Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016

Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016


Assalamualaikum wbt


Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016  |  Selalunya bila hujung tahun, para penyimpan ASB dan ASN mesti tak sabar menantikan kadar dividen dan bonus diumumkan.. Korang dah tahu ke berapa kadar dividen dan bonus bagi ASB ASN tahun ni?? Aku yakin mesti ramai mengharapkan kadar untuk tahun ni lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya..

Semalam 22 Disember 2016 (Khamis), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Kata mereka, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar di mana sehingga 30 November 2016, indeks saham utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7%.. Kalau korang nak tahu, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 berturut-turut bursa saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, berikutan tekanan terhadap harga komoditi utama, kadar faedah yang rendah dan ketidaktentuan dalam pasaran matawang..

Dengan penjelasan di atas, korang agak dividen untuk tahun ini naik tak?? Hehe Untuk menghilangkan tanda soal yang terlalu banyak kat atas kepala korang tu, meh tengok carta kat bawah ni..


DIVIDEN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Untuk info lebih lanjut, klik SINI


Aku agak, mesti ramai yang dah menjangkakan akan penurunan dividen bagi tahun ini kan.. Yelah, dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan ini.. Ye dak?? Korang tengok, bermula tahun 2013 lagi kadar dividen menurun sehinggalah tahun ini.. Bilalah agaknya dividen dan bonus akan naik kembali ye.. Hurmm Kita tunggu dan lihat aje la tahun hadapan pula.. Moga ada sinar baru di penghujung tahun hadapan.. Insyaallah..


PEMBUKAAN SEMULA URUSNIAGA ASB DAN ASN


Baca lagi di SINI


PENGIRAAN & PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2016, manakala pengiraan bonus yang dibayar oleh PNB pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017. 

Manakala, pengiraan pengagihan pendapatan bagi tabung ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2016, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.


Sumber :-

SATU   |   DUA

Read more »
Lea Azleeya
6 Comments
8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak

8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak


Assalamualaikum wbt..

8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak  |  Kengkadang kalau hari cuti kita blur tak tahu nak buat aktiviti apa bersama anak-anak.. Kebanyakan bila hujung minggu hanya lepak santai depan tv atau anak mengadap tablet masing-masing tanpa mengisi masa terluang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.. Bosan kan?? 

Di zaman serba mahal ni, aku rasa ramai mommy-mommy diluar sana yang berkerjaya kan.. Lagi la tak punya masa untuk anak-anak.. Bila hujung minggu, mesti nak siapkan kerja rumah pula.. Kemas rumah, memasak, cuci pakaian dan sebagainya.. Habis, bilanya nak luangkan masa bersama anak-anak?

Boleh sebenarnya.. Nak tau macam mana, jom baca seterusnya..


 1 Kemas Rumah Bersama

Dalam kehidupan seharian kita, banyak sebenarnya kerja rumah yang perlu dibereskan setiap hari... Bagi ibu yang bekerjaya, hujung minggulah masa yang sesuai untuk menguruskan rumahtangga.. Kadangkala masa untuk anak-anak pown tiada.. jadi untuk menghabiskan lebih masa bersama anak-anak, ajaklah mereka sama-sama melakukannya seperti menyapu sampah, mop lantai, lipat pakaian, bersih bilik air, siram pokok bunga dan sebagainya.. Cipta waktu untuk perbualan dan pengajaran yang lembut..



2 Memasak

Aktiviti memasak pula boleh dijadikan aktiviti yang menyeronokkan.. Mengajak mereka sama-sama membantu ketika memasak.. Berikan tugas-tugas yang bersesuaian dengan anak.. Atau boleh juga menugaskan setiap anak, sehari dalam seminggu untuk membantu untuk memasak.. Bagi anak yang dah besar la.. hehe.. Cara ini juga dapat memberikan mereka kemahiran, malah bermanfaat untuk mereka ketika mereka dewasa nanti...



3 Makan Bersama

Waktu makan adalah waktu kita berkumpul bersama anak-anak.. Ini adalah waktu yang tepat untuk percakapan yang berkualiti bersama mereka.. Malahan, ia antara perkara yang boleh dilakukan sekali dalam sehari..



4 Bermain

Bermain adalah kegemaran bagi kebanyakan kanak-kanak.. Setiap kali ada kelapangan masa, ajaklah mereka bermain bersama-sama.. Bagi mereka, ini bukan hanya soal bermain dan memang, tetapi sebaliknya ia adalah masa untuk kita duduk dan bergelak ketawa bersama...



5 Riadah

Melakukan riadah dapat membentuk gaya hidup yang sihat... Jadi, ajarlah anak tentang pentingnya beriadah walaupun sekadar beraktiviti yang santai.. Mereka pasti gembira melakukannya..



6 Mengaji atau membaca buku

Sepertimana yang kita tahu, mengaji dan membaca buku banyak sangat kebaikannya.. Jadi, galakkanlah anak mengaji dan membaca buku bersama-sama setiap kali ada masa terluang.. Apabila melakukan aktiviti ini, bolehlah saling bertukar cerita dan pandangan..



7 Berbelanja / Shopping

Sekali sekala ajaklah anak-anak berbelanja agar mereka merasakan mereka istimewa ketika anda meluangkan masa bersama mereka.. 



8 Luang sedikit masa sebelum anak tidur

Jika anak-anak sudah besar, ini bukanlah lagi menidurkan mereka tetapi situasinya masih sama.. Pergi ke bilik tidur mereka dan luangkanlah beberapa minit untuk berbicara dengan mereka agar mereka tahu yang kita pedulikan mereka.. 


Read more »
Lea Azleeya
4 Comments
Contest #Lastgift By SofieAdie

Contest #Lastgift By SofieAdie


Assalamualaikum wbt

Klik banner untuk join

Contest #Lastgift By SofieAdie   |   Masih berada dalam mood bersegmen dan bergiveaway.. Giveaway kali  ni agak mencabar kerana perlu mengisi form yang disediakan.. Menjawab soklan yang agak mencabar minda.. Cewahh.. Hehe..

Jom korang join reramai.... Jawab soklan reramai.. Hehe.. Menang hadiah reramai.. ehh ehh.. Hanya 2 orang pemenang sahaja dicari hokeh.. Siapa yang bertuah tu?? Kene tunggu la tahun hadapan. Moga aku adalah tuah itu.. Hiks.. Meh tengok hadiah ape yang ada..

Hadiah-hadiah

Hadoiii !! Hadiah dah dibalut la.. So, tak tahu jugak hadiah ape.. Seperaissssss uolls.. Jom join..

Tarikh Tutup
02 Januari 2016


Read more »
Lea Azleeya
2 Comments
Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017


Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017 |  Copp!! Aku jumpa satu lagik segmen bloglist.. MYiDEAKiNi buat segmen lagi.. Mencari 5 blogger wanita + 5 blogger lelaki.. Syarat pown mudah aje.. So, apa lagi... Aku harussss join.. 

Korang jangan tensen lak tengok blog aku kali ni banyak bersegmen dan bergiveaway... Hehe.. Time datang meroyan bersegmen dan bergiveaway, ni la jadinye.. Penuh wall dengan segmen dan giveaway.. 

Oke, jom join segmen ni sekarang.. Pemenang akan jadi bloglist dan dapat top up RM10... Rugi tak join..

Tarikh Tamat
31 Disember 2016



Read more »
Lea Azleeya
5 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)