ada pada Baby Love Playpants ni tau.. Kalau korang nak tahu, kenalah baca sampai habis ye..


Baby Love Playpants ini mengandungi Bubble Soft Sheet yang dapat memberikan sentuhan yang lembut pada kulit baby dan memberikan kekeringan yang berganda.. Selain itu, Standing Leak Guards pula dapat memberikan perlindungan tambahan terhadap kebocoran pada kaki... Di bahagian pinggang pula, terdapat lapik getah yang elastik bagi keselesaan kawasan pinggang dan lebih fleksibel untuk menampung setiap pergerakan baby.. Air Flow Back Sheet pula berfungsi untuk memberi peredaran udara yang baik supaya kulit baby sentiasa segar dan kering..

Ghaliff bersama Baby Love Playpants


Memang terbaik Baby Love Playpants ni.. Aku sangat berpuas hati dengannya.. Qhaliff pown lebih selesa... Korang macam mana pula? Tak nak bertukar kepada Baby Love Playpants ke.. Kerja jadi lebih mudah tau dengan Baby Love Playpants ni.. Kalau korang tak caya, sila tengok gambar kat bawah ni.. 


Mudah kan?? Walau dalam keadaan macam mana sekali pown kedudukan anak kita, sangat mudah untuk dipakaikan.. Nak buang pown sonanggg!! Kasi koyak aje kat tepi tu haaaa.. Pastu, gedebussssss dalam tong sampah khas untuk diapers.. Semudah A B C.. hehe


Wokeh, Baby Love Playpants ni didatangkan dalam 5 saiz berbeza.. Dari saiz S hinggalah saiz paling besar iaitu XXL.. Untuk Qhaliff aku pilih saiz M.. Kecik kan.. Hurmm sebab dia kurus.. Berat pown tak cecah 12 kilo lagi.. Haduiiii.. Untuk mommy-mommy diluar sana, kalau nak mencuba Baby Love Playpants ni, boleh la pilih saiz yang sesuai untuk anak masing-masing mengikut berat badan mereka ye.. Hehe..

Korang selalunya beli pampers dekat mana ye? Macam aku, kalau nak memborong pampers mesti dekat LAZADA.. Mudah.. Yelah, kita ni kerja mana ada masa nak selongkar pasaraya bagai.. Kalau beli online ni mudah sikit.. Klik aje barang yang mane berkenan, bayar,  pastu tunggu barang sampai depan rumah.. Gile mudah.. Kalau korang dah pasang niat nak cuba Baby Love Playpants ni, bolehlah korang skodeng dekat LAZADA.. Harga pun murah.. Kalau beli banyak, siap ada diskaun lagik tu.. Tak percaya, meh tengok ni..



Tu dia.. Murahkan.. Satu pek hanya RM 25.90 sahaja.. So, apa tunggu lagi jom dapatkan BabyLove PlayPants NanoPower Plus di LAZADA sekarang dan enjoy dengan promosi BELI SATU PERCUMA SATU!! Sementara stok masih ada..


Untuk Pembelian, korang klik je link bawah ni.. Senang!!




6 comments:

  1. singgah sini :)

    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. Wah nak try la playpants ni. Senang guna nk bwk jln2. Tq lea for sharing.

    ReplyDelete
  3. Alahai.. sian Qhaliff.. mesti tak selesa kalau nak kena kerap tukar pampers..
    Tapi dah okay kan sekarang.. Seronoklah Qhaliff nak bermain..

    ReplyDelete
  4. salam hi. nk ajak awk join GA sy.. jom :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete