Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

Tuesday, June 13, 2017

13 comments
Top Commentator Di Blog Starlavenderluna  |  Sejak kebelakangan ni aku tak berjaya nak blogwalking ke blog rakan-rakan setiap hari.. Ada saje kesibukan yang aku alami... Dengan shopping rayanya.. Dengan jemputan berbuka puasanya.. Cewahhh.. Jemputan berbuka puasa tu.. Dah macam artis gituwww..!! Padahal jemputan dari keluarga, rakan taulan aje pun.. Haha!! Alah kira jemputan jugak la kan.. Bila dah keluar, memang tak de masa nak jengok blog dan blogwalking.. Mintak maaf sangat-sangat ye rakan-rakan blogger yang rajin singgah kat blog aku ni.. Tak dapat nak balas kunjungan dengan segera.. Mungkin mengambil masa sikit.. Hiks.. Bukan itu yang tujuan utama entry ni.. Tujuan utamanya, cuma nak cerita tentang keberjayaan aku menjadi top commentator di Blog Starlavenderluna tempoh hari...

Top Commentator Di Blog Starlavenderluna
Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

Kali ni yang tersenarai dalam Top Commentator blog Starlavenderluna akan menerima hadiah dari Blogger Shikin selaku owner blog.. Alhamdulillah rezeki sempena hari raya namanya tu.. Aku memang suka terjah blog Shikin ni sebab banyak info yang menarik.. Kengkadang aku sendiri tak tahu menahu tentang kewujudan info tersebut.. Dah alang-alang sampai ke blog beliau, tak sah kalau tak tinggalkan komen sepatah duakan.. Alhamdulillah rezeki aku untuk tersenarai dalam Top Commentator blog beliau bagi bulan Mei-Jun 2017


Nampaknya ada saingan sengit disitu.. Hehe.. Sama pulak jumlah komen aku dengan Blogger Sha tu yek.. Tak pe la.. Komen mengomen ni bukan nak bersaing.. Tapi lebih kepada meninggalkan jejak dan support blog kengkawan.. Bila ada masa kita blogwalking.. Tapi time tak berpeluang nak blogwalking, memang tak de la tinggal jejak kita kat blog kengkawan.. Gitu la rutinnya seorang blogger...

Semua yang tersenari juga akan dimasukkan ke dalam bloglist blog  beliau.. Memang terbaik.. Thankz buat Shikin.. 😊 Orite, nak tahu tak hadiah apa yang akan kami terima nanti... Lipstik Novo... Pilihan warnanya pun menarik...


Oklah.. Kalau korang nak info lebih, bolehlah ke blog Starlavenderluna ni... Jom sesama terjah blog beliau...



Read More

Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Monday, June 12, 2017

10 comments
Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat  |  Assalamualaikum wbt... Setuju tak kalau aku cakap rezeki ni kengkadang datang tanpa disangka-sangka? Mungkin kita tak pernah terfikir langsung dan tak mengharapkan langsung sesuatu itu untuk datang pada kita.. Tetapi dengan izin tuhan, ia datang pada kita tanpa kite sangka.. Macam apa yang berlaku pada aku beberapa hari yang lepas... Aku mendapat hadiah sehelai shawl raya dari seorang sahabat sempena birthday aku... 

shawl raya, hadiah hari jadi lea azleeya
Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Sehelai shawl berwarna biru untuk aku pakai di pagi raya nanti... Sebelum ni memang kitorang dok berborak tentang tema hari raya.. Warna apa tahun ni.. Kebetulan warna tema raya kitorang sama pulak.. Sesambil tu berbincang warna tudung yang sesuai untuk baju raya kitorang nanti.. Almaklumlah warna yang kami pilih agak tidak menonjol dari warna-warna yang lain.. Low profile kata orang.. Haha.. Aku pun sebenarnya buntu nak pakai tudung warna ape.. Tapi, buat-buat relax jerk la.. Sampai masa aku sarung aje tudung warna ape pun.. Apedehal kan.. 

Tapi sahabat aku ni dah ada warna pilihan yang sesuai untuk dipadankan dengan baju rayanya tahun ni.. Dan aku mintak la dia tunjukkan dekat aku nanti.. Boleh la jugak aku carik tudung warna tu kan.. Tak payah dah nak fikir-fikir warna ape yang sesuai... Aku ni bukannya tahu sangat nak suai padankan warna ni.. 

Nak dijadikan cerita, 10 Jun 2017 (sabtu) yang lalu aku pergi la shopping mall untuk cari baju raya anak aku si Qhaliff tu... Beraturlah aku di ATM mechine untuk ambil duit.. Tetiba ternampak sesusuk tubuh yang aku kenali.. Cewahh.. Dah macam cerita hantu jerk gayanya.. haha..!! Kak Uda dan anaknya sedang bertungkus lumus untuk keluarkan duit dari ATM mechine.. Sesambil tu aku berborak la dengan dia... Sesambil berborak tu di hulur satu plastik bag dan ucap "Hepi besday, Ina"... Huk!! Apakah?? Terkejut aku... Aku sendiri pun tak berapa nak ingat besday aku.. Orang lain pulak yang ingat.. Time tu tak tahu nak cakap apa... Dia selalu ingat besday aku... Tapi aku?? Hurmm.. Rasa cam tak layak aku jadi kawan dia... Dengan rasa malu dan bersalah aku terima hadiah tu... 


Bila aku jengok dalam plastik bag tu, rupanya sehelai shawl... Warna yang pernah kitorang bincangkan kat opiz hari tu.. Ya Allah, rasa nak nangis rasa... Tak sangka dapat hadiah shawl raya.. Memang tak membayangkan langsung dapat apa-apa hadiah dari sesiapa juga dan tak pernah mengharapkannya... Tetiba, tuhan kasi rezeki hari tu.. Mungkin kalau dilihat dari mata kasar hanya sehelai shawl sahaja.. Tetapi, sentimental valuenya sangatlah tinggi.. Kerana ia datang dalam keadaan yang tak disangka-sangka.. 

Pape pun aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Kak Uda sebab hadiahkan shawl raya ni buat aku... Aku doakan beliau dirahmati dan sentiasa dilindungi olehNYA serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal.. Amiin YRA... 


Read More

Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family

10 comments
Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Puasa tak hari ni?? hehe.. Kot ada yang tak puasakan... Hiks.. Ok, hari ni aku nak share dengan korang menu kegemaran aku dan family, Daging Kunyit Tumis Berbawang... Lauk ni memang feberet kami sekeluarga.. Sampaikan anak aku si Qhaliff tu pun, kemaheenn selera makan nasi kalau ada lauk ni.. 


Menu ni sebenarnya ciptaan aku sendiri.. Aku tak pasti lah korang pernah masak macam aku ni ke atau pun tak.. Tapi untuk menu kali ni memang aku tak tengok resepi mana-mana, tetapi bikin sendiri saja.. Mungkin juga terinspirasi dengan masakan ayah aku satu ketika dulu.. Dimana, dia pernah masak lauk macam ni... Sedap!! Tapi time tu aku sekolah lagi.. Nak cakap ingat cara dia masak tak jugak.. Aku main agak-agak jerk la.. Akhirnya, menu ni menjadi dan sedap dimulut aku dan family... Sampai laaa sekarang aku masih tak jemu-jemu makan lauk ni...  

Sebenarnya aku tak tahu nak letak nama apa untuk menu ni.. Jadinya aku letak mengikut nama bahan yang ada dalam resepi ni.. Jom tengok resepi ringkas aku...


RESEPI DAGING KUNYIT TUMIS BERBAWANG

Bahan-Bahan :-

Daging
3 bawang besar ( 2 dihiris, 1 dipotong bulat )
3 ulas bawang putih ( diketuk-ketuk )
1 biji cili besar ( dihiris serong )
5 biji cili padi ( dibelah hujung )
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-Caranya :-

  • Panaskan minyak di dalam kuali..
  • Masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan..
  • Seterusnya masukkan bawang besar yang dihiris tadi.. Lagi banyak bawang lagi sedap... Tumis seketika..
  • Kemudian, masukkan daging yang telah dipotong nipis.. Kacau seketika sehingga sebati dengan bawang tadi..
  • Masukkan air yang banyak untuk mereneh daging tadi sehingga lembut dan juga serbuk kunyit Biasanya aku akan reneh sebanyak 2 kali... Maksudnya 2 kali la isi air supaya daging betul-betul lembut dan bawang tadi menjadi hancur sebati dengan daging..
  • Setelah daging lembut, masukkan garam dan perasa secukupnya.. Kacau seketika..
  • Akhir sekali masukkan cili besar dan cili api beserta bawang besar yang telah dipotong bulat tadi... Kacau seketika..
  • Siap untuk dihidang...

Mudahkan... Daging  ni sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.. Memang bertambah la jawabnya... Inilah lauk kegemaran kami sekeluarga.. Kalau beli daging, mesti lauk ni dulu yang akan dimasak..




Read More

Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan

Saturday, June 10, 2017

10 comments
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan  |  Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya sehingga ia dikenali sebagai 'penghulu segala bulan'. Pada 02 Jun 2017 yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam Program Amal AnCasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Furqan seramai 19 orang dan Rumah Anak Yatim & Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar seramai 31 orang.


Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Antara tetamu-tetamu terhormat yang dijemput hadir ialah Datuk Seri Dr. Mohd Shafei' selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, YB. Dato' Mohamad Fakharuddin M. Arif, Adun Bebar, Yb. Dato' Sh Mohamed Puzi bin Sh Ali, Adun Peramu Jaya dan beberapa tetamu lain.



Selain Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim, bubur lambuk juga diedarkan percuma sempena menyambut Ramadhan. Bubur Lambuk tersebut dimasak sendiri oleh chef yang berpengalaman di hotel ini iaitu Chef Mohd Hazlan... Bubur Lambuk mula diedarkan sekitar jam 5.30 petang di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Pekan, Pahang kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Puan Norlina Zubir dan beberapa kakitangan pengurusan hotel. Bagi mereka yang melalui jalan tersebut, bolehlah mendapatkan Bubur Lambuk AnCasa Royale ini secara percuma dan merasai keenakannya.. 

Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan

Layanan istimewa daripada tetamu VIP

Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, AnCasa Royale, Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Pahang pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan "Selera Desa - Kembara Iftar Di Pekan, Pahang". Antara sajian yang sememangnya popular di Pahang ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Opor Daging, Sup Tulang Kicap dan Sambal Hitam.. 

Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak

Opor Daging Pahang
Opor Daging Pahang

Sambal Hitam Pahang
Sambal Hitam Pahang

Sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Mohd Hazlan yang merupakan Chef Sous Eksekutif, Chef Syed Badrul Hisham Syed Rudzlan selaku Chef Masakan Melayu dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman. 

Sepertimana yang semua orang pun tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu untuk dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Royale, Pekan menggabungkan tema Kembara Iftar Di Pekan, Pahang bagi menyingkap semua kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih kekal terpahat dimemori kita. 

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.. 

















Kambing Panggang Istimewa juga antara menu yang disajikan di AnCasa Royale ini.. Antara sajian lain yang dihidangkan di bahagian luar Dewan Saffron Brasserie adalah seperti Chicken Roster, Kuey Teow Goreng, Shell Out, Satay, Lok-lok dan banyak lagi...








Tidak ketinggalan juga, sajian pemanis mulut seperti Kuih Talam, Lepat Pisang, Bingka Ubi, Bubur Kacang, Puding Raja dan bermacam jenis lagi yang akan membuat pencinta manisan mulut pasti akan kembali lagi ke AnCasa Royale, Pekan..

puding raja
Puding Raja

kuih tradisional
Antara kuih tradisional yang ada

Kek-kek yang enak

Platting yang cantik

Susun yang menarik

Sebelum masuk waktu berbuka, alunan merdu ayat al-Quran akan diperdengarkan dan seterusnya bacaan doa berbuka puasa akan dibacakan.. Sambil berbuka dan menikmati juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale.. 



Di majlis berbuka puasa ini juga, aku berkesempatan untuk bersua muka dengan Blogger Rozita... Sebelum ni hanya berhubung melalui laman sosial dan whatsapp sahaja.. Kali  ni dapat berkenal-kenalan secara 4 mata.. Cewahh.. Haha!!

Blogger Kuantan, Kak Rozita
Bergambar kenangan bersama Kak Rose, orang kuat AnCasa Royale..

JOM BERBUKA DI ANCASA ROYALE, PEKAN


Dengan harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak, anda akan dapat menikmati lebih 100 juadah berbuka puasa yang enak.. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :-

No. Telefon
Saffron Brasserie
09-424 6600

Laman Web

Alamat
AnCasa Royale Pekan, Pahang
Lot 2670, Jalan Pekan-Kuantan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur


Read More

Alhamdulillah, Dah Scan Jantina Baby Baru

Friday, June 9, 2017

16 comments
Alhamdulillah, Dah Scan Jantina Baby Baru  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang..!! Akhir bulan lepas aku dah siap-siap buat temujanji dengan sebuah klinik private, Klinik Azzahra, Bukit Rangin, Kuantan untuk scan jantina baby baru aku ni.. Temujanjinya iaitu pada hari semalam, 8 June 2017, Khamis, 9.00 Malam.. Sebelum ni aku scan di sebuah klinik di Indera Mahkota.. Kali ni aku memilih untuk buat scan 3D/4D di Klinik Azzahra kerana dekat dengan rumah dan menawarkan diskaun sebanyak 10%.. Alhamdulillah.. Tak de la terlalu mahal nak bayarkan... 

sumber : google

Semalam lepas solat Isyak, terus ke klinik.. Time tu Qhaliff dah tidur.. Hehe.. Kesian pulak dia.. Letih sangat la tu tidur awal semalam.. Terpaksa la angkat dia.. Nak kejut tak sampai hati pulak.. Sampai klinik barulah kejutkan dia... Dia pun kena tengok bakal adik dia ni kan.. hehe.... Lama jugak menunggu nak masuk bilik doktor, sebab ada pesakit excident tengah terima rawatan..

Lebih kurang 9.30 malam baru dapat masuk bilik doktor.. Kerja-kerja men-scan baby pun  bermula.. Bertungkus lumus doktor mencari side untuk mendapatkan wajah baby dengan tepat.. Agak susah jugak la.. Sampai aku kena baring mengiring lagi tu.. Kandungan aku 26 minggu 1 hari.. Semuanya dalam keadaan baik.. Baby sihat tiada masalah.. Beratnya 900g.. Untuk tempoh 26 minggu, berat tersebut adalah normal kata doktor.. Alhamdulillah... Cuma uri dalam kedudukan agak rendah... Moga di 28 minggu nanti uri dapat naik balik.. Amiin..

scan jantina anak, scan 2D, scan 3D, scan 4D
Scan 3D/4D jantina baby baru

Ni hasil dari scan semalam... Dengan harga RM 72.00, aku diberi sekeping gambar wajah baby ni dan sekeping CD yang dimuatkan dengan gambar dan video semasa scan dijalankan.. Aku sangat berpuashati dengan layanan doktor dan cara dia scan..  Memang lama.. Doktor buat bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa.. Sekali dengan penerangan yang lengkap lagi diberikan..

Dari hasil scan semalam, doktor mengkhabarkan yang aku akan menimang cahaya mata lelaki lagi.. hehehe.. Ada geng la Qhaliff nanti.. Ummi dia jugak tak de geng lagi.. haha.. Alhamdulillah, mengandung kali ni tak banyak ragam.. Lebih relax... Semoga anak yang aku kandungkan ini sihat dan sempurna tubuh badannya, menjadi seorang anak yang soleh dan insan yang berguna serta pandai, alim dan beramal.. Amiin.. 


Read More