Welcoming January GiveAway

Wednesday, January 11, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..


WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017



JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.



Read More

Doodle Mat Drawing board Hasil Tuaian Drypers Point

Saturday, January 7, 2017

16 comments
Assalamualaikum wbt

Doodle Mat Drawing board Hasil Tuaian Drypers Point  |  Cerita tahun lepas di bawa ke tahun ini.. Huhu.. Akhir tahun lepas, aku ada tebus drypers point.. Agak lama juga aku dok kumpul point sehinggalah akhir tahun lepas baru aku tebus.. Kalau rumah tu, dah berlumut lamanya.. Hehe.. Bukan apa, aku ada sasaran barang tebusan.. Tu sebab aku kumpul dalam masa yang lama.. Nak tau aku tebus apa tak?? Jom tengok..


Doodle Mat dan Drawing Board... 2 barang sekali aku tebus.. Eceli, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama.. Tetapi yang Doodle Mat tu lebih selamat untuk kanak-kanak 24 bulan dan keatas.. Qhaliff dah menghampiri 2 tahun, so dah boleh la menggunakan Doodle Mat ni.. 

500 points diperlukan untuk tebus Doodle Mat

Drawing Board perlu sebanyak 2550 points


Drawing board pula sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas.. Jadinya, yang drawing board tu aku simpan dulu.. Nanti Qhaliff dah hampir dengan 3  tahun usianya, baru aku start bagi dia guna.. Aku lebih suka belikan sesuatu mainan yang berunsurkan pendidikan buat Qhaliff.. Dia sedang membesar dan sedar belajar perlu untuk dia explore permainan yang berunsurkan pendidikan.. Cewahh.. Dah macam pakar kanak-kanak jerk aku ni.. Haha..

Doodle Mat

Doodle Mat ni ada pen sebenarnya.. Tapinya, tataw la kat mane si Qhaliff dah sorokkan pennya.. Pen untuk Doodle Mat ni, hanya perlu isi air aje didalamnya.. Lepas tu dah boleh guna... Boleh conteng-conteng atas Mat tu.. Bila Mat basah, kelihatanlah warna-warna dibawahnya mengikut contengan.. Senangkan.. 

Drawing Board

Untuk Drawing Board ni pulak, juga ada sebatang pen disediakan.. Hujung pen tu ada mata besi yang membolehkan si kecik menconteng di atas board tersebut.. Hurmm mungkin sebab mata besi tu la kowt, Drawing Board ni hanya sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas.. Hehe..

Banyak lagi sebenarnya barang yang boleh di tebus mengikut jumlah point yang kita ada... Kalau anak korang pengguna Drypers, bolehlah mendaftar di Drypers Baby Club untuk korang kumpul point drypers yang korang beli.. Rugi tak kumpul tau.. Sekurang-kurangnya kita boleh tebus mainan buat si manja.. Untuk lihat barang apa yang boleh ditebus, korang boleh lihat di Drypers Point Shop... Banyak lagi barang yang boleh ditebus termasuklah pampers juga boleh ditebus.. Bestkan.. Hehe..

Jom daftar sekarang..

Read More

Back To School Giveaway by Abam Kie

Friday, January 6, 2017

15 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Back To School Giveaway by Abam Kie  |  Yeahh semalam dapat invitation dari Abam Kie untuk join giveaway ni.. Jadinya, hari ni aku dengan senang hatinya menerima jemputan itu.. Hehe.. Syarat mudah aje semudah kite senyum... Mudah kan senyum?? Haaa kalau yang susah senyum tu tataw la cenggane orang tu... Hehe..

Tarikh tamat
31 Januari 2017

Lambat lagi tarikh akhir giveaway ni... Jom la join reramai.. Kasi penuh tempat yang kosong tu.. Sape tak join, nanti kena rotan dengan cikgu.. Haha!!



Read More

Terpilih Sebagai '2 Rakan Blogger Bertuah'

13 comments
Assalamualaikum wbt


Terpilih Sebagai Rakan Blogger Bertuah  |  Di awal tahun 2017 membawa senyuman kepada aku.. Nak tahu kenapa?? Semuanya kerana blog... Pertama, pageviews Blog Lea Azleeya dah mencecah ke angka 500K++... Kedua, follower dah semakin ramai dengan jumlah 500++ orang pengikut.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat.. Mungkin tak se-gah rakan-rakan blogger yang lain, tetapi bagi aku sendiri ini adalah satu pencapaian yang amat mengembirakan aku yang dah berblogging selama lebih kurang 2 tahun setengah... 

Di awal tahun ini juga, aku mahukan sesuatu yang berbeza pada blog aku.. Jadi, aku berjaya menukar template blog aku ni yang pada awal penukaran terdapat beberapa masalah yang dihadapi sehingga aku menjadi putus asa... Tapi alhamdulillah, dengan bantuan beberapa rakan blogger, masalah blog aku selesai dengan jayanya.. Thankz pada yang membantu itu yek.. Korang terlalu ohsemnesss bagi aku.. hiks..

Dan untuk senyuman yang seterusnya, aku dikejutkan dengan satu text whatapps dari rakan blogger aku iaitu Adik Mai Missobsesi yang menyatakan aku dipilih sebagai salah seorang blogger bertuah.. Terkejut mengkarung aku sekejap.. Huhuhu


Mulanya, aku tertanya-tanye sendiri, aku menang giveaway ke?? Sebab aku sendiri tak sempat nak check giveaway atau segmen yang aku join sama ada dah diumumkan pemenang atau tak.. Hehe.. Untuk tahu lebih lanjut, aku pown skodeng la link yang Adik Mai kasi tu..

Ohhh, rupanya bukan menang segmen atau giveaway.. Aku dipiih sebagai blogger bertuah yang akan menerima satu hadiah yang berupa buah tangan daripada Padang Besar oleh Adik Rii, blogger dari blog RealSviors dan juga bertuah bersama-sama aku adalah Adik Mai MissObsesi itu sendiri...

Ada msg dari Adik Rii juga di Chatbox aku..

Allahuakbar, rezeki yang tak disangka-sangka datang berkunjung.... Luas betul rezeki tuhan tu kan.. TQ Allah.. TQ adik Rii kerana sentiasa mengingati diri ini walaupun dikejauhan, sudi pulak memberikan buah tangan dari Padang Besar untuk akak.. Adehh.. Rasa cam nak nangis jerk dek kerana terharu 200%... Sob.. Sob.. SOb..


Posmen, tolong anto surat ni pada Adik Rii ye.. hehe


Buat Adik Rii..

Thankz a lot cz sentiasa ingat pada akak.. Tak kiralah bagaimana pemilihan adik dalam pemberian hadiah tersebut tetapi akak tetap anggap yang adik sentiasa mengingati akak.. Hehe.. Boleh cenggitu??

Akak doakan adik sentiasa dirahmati olehNYA, berada dibawah lindunganNYA, diberi kebahagiaan di dunia dan diakhirat dan sentiasa dilimpahi rezeki yang halal olehNYA

Rajin-rajin ye apdet blog, nanti akak p lepak kat sana.. Kat mana?? Kat http://www.realsviors.blogspot.my/ la.. Kat mana lagik kan..

Moga adik Rii terus berjaya dalam dunia blogging..
Majulah sukan untuk negara.. Ekekeke!!

p/s : Akak dah join tau giveaway yang adik buat tu..
 2017 First Giveaway By SFRNFZL
(Dah korang-korang yang tengah baca tu, tak kan baca saje, mai le join sekali.. Hehe)

Sekian, terima kasih.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas..

Dari kakakmu,


Nak tahu buah tangan ape yang aku dapat?? Beg Chomel dari Padang BesaQ cam gambo kat bawah ni.. Aduhai, chomel jerk.. Buleh boh make up ni nanti.. Senang travel...Memang terbaik.... Thankz Dik Rii.. ^-^


Read More