Matrix Hybrid Amino Plus Meningkatkan Stamina Harianku

Wednesday, September 7, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Matrix Hybrid Amino Plus Meningkatkan Stamina Harianku  |  Setiap pagi sebelum pergi kerja mesti kene minum Matrix Hybrid Amino Plus dulu... Ehh korang jangan nak buat-buat terkejut ye.. Jangan dok tertanya-tanye, ehh Lea ni nak jadi ahli bina badan ke?? haha... Tak beragak korang ni tau, kalau terfikir akan soklan cenggitu.. hehe.. Aku minum Hybrid Amino ni bukan lah nak membina otot-otot badan aku ni cam Ahli Bina Badan tu.. Aku ambil minuman ni sebabnya nak kekalkan stamina aku yang dah kelaut ni dan juga ofkos untuk bertenaga sepanjang hari.... Almaklumlah bila dah meningkat "dewasa" ni, cepat benoo letihnya.. Mane lagi kerja kat pejabat nak kena buat.. Kat rumah lagik nak kene buat... Anak pulak tengah lasak.. Huiiii lotih den mengejooonyeee!!

Ehhh korang aku tengok cam blurrr jerk.. Mesti korang tak pernah dengar tentang produk ni kan... Haaa meh aku perkenalkan kat korang... Produk ni sebenarnya diambil oleh Ahli Bina Badan atau orang yang memang kuat bersenam bagi menambah prestasi.. Kat Malaysia ni, Zainal Ariff dan Ray Leow adalah pengguna produk ni sebab dorang ni Ahli Bina Badan.. Seram ohh tengok badan dorang... hehe

Zainal Arif


Leow Ray Kok Wah

Hybrid Amino ni juga adalah sebagai sumber tenaga yang sangat bagus untuk membina otot-otot serta memberi kesan yang positif kepada prestasi senaman yang kuat... Haaa sebab tu le kebiasaannya produk ni diambil oleh Ahli Bina Badan atau orang yang memang kuat bersenam..  

Macam aku ni, nak cakap kuat bersenam tak juga.. Nak cakap nak bina otot-otot cam Ahli Bina Badan tu mungkin tidakkk lah.. Haha.. Tapi aku  ambil produk ni sebab nak kuatkan stamina dan tenaga supaya tak cepat letih.. Supaya aku dapat bekerja dengan lebih cepat dan semangat gituuu... 

Aku start amek produk ni awal September hari tu.. Masuk hari ni dah 6 hari... Setakat 6 hari ni, aku memang bertenaga dan tak terasa cepat letih... Aku bekerja dan menguruskan rumah tangga tu dah kira cam senaman la untuk aku kan.. Sebab tu aku nak cuba produk ni.. hehe.. Rasa dia pown best.. Rasa buah... Mixed Fruit Flavour!!


Kalau korang nak mencuba produk ni, sangatlah disarankan... Manelah tahu kowt-kowt kat luar sana ada yang bercita-cita nak jadi ahli bina badan ataupown nak mencantikkan body cam Zul Ariffin, pelakon tu hiks.. Nahh ni aku suggest kat korang produk ni.. Terbaikk toqqqq!! Yang kuat bersenam pown disarankan mengambil produk ni.. Banyak kelebihan produk ni tau.. !! Kalau nak tau kelebihan dan manfaat produk ni kene tunggu entry aku yang akan datang ye.. Nak cite kat sini sekali gus kang, tak larat nak baca lak.. tak gitu?? Hiks..!! Entry seterusnya aku akan cerita tentang Ingredients, for what usage, benefit and feedback fuyyooo aku spiking london tu dari aku sendiri setelah sebulan aku ambil produk ni.. Saboooo yekk!!

Okeh-okeh dipendekkan cerita, kat mana korang nak beli produk ni?? Haaa jom terjah link kat bawah ni..

WHERE TO BUY??

Anda boleh mendapatkan Matrix Hibrid Amino Plus ini di :-

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 
FaceBook








Read More

Bloglist Aku Lesap!!

Tuesday, September 6, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Bloglist Aku Lesap!!  |  Kenapa bloglist aku lesap??? Adoii masalah datang lagik... Tolong sape yang boleh tolong menyelesaikan masalah ni.. Dah cuba add balik tapi tak boleh.. Adoiyaiii!!


Read More

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..!!

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com  |  Ehh Ehh kenapa aku boleh ter-miss GA ni yek.. hehe.. Domino Pizza tu.. Feberet aku.. Ahakz.. Okeh-okeh tamo menceceh panjang lebooo, petang ni aku nak join GA by blogger YanieYusuf.com ni... Mane taukan leh menang voucer domino pizza dari YanieYusuf ni.. hehe..

Korang tamo join ke?? Jom la join sama... Syarat pown mudah jerk tak menyusahkan jari jemari.. hehe.. 

Tarikh Tamat
10 Sept 2016


Read More

EVENT | Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Bulan lepas punye cerita... Aku dijemput untuk hadir ke InvolveAsia x Nescafe Event di Lorem Ipsum, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016 yang lalu.. Punyalah lama aku peram cerita ni.. Hampir sebulan jugak.. Baru harini berkesempatan untuk aku update cerita ni.. hehe

Event ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.. Untuk slot pertama, kami diperkenalkan dengan produk terbaru keluaran Nescafe iaitu Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan secara exclusive di Lazada tidak lama lagik..



Inilah rupa Nescafe Barista Machine

Cantik Machine ni... Tergoda dengan warna merah..!! Haha..

Dalam slot tersebut kami diberi penerangan tentang cara penggunaan Nescafe Barista Machine dan demo cara-cara menggunakan mesin tersebut.. Kagum wehh aku dengan Nescafe Barista Machine ni... Canggih lagik ohsemnesss!!  Kalau korang nak tahu, Barista Machine ni dapat menghasilkan 5 pilihan jenis coffee iaitu Latte, Cappucino, Espresso, Tungo dan Americano... Fuhhh kemain susah nak sebut satu-satu jenis.. Dah cam tinggal dekat sepanyol jek gayanya.. hehe..

Haaa mesti korang nak tahu lebih lanjutkan tentang mesin ohsemm ni kan... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kene tunggu entry aku yang seterusnya tentang Nescafe Barista Machine ni... Tunggu tauuu!!

Jom layan gambar sekitar event tersebut...

Pihak Nescafe memberi penerangan kepada kami

Lip lap lip lap lampu kamera masing-masing merakamkan gambar..


Demo cara menggunakan mesin barista


Jam 7.30 petang hingga 7.45 petang kami direhatkan seketika.. Ayat ko!! Direhatkan yee!! haha.. Sempatlah kami yang beragama Islam ni menunaikan solat Maghrib.. Thankz too pihak penganjur kerana memilih waktu rehat yang sesuai.. hehe.. Kami juga dihidangkan dengan minum petang yang menyediakan kueh mueh yang sodap-sodap..!!

Time too minum petang..!!


Selepas dah solat maghrib dan mengisi perut yang berkeroncong dari petang harinye, pihak InvolveAsia pula mengambil alih bagi menerangkan tentang InvoleveAsia, New Dashboard dan Shoplink yang perlu kami sebagai blogger kena tahu... Kirenya macam bengkel jugak la.. hehe.. Diberi tunjuk ajar cara nak buat shoplink dan diperkenalkan dengan dashboard yang baru... Kami juga diberi penerangan tentang The basics of Affiliate marketing from Shopcoupon dan juga tentang InvolveAsia (IA) New Merchant (Caththatbus)

Penerangan daripada pihak InvolveAsia

Perhatian penuh diberikan oleh para hadirin.. Cewahh!!

Event selesai lebih kurang jam 9.00 malam... Dah rasa macam pergi kursus dah ye.. hehe.. Last sekali, sesi yang kami semua tunggu-tunggu... Sesi penyerahan saguhati untuk kami yang hadir iaitu sebuah Nescafe Barista Machine untuk kami setiap seorang blogger... Yey..!! Kami dapat mesin kopi dari nescafe wehhh untuk yang hadir event ni... Sila jeles dari jauh ye.. haha.. Wahh angkuh ko ekk Lea Azleeya.. Haha.. Mane tak angkuh wehh, mesin canggih tu.. Haha.. Jom layan gambar last dari aku..!!

Ini adalah antara yang hadir... Ramai gile kowt... Semua hepi nampaknyee.. hehe... 

Okeh ni wakil aku yang amek Nescafe Barista Machine.. Aku maluuu!! Haha

Jom minum duluu!!

Tunggu ye entry aku seterusnya tentang kehebatan Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan tidak lama lagi... Berapakah Harganye?? Haaa nanti aku kasitau kat korang ekk.. 

Adioss Amigoss.. Babai..!!



Read More