Kuasa untuk Memilih Terletak Ditangan Setiap Ibu

Thursday, August 24, 2017

8 comments
Kuasa untuk Memilih Terletak Ditangan Setiap Ibu  |  Janganlah anda memandang rendah terhadap keputusan yang diputuskan oleh ibu-ibu, ia bukan sahaja boleh membentuk peribadi anak-anak akan tetapi juga cara permakanan mereka. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Michigan State University College of Nursing, kanak-kanak kecil didapati kurang menyukai makanan buah-buahan dan sayur-sayuran jika ibu mereka tidak memakannya sendiri dengan secukupnya atau jika ibu menyangka anak mereka itu “memilih makanan”. Apabila ibu mengangap anak mereka memilih makanan, mereka mungkin tidak akan mengalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

photo : google

Dengan kata lain, tabiat makan ibu selain daripada gaya kehidupan ibu bapa, mempunyai kesan yang besar terhadap pemakanan makanan anak-anak sama ada sihat atau tidak. Malangnya, di dalam era makan segera dan jadual ibu yang sibuk, memilih dan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya adalah tidak mudah bagi sesetengah orang. Tetapi janganlah risau, salah satu cara untuk mengabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih sihat ke dalam kehidupan harian and adalah dengan meminum jus buah-buahan. Jadi belilah beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti ketika membeli-belah dan membuat sedikit jus di rumah setiap hari. 


Walau bagaimana pun, jika kerja membuat jus akan memakan banyak masa yang anda miliki untuk diluangkan untuk keluarga anda, dapatkan lah jus buah dengan pelbagai kombinasi yang lazat daripada pakar jus di Juice Works! Ya, anda selalu akan mempunyai pilihan lain daripada membuatkannya sendiri, kuasa untuk memilih terletak di tangan setiap ibu! 

Terutamanya untuk bulan Ogos ini, Juice Works menawarkan promosi “Beli 1 Percuma 1” untuk mereka yang dilahirkan pada bulan 31 Ogos sempena memyambut Hari Merdeka! 


Jadi ibu-ibu, jangan merasa bersalah jika andak tidak dapat meluangkan masa untuk memasak atau membuat jus untuk anak-anak anda. Dengan Juice Works, anda masih boleh mengamalkan cara peminuman yang sihat – dan anda boleh melakukannya bersama-sama dengan keluarga yang disayangi anda juga! 


Jangan lupa juga mengajar anak-anak kecil anda untuk membuat pilihan yang lebih baik seawal yang mungkin. Lagi pun, penyelidik daripada penyelidikan CNRS di Perancis telah memberikan bukti pada tahun 2012 yang telah di kaji selama sedekat yang menunjukkan bahawa citarasa kami telah ditetapkan sejak awal kehidupan. Ya, kite bercakap mengenai peringkat awal kehamilan! 

Saintis percaya bahawa bayi yang berada didalam rahim dapat merasa dengan menghirup cecair amniotik di dalam badan ibu mereka. Dan ibu apa makanan yang diambil oleh ibu ketika itu akan juga diambil oleh janin apabila otak janin itu dibentuk, dan “berkemungkinan memberikan akibat jangka panjang”. 

Oleh itu, demi kebaikkan anak anda, pilih lah dengan bijak hari ini! 

*Promosi ini hanyalah boleh digunakan untuk pembelian dari kategori tropical & Fruity Blend dan Power Meal kategori. Pembeli mestilah memaparkan kad pengenalan untuk pengesahan tarikh lahir** 

**Minuman percuma boleh ditebus untuk minuman yang bernilai kurang atau sama dengan harga pembelian.


Read More

Giveaway Blog Bycikrenex

Tuesday, August 22, 2017

16 comments
Giveaway Blog Bycikrenex  |  Holaa!! Hi CR, Lea join giveaway ni.. hehe.. Sebelum aku membebel dalam entry ni, kene tegur dulu tuan punye giveaway.. Hiks.. Orite, tengahari ni sedang berblogwalking, ramai pulak yang join giveaway dari Cik Renex ni.. Dok lalu lalang kat new feed blog aku ni... Diusir-usir, ianya tetap jugak lalu.. Sampaikan aku pun turut terjebak untuk turut serta menjoinkan diri dalam giveaway CR ni.. Ahakz.. Drama tak hakak!! Oleh yang demikian, dengan lafaz Bismillah aku join Giveaway Blog Bycikrenex ni.. Hahaha, menyampah pulak aku baca ayat sendiri.. Ekeke..!!

Sila klik banner ye kalau nak join!!

Banner yang sangat comel dengan warna yang agak menarik.. Aku suka!! Btw, aku ucapkan tahniah buat CR atas kejayaannya dalam membina blogshopnya.. Moga bisnessnya terus berjaya dan maju.. Amiin.. Korang yang mane bergelar Blogger Malaysia tu, mai le join reramai kasi meriah lagi giveaway ni disamping tu dapatlah kita pakat support kawan kita ni untuk berbisness... Sendiri nak berbisness tak berapa nak pandai, so support la kengkawan yang suka berbisness.. Tak gitu...

Orite, kalau nak join just klik banner kat atas ye.. Tarikh tutup lambat lagi.. Jadinya, Moh pakat join yek...

Tarikh Tamat
24 September 2017


Read More

Ada Apa Dengan Traveloka Di KL2017

6 comments
Ada Apa Dengan Traveloka Di KL2017  |  Sukan SEA 2017 telah pun dirasmikan dengan penuh gilang gemilang pada 19 Ogos 2017 baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.. Sukan SEA yang ke-29, yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ini akan berlangsung selama 11 hari bermula 19 hingga 30 Ogos 2017, dimana Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah bagi kali ini.. Sebanyak 405 acara dari 38 sukan akan dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antaranya bola sepak, angkat berat, olahraga, akuatik, badminton dan banyak lagi... Disebalik kehangatan temasya Sukan SEA 2017 yang berlangsung kini, Traveloka adalah salah satu sponsor untuk KL 2017 pada kali ini.. Ada apa dengan Traveloka di KL2017? Yeah, banyak yang korang kena tahu tentang Traveloka dan KL2017.. Jom aku ceritakan...

traveloka, sukan sea 2017, kl2017,
Ada Apa Dengan Traveloka Di KL2017
Traveloka adalah salah satu laman e-dagang pelancongan dalam talian yang utama di Asia Tenggara yang menyediakan penerbangan termurah ke semua destinasi dan tawaran hotel yang terbaik... Bersempena KL2017, Traveloka menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk anda.. Sepanjang temasya Sukan SEA ini, Traveloka akan melancarkan promosi dan aktiviti di lapangan untuk semua orang menikmatinya.. Sebagai penaja untuk acara bersejarah ini, Traveloka menawarkan aktiviti menarik untuk dimanfaatkan oleh orang ramai..


Kalau korang nak tahu, Traveloka juga adalah official Online Travel Partner untuk KL2017... Sebagai official Online Travel Partner bagi KL2017, Traveloka akan mengadakan promosi bersempena Sukan Asia Tenggara 2017 ini iaitu Hello Malaysia! dan Go S.E.A!..

Bagi promosi Hello, Malaysia!, Traveloka menawarkan diskaun sehingga 40% bagi penerbangan dan hotel ke destinasi dalam Malaysia dan akan membawa anda secara lebih dekat dan peribadi untuk mengenali tempat-tempat menarik di malaysia..


Manakala bagi promosi Go S.E.A! pula, diskaun sehingga 60% ditawarkan bagi penerbangan dan hotel ke 10 destinasi khas di Asia Tenggara seperti Singapore, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh City, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung dan Lombok!! Anda akan dibawa ke tempat-tempat yang menakjubkan di Asia Tenggara.

Waahhh bestkan.. Jadi apa tunggu lagi, tempah la sekarang untuk mendapatkan harga promosi yang hebat ini.. Promosi berlangsung sekarang sehingga 31 Ogos 2017..... Jangan lepaskan perluang keemasan ni tau.. Selain korang dapat menyaksikan KL2017 di Kuala Lumpur, korang juga dapat melihat keindahan dan keistimewaan yang ada di Malaysia.. Bak kata orang 'sambil menyelam kita minum airnya sekali'.. Tak gitu?? hehe.. Korang juga boleh bercuti di 10 destinasi khas Asia Tenggara dengan harga yang murah.. Best sangat ohh!! Rugi kalau lepaskan peluang ni.. Korang boleh buat tempahan sekarang di laman web Traveloka seperti link yang aku sertakan dibawah ini..


Selain itu juga, Traveloka juga ada membuka booth di Bukit Jalil dan pelbagai peraduan akan dianjurkan serta tawaran penerbangan dan hotel ke pelbagai destinasi.. Pengunjung juga boleh menyertai photo booth dan playcard contest dimana hadiah-hadiah menarik menanti pemenang.. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang berjumlah sehingga RM200,000.00 tau!! Rugi tak join wehh!! Terdapat juga on-ground booth dan plus live feed yang akan mengupdate setiap acara Sukan SEA yang berlangsung.. Jadi, jomlah ramai-ramai kita terjah booth Traveloka..  Mane tahu ada rezeki untuk menang hadiah-hadiah menarik... Hehe..


Traveloka Live Stream


Berita baik untuk korang..!! Korang boleh menonton acara Sukan SEA 2017 ini secara live stream tau kerana Traveloka juga menyediakan Live Stream SEA Games di laman webnya http://travelokakl2017.com.my/ ... Jadinya, jika korang tak sempat nak menonton di kaca tv, korang boleh tonton di Traveloka Live Stream.. Tapi nak kena ada internet la kan.. Alah, aku yakin dizaman serba canggih dan moden ni, setiap orang mempunyai talian internet.. Jadi, bolehlah menonton acara Sukan SEA 2017 ini dimana sahaja korang berada..  Satu lagi berita baik untuk korang... Korang juga boleh menyertai peraduan yang disediakan di Live Stream page bermula 19 Ogos 2017.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini ye kerana hadiah menarik menanti korang yang menyertainya..

Oklah, rasanya dah terjawab soalan "Ada apa dengan Traveloka di KL2017?" ni kan.. Segalanya dah aku ceritakan dekat korang tentang Traveloka dan KL2017 ini.. Jadi, jangan lupa ye untuk menonton Sukan SEA ke-29 jika korang berada di Kuala Lumpur dan boleh juga ditonton melalui Traveloka Live Stream walau dimana korang berada.. Berilah sokongan kepada pasukan kita, Malaysia!! MALAYSIA BOLEH!!


Read More

Review Novel | Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh

Monday, August 21, 2017

12 comments
Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh  |  Allahuakbar.. Punyalah lama nak review novel ni.. Tapi tak jugak terbuat.. Dok dalam draft dah lama sebenarnya.. Masa untuk mengarang ayat aje tak de.. Terlalu sibuk menyiapkan entry yang urgent.. Tengahari ni ada masa terluang sikit, bolehlah siapkan entry review novel Semusim Di Mahsyar by Hadi Fayyadh ni..

Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh
Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh 
Novel ni aku beli pre-order.. Masa tu novel ni belum dicetak lagik.. Terlalu excited dengan penulis ni kan.. Buku penulisan dari penulis ni tak pernah tak best.. Mesti menjadi BEST SELLER... Sebab tu aku terlebih teruja bila dapat tahu beliau menghasilkan karya yang baru.. Terus aje order.. Lama jugaklah menunggu untuk mendapatkannya.. Tapi itu tak menjadi masalah bagi aku.. Lagi pun masih banyak novel yang belum dibaca.. Jadinya, tak terlalu terkesan dengan masa yang panjang itu.. Hiks..


Alhamdulillah, kali ni beli buku dapat sekali dengan tandatangan dari penulis.. Menjadikan buku ini ada sentimental value tersendiri.. Kali ini juga buku disertakan sekali dengan bookmark.. So, tak perlu dah nak pakai bookmark sendiri.. hehe...


Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang jalan cerita novel Semusim di Mahsyar ni, bolehlah baca sinopsis dalam gambar atas ni yek.. Eceli, novel ni dah lama aku baca dan mengambil masa yang tak terlalu lama untuk menghadam hasil penulisan Hadi Fayyadh ini.. Mungkin kerana terlalu admire dengan penulisannya membuatkan aku membacanya secara berterusan... Bagi aku, karya beliau kali ini tak sehebat karya-karya beliau sebelum ini yang mampu membuatkan aku gerun, insaf, menangis dan sedar akan kuasa tuhan dihari pembalasan nanti.. Sungguhpun begitu, Semusim Di Mahsyar ini tetap membuatkan aku insaf dan sedar akan kekhilafan sebagai seorang manusia yang akan dihitung dihari pembalasan kelak.. Walaupun impaknya tidak sehebat novel Semusim Di Barzakh dan Ketika Azazil Berputus Asa...

Orite, jom baca review aku tentang novel ini di Goodreads..


REVIEW AKU DI GOODREADS

Semusim di Mahsyar

My rating: 4 of 5 stars
Start : 29.07.2017          Finish : 30.07.2017

Novel dari penulis yang memang aku kagumi dan minati.. Penulisannya memang sampai ke hati.. Sebelum ni dah baca 2 buah buku hasil karyanye dan ini adalah yg ketiga..

Untuk novel Semusim Di Mahsyar ni, aku rasa tak sehebat penulisannya yang sebelum ni.. Yang sebelum ni lebih terkesan dihati aku.. Sungguhpun begitu, buku kali ni tetap memberi byk pengajarannya dan bagus untuk dibaca oleh semua golongan..

Kali ini novelnye mengisahkan seorang anak perempuan yang derhaka terhadap org tua nye... Dia diuji dgn pelbagai ujian hidup sehinggakan dia menyalahkan kedua org tuanye lalu menderhakainya.. Allahuakbar.... Rasa geram sgt bila baca part dia derhaka tu.. Haisss...

Satu ujian besar menimpanya dimana dia disangkakan telah meninggal dunia dan ditanam selama 5 hari.. Sepanjang perjalanan dialam kuburnye dia didatangi mimpi yg panjang.. Dalam mimpinye itu dia menjalani kehidupan alam kubur yang penuh penyiksaan sehinggalah dia tersedar kembali dan kuburnya digali semula oleh penduduk kampung..

Selepas dikembalikan ke dunia, segalanya telah berubah.. Ayah dan ibunye telah pergi mengadap ilahi tanpa sempat dia meminta keampunan.. Keinsafan yang dia alami telah terlambat utk dia menebus segala dosanya terhadap kedua ibubapanye.. Malahan lebih teruk, selepas segalanya yg berlaku, barulah dia tahu cerita sebenar kehidupannya yang dia bukanlah anak liar nikah seperti dihebohkan penduduk kampung.. Menyesallah dia tidak berpenghujung kerana telah menyalahi kedua ibubapanye selama ini atas sebab itu dan sanggup derhaka kepada mereka.. Allahuakbar..

Walaupun buku ni x sehebat penulisan penulis yang lepas, tapi tetap memberikan kesedaran dan keinsafan bila membacanye... Recommended utk dibaca oleh semua..




Read More