McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh
Monday, July 5, 2021
McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh | "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini..