Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

Tuesday, April 4, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte   |  Punyalah lama peram entry ni.. Bukan apa sebabnya tak punya masa nak menerai produk ni.. Dok asek kelam kelibut jerk pepagi time nak p kerja.. Nak make up pown  tak sempat dik nonn.. Main pakai bedak aje la.. Hehe.. 

Sebagaimana yang korang tahu (aku main agak-agak jela korang dah tahu.. hehehe), Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni aku dapat hadiah dari 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.... TQ Lazada Malaysia.. 


Btw, baru pagi tadi aku berkesempatan untuk mencuba keohseman BB Cushion ni.. Firstime tau... Biasa-biasa pakai pondesen yang teksturnya bukan unik cenggini.. Yang ni memang unik.. Patutla dipanggil 'cushion', sebab tekstur dia bila ditekan-tekan dah macam kite duduk atas cushion sofa.. Haha.. Baru la den faham.. Almaklumlah sejak dua menjak ni dah kurang ber-make-up dek kerana bizi manjang... huh..

Untuk percubaan pertama aku ni, aku suka akan teksturnya.. Bila pakai kat muka, memang nampak sekata dan muka nampak licin jerk.. Memang terbaiklah... Kirenye boleh la cover para 'jururawat' yang ada kat muka aku ni.. Ehh, kemaheenn gemilang lagik jerawat tumbuh kat muka aku sejak dua menjak ni.. Adakah muka aku tak dijaga?.. Haisss tak boleh jadi ni.. Kena siasat pasni.. Hiks..

Nak tengok tak hasil aku pakai BB Cushion ni.. Segan sebenarnya nk up gambo sendirik yang thorrrrlebey "cohomel" ni.. Haha!! Tapi dek kerana nak buktikan aku suka akan BB Cushion ni, terpaksa la jugak up gambo aku.. Jangan muntah hijo dah la ye... Hiks..

Sememeh muka.. Ni gambo guna camera biasa aje.. 
Nampak tak ada 'jururawat' kat tepi hidung tu.. Dapat cover hokeh!!

Dah up gambo yang guna camera biasa nak jugak la up gambo yang guna camera setting beauty.. Hakak nak fefiling flowlesssss jugeeekk kan... Haha.. Jangan kecam hakak hokeh!!

Beauty setting.. Sorry!! Huhuhu

Kesimpulannya, aku suka sangat dengan BB Cushion ni.. Cumanya yang aku pakai ni tone - 02 Light.. Agak cerah untuk kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.. So, lepas ni kalau nak beli aku kene beli yang medium punye... Baru ngam dengan warna kulit aku... Huhu.. Paling best, sampai ke tengahari ni kulit masih menten tak berminyak.. Memang terbaik!!

Kalau korang rasa nak usha harga Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni, boleh la usha di Lazada Malaysia ye.. Mane tau ada offer menanti anda.. 

Read More

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan

Monday, April 3, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan  |  Baru kejap tadi dapat text whatsapp dari member tentang hal ni.. 24 April, hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negeri.. Alhamdulillah dapat lagi satu hari cuti tambahan.. Hehe.. Kemaruk cuti betul aku sekarang ni.. Haha!! Jangan marahh aaaa dek non!

24 April jatuh pada hari Isnin.. So, dah boleh plan ape nak buat.. Sabtu Ahad hari cuti, tambah pulak isnin pun cuti.. Alhamdulillah.. Dapat merancang aktiviti bersama keluarga.. Terbaikk!!

Korang apa plan??


Read More

Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga  |  Sekarang ni air kegemaran aku adalah Teh Ais... Mengandung kali ni aku hanya terpikat dengan air Teh Ais jer.. Mengandungkan Qhaliff dulu, aku lebih dengan air milo.. Orang cakap kalau minum air yang berkafien ni, HB boleh turun.. Takat ni alhamdulillah HB di tahap yang ok-ok aje.. 

6hb ni temujanji seterusnya.. Aku harap HB aku tak turun la.. Haha.. Hadoii risau jugak kan.. 

Bercerita tentang Teh Ais ni, kengkadang aku beli teh ais yang tak berapa best.. Tawar dan hambar aje warnanye.. Time tu mesti frust menonggeng.. Tak dapat nak nikmati rasa teh ais yang sebenar.. Huhu.. 


Ni menu lunch aku hari ni.. Beli dekat luar bukan masak sendiri.. Aku memang dah tak boleh nak ke dapur buat masa ni.. Tak tahan bau.. So, terpaksa lah menghabiskan duit dengan membeli makanan di luar... Yang ni pown harganya dah RM 7 termasuk Teh Ais.. Harap-harap aku dapat pulihkan tahap bau aku ni secepat mungkin.. Huhu..

Korang makan apa tengahari tadi? Mesti lagik best dari aku kan..


Read More

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

9 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors  |  Kemaheeeennn gagah lagik aku menyelesaikan syarat-syarat yang dikenakan dalam giveaway ni... Almaklumlah giveaway anjuran Sis Hawa ni ramai sponsornyeee.. So, ramai jugak la yang nak kena follow.. Tapi Alhamdulillah, ramai yang memang dah aku follow sebelum ni.. Cuma perlu follow di IG, twitter dan facebook ajerrr.. Hiks..

Syarat ke #8 aku kena jawab soklan.. Aku ni paling anti dengan soklan sebenarnya.. Tapi kena jugak jawab.. Kalau tak memang kene reject la dari GA ni.. Haha!!

Soklan #8
Tulis Secara ringkas, apa yang menyebabkan anda berasa seronok untuk terus menulis blog?

Ok, aku seronok untuk terus menulis blog ni sebabnya memang minat aku untuk menulis a.k.a menaip... Menulis malas tapi menaip rajin.. Haha..!! Selain tu, aku jadi lebih seronok dan beronok ronok bila ada yang sudi membaca blog aku  ni dan meninggalkan komen.. Hiks.. Aku juga ingin dan suka berkongsi sesuatu yang aku tahu dengan pembaca semua... Disamping itu aku dapat mengenali antara satu sama lain dengan blogger-blogger kat Malaysia ni.. Semua blogger yang aku kenal, tak sombong, tak kedekut ilmu dan baik hati.. Siesss babe..!! Paling menyeronokkan bila aku dapat menyimpan memori kehidupan aku dalam blog aku ni umpama aku menulis didalam sebuah diari.. cewahhh.. Dramatik sangat akuuu!!

Alhamdulillah dah selesai semua tugasan dalam task ni.. Dah macam buat tugasan sekolah jerk gayanya.. huh!! Ok lah, kalau korang nak menjoinkan diri jugak boleh la berbuat segera kerana tarikh tamat akan mengejar anda..

Tarikh Tamat
16 April 2017 


Read More