2 Unit Kondo Di Pulau Pinang Bernilai RM2.39 Juta Dibeli Menggunakan Aset DEO Mata Wang Digital (Kripto)

Friday, September 14, 2018

2 comments
2  Unit  Kondo  Di  Pulau  Pinang  Bernilai  RM2.39  Juta  Dibeli  Menggunakan  Aset  DEO  Mata  Wang  Digital  (Kripto)  |  Walaupun  ramai  rakyat  Malaysia  masih  belum  terbiasa  atau  mungkin  ragu-ragu  mengenai  mata  wang  kripto,  sudah  ada  orang  yang  menggunakan  aset  digital  tersebut  untuk  berdagang  di  negara  ini. 

Di  Pulau  Pinang  pada  4  Ogos  2018  yang  lepas,  dua  unit  kondo  bernilai  RM2.39  juta  telah  dibeli  menggunakan  DEO  aset  kripto  oleh  seorang  ahli  perniagaan  Indonesia  yang  sudah  menetap  di  Malaysia  sejak  1997.


Encik  Eddie  Virgo  dari  Medan,  Indonesia,  yang  menjalankan  perniagaan  pengiriman  wang  di  Indonesia  dan  Malaysia,  membeli  kondominium  Queens  Residence  Bayan  Bay,  Pulau  Pinang  berhampiran  dengan  Queensbay  Mall  daripada  Ideal  Property  Group.


Kedua-dua  unit  tersebut,  masing-masing  berharga  RM1,192,700  dan  RM1,198,000.

"Saya  sangat  gembira  kerana  boleh  menggunakan  aset  kripto  saya  untuk  membeli  hartanah  ini.  Saya  percaya  saya  telah  membuat  pelaburan  yang  tepat  dalam  DEO.  Malah,  saya  menjangkakan  untuk  membuat  nilai  dan  pulangan  lebih  baik  daripada  mata  wang  DEO  bagi  pelaburan  pada  masa  hadapan," kata  Encik  Eddie  Virgo.

Encik  Eddie  Virgo  mula  melabur  dalam  DEO-  aset  kripto  daripada  Desto  Blockchain  LLC  (Desto),  apabila  ia  pertama  kali  dilancarkan  pada  April  2018.


Transaksi  atau  pembayaran  untuk  pembelian  hartanah  yang  menggunakan  mata  wang  kripto  belum  pernah  ada  lagi  di  Malaysia.  Daripada  transaksi  tanah  kepada  pembelian  kereta,  termasuk  mendapatkan  makanan  di  gerai  nasi  kerabu  atau  gerai  penjaja  di  Kelantan,  pembayaran  yang  dibuat  telah  menjadi  bualan  dan  berita  pada  beberapa  tahun  yang  lalu.  Masih  ingatkah  berita  tentang  gerai  mi  kari  dan  gerai  mi  kepala  ikan  di  Bandar  Puchong  Utama,  Selangor,  yang  telah  menerima  bayaran  kripto  pada  tahun  lepas?

Apatah  lagi,  mata  wang  digital  masih  belum  diiktiraf  bagi  tujuan  percukaian  di  negara  ini,  menjadikan  transaksi  mata  wang  kripto  buat  masa  ini  adalah  bebas  cukai,  menurut  laporan  berita  oleh  The  Edge  Malaysia  pada  22  Januari  tahun  ini.


Memandangkan  minat  dalam  mata  wang  kripto  terus  berkembang  di  Malaysia,  semakin  ramai  rakyat  Malaysia  ingin  mengetahui,  dan  mula  melabur  dan  berdagang  dalam  aset  tersebut.  DEO,  yang  digunakan  oleh  Encik  Eddie  Virgo  dalam  pembelian  kondo  beliau,  adalah  aset  kripto  yang  dikeluarkan  oleh  syarikat  teknologi,  Desto  Blockchain  LLC.  Syarikat  yang  diasaskan  oleh  warga  Malaysia  dan  didaftarkan  di  Amerika  Syarikat  dan  UK  dengan  anak-anak  syarikat  di  Malaysia  dan  Vanuatu,  berkembang  dan  memiliki  protokol  blockchain  sendiri,  iaitu  protokol  DEO.

Untuk  maklumat  lanjut  mengenai  DEO,  sila  layari desto.io atau  Facebook Desto  Blockchain.  Jika  anda  mempunyai  sebarang  soalan,  sila  tujukan  emel  kepada  support@desto.io,  atau  boleh  ke  kumpulan  Telegram  'Desto  Official  Community'.

Mengenai  Desto


DESTO  adalah  syarikat  teknologi  inovasi  baru  yang  diasaskan  oleh  warga  Malaysia.  Ia  menyediakan  penyelesaian  teknologi  blockchain,  dengan  memfokus  pada  tanggungjawab  sosial.  Ini  bermakna  ia  bertujuan  membantu,  melalui  penyelesaian  yang  ditawarkannya,  menjadikan  dunia  lebih  telus  dan  sebagai  penghubung  kepada  populasi  tanpa  bank,  sambil  membantu  meningkatkan  kualiti  kehidupan  mereka  yang  kurang  bernasib  baik.

Ia  juga  telah  membina  protokol  blockchain  sendiri  (prestasi  yang  belum  pernah  lagi  dicapai  oleh  kebanyakan  syarikat  teknologi  di  seluruh  dunia)  yang  dinamakan  sebagai  DEO  yang  menggunakan  algoritma  pengesahan  SHA-3,  iaitu  merupakan  teknologi  paling  baharu  di  industri  sekarang,  memberikannya  kelebihan  dari  segi  kepantasan  dan  ketepatan.  Aset  mata  wang  digital  dengan  akronim  DEO  ini,  akan  diedarkan  dan  digunakan  bermula  pada  Oktober  2018.


Read More

Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!

Tuesday, September 11, 2018

14 comments
Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty! | Teruja hakak deknon bila dapat tau SAFI Malaysia telah mengeluarkan semula set penjagaan wajah SAFI Fair Beauty.. Tapi kali ni didatangkan sekali dengan BB Cream.. Wahh lagi mantop SAFI sekarang tau.. Kalau dulu-dulu time sekolah hakak selalu guna Cream SAFI yang tutup warna hijau tu.. Sekarang dah keluar SAFI Fair Beauty ni memang kena try la.. Jom kita selongkar rahsia disebalik SAFI Fair Beauty ini!!


Tidak yakin ketika menghadiri temuduga? 
Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar di media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(

Haaa ada yang mengalami masalah seperti ini? Kalau ada, korang jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah jawapannya.. 

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI - jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah - SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.


Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO. Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin  penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuaan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk :-
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Kulit berseri merah jambu
  • Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  • Memberi perlindungan UV
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit    
“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!

Dia si ayu penuh keyakinan

Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.

Dia si cantik penuh kemanisan

Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.

Dia si comel penuh keceriaan

Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).


SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI - “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut :-

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek : 50g/100g
Harga : RM5.75/10.20 (0% GST) 


2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek : 50g/80g
Harga : RM8.15/11.45 (0% GST) 


3. SAFI Fair Beauty BB Cream 
Saiz pek : 40g
Harga : RM8.15 (0% GST) 


4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser) 
Saiz Pek : Gift Set
Harga : RM10.90 (0% GST)


Sempena keluaran baru SAFI Fair Beauty ni, aku nak cabar diri aku menggunakan set penjagaan wajah ini selama sebulan.. Tengok apakah hasilnya.. Adakah produk ini terbaik dan sehebat produk SAFI yang pernah aku pakai satu ketika dahulu.. Yang penting ianya HALAL, Selamat dan Suci tanpa kesan sampingan.. Orite, jom start SAFI Fair Beauty 31 Day Challenge!! Yakin, cerah dan ceria dengan 8 manfaat kecantikan SAFI Fair Beauty!


Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI@safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Read More

Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah

Friday, September 7, 2018

10 comments
Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah |  Baru-baru ini viral satu Malaysia tentang keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas dua orang wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis (Lesbian)... Hukuman sebat seumpama ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia terhadap pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Syeksyen 59(1) Enakmen Yang Sama Kerana Musahaqah (Lesbian).

Rentetan dari kontrovesi yang berlaku ini, timbul pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia... Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga yang memberi reaksi negatif.. Reaksi negatif itu mungkin disebabkan kurangnya pemahaman orang ramai terhadap pelaksanaan hukuman tersebut..

Jom sama-sama faham akan prosedur hukuman sebatan bagi pesalah syariah kerana Musahaqah ini.. Boleh rujuk info-grafik kat bawah ni ye..


Jika diteliti prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah ini, ia ternyata berbeza daripada hukuman sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Sivil kerana ia lebih lembut dan ringan berbanding sebatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil.. Cara sebatan yang dilakukan adalah dengan pukulan yang sederhana menggunakan rotan yang kecil dan tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit pesalah..

Tujuan hukuman ini dijalankan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar mereka menginsafi perbuatan yang bercanggah dengan hukum agama yang telah mereka lakukan.. Oh ya, hukuman ini dijalankan di dalam dewan sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang.. Ini sekaligus dapat memberi pengajaran juga kepada mereka yang menyaksikannya..

Moga kita semua juga mengambil pengajaran dari kejadian ini dan sekaligus dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.. Insyaallah..


Read More

Nasi Goreng Putih Emak Aku!

8 comments
Nasi Goreng Putih Emak Aku!  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dinner apa malam ni? Aku hari ni tetiba teringatkan Nasi Goreng Putih yang selalu mak aku masak dulu.. Rindu pulak air tangan mak.. Dek kerana teringin sangat nak makan nasi goreng putih, untuk dinner hari ni aku goreng la nasi goreng putih yang paling simple alaf ini.. Haha!! 


Time sekolah dulu, aku cukup teruja bila mana sarapan pagi mak aku buat Nasi Goreng Putih ni.. Aku memang tak ade nama special untuk nasi goreng ni jadi aku letak aje la nasi goreng putih sebabnya warna putih semata.. Ekeke.. Bagi aku sendiri, aku lebih suka nasi goreng tanpa perencah macam ni.. Tak tahu la kenapa.. Aku suka, bila makan hanya rasa masin garam secukup rasa, rasa bawang, rasa lada besar... Perghh sedap weh!! Rasa original tanpa perencah.. Nak lagi sedap tarok cili api.. Terangkat weh rasa pedas!!

Tapi kali ni aku buat memang tak isi lada kecik sebabnya aku masih sedar diri yang aku ada anak yang juga ingin merasai air tangan aku ini.. Cewahhh.. Ayat tak leh blah.. Haha!! Walaupun dah makan nasi goreng putih ciptaan aku sendiri, aku masih tetap rindukan nasi goreng putih mak aku yang super sedap tu.. Huhu..

Oh ya, ada satu ketika tu dek kerana nasi goreng putih ni aku bengang gile dengan abang aku.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, satu hari tu mak aku buat nasi goreng putih untuk sarapan pagi.. Aku dah bajet, lepas mandi aku nak pekene nasi goreng putuh super sedap mak aku tu.. Korang nak tahu apa jadi time aku nak makan tu? Aku bukak aje kuali, tengok nasi goreng putih dah menjadi nasi goreng kicap.. Abang aku punye kerja.. Dia pergi oter balik nasi goreng mak aku tu.. Kurang asam betol!! Frust menonggeng aku weh tak dapat makan nasi goreng mak aku.. Terus masuk bilik dalam keadaan yang nak marah!! Haha!!

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku obses sangat dengan Nasi Goreng Putih ni.. Sedangkan adik beradik yang lain, tak berapa suka nasi goreng putih lebih suka nasi goreng berperencah.. Mungkin aku ni UNIK kot.. Wahahaha!! Ok la, cukup lah sampai disini aje aku merepek malam ni.... Jom teman aku makan nasi goreng putih ni untuk second round.. Haha!!


Read More