Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

Monday, February 13, 2017

12 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant  |  Nak update panjang lebar rasa dah tak terdaya.. Untuk memastikan blog berupdate, carik la segmen yang boleh dijoin.. Segmen atau Giveaway yang tak memerlukan aku menaip terlalu panjang.. Huhuhu..

Segmen Review Blog oleh Syahirah Valiant.. Menarik.. Penganjur akan review semua blog yang join segmen ni secara berperingkat... Rugi tak join tau.. Jom pakat join reramai.. Moh le kite...

Tarikh Tutup
12 Mac 2017

Read More

Watermark Baru Lagi

Friday, February 10, 2017

22 comments
Assalamualaikum wbt..

Watermark Baru Lagi  |  Ehhh terlebih rajin pulak hari ni... Rehat tadi aku dok sorang kat opiz.. Yang lain-lain semua buat urusan masing-masing.. Ada yang pergi solat jumaat.. Ada yang keluar atas urusan sendiri.. Ada yang halfday balik kampung.. Tinggallah aku sengsorang dalam opiz.. Hari ni kan waktu rehat panjang... Bila dah boring, tergerak hati pulak nak buat watermark untuk sendiri... Hehe.. Dah lama nak create sendiri tapi tak punya masa yang terluang... So, hari ni tercapai hasrat untuk buat watermark sendiri untuk yang ke berapa kali entah.. Ekeke..

Nak tengok tak hasilnya... Simple aje aku buat.. Janji mata aku berkenan.. Mata korang tataw la camne.. Hihi.. Jom skodeng...


Yeahhh inilah hasilnye... Ok tak korang?? Hurmmm.. Kalau letak kat gambar pulak, ini hasilnye.. Tengok pica kat bawah ni.. hiks..


Haaaa ok tak?? ehh 2 kali dah aku tanye.. hahaha.. Abaikan.. Aku bukan mahir sangat nak guna adobe photoshop.. So, hasilnya cenggini aje la yang mampu aku buat... Nak lebih hebat memang bukan kepakaran aku la.. Hehe.. 

So, lepas ni aku guna watermark yang ni pulak... Kalau dah bosan yang ni, aku guna balik yang aku tempah dekat Blogger Azhafizah ritu... 

Ehh.. baru-baru ni pown aku ada tempat Header dengan fiza... Korang tengok je la kat atas tu ye.. Aku suka sangat hasil kerja Fiza... Kemas dan cantik... Thankz Fiza.. Len kali kite tempah agik yeeee.. Hiks.. 


Read More

Menang Contest Suria Resorts

23 comments
Assalamualaikum wbt..

Menang Contest Suria Resorts  |  Orang kata kalau dah tertulis itu rezeki untuk kita, pasti tak kemana kan... Alhamdulillah, syukur sangat-sangat aku diumumkan sebagai pemenang pertama untuk Contest Menangi Percutian Ke Suria Resort yang dianjurkan oleh Blogger Nurul Syahirah dengan kerjasama Suria Resort ... 

Pada awalnya, aku pown was-was nak join contest ni.. Boleh menang ke??? Lastnye aku join jugak tapi dengan niat untuk support kengkawan blogger.. Untuk menang tu harapan memang ada.. Tapi sebelum ni kalau join contest yang besar camni, memang tak pernah menang pown.. Hehe.. Tu sebab pasang niat awal-awal untuk support member-member blogger aje.. Kalau pasang niat nak menang, bila tak menang mula la kuciwaaa itu bertandang.. Tak gitu??  So, lebih baik pasang niat yang lebih murni sikit.. Hehe..

Mungkin kali ni rezeki berpihak kepada aku.. Dan Alhamdulillah, aku memang... Di tempat pertama pulak tu... Rezeki dari tuhan siapa yang tahu kan... Alhamdulillah.. Terkejut kera aku time tengok nama pemenang... Sampai typo aku komen kat post tersebut.. Haha.. 


Senarai Pemenang  |  Senarai Hadiah

Apa-apa pown aku nak ucapkan terima kasih pada pihak penganjur.. Blogger Nurul dan juga Suria Resort kerana sudi memilih aku sebagai pemenang... Alhamdulillah di awal tahun 2017 ni banyak betul kejutan untuk aku.. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.. Syukur sangat.. TQ Allah... 

Entry aku untuk contest ni boleh baca kat SINI ye..

Ehh cam serius pulak entry aku kali ni.. Seram pulak bila baca balik.. Haha!! Korang kalau nak baca, tolong baca dalam nada santai ye.. Tak best la serius sangat.. Kikiki..


Read More

Apa Yang Pelik Pregnant Kali Ini??

Thursday, February 9, 2017

18 comments
Assalamualaikum wbt..




Apa Yang Pelik Pregnant Kali Ini??  |  Holaaaaa korang!! Lama sungguh rasa tak keudara.. Cewahh dah macam kerja kat stesen radio jerk gayanye.. Keudara bagai.. Kengkonon jerk aku ni kan.. Hehe.. Bukan apa, rindu nak stori mori tentang kehidupan seharian... Ada orang nak baca ke?? Kalau artis ada la orang nak baca kan.. Haha.. Ajet ajet artis lettewwwww!! kikiki.. Ehh bukan cenggitu sebenarnya.. Kalau aku bercerita kehidupan aku dalam ni hanyalah untuk aku abadikan cerita aku kat sini untuk aku buat panduan dikemudian hari... Cewahh.. Drama Queen sangatt aku..!!

Oke la.. Tamo mengarut banyak sangat, kang lain pulak yang jadi.. 

Baru-baru ni aku bercuti agak panjang, hurmm dalam 6 hari jugak termasuk sabtu ahad.. Dah kenapa cuti panjang berjela cenggitu?? Haaa ni la nak cite.. Oh jap, kandungan aku dah 9 minggu.. Yeeyyy!! Ok, kita sambung.. Alahan aku kali ni sangatlah teruk.. Sampai tahap tak larat nak buat kerja rumah.. Rumah bersepah tahap kawasan pelupusan sampah jadinya.. (ohh!! drama queen lagi)... Sepanjang bercuti aku hanya baring, makan, tido.. Itu jerk la kerjanya..  Nasib baik en. somi banyak membantu menguruskan anak dan buat kerja rumah.. Kalau tak memang lori sampah datang buang sampah dalam umah aku la ingat tempat pembuangan sampah.. Hiks..

Dah bila guna cuti rehat banyak sangat, aku pergi la klinik amek MC.. Kalau tak, alamatnya habislah cuti tahun aku di awal-awal tahun ni..  Mintak MC dapat le 2 hari.. Alhamdulillah.. Hari ni aku dah mula bekerja semula.. Alhamdulillah, keadaan aku makin ok... Tapi untuk memastikan aku ok, aku tak boleh berenggang dengan kawan karib aku ni.. Nak tau siapa?? 

Jeruk oh jeruk!!

Ni la kawan karib aku sejak dua menjak ni.. Kalau tak de dia, jawabnya banjirlah mulut aku dengan air liur.. Hadoiii.. Seksoo.. Aku carik buah mempelam yang bukan jeruk sebenarnya.. Tapi tak jumpa.. Mungkin bukan musim.. Tu sebab dok makan jeruk ni.. Orang cakap tak elok sangatkan.. Hurmmm.. Radah jerk la janji tak meloya.. Hehe..

Ehhh cam tak kene lak cerita aku ni dengan tajuk ye... Apa yang pelik tu?? 


Sebenarnya, aku nak cerita, pregnant kali ni yang peliknya aku tak boleh tengok bijik lada.. Rasa mual tiba-tiba.. Contohnya bijik lada dalam sambal ke.. dalam masakan ke... Hadoiii memang potong selera makan.. Baru-baru ni en. somi beli nasi lemak yang sambalnya banyak bijik lada.. Allahuakbar, punye lah mual aku tengok.. Lastnya makan 2 mulut pastu terus tak lalu... Tengok gambar kat atas nun pown dah rasa mual.. Arghhhh!!

Ada tak yang pernah alami cam aku ni?? Pelik ke biasa-biasa ajerrr?? Ko rasa!!

Sekarang ni, nikmat makan memang takde dah pada aku.. Semua yang aku makan semua terasa tawar dan pahit.. Kadang-kadang boleh habiskan makanan.. Kadang-kadang ehh bukan kadang-kadang tetapi kerap dan selalu, makanan tak dapat dihabiskan dan tak dapat ditelan dek kerana tekak terasa mual.. Sampai dah tahap tataw lagi nak makan apa.. Tak de keinginan untuk makan apa-apa sebab tekak tak dapat menerima.. Huhu.. En. somi pun naik runsing aku tak boleh nak makan.. 

Nak tahu apa yang tekak aku boleh terima dengan baik??

Mee Meggi.. Senang dimasak sedap dimakan.. Ngeeee

Meggi..!! Yup meggi... Sungguh selera aku makan menu ni.. Hiks.. Aku tahu makanan ni agak tidak elok untuk aku dan baby.. Takan nak makan hari-hari kan... En. somi pown tak kasi.. So, apa pilihan yang aku ada.. Terpaksa la hakakkk hadap jugak makanan yang tak boleh nak telan hari-hari dan paksa diri untuk menelannya demi menjaga perut supaya tak kosong dan sakit.. Makan tanpa perasaan... Huhuhu...

Tula, kengkadang aku kesian dekat ibu-ibu mengandung bila ada yang kata dorang ni mengada-ngada lebih, nak makan tu nak makan ni.. Kalau korang ditempat kami pasti korang akan memahami keadaan yang kami alami.. Kalau yang masih boleh nak terima makanan, ikutkan sajalah dorang nak makan apa.. Sampai tahap macam aku dah tak boleh nak terima apa jua makanan, memang susah.. Orang mengandung ni tekak dia lain sikit... Dia ikut keadaan tekak time tu boleh terima makanan apa.. Bukan mengada-ngada tapi memang macam tu lah kekdahnyeeeee...

Tapi tataw la aku, kekalau ada yang betul-betul mengada.. Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan perkongsian dari kawan-kawan rapat.. Kalau yang tak de alahan tu, bersyukurlah kerana diberi kemudahan olehNYA... Hiks..

Oke lah.. Sini dulu la aku membebel ye.. Saje je aku bercerita ni, untuk aku flash back balik cerita ni akan datang.. Aku ni cepat lupa keadaan diri dimasa lalu.. Haha.. Almaklumlah makcik dah tuoooo nak oiiii!!!..

ok.. Baiii!!


Read More