Luahan Terakhir Adik Thaqif

Thursday, April 27, 2017

23 comments
Luahan Terakhir Adik Thaqif  |  DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.. Takziah buat keluarga Allahyarham Adik Thaqif yang kini telah kembali ke rahmatullah... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...  Sebelum pergi mengadap ilahi, katanya Adik Thaqif ada menulis luahan perasaan di dalam buku latihannya.. Aku dah baca luahan terakhir Adik Thaqif.. Sayu sangat rasa... Aku doakan dia tenang disana.. Amiin.. 

Luahan Terakhir Adik Thaqif
Luahan Terakhir Adik Thaqif
Sumber : Amazingnara

Al-Fatihah.. 


Read More

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com

14 comments
Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com  |  Tengah-tengah blogwalking rasa bosan pulak tak up entry baru.. Ada idea tapi gambar belom ambil.. So, yang boleh dibuat hanyalah menjoinkan diri dalam Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com ni ha... Tengok banner segmen ni pun dah rasa nak join.. Bunga tulip lagik... I loikeee!! Hehe..

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com
Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com
Syarat yang ditetapkan sangat mudah dan tak memerlukan aku memerah otak ni yang dah sememangnya banyak bende di dalamnye.. hiks... Syarat dah selesai.. Jadi, dengan lafaz Bismillah aku join segmen ni.. Yeahh!!

Moh korang kite pakat join.. Ada rezeki dapat dok dalam bloglist blog Kasih Juju ni.. 

Tarikh Tamat
01 Mei 2017


Read More

Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie

Wednesday, April 26, 2017

15 comments
Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie  |  Wohaa!! Korang pernah potong kuku baby korang sampai berdarah-darah? Sebab tak nampak dan jari dorang terlalu kecil.. Aku pernah oh!! Sampai berdarah jari si Qhaliff aku kerjakan sebab tak nampak punya pasal.. Mane tak nya time tu dia tengah baby lagi, jari kecil sangat.. Main radah jerk potong.. Kalau tak potong, nanti panjang berjela pulak.. Lepas kejadian tu, aku jadi takut nak potong kuku dia.. Trauma sekejap.. Sampaikan aku suruh orang lain tolong potongkan.. Hehe.. Sekarang ni aku dah tak yah risau lagi sebab aku dah berjumpa dengan kepit kuku ajaib.. Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie... Serius ajaib sebab banyak kelebihannya kepit kuku ni.. Jom aku cerita...

Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie
Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie

Haaa ni la rupa kepit kuku tu... Comelkan... Kepit kuku ni memang kecil bilahnya.. Khas untuk baby... Firstime aku tengok kepit kuku ni, agak rasa pelik jugak.. Dah kenapa ada bende alah dekat depan tu.. Untuk apa sebenarnya.. Apa fungsinye.. Lepas aku belek-belek dan siasat, rupanya itu adalah kanta pembesar... Terus teruja badak aku.. Pertama kali tau dapat kepit kuku comel camni... Terima kasih Lunavie kerana hadiahkan Deluxe Nail Clipper With Magnifier yang comel ni.. Lepas ni, aku dah tak takut lagi nak nak potong kuku baby baru aku nanti... Dah ada kanta pembesar kat depan tu.. Mudah kerja aku.. Untuk Qhaliff pun aku boleh guna.. Silap-silap kuku aku pun aku guna kepit kuku ni.. Hahaha..Ngade-ngade kann!! Ok, jom tengok apa kelebihan kepit kuku ni..

Kanta pembesar

Nampak tu, siap ada kanta pembesar lagi bagi memudahkan mommies memotong kuku baby mereka dengan selamat.. Tak payah nak kecik-kecikkan bijik mata dah nak potong kuku anak.. Terus teropong dekat kanta pembesar tu jerk.. Jelasss nampak kuku anak yang comel tu.. Pemotongan pun lancar aje.. Memang terbaik..

Kanta Pembesar boleh laras

Ok, kalau korang nak tahu kanta pembesar tu boleh laras hokeh!! Bukan statik aje macam tu.. Tengok gambar kat atas tu, boleh laras sampai 3 step... Hebat kan...

Kanta Pembesar boleh ditanggalkan

Kalau korang rasa mata korang jelas dan tak perlu kanta pembesar masa nak potong kuku baby, nahhh korang boleh tanggalkan aje kanta pembesar tu.. Sangat senang.. Tak pun lepas guna korang nak cuci kepit kuku ni, korang boleh la tanggalkan kantanya.. Pastu baru cuci.. Kalau nak cuci tu lebih elok guna mild soap and water after each use.. Cewahhh speaking london pulak aku.. Haha!!

Pemegang disalut getah

Korang nampak yang warna hijau turqoise tu.. Haa tu material dia getah ye.. Bila ketip kuku, getah tu dah grip jari aku.. So, tak de la terlepas ketip kuku tu time potong kuku baby.. 

Banyakkan kelebihan Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie ni... Rekaciptanya memang superb.. Menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang ibu untuk memotong kuku anak mereka.. So, sangat recommended buat ibubapa yang ada baby.. Untuk baby baru aku nanti, aku dah ada Deluxe Nail Clipper With Magnifier ni.. Jadi, dah tak perlu runsing dalam bab potong kuku anak nanti.. Alhamdulillah.. Hiks...

Sebelum try dekat baby baru tu nanti, jom kite try kepit kuku Qhaliff dulu.. Ahakz..!!


Tengok tu, jelas terbentang kuku si Qhaliff.. Ni dalam gambar mungkin tak clear sangat.. Kalau kat luar memang jelas dan saiz kuku jadi lebih besar.. Dengan lancarnya aku ketip kuku dia.. Qhaliff pun pelik-pelik jerk tengok ketip kuku baru ni.. Hehe..

Okehlah, kalau korang nak tahu Deluxe Nail Clipper With Magnifier terdapat dalam 2 warna... Warna hijau turqoise cam yang aku ni dan satu lagi warna pink... Harganya sangatlah murah, bak kata orang harga berpatutan dan berbaloi-baloi kalau beli sebab sangat memudahkan kerja memotong kuku baby dengan selamat dan jayanye.. hiks.. Nak tahu berapa harganya??

Harganya hanya RM 17.90 sahaja!!



Features :-

  • Carefully designed to cut your baby nails safely
  • Our newly developed magnifier can let you see baby nails clearer while trimming
  • Keeping nails shorter helps avoid scratches
  • Blades are child sized and curved for safer trimming
  • Fold-away magnifier
  • Wash with mild soap and water after each use


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website 

Facebook

Instagram



Read More

Giveaway by BCSB : Road To 100K View

14 comments
Giveaway by BCSB : Road To 100K View  |  Holaaa!! Yeahh nk join giveaway lagi petang ni... Korang dah join ke blom? Kalau belum jom lah ramai-ramai menjoinkan diri dalam Giveaway by BCSB : Road To 100K View ni anjuran Blogger Ana Suhana.. Hadiah menarik menanti korang tau.. Apa-apa pun aku nak up banner giveaway dulu..

Giveaway by BCSB : Road To 100K View
Giveaway by BCSB : Road To 100K View
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN YE..

Giveaway ni sempena pencapaian pageview blog beliau mencecah 100K dan berlangsung selama sebulan.. 2 orang pemenang di cari untuk memenangi 2 hadiah menarik.. Nak tahu hadiah ape, korang p la skodeng sendiri yek kat blog Ana Suhana ni.. 

Ok, dengan lafaz Bismillah aku menjoinkan diri aku dalam giveaway ni.. Yeahh!!

Tarikh Tamat
26 Mei 2017


Read More

Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

9 comments
Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Yeahh selepas berhempas pulas menghabiskan novel RAM, kini aku beralih pulak ke buku islamiah... Baca buku ni kena jugak berselangseli dengan buku ilmu kan.. hehe.. Kali ni aku tertarik untuk baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail... Dengar ceramah dari Ustaz Elyas Ismail ni pun dah best, mesti buku karya beliau pun best kan... 'Best' yang aku maksudkan tu, apa yang disampaikannya sangat bermanfaat...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Aku start baca buku ni pada 18hb April 2017 yang lalu tapi masih belum habis kerana sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah yang aku hadapi.. Agak tergendala pembacaan aku kali ni.. Harapnya aku dapat habiskan pembacaannya dengan lancar selepas ni.. Kalau baca sangkut-sangkut ni risau apa yang dibaca sebelumnya hilang begitu saja... Rugi la... 

Nanti dah habis baca baru aku buat review ye.. hehe.. 


Read More