Follower Blog Lea Azleeya Cecah 500

Thursday, January 5, 2017

12 comments
Assalamualaikum wbt

Follower Blog Lea Azleeya Cecah 500  |  05 Januari 2017, follower cecah 500.. Alhamdulillah.. Tahun 2017 ni membawa pembukaan yang baik pada aku dan blog aku... First, pageviews cecah setengah juga.. Pastu hari ni, follower pulak cecah 500.. Walau pown tak setanding dengan blogger-blogger lain tapi aku tetap bersyukur kerana aku tak pernah membayangkan aku punya follower seramai ini...


Aku mula berblogging pada Jun 2013.. Sekarang Jan 2017.. Ini bermakna lebih kurang 2 tahun 6 bulan aku berkecimpung dalam dunia blog ni...Moga aku diberikan kesihatan yang baik olehNYA agar aku dapat terus berblogging.. Terima kasih tak terhingga pada semua follower blog aku yang sudi follow Blog Lea Azleeya ni.. Moga kalian dirahmati oleh-NYA.. Kepada viewers blog aku pula, thank to all kerana sudi menyinggah di blog picisan ni dan meninggalkan jejak di blog ini.. Hehe..

Dah macam ucapan pemenang award pulak ye.. Hahaha.. Sekali lagi, TQ so much buat semua follower + viewers + rakan-rakan blogger yang baik hati yang sentiasa support diri ini dan juga blog ini.. Hehe.. Bebila datanglah menyinggah lagi yek.. Jangan serik tau... ;)


Read More

2017 First Giveaway by SFRNFZL (2.2)

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

2017 First Giveaway by SFRNFZL  |  Mata aku ni sebenarnya dah mengantuk sangat... Almaklumlah dah jam 12.17 pagi.. Aku baru aje selesai melabelkan semula semua entry aku.. Baru siap separuh aje.. Dah tak larat sangat dah.. Sebelum masuk tidoq, terasa nak blogwalking beberapa blog kengkawan dulu.. Sampai aje kat blog RealSviors, mata terbuka luas.. Dah kenapa cenggitu jadinya??

Mane tak terbuka luas, Adik Rii buat giveaway lagi bagi pembukaan tahun 2017 ni.. Macam biasala, kalau budak kecik sorang ni buat giveaway atau segmen, harus hakakkknya ni join.. Hehe.. Syarat untuk giveaway kali ni paling mudah di abad ini.. Hanya perlu follow dan tinggalkan url blog beserta email.... Tak perlu buat entry bagai.. Memang kacang lupakan kulit la ibaratnya syarat yang ditetapkan.. Sape yang malas nak join lagik tu tataw la nak cakap ape yek.. ekeke..

Tapi aku tetaplah kena buat entry sebab nak ajak rerakan blogger yang lain untuk turut serta... Ramai-ramai join barulah havoc.. Tak gitu?? 

Hadiah yang disediakan juga agak menarik.. Kalau nak tengok senarai hadiah, korang boleh klik kat SINI ye... Dah tengok hadiah tu, moh le kite menjoinkan diri beramai-ramai yek.. Jangan lupe FOLLOW blog penganjur (http://www.realsviors.blogspot.my/)...  Jangan mengelat, tak baik.. Hehe!!

Selamat bergiveaway buat yang join..


Tarikh tamat
02 Februari 2017




Read More

Hobi Segarkan Mata

Wednesday, January 4, 2017

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Hobi Segarkan Mata  |  Haaa inilah hobi yang dapat menyegarkan mata aku.. Menanam pokok bunga.. Gile tak segar, pepagi nak pergi kerja dah boleh hadap bunga-bunga yang ada kat laman rumah.. Segar aje mata... Macam-macam bunga aku beli.. Encik somi pown suka bunga jugak.. So, senanglah sikit.. Aku beli bunga, dia tukang jaga.. Hehe.. Kire ok la tu kan..

Buat masa ni, bunga-bunga ni aku park dulu kat lantai camni.. Nenanti kalau ada duit lebih, aku tempah le rak pokok bunga ni dengan adik aku.. Mahal jugak kos buat rak bunga weh.. Leh pengsan seminggu.. 

Cara susun tu, dah cam nak jual pokok bunga jerk kan.. Dulu aku susun kedua-dua belah pagar aku.. Yang boleh aku susun camni tu, sebabnya kat sebelah lagi tu, bila time siram bunga, air masuk kawasan rumah jiran aku.. Pastu berlumut rumah dia.. Tak best la.. Kat sebelah sini pown masuk jugak, tapi tak berlumut pulak.. Ada la sikit-sikit, aku dah kasi sental dah.. 

Mesti korang pelikkan, camne aku boleh sental simen jiran sebelah.. Pagar dorang berkunci hokek.. Yang sebelah sini tak de orang tinggal.. Aku sental melalui lubang-lubang pagar hijau tu jerk.. Bersih wooo.. Licin berkilat.. Hehe.. Sental lumut jerk la.. huhu..

Jom tengok pokok kesayangan aku..


Nin dia.. Korang tau tak apa nama pokok ni?? Huhu.. Sebenarnya, aku sendiri pown tak tahu apa nama pokok ni.. Dah alang-alang tak tahu tu, baik kite tarok nama kan.. Jadi, aku telah namakan pokok ini dengan nama pokok reggae.. Haha!! Korang tengok la dedaun dia tu, dah macam rambut dreadlock aje.. Tu sebab aku kasi nama tu.. 

Ni pokok kesayangan aku.. Satunya, sebab keunikannya.. Selain tu, time nak beli bunga ni, hanya sepokok ni aje yang ada dekat kedai bunga tu.. Pastu mahal pulak tu.. Sebab dah minat, aku beli la jugak.. Tengok kat kedai lain ada je pokok ni tapi tak seunik yang ini.. 

Oklah, habis dah cerita bunga aku.. Hobi korang apa pulak??



Read More

Senyum Pagi | Anda Kategori Yang Mana?

8 comments
Assalamualaikum wbt..


-SMiLe-


Read More