Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya

Saturday, September 5, 2020

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya  |  Tip lagi untuk korang.. Haaa kali ni aku nak kasi tip untuk berjaya dalam kerjaya.. Ada tak yang nak berjaya dalam kerjaya ni?? Kalau ada boleh la try tip yang akan aku up kat sini.. Sudi-sudikanlah membacanya ye.. Agak panjang sikit.. Kalau nak berjaya jangan malas-malas untuk baca sampai habis tau..

Silalah baca dan hadam ye.. :)



IMPIAN & SASARAN

Mempunyai impian dan sasaran tertentu untuk mencabar diri ternyata sesuatu yang baik.. Ia melatih diri untuk berusaha mencapai sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan..

Bagaimanapun, jika impian atau sasaran yang ditetapkan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kita.. Tetapi jangan cepat mengalah sebaliknya cuba sebaik mungkin terlebih dahulu... Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya.



JANGAN TERTEKAN

Tertekan apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan atau risau antara punca stress.. Tekanan tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sebaliknya boleh mendatangkan banyak penyakit..

Apabila kita sering gembira dan senang hati, lebih mudah impian dicapai yang disusuli usaha.. Selain itu, stress akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja.. Untuk Muslim, cara terbaik untuk menghilangkan stress adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir..



BERANI CUBA SESUATU YANG BARU

Sebagai manusia, kita mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara sama.. Kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khuatir hanya akan bertemu dengan kegagalan..

Sikap seperti inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu sebab ia akan membuat minda kita mencuba perkara di luar zon selesa..

Keluar dari zon selesa antara langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat...



BANDING PENCAPAIAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Anda boleh membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain yang lebih berjaya tetapi jangan terlalu obses sehingga ia berupaya membuatkan anda sentiasa dalam tekanan..

Ini kerana, sekiranya anda gagal untuk mencapai sesuatu tahap yang diingini, ia menyebabkan anda mudah berasa putus asa dan mengutuk diri sendiri..

Setiap individu diberikan daya mampu yang berbeza kerana ada antara kita yang mendapat lebih manakal yang lain pula sedikir rezeki mereka..



KONGSI IDEA DAN MAKLUMAT

Rata-rata manusia hari ini mempunyai 'penyakit' takut-takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki.. Contonnya, bila mereka mempunyai satu idea hebat tetapi mereka simpan kerana takut orang lain menirunya..

Sebenarnya, jika kita berkongsi idea itu bersama orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir.. Secara psikologinya, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat daripada idea asal.. Ia juga membuatkan kita mengambil rindakan pantas untuk merealisasikan idea berkenaan..



KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Kebiasaannya, anda akan berasa tahap untuk memotivasikan diri amat penting bagi setiap individu.. Tetapi pada masa yang sama motivasi diri akan hilang secara perlahan-lahan..

Cara untuk mengekalkan motivasi diri dengan kekalkan momentum anda.. JIka anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, jangan berhenti sehingga dua atau tiga hari kerana momentum anda akan berkurangan..

Motivasi diri juga akan berkurang dan akhirnya semuanya menjadi sia-sia saja.. Oleh itu, sentiasa fikir mengenai kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan..



SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Ramai tidak percaya pada kekuatan berfikiran positif.. Sesetengah orang berpendapat, berfikiran positif hanya cakap kosong.. Sebenarnya tidak kerana apabila sentiasa berfikiran positif, minda kita akan segar dan berdaya saing..

Sematkan kata-kata positif dalam minda dan ulangi sebanyak mungkin.. Mungkin pada peringkat permulaan, anda tidak nampak kesannya tetapi sampai satu tahap, anda akan lihat dengan berfikiran positif kita tidak lagi cepat berputus asa..

Sebaliknya, lebih cekal dan tabah menghadapai dugaan atau cabaran yang mendatang..


DEKATI DIRI DENGAN ORANG YANG HEBAT & BERJAYA

Tahukah anda bahawa 85% kejayaan diri bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita?

Oleh itu, dekatilah mereka yang hebat dan berjaya supaya anda mempunyai motivasi untuk menjadi seperti mereka.. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok lama dan binalah kelompok baru agar dapat mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam bidang perniagaan mahupun profesional lain..



CATAT MATLAMAT DIRI

Setiap individu mempunyai matlamat untuk berjaya.. Tetapi kalau sekadar mempunyai matlamat tidak cukup.. Ianya hanya ibarat angan-angan kosong..

Sebagai permulaan, tulis matlamat diri yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca bagi tujuan peringatan..

Kajian menunjukkan 98% orang tidak menulis matlamat diri.. Ini menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat akibat tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan.. Selain itu, mereka juga tidak percaya dengan menulis matlamat boleh memberi faedah.. Kebanyakannya menyatakan dengan berfikir sahaja matlamat tanpa menulisnya sudah mencukupi..



JANGAN MALU & SOMBONG UNTUK BERTANYA

Terdapat sesetengah orang yang sudah berada di tahap selesa dan hebat malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan merundum..

Jangan begitu, walau ditahap mana pown anda, ilmu harus sentiasa di cari.. Cara mudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya.. Dengan bertanya, kita akan mendapat jawapan yang diingini dengan tepat dalam masa yang singkat..

Ada juga yang terlalu merendah diri lalu malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu dianggap soalan bodoh.. Mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya mereka gagal mencapai cita-cita..

Jangan malu beryanya kawan.. Nanti korang jugak rugi.. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan"..


Menguruskan Masa Dengan Baik


PENGURUSAN MASA YANG BAIK

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya terutamanya apabila anda melakukan lebih daripada satu pekerjaan.. Dengan menyediakan jadual dalam diari harian, lebih memudahkan supaya segalanya berjalan dengan lancar..

Pastikan adan bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja supaya hidup anda tidak kelam kabut.. Berkomunikasi dengan mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan yang tidak boleh dielakkan..






Read More

Cara Simpan Makanan Yang Betul

17 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara Simpan Makanan Yang Betul  |  Korang simpan makanan camne kat umah? Betul ke cara korang simpan tu? Hari ni aku nak kongsi sedikit panduan cara penyimpanan makanan yang betul.. Panduan ni hasil dari pembacaan aku dari artikel-artikel yang berkaitan penyimpanan makanan.. Jom tengok cara penyimpanan makanan yang betul..


Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidka betul boleh menyebabkan ia mudah tercemar sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.. Antara kesan ketara akibat makan makanan tercemar adalah seperti sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan.. Kadangkala makanan yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpannya dengan baik serta betul, makan kuman dan bakteria mudah menghinggapinya.. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga..

Panduan Penyimpanan Makanan Secara Asas


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan sebenarnya bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ianya bertujuan untuk kita mengikuti arahan tersebut agar makanan tidak tercemar.. So, sila baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka setiap bungkusan.. Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruangan sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja..


BIJIRIN

Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak.. Sebagai contoh, beras mudah dihinggapi kumbang/kutu beras jika sering terdedah kepada hawa sejuk..


SUSU & PRODUK TENUSU


Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak.. So, pastikan anda mengenali jenis susu yang dibeli..

Susu Segar Pasteur

Haruslah diletakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 - 4 darjah celcius.. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemari bakteria..


Susu Ultra Tinggi / Susu U.H.T

Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.. Selepas kotak dibuka, lebihan susu hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 - 4 darjah celcius...

Keju

Mestilah sidimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk.. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju..

Nota kaki :-
Elakkan mengimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyi bau yang kuat..


TELUR


Telur sebaiknya disimpan di ruang pendingin pada suhu 0 - 4 darjah celcius bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan, elak basuh telur sebelum disimpan.. So, semasa nak guna barulah basuh,... Itu lebih baik bagi mengelakkan telur rosak..


DAGING, AYAM & IKAN


Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi tiga hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara 2 darjah celcius atau kurang.. Untuk penyimpanan yang lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku iaitu kurang daripada 0 darjah celcius..

Untuk hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan didalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan bagi mengelakkan berlakunya proses kekeringan dan baunya 'menjangkiti' makanan lain pada ruang penyimpanan yang sama..


BUAHAN & SAYURAN



Untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh membungkusnya menggunakan plastik pembungkus makanan sebelum dimasukkan ke bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.. Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

Nota kaki :-
Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ia boleh merosakkan tisu buahan dan sayuran selain tidak segar..





Read More

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Wednesday, August 26, 2020

3 comments
Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik! | Hola! Hi Korang... Kali ni nak sembang-sembang tentang online shopping.. Sejak akhir-akhir ni makin bertambah platform e-commerce di Malaysia ni kan.. Ditambah pula dengan keadaan negara yang sedang dilanda virus Covid-19 sekarang ni menjadikan rakyat Malaysia lebih selesa membeli secara online.. Selamat katanya.. Hehe.. Dengan peningkatan jumlah platform e-commerce sekarang ni membuatkan aktiviti pembelian secara online menjadi lebih meriah kerana banyak pilihan.. Betul tak? Haaaa, salah satu website online shopping kegemaran aku adalah PG Mall.. Banyak pilihan uolls!! Jom baca cerita aku..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa Itu PG Mall?

PG Mall merupakan sebuah platform e-Commerce No. 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.. Kalau korang nak tahu, PG Mall ni telah tersenarai dalam top 3 platform e-commerce terbaik di Iprice insight report.. Tahniah buat PG Mall.. Moga terus maju dan menjadi yang teratas..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa yang lagi menarik adalah di PG Mall semua jenis e-wallet diterima dan juga pembayaran atas talian yang lain..  Mudah kan.. Tak perlu dah nak runsing tentang pembayaran.. Oh ya, korang dah claim ke RM50 di e-Penjana? Kalau belum, silalah claim cepat ye dan boleh shopping di PG Mall.. Boleh la boleh beli barang keperluan kan.. 

Shopping Guna e-Penjana Shop Malaysia Online

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Sebut tentang e-Penjana tadi tu, banyak lagi yang perlu korang tahu sebenarnya.. Sekarang ni, PG Mall ada buat kempen bermula 10 Ogos hingga 30 September 2020 korang boleh shopping di PG Mall dengan menggunakan e-Penjana.. Apa yang menariknya, bagi pembeli baru korang akan dapat diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM80.. Wahh best gile weh! Manakala untuk pembeli sedia ada macam aku ni yang dah memang ada akaun di PG Mall, akan dapat diskaun RM20 dengan pembelian minimum RM100.. 

Ehhh bukan itu saja tau.. Ada lagi yang best sepanjang tempoh tersebut dimana korang akan dapat diskaun RM8 untuk shipping fee dengan pembelian minimum RM100.. Memang terbaik sangat.. Bagi korang yang suka sangat join facebook live, PG Mall menawarkan diskaun 50% exclusive facebook live rebate voucher.. Menarik!! Jom la berbelanja di PG Mall Shop Malaysia Online.. By Malaysians, to Malaysians... Wahh gitteww!! 

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Tadi aku share tentang keistimewaan pembeli di PG Mall.. Sekarang ni aku nak cerita lak tentang untungnya jadi seller di PG Mall.. Yang mana ada bisness tu, tak kira la kecil atau besar perniagaannya, jom pakat kembangkan perniagaan di PG Mall ni dan nikmati pelbagai faedah menarik.. 

Memang banyak sangat benefit yang korang dapat kalau jadi seller di PG Mall.. Be one of PG Mall sellers to enjoy the campaign benefits.. Cewahh!! Nak tau tak apa PG Mall on-boarding campaign benefit? Ok, jom aku cerita detail kat korang.. Memang banyak keuntungannya kalau korang jadi seller di PG Mall ni.. Salah satunya adalah pendaftaran percuma.. Tiada kos pendaftaran dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall.. Haaaa starting pun korang dah dapat kelebihan pendaftaran percuma.. Memang berbaloi-baloi dan bagus bagi korang yang baru nak berjinak dalam bidang perniagaan.. Manakala untuk official store pula, korang akan nikmati diskaun sebanyak 50% yuran pendaftaran..

Selain itu, perniagaan korang juga akan mendapat pendedahan di media sosial.. Jadi, dari sinilah perniagaan korang akan dikenali ramai dan berkembang.. Apa lagi benefitnya? Jom aku senaraikan..
  • Pengecualian komisen penjualan
  • Mendapat baucer diskaun penghantaran
  • Promosi di Facebook Live
  • Free slot Hot Day Sale feature product
  • Free Super Shocking Sale
  • Penyertaan percuma dalam kempen di seluruh platform
  • Boleh customize kempen store untuk official store
  • Banner pun nice.. PDP Banner design templates
  • 1-1 support from PG Mall Merchant Management (MMT)
Banyakkan benefit yang ada.. Rugi tak grab faedah yang diberikan oleh PG Mall buat sellers diluar sana.. Jom la daftar di PG Mall.. Jadi salah seorang seller di PG Mall dan nikmati pelbagai faedah yang menarik.. Nak daftar? Boleh klik link ini 👉 https://pgmall.my/pgmall-seller-register-online dan mulakan perniagaan korang di PG Mall.. Cepat bertindak sebelum terlambat.. Kembangkan perniagaan korang bersama PG Mall.


Untuk info lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #SellwithPGMall #Joinusnow #PGMallSeller #BelocalsellerwithPGMall




Read More

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

7 comments
7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik  |  Ramai diantara kita pada hari ini yang nakkan kulit wajah yang cantik.. Tapi tahukan korang kulit cantik itu datangnya dari kulit yang sihat.. Hehe.. Ada juga yang terlalu obses nak cantik sehingga sanggup lakukan apa sahaja termasuklah melakukan pembedahan, suntik sana suntik sini, tak kurang juga yang membuat rawatan kecantikan kulit... Bagi yang berkemampuan tak salah untuk melakukan rawatan di pusat pakar kecantikan.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan bagaimana pula? Haaa jangan risau, disini aku nak kongsikan dengan korang semua 7 langkah mudah yang boleh korang amalkan bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Read More

JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot

Saturday, August 22, 2020

1 comment
JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot  |  Hi ollss!! Assalamualaikum.. Ada tak yang tengah mengalami sakit sendi dan otot? Haa kalau ada, ni aku nak kenalkan pada korang 2 produk terbaik dari Joymix ni yang boleh bantu korang mengurangkan rasa sakit sendi dan otot iaitu JoyMix Hello-Bong dan Pure Collagen Powder.. Eh, produk collagen boleh kurangkan sakit sendi dan otot? Macam mana tu? Biasa untuk kulit dan kecantikan je.. Haaa itu yang bagusnya tentang produk JoyMix ni.. Jom aku cerita..


JoyMix Hello-Bong

Apa itu Hello-Bong? Haaa nama pun dah unik kan.. Hello-Bong.. Apa tu? Ok, Hello Bong ni adalah makanan tambahan yang diformulasikan daripada Jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit..


Ok, kalau korang nak tahu Halla-Bong ni merupakan sejenis oren tanpa biji yang istimewa ditanam di Pulau Jeju, Korea. Oren ni mengandungi jumlah Vitamin C yang tinggi dan memiliki rasa manis yang semulajadi. JoyMix Hello-Bong ini menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan..

Kebaikan JoyMix Hello Bong


Dihasilkan daripada bahan yang berkhasiat menjadikan JoyMix Hello-Bong ini banyak manfaatnya.. Antara kebaikan JoyMix Hello-Bong ini adalah :-
  • Mengurangkan panas badan
  • Menghilangkan nafas berbau
  • Membantu meningkatkan imuniti
  • Mengelakkan penyakit akibat radikal bebas
  • Membantu badan pulih dengan segera daripada penyakit
  • Mengurangkan keradangan sendi
  • Melindungi hati
  • Membantu mengelakkan penyakit kronik

Siapa yang memerlukan JoyMix Hello-Bong?


  • Pesakit Arthritis kerana JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis
  • Individu aktif atau atlet yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan akan mendapat manfaat daripada memakan JoyMix Hello-Bong
  • Orang dewasa muda yang mengalami mabuk atau rasa mual yang berterusan
  • Orang yang mementingkan kesihatan yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat boleh mengambil JoyMix Hello-Bong

Cara pengambilan JoyMix Hello-Bong


Untuk pengambilan JoyMix Hello-Bong ni mudah je.. Tak perlu nak bancuh.. Terus je makan macam tu je.. Ok, aku ajarkan ye cara makan Hello-Bong ni..
  • Koyakkan satu sachet JoyMix Hello-Bong
  • Tuangkan ke dalam mulut dan kemam sehingga serbuk cair
  • Telan dan minum air jika diperlukan
  • Boleh diambil selepas sarapan pagi

Banyakkan manfaat Hello-Bong ni.. Biasanya kalau aku dengar pasal produk vitamin c ni, yang terlintas di fikiran aku ni adalah untuk kecantikan kulit semata.. Tapi untuk produk Hello-Bong ni ia lebih kepada produk untuk kesihatan dan paling best ia berkesan mengurangkan rasa sakit sendi dan otot..


Aku baru consume produk Hello-Bong ni.. Tujuan aku kalau boleh nak dapatkan semua manfaatnya tetapi aku faham tentang konsep dimana ia mengikut keserasian tubuh badan kita.. Andai dapat satu atau dua manfaat pun dah rasa best sangat dah.. Haha..  Owh ya, rasa dia pun pada aku sedap dan mudah diterima oleh tekak aku.. Rasanya yang masam manis oren membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus consume produk ini.. Lagi pun, sangat mudah untuk ambil Hello-Bong ni, cuma perlu koyakkan sachet dan terus masukkan ke dalam mulut.. Tak perlu dah nak bancuh-bancuh.. aku lebih suka cara pengambilan yang macam ni.. Nampak sangat pemalas kan.. Haha..!!

Kalau nak kesan yang lebih bagus, boleh consume bersekali dengan JoyMix Pure Collagen Powder..

JoyMix Pure Collagen Powder


Kolagen boleh mengurangkan sakit sendi dan otot? Ofkos, sebabnya kolagen membantu membina semula tulang rawan pada sendi.. Kolagen adalah nutrien terpenting untuk sendi. Sebab tu JoyMix Pure Collagen Powder ni bagus untuk kurangkan sakit sendi dan otot.. Ok, jom aku cerita lebih lagi ye.. Korang mesti tahu ni.. 

Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia membantu menyatukan seluruh badan dan dapat ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung.. Tapi jangan tak tahu ye, pengeluaran kolagen biasanya mulai menurun setelah usia 40 tahun.. Sebab itulah kita memerlukan makanan tambahan untuk terus kekalkan keutuhan tubuh badan kita.. Kolagen juga memberikan kekuatan dan keanjalan kulit serta bertanggungjawab dalam penggantian sel-sel kulit mati.. Faktor yang boleh mengurangkan pengeluaran kolagen termasuklah terdedah dengan sinaran matahari, merokok dan pengambilan gula yang tinggi.. Untuk kekalkan kolagen dalam badan, kita perlukan JoyMix Pure Collagen Powder ini.. Hehe..

Kelebihan JoyMix Pure Collagen Powder


JoyMix Pure Collagen Powder ni dihasilkan daripada Marin Kolagen dimana berat molekul kecilnya adalah 500 - 1500 Dalton yang mudah menyerap ke dalam kulit. Mesti korang risaukan tentang baunya... Yelah dah diperbuat daripada marin kolagen, mesti akan ada bau hanyirnye.. Betul tak? Jangan risau sebabnya supplement ni tak berbau hanyir kerana diperbuat dairpada sisik ikan. So, memang tiada bau yang mencurigakan.. Ia juga boleh dicampur ke dalam minuman lain.. Bukan itu saje, malah Pure Collagen Powder dari JoyMix ni tiada pencemaran bakteria dan selamat diambil.. Gabungan logam berat juga sangatlah rendah..

Nak tau tak fungsi JoyMix Pure Collagen Powder ni? Salah satunya dah aku kasitau kat atas tadi kan iaitu untuk mengurangkan sakit sendi dan otot.. Ada banyak lagi fungsi dan manfaat Pure Collagen Powder Joymix ni sebenarnya.. Jom check..!


Fungsi JoyMix Pure Collagen Powder
  • Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan kuku
  • Menguatkan sendi dan tulang
  • Tiada sebarang pencemaran bakteria
  • Melicin dan memberikan keserian pada wajah
Untuk kuku dan rambut pun bagus uolls.. Kebetulan la rambut aku ni memang mengalami keguguran yang teruk dan kuku pun tak berapa nak cantik.. So, dengan mengambil JoyMix Pure Collagen Powder ni bolehlah membantu sekali masalah keguguran rambut dan kuku aku ni.. Yang penting kenalah konsisten ye.. Kalau malas, tak payah beranganlah nak cantik.. hehe..

Cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder

           
Aku suka cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni.. Bukan ape, aku ni jenis susah sikit kalau ambil supplement yang rasanya tak kene dengan tekak aku ni.. Dengan JoyMix Pure Collagen  Powder ni aku dah tak perlu risau sebabnya aku boleh campur ke dalam minuman kegemaran aku.. 

Ok, cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni sangat mudah.. Hanya perlu tambahkan 1 scoop JoyMix Pure Collagen Powder ke dalam minuman kegemaran korang seperti kopi, teh, milo atau jus buah-buahan.. Kacau hingga larut, bolehlah dinikmati.. Oh ya, scoop dah disediakan tau di dalam botol.. So, tak perlu risau dah dengan sukatan yang betul.. hehe.. Kuantiti pengambilan adalah satu scoop untuk sehari..

Kalau korang rasa lebih suka untuk campurkan dengan air kosong puan tak de masalah.. Boleh je.. Cuma rasanya sedikit kurang enak.. So, lebih baik minum bersama minuman kegemaran kita.. Paling best, kalau minum dengan air buah.. Kalau tak dapat air buah pun, air sunquick pun nice.. Nak lagi best, tambah ais.. Perghhh memang nak bergelas-gelas la jawabnya.. Haha..



Untuk pengambilan kedua-dua produk ini iaitu Hello-Bong dan juga Pure Collagen Powder ni, macam aku sendiri aku akan ambil 1 scoop Pure Collagen Powder bersama air milo semasa sarapan pagi dan selepas sarapan aku akan ambil 1 sachet Hello-Bong pula.. Mudah je kan..

Dapatkan JoyMix Hello Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Untuk Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot


Kalau korang ada masalah sakit sendi dan otot boleh la cuba 2 produk daripada JoyMix ni iaitu Hello Bong dan juga Pure Collagen Powder ni.. Bukan untuk masalah sakit sendi dan otot je tau tetapi untuk kecantikan jugak.. Dua produk yang mempunyai banyak manfaatnya.. Sambil kurangkan kesakitan, dapat juga manfaat kecantikan.. Kan bagus camtu.. Hehe.. Lagi pun produk JoyMix ini adalah produk yang HALAL..

Oklah, untuk info lanjut tentang produk JoyMix ni bolehlah layari :-

JoyMix Hello-Bong

Harga
RM 77.00

JoyMix Pure Collagen Powder

Harga 
RM 98.00 (1 botol)
RM 150.00 (2 botol)


Read More

5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit

Friday, August 21, 2020

16 comments
Assalamualaikum wbt..


5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit  |  Tajuk kemain lagik ye.. Haaa sape kat sini perut buncit, angkat tangan?? Eleh malu-malu lak nak ngaku dia tu.. Hehe.. Rini nak kongsi dengan korang bagaimana nak elak perut daripada memboroi.. Nak tahu tak?? Jom baca terussssss..


Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat

Korang sendiri tahukan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ni sangatlah bahaya kepada kesihatan kita.. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya.. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya..

Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat.. Pleaseeeeeeeee gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekali gus dapat menjaga kesihatan korang juga..


Kurangkan Gula

Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang ni terlalu banyak makanan yang manis-manis malahan terlalu manis di pasaran.. Mungkin sebab tu jugak kowt sekarang ni macam-macam penyakit dok ada dan menyinggah pada kita.. Makanan bergula ni lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut.. So, pilihlah makanan yang kurang gula ataupun mengandungi guna semula jadi seperti madu ataupun buah-buahan.. 


Jangan Kurang Atau Terlebih Tidur

Kalau ban kurang tidur dan terlebih tidur ni aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini.. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur... Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur.. Begitulah sebaliknya.. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul-betul cukup tidur.. 

Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan, sekali gus menyukarkan pembakaran lemak berlaku... Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.. 2 tabiat ini lah yang boleh menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.. Jadi, sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye.. Hiks..


Perbanyakkan senaman Kardio

Korang tau tak apa itu senaman Kardio? Senaman Kardio ini adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu.. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa, haaa itulah dinamakan senaman Kardio.. Contohnya, berlari atau jogging, futsal, skipping dan lain-lain lagi..

Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk.. Hehe..


Bersenam Dengan Bijak 

Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula.. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan... Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar... 



Selamat Mencuba..!!



Read More