Menguruskan Masa Dengan Baik

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum wbt..


Menguruskan Masa Dengan Baik  |  Kali ni aku nak kasi tip pengurusan masa yang baik... Kengkadang aku sendiri pengurusan masa kelaut.. Tapi tak pe la, kita cuba perbaiki apa yang kurang..... Aku kasi up kat sini tip ini untuk rujukan aku sendiri juga.. Kita sebagai manusiakan mudah lupa.. Tu sebab aku up entry ini sebagai panduan diri sendiri.. 

Sebelum aku teruskan kepada cara-caranya, mari kita tanya pada diri sendiri akan 3 soklan dibawah ini..

"Adakah anda rasa bahawa anda telah bekerja kuat tetapi pada masa yang sama, anda rasa usaha itu tidak berhasil?"

"Adakah anda rasa anda tertekan dengan kesuntukan masa?"

"Adakah anda rasa anda hilang arah atau anda tidak tahu hendak berbuat apa?"

Dah ada jawapan? 

Kalau jawapan korang banyak "YA", ini bermakna pengurusan masa korang belum berada pada tahap yang berkesan.. Untuk itu, dibawah ini ada beberapa tip yang boleh korang ikut untuk pengurusan masa yang berkesan..



1
GUNAKAN SEGALA ALAT YANG ADA

Anda perlu mempunyai beberapa alat seperti Jadual Waktu Aktiviti (JWA), Log Masa (LM dan Catatan Senarai TUgasan (CST).. Jika anda menggunakan program email seperti gmail, yahoo, webmail dan sebagainya, anda boleh menggunakan organiser yang terdapat dalam program tersebut untuk membantu anda mencatat dan merekod senarai aktiviti anda.. Gunakan kemudahan dan alat-alat ini untuk membantu anda mengesan dan mengurus masa anda dengan cekap serta berkesan..


2
ELAKKAN DARIPADA TERLALU BANYAK BERSEMBANG

Di zaman serba canggih ni, ramai yang mempunyai akaun atau email.. Bila dah mengakses laman sesawang, pasti akan diganggu dengan kehadiran email atau ajakan pengguna lain yang mahu bersembang..

Bagi memastikan tiada gangguan seperti ini, pastikan pc anda tidak disambung ke talian internet.. Jika anda terpaksa juga menggunakan internet semasa belajar atau bekerja, pastikan siitem peringatan email atau chat dimatikan terlebih dahulu..

Periksa email anda sehari sekali sahaja dan jangan terlalu leka membaca semua email yang tidak penting.. Uruskan sistem fail yang baik untuk menyimpan email yang diperlukan dan buang email yang tidak penting.. Guna kaedah, baca, balas dan tekan kekunci tect, kemudian terus tutup.. Teruskan membuat tugasan anda..


3
CATATKAN MASA YANG SERING ANDA ABAIKAN

Kenal pasti masa yang terbuang kerana melakukan kerja yang tidak mendatangkan hasil dan masa yang telah digunakan untuk kerja-kerja yang berfaedah..

Dengan menggunakan catatan, anda akan dapat mengetahui masa yang manakah telah dibuang dengan sia-sia dan masa manakah yang telah anda gunakan secara optimum..


4
TENTUKAN MATLAMAT PENGGUNAAN MASA ANDA

Dalam sehari, anda hanya mempunyai masa 24 jam sahaja.. Tugas anda bukanlah untuk menambah masa tetapi anda perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.. Perlu diingat, anda tidak akan dapat mengubah masa, tetapi anda boleh mengubah tingkah laku dan aktiviti anda agar bersesuaian dengan peruntukan masa yang ada..

Sekiranya anda telah membuat JWA, anda akan memahami bagaimana masa anda telah terbuang.. Disinilah peranan anda untuk menentukan matlamat tingkah laku dan aktiviti yang perlu dibuang juga tingkah laku serta aktiviti yang perlu di tambah..


5
RANCANG AKTIVITI ANDA

Sediakan sebuah buku catatan untuk anda melakar perancangan terhadap tugasan yang diterima.. Bila anda akan melaksanakannya, apakah bantuan yang anda perlukan, dengan siapa anda dapatkan bantuan dan berapakah perbelanjaannya.. semua ini anda perlu rancang dengan teliti supaya anda dapat panduan bagaimana untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna..


"Rancanglah masa anda dari sekarang..
Semoga panduan ini dapat membantu anda..!!"



8 comments:

  1. Amin..insyaAllah..bukan mudah nak urus masa sebaik-baiknya jan Lea..kak PC ni selalu je lalai..

    ReplyDelete
  2. betul apa kak lea bgtau ni.. tq akak. :)

    ReplyDelete
  3. Chatting tu yang selalu melarat-larat tu hahah. Takde 2 jam nya dah start gossip habis berapa jam tah terbazir kat situ tanpa sedar TT_TT

    ReplyDelete
  4. Chatting memang boleh bawa kepada penggunaan masa yang melampau. Hahaha. Pelbagai gosip kuar ni, bersambung2 kekadang. Haha. Kalau bab kerja, siqah tekankan yang no 5 :)

    ReplyDelete
  5. yep sokong ngn tips ni. Pgurusan masa sgt mmg sgt pntg !!

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk tips. insyallah anis praktikkan hehe

    ReplyDelete
  7. mek dah eliminate dah yg mane tk perlu cam fb. hahahhaha. sebab tu klau chatting dengan blogger pun mek prefer email. sbb time tgk bleh reply. klau whatsapp ni untuk group keje bleh :)

    ReplyDelete