Blog Giveaway by RII

Wednesday, March 22, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Blog Giveaway by RII  |  Tak perasan adik Rii buat Giveaway.. Biasa aku memang tak ketinggalan untuk join giveaway atau segmen anjuran Adik Rii ni.. Mungkin terlalu bizi dengan dunia sendiri.. Nak blogwalking pown tak sempat.. Tadi aku sempat berkelah kat blog www.realsviors.blogspot.my (Blog Adik Rii), baru lah perasan ada giveaway yang sedang berlangsung di page beliau.. Hiks.. 

So, aku amek kesempatan ini untuk join giveaway ni.. Lagi pown tarikh tamat GA ni beberapa hari lagi.. Nasib baik sempat join.. Haha.. Menang kalah belakang kira, yang penting support sesama kita tu lagi utama.. Cewahhh.. Hakak drama lagik ke tuuuuuu!! Haha..

Jom korang join reramai.. Lagik ramai lagik meriah.. Pengsan adik Rii nak carik pemenang nanti.. Bertabah la ye Rii.. 

Tarikh Tamat
01 April 2017
(April Fool)


Read More

5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan

Tuesday, March 21, 2017

20 comments
Assalamualaikum wbt..


5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan  |  Bergegar alam maya dengan kehadiran Birthday Surprise Box ni.. Sana sini dok bercerita tentang kotak misteri dari Lazada Malaysia ni.. Mane tak nya isi kandungan kotak ni membuatkan semua yang dapat ternganga mulut terkejut.. Haha.. Aku pun tak terkecuali daripada menerima kunjungannya di muka pintu rumah.. Alhamdulillah, ini adalah kali ke-2 aku mendapat surprise box dari Lazada Malaysia.. Terima kasih Lazada.. Sayang kamo ketat-ketat..!! hiks..

Budak kecik ni terlebih teruja dari aku... Hahaha!!

Dah kenapa aku tetiba dapat surprise box bagai ni kan?? Haaa kalau korang nak tahu, Lazada dah pun mencecah usia 5 tahun pada bulan ini... Bersempena Ulang Tahun Lazada yang ke-5 ini, pihak Lazada telah bermurah hati menghadiahkan Birthday Surprise Box yang terlebih surprise ni kepada aku... Mane tak terlebih surprise nya, tengok isi dalam kotak ni  pown dah buat aku terkejut badak... Haha!!

Korang nak tahu tak apa yang ada dalam kotak ni?? Meh aku tunjuk surprise yang Lazada Malaysia dah buat pada aku... Cewahhh.. Gitu sekali ceritanya ye.. Cam birthday aku lak kan.. Hehe..

Ninnnn dia yang aku dapat...!! 

Ni lah isi kandungan surprise box tu.. Terharu aku dapat surprise cenggini dari Lazada Malaysia.. Siapa yang nak bagi oiii.. Lazada Malaysia jerk la yang sudi bagi surprise yang ohsemnesss camni kat aku.. Hahaha... Drama sangat aku..!! Eceli Surprise Box ni aku terima petang semalam.. Kemaheeenn tak sabar lagi aku nak unboxing kotak misteri ni tau semalam.. Paling aku teruja dalam kotak ni adalah voucher untuk tebus kasut di Butik Carlo Rino.. Perghh excited tahap gaban aku... Last date hujung bulan ni.. Lusa hari gaji baru aku akan pergi tebus..

Okeh, sebelum aku melarat-larat membebel entah apa-apa, meh ikut aku buka satu-satu barang yang ada dalam kotak ni.. Kalau korang berminat untuk beli barangan yang aku dapat ni dengan harga runtuh, korang just klik kat link pada setiap gambar dibawah ni ye..

DIY Kit Levis Jeans
Yang ni kalau korang nak korang kene beli barangan Levi's minimum RM300 dan korang akan dapat free DIY Kit ni..




Ok.. Barang yang aku dapat korang dah pun tahu.. Ada satu berita baik aku nak kasitau  korang ni.. Sempena ulang tahun Lazada yang ke-5 ni, Lazada Malaysia akan mengadakan sale gile-gile tau.. Bermula esok 22 Mac 2017 hingga 24 Mac 2017.. Buat semua kaki shopping, mesti korang suka dengar berita ni  kan... Lebih-lebih lagi, lusa dah pun gaji.. Hehe.. 


So, jangan lupa ye temujanji kita dengan lazada esok... Jom pakat-pakat shopping sakan sampai lebam.. Dapatkan barang yang korang idamkan dengan harga runtuh.. Diskaun sehingga 90% ditawarkan.. Jangan lepaskan peluang ni tau.. Rugi uollssss...!!

Segalanya ada di LAZADA


Read More

Lazada Birthday Blogger Contest

12 comments
Assalamualaikum wbt..

Lazada Birthday Blogger Contest  |  Wahhh dah masuk tahun ke-5 dah rupanya usia Lazada.. Haaaa ni berita baik untuk korang terutama untuk kaki-kaki shopping, bersempena Ulang Tahun Lazada yang ke-5 ni Lazada akan mengadakan sale besar-besaran tau bermula 22 hingga 24 Mac 2017 ini.. Time ni la korang nak bershopping sakan sampai lebam sebab banyak flash sale, diskaun dan voucher yang korang boleh guna untuk korang rembat barang-barang idaman korang dengan harga yang superb murah.. Rugi wehh tak grab peluang ni.. 

Klik banner untuk join

Haa satu lagi berita baik untuk korang wahai blogger-blogger.. Bersempena ulang tahun Lazada ke-5 ini juga, Lazada telah menganjurkan Lazada Birthday Blogger Contest yang akan berakhir pada 23 Mac 2017 nanti.. Hanya beberapa hari je lagi tinggal.. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik tau.. Lagi ramai penyertaan, lagi lumayan nilai hadiahnya... Jom terjah hadiah yang ditawarkan..

1.  Kurang daripada 50 peserta ( 10 pemenang )
1st Prize   :  1 x RM 300 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize  :  3 x RM 200 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize  :  6 x RM 100 Lazada Shopping Voucher

2.  Lebih daripada 50 dan kurang daripada 100 peserta ( 20 pemenang )
1st Prize   :  1 x RM 500 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize  :  7 x RM 250 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize  : 12 x RM 125 Lazada Shopping Voucher

3.  Lebih daripada 100 peserta ( 30 pemenang )
1st Prize   :  1 x RM 800 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize  : 12 x RM 300 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize  :  17 x RM 150 Lazada Shopping Voucher

Menarikkan hadiahnya... Jadi apa tunggu lagi, moh le kite join beramai-ramai.. mane tau ada rezeki untuk menang.. Lagi ramai join lagik bagus.. Untuk join contest ni korang perlu jawab soklan seperti kat bawah ni..

a)  What do you love about Lazada Malaysia?
b)  Top three product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)
c)  How do you think Lazada Malaysia can improve?
d)  What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Lepas dah jawab semua soklan, korang kena hantar link post korang ke email contest@lazada.com.my dengan tajuk Lazada Birthday Blogger Contest... Mudah je kan... Pada yang dah join, good luck ye..!! Aku baru nak join ni.. Haha..


Jom ikut aku join contest ni dan jawab segala persoalan yang ada... Hiks..

a) Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Seperti yang korang tahu, Lazada adalah sebuah online shop yang terbesar di Malaysia ni yang menawarkan pelbagai produk dari pelbagai jenama yang terkenal.. Haaa itu lah yang aku suka sangat tentang Lazada Malaysia ni.. Bagi aku yang memang suka bershopping online ni, hanya perlu terjah laman web Lazada Malaysia aje untuk dapatkan barang keperluan dan barang yang diidamkan.. Segalanya ada di Lazada.. Dah tak perlu nak bersesak-sesak lagi kat pasaraya.. Buang masa dan tenaga aje.. Hehe..

Apa yang best lagik tentang Lazada ni, Lazada selalu menawarkan diskaun hebat.. So, dapatlah aku bershopping sakan dengan harga yang berbaloi-baloi... Kadang-kadang dapat dengan harga yang tak masuk akal.. Itulah specialnya Lazada Malaysia..

b) 3 produk pilihan dari Lazada Malaysia

Okeh, 3 barang yang nak sangat aku beli dekat Lazada dan dah lama aku dok usha tapi sampai sekarang masih mengumpul dana.. Hahaha.. Nak tau barang apa?? Jom tengok sama-sama..

Jam Tangan


Eceli aku ni suka sangat kumpul barang reggae.. So, bila aku jumpa barang yang ada 3 line macam ni aku mesti usaha jugak untuk mendapatkannya.. Walaupown jam tangan ni dah kehabisan stock, aku akan tunggu sampai stock kembali ada.. Hehe.. Gile kan?? Hahaha..


Meja Komputer


Barang kedua pilihan aku adalah Meja Komputer ni.. Meja komputer aku sekarang ni terlalu kecil dan sempit.. Aku berhajat untuk menukar meja komputer yang lebih selesa dan ada tempat untuk aku susun atur buku-buku.. Aku kan ulat buku.. Haha.. So, meja komputer yang ini menjadi idaman aku..


Laptop


Dah nama lagik blogger, nak jugak kena ada laptop baru mudah nak dibawak kesana kemari.. Laptop lama aku tu dah rosak binasa dan tak boleh dibaikpulih lagik.. Kat rumah hanya ada PC.. Takan aku nak kemana-mana nak mengangkut PC yang besar gedabak tu kan... Jadinya, laptop adalah barang yang menjadi kepentingan bagi aku sebagai seorang blogger.. Setelah membuat perbandingan dan bertanya kengkawan, laptop Asus ni menjadi pilihan aku... 


c) Cadangan anda, bagaimana untuk Lazada Malaysia pertingkatkan perkhidmatan mereka?

Sepanjang aku bershopping di Lazada Malaysia, setakat ni tiada masalah yang timbul lagi.. Pendek kata aku berpuas hati dengan servis yang diberikan.. Oh, ada sekali barang lambat sampai.. Tapi tu bukan berpunca dari pihak Lazada tetapi pihak pos ekspress.. Dorang yang tak hantar barang sebaliknya di peramnya barang aku sampai berminggu-minggu.. 

Ok, aku cadangkan pihak Lazada Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran yang terdiri daripada pelbagai syarikat pos ekspress supaya pelanggan sendiri boleh memilih syarikat penghantaran yang mana mereka lebih selesa.. Kenapa aku memberi cadangan ini kerana seperti ditempat aku sendiri terdapat perkhidmatan pos yang bermasalah.. Selalu hantar barang lambat.. Kadang-kadang barang hilang... Jadi, bila kite dapat pilih perkhidmatan pos ekspress yang kite selesa, masalah seperti ini pasti dapat dielakkan.. 

d) Ucapan Hari Ulang Tahun Untuk Lazada Malaysia


Bersempena Ulang Tahun Lazada yang ke-5 ni, aku nak ucapkan "Happy Birthday to Lazada Malaysia" dan semoga Lazada Malaysia terus maju dan berkembang dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terohsem abad ini serta terus menjadi online shopping no.1 pilihan rakyat Malaysia.. 

Read More

Gogoprint Malaysia | Printing Online Mudah, Murah Dan Pantas

Monday, March 20, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Gogoprint Malaysia | Printing Online Mudah, Murah Dan Pantas  |  Di zaman yang terlebih canggih sekarang ni, tak hairanlah banyak perkhidmatan secara online yang dah wujud sekarang... Begitu juga la dengan perkhidmatan printing.. Sekarang korang dah boleh tempah bisness card, bookmark, flyers, kad kahwin dan macam-macam lagi secara online aje tau.. Korang dah tak payah nak pergi kedai printing lagik untuk buat tempahan... Buang masa aje.. Dengan adanya perkhidmatan printing secara online ni korang dah boleh jimatkan masa dan tenaga korang... Ianya lebih mudah dan cepat.. 

Baru-baru ni aku tempah bookmark dan sticker.. Kenapa bookmark dan sticker?? Haaaa bookmark sebab aku suka baca buku dan dikelilingi oleh kengkawan yang juga suka baca buku.. Sticker pula untuk aku gunakan untuk bisness kecil-kecilan aku.. Hiks..


Kali ni aku memilih perkhidmatan printing dari Gogoprint.. Hah, kenapa Gogoprint pulak?? Sebabnya ofkos la perkhidmatan printing di Gogoprint mudah, murah dan pantas.... Jom aku cerita sikit tentang Gogoprint ni kat korang..

Kalau korang nak tahu, Gogoprint ni telah mencipta kejayaan yang besar di Thailand dan kini telah bertapak di Malaysia pada Oktober 2016 yang lalu.. 


Di Gogoprint pelbagai perkhidmatan printing ditawarkan seperti Bisness Card, Greeting Card, Flyers, Tags, Bookmark, Sticker dan lain-lain lagi dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi... Lagi best, penghantaran adalah percuma tau... Memang terbaik..!!

Macam mana nak menggunakan printing service di Gogoprint ni?? Jangan risau, ianya sangat mudah.. Meh aku tunjukkan kat korang step by step..

Step 1
Macam biasa, harus register dahulu... 
Selesai register, click "product" dan pilih apa yang korang nak print.. Pilihan aku Bookmark... 


Step 2
Seterusnya, pilih format, jenis kertas dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing


Step 3
Dah setel pilih format, seterusnya korang boleh pilih tarikh untuk penghantaran... Lagi cepat tarikhnya maka lagi mahallah harganya.. Biasa la kan.. Nak cepat, mahal la sikit harganya.. So, aku pilih Normal Production sahaja sebab tak urgent pun.. hiks..


Step 4
Selesai pilih tarikh, click "Add to cart"...  Yeahh pilihan aku Bookmark dan Sticker...
Seterusnya, click "Procees to checkout"... 


Step 5
Selepas checkout korang akan ke bahagian "billing Address" dan pastikan alamat dan segala detail korang betul ye.. Seterusnya, click "Go to payment"


Step 6
Ok, di bahagian Payment Method ni, korang boleh pilih cara bayaran yang korang suka... Dah pilih cara bayaran terus aje click "Confirm & Upload Files" dan terus buat pembayaran..


Step 7
Dah setel buat bayaran, korang akan dapat "Confirmation & Upload File"... Yeayy Payment Successfull!! Seterusnya korang kena upload artwork.. File mestilah dalam bentuk PDF ye.. Kalau korang nak tukar design, korang hanya perlu ke "My Order" dan "Re-upload" dalam masa yang telah ditetapkan..



Dah setel semua, korang akan terima email "Order Confirmation" daripada pihak Gogoprint... Last sekali korang tunggu lah barang korang sampai... Haha.. 

Mudah kan??

Gile tak mudah!! Segalanya hanya dihujung jari.. Tak perlu dah susah payah pergi kedai.. Sekarang hanya perlu mengadap PC dan order... Tak sabar rasanya nak tengok hasil tempahan aku tu depan mata... Haha!!

Ok, untuk keterangan lebih lanjut atau untuk membuat tempahan,
korang boleh layari :-

Website

Facebook

Email
info@gogoprint.com.my

Contact No.
03-2856 0791


Read More

Giveaway March by herneenazir.com

Friday, March 17, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway March by herneenazir.com  |  Wahh hari ni ada mood join giveaway... Nampak aje hadiah berbentuk BUKU terus teruja nak join.. GILA BUKU betul la kan.. hehe.. Kesihatan makin beransur baik.. Alhamdulillah.. Okeh, syarat-syarat mudah aje.. Just follow memollow.. 

Jom korang sesama join GA ni.. 

Tarikh Tamat
26 Mac 2017

Read More