Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest Dan Menangi Hadiah Menarik!

Monday, January 22, 2018

20 comments
Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest Dan Menangi Hadiah Menarik! |   Holaaaaa!! Aku ada berita baik buat korang semua ni.. Bagi yang kaki contest ataupun giveaway bolehlah berkumpul ramai-ramai depan PC, laptop dan smartphone korang untuk membaca berita yang akan aku sampaikan ini.. hehe.. Mesti korang tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu berita baik yang aku bawa ni kan? Ok, kepada kaki-kaki contest korang bolehlah bersiap sedia fizikal dan mental untuk join contest anjuran Traveloka nanti iaitu Traveloka Fly & Win CNY Contest kerana hadiah menarik menanti anda!! Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca sampai habis ye.. Hiks..

traveloka, cny 2018 contest, Traveloka Fly & Win CNY Contest, contest, giveaway, mini game, games, contest game, contest tahun baru cina 2018, contest 2018
Add caption

Sepertimana yang korang sendiri ketahui, Traveloka adalah salah satu laman e-dagang pelancongan dalam talian yang utama di Asia Tenggara yang menyediakan penerbangan termurah ke semua destinasi dan tawaran hotel yang terbaik... Jadi,  sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Traveloka akan menganjurkan sebuah contest yang bertajuk Traveloka Fly & Win CNY Contest yang akan menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi..

Apalah hadiah yang bakal dimenangi itu agaknye ye? Kalau korang tengok tajuk contestnya, pasti korang dah dapat agak apakah hadiahnya.. Betul tak? Apatah lagi penganjurnya adalah Traveloka yang dah sememangnya terkenal dengan pelancongan dan penerbangan.. Jadi, hadiah yang disediakan haruslah Trip Percutian ke destinasi terpilih pelbagai negara.. Best sangat wehhh!! Sape yang tak join sangatlah rugi hokeh!!.. Boleh bercuti free kalau menang.. 


Ok, aku cerita sikit tentang contest yang bakal dianjurkan oleh Traveloka ni ye.. Contest kali ini adalah berbentuk mini game.. Kalau korang kaki game, pasti korang teruja nak join contest ni sebab game untuk contest ni simple sahaja dan peluang untuk korang menang adalah sangat cerah.. Nak tahu macam mana nak join? Meh aku ajarkan.. Hehe..

Cara Join Traveloka Fly & Win CNY Contest

Step 1
Layari laman web : https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest

Step 2
Untuk join contest ini korang kena masuk melalui facebook.. Klik "Login With Facebook"


Step 3
Akan keluar paparan seperti dibawah dan korang bolehlah login facebook korang.. Kalau yang belum ada akaun facebook, bolehlah buat new account ye.. Macam mustahil pulak korang tak de akaun facebook kan.. Haha!!


Step 4
Ok, lepas korang login facebook korang, akan keluar paparan seperti di bawah ini.. Korang bolehlah tengok syarat-syaratnya, instrustions game dan juga boleh mulakan game dengan klik "Start Game"...

Step 5
Lepas dah klik "Start Game", paparan seperti dibawah ini akan keluar... 


Get Ready!!!

Yeahhh korang dah boleh mulakan game tersebut.. Untuk permainan ini, korang hanya perlu tap-tap sahaja supaya kapal terbang tersebut tidak terhempas dan dalam perjalanan tersebut korang kena grap angpaw yang berterbangan serta melepasi halangan-halangan yang ada seperti bangunan tinggi, awan, layang-layang dan sebagainya.. hehe.. Mudah kan?

Sekiranya korang dapat grap angpaw dengan banyak, maka tinggilah score korang dan jika korang dapat melepasi halangan-halangan yang ada, korang juga akan dapat markah untuk score korang.. Gile senang kot!!

Step 6
Last sekali, bila dah tamat game tersebut, korang perlu submit score korang dengan klik "Submit Score"... Jika korang masih tak berpuas hati dengan score yang korang perolehi, korang tak perlu lagi submit score sebaliknya korang masih boleh replay dan replay permainan untuk dapat score yang terbaik... Lepas dapat score yang paling cantik, barulah korang submit score... hehe...


Rasanya dah jelas step yang aku berikan tu.. Mudah sangat game untuk contest ni kan? Aku rasa bagi mereka yang memang kaki game, mesti boleh capai score yang tinggi.. Alah, bukan kaki game jerk yang boleh capai score tinggi tetapi korang yang bukan dikalangan yang minat game pun boleh capai score tinggi sebab permainan ni sangatlah mudah.. Semudah ABC.. Cuma perlu kontrol kapal terbang aje agar tak terjunam dan tak melanggar halangan yang ada.. Hehe..

Cara nak main game ni korang dah tahu.. Jadi, macam mana? Ada bran tak sahut cabaran ni? Rugi tau kalau tak join.. Hadiah semua best-best belaka.. Boleh bercuti ke pelbagai negara terpilih antaranya Seoul, Phuket dan Langkawi.. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memenangi voucher yang bernilai RM1000... Perghhh best gile.. Aku pun tak sabar nak join ni.. Mane tau boleh menang pakej percutian ke Seoul ke kan.. Bolehlah feeling k-pop.. Haha..!! Jom tengok full hadiah untuk dimenangi...

Hadiah-Hadiah Traveloka Fly & Win CNY Contest

Antara hadiah yang disediakan untuk contest ini adalah :-

Tempat Pertama
6 Hari 5 Malam di Seoul 
(Penerbangan dan Penginapan)

Tempat Kedua 
5 Hari 4 Malam di Phuket
(Penerbangan dan Penginapan)

Tempat Ketiga
4 Hari 3 Malam di Langkawi
(Penerbangan dan Penginapan)

2 Hadiah Saguhati
Voucher Traveloka bernilai RM1000

Hadiah keseluruhan dah pun korang tahu... Jadi, jangan lupa ye untuk sertai CNY 2018 Contest ni... Hadiah yang disediakan akan membuatkan korang lebih berusaha untuk dapatkan score yang paling tinggi,... Hehe.. Aku pun tak nak lepaskan peluang ni dan akan turut serta dalam contest anjuran Traveloka ini.. Moga-moga ada rezeki untuk aku menang.. Kalau takde rezeki untuk menang penginapan dan penerbangan, manelah tahu menang voucher RM1000 tu kan.. Haha.. Berangan sangat aku.. !!

Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest Beramai-ramai


Traveloka Fly & Win CNY Contest ini akan berlangsung lebih kurang selama sebulan iaitu bermula pada 22 Januari 2018 dan akan tamat pada 28 Februari 2018... Korang semua dijemput untuk join contest ini beramai-ramai bagi merebut hadiah menarik yang ditawarkan oleh Traveloka.. Jangan lupa ye tarikh 22 Januari 2018.. Jom pakat join contest ni.. Moga ada rezeki untuk kita menang.. Insya-Allah.. 


Read More

Balm Tasneem Naturel Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema Dan Batuk

Friday, January 19, 2018

12 comments
Balm Tasneem Naturel Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema Dan Batuk  |  Hollaaaa!! Hi uollss.. Aku gembira hari ni sebab semalam anak aku dapat tidur dengan selesanya dan aku pun dapat tidur dengan aman.. hehe..Nak tahu sebabnya? Nak dijadikan cerita, malam kelmarinnya, anak aku meragam tak nak tidur dan merengek aje.. Mula-mula cuak jugak sebab tak tahu apa puncanya.. Lampin dah tukar, buaian pun tip top sentiasa on, kipas pun terpasang.. Buntu aku dibuatnya.. Lastnya, barulah terfikir nak check perut dia.. Yeahhh dia kembung perut hokeh!! Nasib baiklah ada penyelamatnya.. Apa lagi kalau bukan Baby Balm Tasneem Naturel yang mampu mengatasi masalah anak kembung perut, selesema dan batuk.. Alhamdulillah..

Balm Tasneem Naturel Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema Dan Batuk, ubat batuk, ubat selesema, ubat kembung perut, balm baby, balm bayi, tasneem naturel, petua atasi batuk, selesema dan kembung perut

Eceli, sebelum ni memang anak aku tak pernah terkena kembung perut sejak dia dilahirkan September 2017 yang lalu.. Cewaahh siap mention bulan kelahiran tu.. Haha!! Kelmarinlah kali pertama dia kembung perut.. Mungkin sebab dah 2, 3 hari tak sapu minyak telon kat perut dia dek kerana minyak telon dah habis tak terbeli lagi.. Nasib baiklah aku teringatkan Balm Tasneem Naturel yang memang dah berada dalam simpanan aku untuk kegunaan bila kecemasan.. Kalau tak memang gelabah unta jugak aku nak mencarik minyak telon malam-malam buta kan.. Hehe.. Lepas sapu Balm Tasneem Naturel, alhamdulillah beberapa jam lepas tu dia dah ok..

Jadinya, malam semalam untuk mengelakkan kejadian sama berulang, lepas aje mandikan dia, aku terus sapukan Baby Balm Tasneem Naturel kat perut dan tapak kaki dia.. Oh ya, Baby Balm Tasneem Naturel ni sebenarnya ada 4 jenis kesemuanya iaitu T-Rub, CF-Rub, Calm Time dan Sleep Time.. Nama balm pun dah comel, inikan pula packagingnya... Double comel gituu!! 

Sebelum ni aku kerap guna Sleep Time.. Sebelum tidur, aku sapu dulu pada anak aku supaya anak aku dapat tidur lena dan selesa.. Kelmarin barulah aku cuba T-Rub untuk legakan kembung perut anak aku tu.. Alhamdulillah sangat berkesan.. Lepas ni tak perlu lagi minyak telon yang lain, cukuplah dengan T-Rub sahaja sebab T-Rub ni pun bertindak sebagai minyak telon sebenarnya.. Korang nak tahu tak keistimewaan setiap satu balm Tasneem Naturel ni? Meh aku cerita.. 

Keistimewaan Baby Balm Tasneem Naturel


Yang menjadikan Balm Tasneem naturel ni istimewa adalah balm ini dirumus khas daripada bahan semula jadi serta kombinasi essential oil yang bermutu tinggi menjadikan balm ini mampu mengatasi masalah anak kerana essential oil ini berfungsi menghasilkan bauan yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.. Bukan baby aje tau boleh guna balm ni, kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, pendek kata semua golonganlah boleh menggunakannya.. 

Paling penting, balm ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna serta telah mendapat kelulusan KKM... Jadi, ianya selamat digunakan pada baby tanpa perlu ada rasa was-was.. Aku sendiri pun guna tau.. Bila time selesema atau hidung tersumbat, memang aku akan sapu balm ni dekat hidung aku.. Lega je rasa.. Lagi satu, aku suka sangat dengan packagingnya yang superb comel.. Rasanya tak pernah lagi sebelum ni aku jumpa packaging balm secomel ni.. Nak guna pun rasa sayang tau.. Haha!!

Oklah, tak nak bebel panjang lebar dah... Sekarang ni aku nak cerita pulak kat korang fungsi dan cara nak guna balm Tasneem Naturel ni... Manelah tahu kot nanti korang terrrrrrbeli jugak balm ni untuk kegunaan anak-anak korang dan tak tahu pulak fungsi dan cara gunanya.. Jadi, korang bolehlah rujuk kat sini.. Hehe..

Fungsi Balm Tasneem Naturel Dan Cara Penggunaannya


T-Rub

'Sedia payung sebelum hujan'... Itu perumpamaan yang tepat untuk masalah yang menimpa aku tempoh hari.. Hehe.. Yelah, nasib baik ada Balm Tasneem Naturel ni.. Kalau tidak, macam manalah aku nak atasi masalah kembung perut anak aku tu yek.. Ok, dengan Tasneem Naturel T-Rub ni masalah kembung perut anak dapat diatasi dengan mudah.. Bukan sahaja kembung perut malah sakit perut dan cirit birit pun boleh diatasi dengan menggunakan T-Rub ni.. Insya-Allah..

Fungsi Tasneem Naturel T-Rub
  • Bertindak sebagai minyak telon
  • Dapat membuang angin dapat perut
  • Membantu melegakan sebu perut
  • Membantu melegakan kembung perut
Cara guna
  • Hanya perlu sapu di perut dan tapak kaki
Kandungan
  • Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender


CF-Rub

Tasneem Naturel CF-Rub ni pula dapat membantu mengatasi secara semulajadi masalah batuk dan selesema... Kalau anak terkena selesema dan batuk memang satu ujian yang cukup besar kepada ibubapa.. Mane tak nye, untuk pulih sepenuhnya bukannya dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama.. Naik runsing bila anak terkena selesema atau batuk.. Silap-silap tak tidur malam kita dibuatnya..

Jadi, itulah pentingnya CF-Rub ni.. Sekurang-kurangnya dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping memberikan keselesaan kepada anak kita.. Aku, kalau nampak tanda-tanda anak nak diserang selesema atau batuk, cepat-cepat aku sapukan CF-Rub ni kat dada dan hidung mereka.. Risau weh kalau anak tak sihat...

Fungsi Tasneem Naturel CF-Rub  
  • Membantu kurangkan selesema 
  • Membantu mencarikan kahak 
  • Membantu melegakan asma
  • Membantu mengurangkan suhu ketika demam 
Cara Guna 
  • Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada..
Kandungan
  • Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence 


Calm Time

Tasneem Naturel Calm Time ni pun bagus juga sebenarnya kerana mampu memberikan ketenangan kepada anak semasa mereka berada dalam keadaan meragam atau tantrum..  Kalau anak meragam je mesti mak ayah dah tak tahu nak buat apa kan.. Di pujuk-pujuk pun tak jalan, jadi kita cuba alternatif lain dengan menyapu Calm Time ni.. Insyaallah anak akan tenang dengan sapuan dan urutan serta baunya.. Aku sendiri pun suka baunya.. Hehe

Fungsi Tasneem Naturel Calm Time 
  • Memberikan keselesaan 
  • Mengurangkan tekanan 
  • Mengurangkan keletihan 
  • Membantu anak lebih tenang 
Cara Guna
  • Guna Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Kandungan
  • Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile Cara 


Sleep Time

Yang ni paling aku suka sebab anak aku dapat tidur dengan lena lepas aku sapu Sleep Time ni.. Tasneem Naturel Sleep Time ini dapat membantu anak tidur dengan selesa dan lena sampai pagi.. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat menyeimbangkan hormon tidur dan hormon sedar anak.. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti kepada anak-anak.. Sejak ada Sleep Time ni, memang memudahkan kerja aku.. Anak aku dapat tidur dengan damainya.. Memang terbaikkk..

Fungsi Tasneem Naturel Sleep Time 
  • Membantu anak tidur lena 
  • Membantu anak supaya mudah tidur 
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria 
  • Memberikan tidur yang berkualiti 
Cara Guna 
  • Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Kandungan
  • Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang 

Dengan Balm Tasneem Naturel Anak Selesa Ibu Gembira


Kombinasi keempat-empat balm Tasneem Naturel ni memang memudahkan aku sebagai seorang ibu dalam menguruskan anak-anak.. Hanya dengan 4 jenis balm ini sahaja dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang anak hadapi.. Bila anak selesa, ibu pun gumbireeeee... Jadinya, lepas ni aku akan terus setia dengan baby balm dari Tasneem Naturel ni sebabnya aku dah merasai kesan positifnya.. Sangat bagus untuk baby dan bagus jugak untuk seisi keluarga.. Boleh dipakai satu family.. Bukan aku aje yang berpuashati dengan balm ni.. Ramai lagik yang dah guna balm Tasneem Naturel ni dan suka akannya.. Kalau tak percaya, meh tengok testimoni pengguna balm ini..

Testimoni Pengguna Balm Tasneem Naturel





Untuk lihat testimoni pengguna yang lain boleh klik di SINI

Dapatkan Sekarang Baby Balm Tasneem Naturel Untuk Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema dan Batuk

Bagi korang yang ada anak kecil, aku sangatlah recommend korang beli dan cuba produk Tasneem Naturel ni sebab ia dapat membantu menyelesaikan masalah demam, batuk, selesema, sakit perut, tantrum dan masalah tidur anak-anak korang... Keselesaan anak itu sangat penting.. Jadi, cegah sebelum parah.. hehe.. Untuk dapatkan produk ni, korang boleh rujuk detail seperti dibawah ini ye..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-  


Website 

Facebook 

Instagram 

Whatsapp 
011-2096 4665




Read More

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Thursday, January 18, 2018

17 comments
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


Read More

Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax

Wednesday, January 17, 2018

8 comments
Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax  |  Minggu lepas seminggu aku bercuti bersama family menyebabkan berat badan aku naik.. OMG!! Mana tak naiknya diknon, hakak makan tak hingat dunia.. Sepanjang bercuti asyik dok mencari makan aje.. Dah macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan aje gayanya... Makan pulak yang sedap-sedap belaka.. Fast food pun aku rembat.. Kek coklat pun aku tibai.. Memang memberatlah badan aku ni.. Haha.. Macam mana nak kurus balik ni oiiii??? Nak tahu apa aku ambil untuk kembali kurus.. Aku ambil produk kurus C-TriMax yang super sedap dan paling best aku tak perlu berlapar... Yeahh!!

c-trimax, ctrimax, c-trimax malaysia, produk kurus, ubat kurus, Cara Untuk Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax, tips kurus cepat

Firstday minum C-TriMax ni dah buatkan aku jatuh cinta.. Rasanya masam manis buah.. Sedap.. Aku suka rasanya.. Macam nak minum berpeket-peket aje dalam masa sehari.. Hehe.. Tapi perlu diingat ye, ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil C-TriMax ini.. Nasib baik anak aku dah mula menyusu susu formula.. Hiks.. Korang mesti nak tahu lebih lanjutkan tentang produk kurus ni kan.. Meh aku story sikit kat korang tentang C-TriMax ni..

Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax


C-TriMax ini merupakan agen pembakar lemak yang dapat membantu mengatasi masalah kegemukan dan lemak berlebihan.. Produk ini dirumuskan dengan campuran serbuk buah markisa bersama ekstrak guarana.. Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang digunakan dalam C-TriMax ini iaitu Serbuk Campuran Buah-Buahan, Serbuk Roselle, Ekstrak Buah Anggur, Citric Acid dan juga Fructose..

Eceli hari ni dah hari ke-10 aku ambil C-TriMax ni.. Aku ambil 30 minit sebelum sarapan pagi.. Setiap pagi mesti teruja nak minum C-TriMax ni.. Haha.. Dah macam seronok pulak meminumnya.. Selama 10 hari pengambilan ni, aku rasa selera makan aku sedikit berkurangan.. Rasa kenyang tu lebih lama...  Tak macam sebelum ni, asyik nak makan aje kerjanye... 

Lagi bestkan, lepas aku amalkan C-TriMax ni, aku dah kurang rasa nak makan dan minum bende manis.. Kalau tak sebelum ni, aku suka sangat makan dan minum benda-benda manis.. Korang pun tahukan, benda manis ni boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.. Lebih parah kalau mencecah kepada obesiti.. OMG!! Aku tak nak wehh!! Selain tu kan, badan aku lebih bertenaga dan ringan.. Siap boleh berjaga malam lagik tu siapkan blogpost urgent.. Hebat gile... Haha..

Ok, kalau korang nak tahu, produk ini boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu pada semua anggota badan... Kalau korang nak kurus dengan lebih cepat korang kena sertakan sekali dengan senaman.. Efek dia lagi ohsem.. Macam aku ni malas sikit nak senaman.. Cara lain, aku banyakkan minum air masak setiap hari sebabnya dengan pengambilan C-TriMax ni, aku kerap terasa haus dan perlu minum air dalam kuantiti yan banyak.. Paling penting C-TriMax ni lulus KKM hokeh!!

Kebaikan C-TriMax


Sebelum mengambil apa-apa produk, mesti nak tahu jugak apa kebaikan dan kelebihannya kan.. C-TriMax ni juga banyak kebaikannya... Antara kebaikan C-TriMax yang perlu korang  tahu adalah :-
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menambah tenaga
  • Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah
  • Membuang toksin dalam badan
Perbezaan C-TriMax Berbanding Produk Kurus Yang Lain

Sekarang ni kat pasaran memang banyak gile kot produk kurus.. Macam-macam jenama ada dijual.. Tetapi apa bezanya C-TriMax berbanding produk kurus yang lain? Ada beza ke? Haaa ini yang perlu korang tahu.. Perbezaan C-TriMax berbanding produk kurus yang lain adalah :-
  • Mampu menghilangkan selulit
  • Mampu mencairkan lemak tepu
  • Tiada cirit-birit
  • Tak perlu kurangkan nasi
  • Membuang sisa lama dalam usus perut
  • Agen pembakaran lemak paling utama
  • 100% daripada buah-buahan
  • Selamat dan lulus KKM

Cara Pengambilan C-TriMax


Sekotak C-TriMax ni mengandungi 15 sachet.. Aku cukup suka kalau sesuatu produk tu dikeluarkan dalam bentuk sachet sebab senang dibawa kemana-mana.. Tak payahlah nak angkut botol atau bekas yang besar kehulu kehilir kan.. Mudahkan.. Ok, cara pengambilan C-TriMax ni tidak la susah mana.. Mudah saje.. Bak kata orang semudah ABC gitu.. Hehe.. Jom ikut cara yang disyorkan ini..
  • Minum C-TriMax sebelum sarapan dan sebelum dinner atau ambil sebelum sarapan dan 15-30 minit sebelum bersenam (petang)
  • Bancuh C-TriMax bersama-sama 1/2 gelas air sejuk. Kacau sehingga sebati dan minum serta merta.!
  • Pastikan minum air masak 6 liter sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak
  • Bagi berat 100kg ke atas boleh minum 3 sachet sehari sebelum sarapan, sebelum lunch dan sebelum dinner.
  • Bagi berat 70 kg ke atas boleh minum 2 sachet sehari...
Memandangkan berat badan aku belum mencecah 70, jadi aku hanya mengambil 1 sachet sehari sahaja.. Aku ambil belah pagi 30 minit sebelum sarapan.. Dengan hanya 1 sachet sahaja sehari aku sentiasa rasa kenyang sebab produk ni mampu mengawal selera makan aku yang maha dasyat ini.. Hehe..


Setakat 10 hari pengambilan C-TriMax ni, berat badan aku dah turun sikit sebanyak lebih kurang 2kg.. Kemain seronok lagi aku bila tengok berat badan turun.. hehe.. Memang la slow sikit turun sebab aku ni malas nak bersenam.. Kalau korang  nak cepat turun berat badan, jangan jadi malas macam aku ye.. Korang kena ambil C-TriMax ni dan buat senaman sekali.. Lagi cepat berat badan korang turun.. Paling penting, minum air banyak-banyak ye.. Bagus minum air banyak ni tau, boleh buang segala toksin dalam badan.. 

Satu lagi tips nak bagi kat korang untuk cepat kurus.. Tolong kurangkan minum minuman berkafein ye seperti teh, kopi dan coca cola bagi mendapatkan kesan yang optimum.. Korang makanlah supplement apa pun, kalau dok minum jugak minuman berkafein, memang tak kuruslah korang.. huhu.. 

Kenapa Aku Nak Kurus?


Ini sebagai motivasi diri aku sendirilah untuk cepat kurus.. Kenapa aku nak kurus? Yesss ada beberapa sebab.. Ini sebabnya..
  • Senang nak pilih saiz baju dan ofkos supaya dapat pakai baju lama aku balik
  • Untuk jimatkan duit makan.. Hehe
  • Supaya konfiden level aku lebih tinggi
  • Tak malu nak bergambar.. Haha... 
  • Untuk kepuasan diri sendiri
  • Supaya kesihatan aku berapa pada tahap yang lebih baik
Aku perlu kurangkan 6kg lagi berat badan aku ni.. Harapan aku agar aku berjaya turunkan berat badan aku dengan pengambilan C-TriMax ni.. Kira macam azam aku tahun ni la nak turunkan berat badan sebanyak 6kg.. Jadinya, lepas ni kene lebih konsisten dan kena banyak minum air masak.. Senaman? Hurmm bab senaman tu kena fikir dulu.. Haha.. Ok, jom tengok testimoni pengguna C-TriMax yang dah berjaya turunkan berat badan mereka..

Testimoni Pengguna C-TriMax







Dapatkan C-TriMax Sekarang Untuk Cepat Kurus Tanpa Perlu Berlapar

Aku dah cuba C-TriMax ni dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Testimoni pengguna juga menunjukkan produk ini benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan dan kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar.. Jadi, bagi korang yang ingin kuruskan badan bolehlah try C-TriMax ni.. Aku yakin korang akan suka dengan hasilnya.. Jom dapatkan sekarang C-TriMax untuk cepat kurus tanpa perlu berlapar..

Harga C-TriMax

1 kotak mengandungi 15 sachet (10gm per sachet)

RM 120.00 (SM)
RM 130.00 (SS)

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Contact No.
010-330 0886



Read More

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

Tuesday, January 16, 2018

7 comments
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan  |    Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. 


Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak baunya. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. 

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak dan si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.  



Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan, sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.  

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.   

Belle Amour & Mon Amie dan Mon Amie & Adore

Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Mon Amie)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impian. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri, seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. 

Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara. 

Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Mon Amie & Adore)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml. Set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. 

Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.   

Set Hadiah ENCHANTEUR Paris Mon Amie


Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan si gadis bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. 

Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.  

Set Hadiah Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Romantic)


Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu dan di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian seperti LAZADA.   

Set Hadiah Mini ENCHANTEUR (Mon Amie & Charming)


Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. 

Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie iaitu individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian seperti LAZADA. 

Mon Amie & Charming

EDT Mon Amie

EDT Charming

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS ini dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Manakala ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET pula berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


Read More