6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab | Ramai wanita yang beranggapan, bila bertudung dah tak perlu nak menjaga rambut.. Tanggapan ini salah sama sekali ye kerana bila kita memakai tudung bukan hanya kita perlu menjaga tudung itu sahaja tetapi penjagaan yang rapi haruslah bermula dari dalam tudung itu sendiri iaitu rambut kita.. Bila rambut dijaga dengan rapi, barulah masalah rambut tidak timbul seperti rambut gugur, berbau, berkelemumur, berkutu dan sebagainya.. Aku yakin, korang tidak akan selesa memakai tudung sepanjang hari jika rambut korang tidak berada dalam keadaan yang terjaga dengan baik.. Betul tak?
parenting
3 comments
Nikmati hidup yang terbaik dengan perlindungan Prebiotik Oat dalam Aveeno® dan Aveeno Baby®!
Monday, October 7, 2019
Nikmati hidup yang terbaik dengan perlindungan Prebiotik Oat dalam Aveeno® dan Aveeno Baby®! | Menjalani kehidupan terbaik bersama bayi anda menjadikan alam keibuan sungguh bermakna. Bersama-sama, anda mencipta kenangan indah bersama bayi anda. Namun, bagaimana anda berdua boleh gembira, sihat dan dilindungi daripada serangan berterusan terhadap kulit anda?
food
5 comments
Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Monday, September 30, 2019
Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik | Alhamdulillah, pada 19 Mei 2018 yang lalu aku dijemput sekali lagi oleh Ancasa Royale Pekan, Pahang untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan. Majlis ini telah diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang dalam suasana yang cukup meriah dan serta penuh dengan keinsafan.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan, hotel yang hebat ini dengan penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Disamping itu, ianya juga salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk sekitar daerah Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.
Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Uda, YBhg. Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak-anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.
Anak-Anak dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan menerima sumbangan daripada Ancasa Royale Pekan, Pahang - foto credit : Blog Seorang Syed- |
Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mengeratkan lagi kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat," ujar beliau.
Usai sahaja azam Maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampong Boy' yang disediakan oleh chef berpengalaman di hotel bertaraf antarabangsa yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka puasa dengan masakan bonda. Apa menu yang ada? Jom kita lihat..
Antara lauk pauk yang ada |
Lauk pauk.. Semua sedap-sedap belaka |
Bergedil , Tauhu Sumbat |
Kerabu, Ikan Masin |
Keropok |
Kambing Bakar |
Satay Ayan & Daging |
Murtabak, Roti Canai & Mee Goreng |
Beraneka Mee |
Churos & Jemput-Jemput |
ABC |
Antara Air yang dihidangkan |
Juadah yang paling aku nanti-nantikan adalah Kambing Bakar.. Tak boleh tidak sebab aku memang penggemar Kambing Bakar.. Kiranya Ancasa Royale Pekan ni memang menepati citarasa aku.. Lagi satu menu yang menarik perhatian aku adalah Churos... Serius, aku tak pernah makan sebelum ni.. Hanya dengar cerita orang aje.. Bila berkesempatan untuk merasa, ternyatalah makanan itu sedap dimakan bersama coklat... Paling terkilan aku tak dapat rasa Shell Out sebabnya aku malas nak bersusah payah kopak kulit ketam, udang dan sebagainya.. Jadi, aku tahankan hati.. Haha..
Antara rakan blogger yang hadir |
Bergambar kenangan bersama Cik Aliah |
Okeylah, kepada korang yang ingin merasai sendiri masakan persis air tangan ibu, korang boleh dapatkan baucer Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Telefon
09-424 6600
atau layari
Website
Kakak Kemboja by Naim Tamdjis | Ingat senang ke nak habiskan satu novel dalam masa yang singkat? Huh memang tak mudah bagi aku buat masa ini dek kekangan masa yang sangat kronik.. Otak aku ni kalau lakar carta organisasi, dah bercabang-cabang pembahagiannya.. Sungguhpun begitu, aku tetap jugak curi-curi masa untuk membaca walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk habiskan satu novel.. Baru ni habislah sudah aku baca novel berjudul Kakak Kemboja tulisan Naim Tamdjis.. Biasanya kalau penulis Naim Tamdjis ni, novelnya tak akan mengecewakan para pembaca.. Betul ke? Moh baca review aku.. hehe
lirik
3 comments
Lirik Lagu Belenggu Rindu - Dato' Jamal Abdullah ft Wany Hasrita
Monday, September 16, 2019
Belenggu Rindu - Dato' Jamal Abdullah ft Wany Hasrita | Wahh Dato' Jamal ada lagu baru.. Kali ni berduet dengan penyanyi yang semakin meningkat naik, Wany Hasrita.. Sebagai peminat no.1 Raja Pop Malaysia ni, aku memang tak akan ketinggalan untuk mengambil tahu tentang perkembangannya.. Best jugak lagu Belenggu Rindu ni.. Lagu dan liriknya dari Hael Husaini dan Ezra Kong..
Pelajar Automotif belajar bagaimana memilih produk dengan betul melalui WD-40® | Tujuh orang pelajar dari School of Skills di Setia Alam baru-baru ini di dedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelengaraan dan pengubahsuaian pada kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelengaraan dan pengubahsuaian yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)