Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi

Friday, May 19, 2017

8 comments
Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi  |  Baru settle kerja dan mengemas section kerja.. Selesa bila tempat kita bekerja bersih disamping angin kipas sepoi-sepoi bahasa.. Huhuhu.. Orite, baru berkesempatan jengok blog.. Bila tak tahu nak update ape, kita cari segmen yang boleh di join.. Kebetulan Ombak Bergigi buat Segmen Pencarian Bloglist.. Leh la join..

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi
Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi
Seramai 10 orang yang dicari untuk memenuhkan ruangan bloglist beliau.. Jom reramai kita join.. Bak kata OM, "Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam".. Hehe..


Tarikh Tamat
25 Mei 2017


Read More

Kipas Kedamaian Dari Mr. DIY

Thursday, May 18, 2017

12 comments
Kipas Kedamaian Dari Mr. DIY  |  Comel tak dengan tajuk entry aku kali ni.. Kipas kedamaian.. Dah macam barang dari poket doraemon jerk namanya.. Haha!! Saje je aku bagi nama camtu sebab aku rasa nama tu sesuai kot untuk kipas ni.. Bila pasang kipas ni terasa damai jerk.. Hehe


Aku beli kipas ni dari kedai Mr. DIY.. Mulanya aku tengok member ofiz aku bawak kipas kecik ni dari rumah.. Mane tak bawak kipas dari rumah, kat opiz tu aircond rosak kot.. Opiz besoo tapi pakai aircond 1 aje.. Mane mahunyeeeee...!! Nak repair, peruntukan tak de.. Almaklumlah ekonomi sekarang tak berapa nak ok.. Bila tengok member depan aku tu syok jerk dok buat kerja sambil berkipas.. Aku pun rasa nak jugak beli sebijik.. Baru selesa buat kerja.. Tak de la berpeluh-peluh... Nak buat kerja pun tak selesa bila dalam keadaan panas terkurung..

Malam 15hb tu aku pergi la usha dekat kedai MR.DIY.. Wahh ada banyak jenis rupanya.. Ada yang plastik dan ada yang besi.. Yang member aku beli tu jenis cover dia plastik.. Sebelum beli, aku mintak pekerja kat situ test dulu mana satu laju anginnya.. Dah test, adik tu cakap yang beli lagi terasa anginnya... So, aku amek la yang besi punye.. Ada warna hijau dan biru.. Aku pilih hijau sebab hijau melambangkan sebuah kedamaian.. Cewahh.. Haha!! Sesuaikan nama kipas ni aku tarok 'Kipas Kedamaian'.. Sesuai dengan warnanya.. Kohkohkoh!!

Harga kipas ni RM19.90.. Kalau tak disebakan aircond opis rosak, tak de maknanya aku nak beli.. Buang duit aje.. Duit dah la tengah menggunung banyak ni.. Huhu..  Member aku cakap ritu dia beli dalam harga RM12 jerk... Sekarang dah naik harga.. Nasib la labu... 

Lepas ada kipas kedamaian ni, baru selesa buat kerja.. Sepoi-sepoi bahasa jerk angin.. Cam dok tepi pantai.. Hehe.. Nanti kalau aircond dah ok, aku hangkut la bawak balik rumah.. Time blackout, leh pasang cucuk dekat powerbank.. Jadi, tak rugi hokeh aku beli.. Boleh digunakan time terdesak.. Memang therboikkk!!





Read More

Review Book | Lukisan Tarbiah By Abeben

4 comments
Review Book | Lukisan Tarbiah By Abeben  |  Seperti biasa.... Dah habis baca sesebuah buku, harus aku review.. Hiks.. Kali ni aku nak review buku dari koleksi Tarbiah Sentap iaitu Lukisan Tarbiah by Abeben... Mungkin ada yang dah baca kot sebab buku ni dah lama diterbitkan.. Aku jerk baru terhegeh-hegeh nak baca... hehe.. Biasalah selalu sangat tertinggal train.. Huhu..

Lukisan Tarbiah dari Abeben
Orite, buku ni aku habiskan membacanya  hanya dalam satu hari sahaja... Tak memakan masa yang lama.. Mungkin sebab ianya adalah sebuah komik, makanya keseronokan membaca tu ada dan dapatlah dihabiskan dalam masa yang singkat... Eceli, buku Lukisan Tarbiah ni adalah hadiah Giveaway dari Blogger Rii ... Dah lama kot aku dapat dan baru sekarang ada masa untuk membacanya.. Alhamdulillah aku baca pada 12.05.2017 dan habis pada hari yang sama.. 

Apa yang terkandung dalam buku ni yek? Jom sama-sama kita tengok...



Ini adalah antara isi kandungan buku ni.. Banyak kot!! Sungguh pun banyak, ianya tak membosankan kerana buku ni diadaptasi dalam sebuah komik.. Banyak nasihat-nasihat yang berguna boleh kita ambil ikhtibar dalam buku komik ni.. Mesti ramai dikalangan korang yang suka baca komik kan... Haaa aku suggest korang beli buku ni untuk santapan minda korang... Sekali sekala baca buku komik islamik.. Baru ada kelainan.. Tak de la asek baca komik lucu dan cinta aje kan.. Disamping menambah ilmu agama.. Terbaikk toqqq..!!


Dalam banyak-banyak cerita dalam buku ni, tajuk 'Kerana Doamu' ni dapat membuatkan aku sebak.. Seorang doktor pakar yang terlalu sibuk dengan kerja luar.. Miting sana.. Miting sini.. Sampaikan pesakit yang memang memerlukan rawatan segera terpaksa tunggu terlalu lama untuk temujanji doktor pakar tersebut.. Satu hari, dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat, pelbagai kejadian berlaku kepada doktor pakar tersebut, sehinggalah membawa kepada sebuah pertemuan yang tak disangka dengan pesakit yang memerlukan rawatan doktor pakar tersebut di rumahnya.. Berkat doa sang ibu... Lepas tu barulah, doktor pakar tu sedar yang dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar yang diperlukan oleh ramai pesakit... Huhu sebak wooo...


Ok, gambar kat atas ni antara page yang ada dalam buku ni..



Last sekali, sinopsis buku ni.. Korang baca sendiri la yek kat atas ni.. Aku tak taip kat sini sebab gambar kat atas ni boleh dibaca dengan jelas.. Hehe.. Pemalas kan.. Haha!!

Konklusinya, aku sangat, sangat lah mencadangkan korang untuk baca buku Lukisan Tarbiah ni.. Banyak pengajaran yang korang akan dalam melalui buku ni.. Pelbagai nasihat diberikan.. Mungkin dalam kehidupan kita ni, kengkadang kita rasa bende yang kita buat tu dah betul.. Rupanya tak betul.. Dalam buku ni banyak teguran dibuat untuk panduan kita menjalani kehidupan seharian kita.. Jadi, jom la sesama perbetulkan apa yang tersilap.. Moga kita sama-sama istiqomah ye.. :)



Read More

Segmen Mencari Bloglist by Mya

Wednesday, May 17, 2017

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Jom join ramai-ramai segmen ni..

Klik banner untuk join

Tarikh Tamat
26 Mei 2017


Read More