Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan

Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan


Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan |  Seronok sebenarnya melakukan aktiviti hiking ni.. Cumanya aku sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak tidak memungkinkan untuk aku melakukan aktiviti seperti ini dengan kerap.. Firstime berhiking adalah di Bukit Panorama Sungai Lembing bersama bff aku yatt.. Itupun nasiblah encik suami izinkan aku beraktiviti bersama kengkawan dan berbaik hati untuk jaga anak-anak.. Ada la jugak masa untuk diri sendiri..

Kerinduan untuk berhiking lagi tu sentiasa ada bila mana yang terdahulu aku berjaya sampai ke puncak walaupun dengan separuh nyawa.. Haha!! Memang letih woihhh.. Mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak.. Pulak tu dengan tiada pengalamannya main terus naik ajerk.. Balik demam!! Huhu.. Namun, kepuasannya ada di situ dan aku terus merindui untuk melakukannya lagi..

Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan


Read more »
Lea Azleeya
10 Comments
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff


Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Baru-baru ni Team AFY haniff telah mengadakan aktiviti mewangikan rumah Ronald Mcdonald di HUSM, di negeri Kelantan.. Baguskan kalau selalu diadakan aktviti sebegini rupa.. Sekurang-kurangnya terjaga juga kebersihan Rumah Ronald McDonald tu untuk menjamin keselesaan bagi penghuninya..

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff

Read more »
Lea Azleeya
5 Comments
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.


Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki..

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap!

Read more »
Lea Azleeya
30 Comments
Resepi Sardin Sedap Meletop

Resepi Sardin Sedap Meletop


Sardin memang feberet aku.. Dari dulu sehinggalah sekarang ni.. Dulu-dulu time bujang, bila pergi kedai makan mesti cari lauk sardin dulu.. Selera lain sikit aku ni.. Ingat lagi time aku pergi KL.. Pergilah cari makan dekat SOGO.. Alaa dekat food court kat atas tu.. Tingkat berapa entah, aku pun dah lupa.. Lama dah tak pergi KL.. hehe.. Member aku pelik sebab aku cari lauk sardin... Padahal berlambak lauk yang lagik sedap-sedap.. Sardin jugak yang aku carik.. hehe..

Resepi Sardin Sedap Meletop.

Resepi Sardin Sedap Meletop
Resepi Sardin Sedap Meletop

Read more »
Lea Azleeya
17 Comments
Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple


Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks..

Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat..


Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Bahan-bahan

6 @ 7 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 kotak santan ayam brand
1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara
  • Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya..
Selamat mencuba guys..


Read more »
Lea Azleeya
11 Comments
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah


Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Read more »
Lea Azleeya
14 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)