Perodua Bezza 2016

Monday, July 18, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Perodua Bezza 2016  |  Sana sini dok bercerita tentang kereta sedan keluaran Perodua ni.. Perodua Bezza.. Ada kata cantik.. Ada kata tak cantik.. Apa-apa pown atas minat masing-masing kan.. Perodua bezza ni dibuka untuk tempahan bermula 16 Julai 2016 dan akan dilancarkan pada 21 Julai 2016.. 

Perodua Bezza ini didatangkan dalam 5 varian iaitu :-

1.0L (M) - RM 37,300
1.0L (A) - RM 39,300
1.3L Premium X (M) - RM 42,800
1.3L Premium (A) - RM 44,800
1.3L Advance - RM 50,800






Kalau korang ada plan nak beli kereta boleh la pergi usha dekat perodua.. Harga dalam kategori mampu milik.. 



Sumber : BHARIAN


Read More

Misi Rendang Setelah Sekian Lama

4 comments
Assalamualaikum wbt....

Misi Rendang Setelah Sekian Lama | Wo0oooo tragis sungguh tajuk entry kali ni.. hehe.. Hi Ollss!! 2 hari dah tak berblog.. Hari ni aku kembali untuk men-throwback cerita hari minggu yang lepas... Jumaat minggu lepas, kakak aku yang dok KL tu request nak makan rendang daging ye bersama nasi impit.. huhii.. Dah lama aku tak memasak masakan yang agak kritikal seperti rendang tu.. Haha..!!

Tapi dah ada orang request jadi tak senang duduk pulak aku.. Kalau tolak rasa kesian.. Kalau terima takut tak menjadi pulak rendangnya.. Untuk tidak menghampakan perasaan seorang kakak yang banyak berjasa pada aku ni, makanya aku pown gagahkan diri jugak untuk membuat rendang untuk dia.. Siap doa bagai supaya rendang aku tu menjadik.. wohaa...!!

Sabtu, Pepagi buta bangun siap sedia untuk berperang di dapur aku yang bertema hitam putih tu.. Siap mention tu warna teman dapur.. Sila terpegun 5 minit dari jauh ye.. Hiks..!! Bahan-bahan untuk buat rendang dah siap-siap beli hari Jumaat tu.. Jadi, sabtu pagi tu mudah la untuk aku terus aje masak rendang sebab bahan semua dah ada.. hehe..

Lama jugak la proses untuk memasak rendang ni.. Mane tak nye, nak kasi lembut daging satu hal.. Nak kasi kering satu hal lagik.. Tapi tak pe, janji hasil lumayan.. hiks.. Jom tengok hasil rendang setelah sekian lama tak buat..

Rendang Daging Nina

Ini lah hasilnya.. Kakak aku sampai agak lewat jugak.. Dia sampai dalam pukul 6 petang.. Kebetulan member opiz call cakap nak datang beraya.. Wahh langkah kanan tu.. Kebetulan sungguh kan.. Alhamdulillah rezeki dia.. Tak de la beraya makan biskut kering aje.. Haha.. Menjamu la selera kami beramai-ramai.. Ahakz...


Situasi malam tu.. Hehe.. Maaf rumah aku masih kosong.. Sofa pown tak de agik.. Hiks.. 


Read More

Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod

Friday, July 15, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod  |  Korang tonton tak drama bersiri ni?? Drama Rumi & Jawi ni ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 04 Julai 2016 yang dibintangi oleh Remy Ishak sebagai hero dan Nur Fathia Latiff sebagai heroin.. 

Aku suka tengok drama ni sebabnya drama ni berunsur islamik.. Selain tu dah tentu-tentu sebab adanya Erra Fazira dalam drama ni.. Haha.. Cerita ni jadi lebih menarik pada aku bila ada pelakon Ungku Ismail Aziz.. Hiks.. Dia berlakon best.. Sempoi.. Kelakooo... Asek gelak aje bila dia start berdialog.. haha..!!

Okeh, kalau korang kat umah tak de Astro atau tak sempat nak tengok kat tv, meh aku kasi link untuk full episod drama ni.. Boleh la kita nonton sesama.. Klik link kat bawah ni ye untuk nonton...~



Layan gambar pelakon

Antara pelakon dalam Rumi & Jawi


Ini la Ungku Ismail Aziz


Selamat Menonton...!!


Read More

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal  |  Hari dah Syawal yang ke-10.. Terlewat sikit aku update pasal puasa enam ni... Mungkin ada dikalangan korang dah habis melaksanakan puasa enam ni.. Kepada yang dah habis puasa enam, aku nak ucap TAHNIAH kepada korang.. Korang memang 0hsem..!! hehe

Syawal masih berbaki dan masih sempat untuk kita melaksanakan puasa enam ni.. Banyak kelebihannya bila kita berpuasa enam ni.. 

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun".

Huraian Hadith :-
  • Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
  • Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal afdal berterusan dengan puasa Ramadhan iaitu selepas hari raya pertama.
Petikan : JAKIM

Jom tengok niat puasa enam macam mana..

NIAT PUASA ENAM



Oke, niat dah tau kan.. So, lepas ni boleh la kita sama-sama buat puasa enam hari dibulan syawal ni.. Aku pown tak buat lagik sebenarnya.. haha.. Adoiyai.. Insyaallah lepas ni.. 


Read More

Cara Mudah Simpan Video/Gambar di Instagram Tanpa Guna Aplikasi

Thursday, July 14, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Cara Mudah Simpan Video/Gambar di Instagram Tanpa Guna Aplikasi  |  Tadi member opiz aku ada post satu video dekat instagram.. Aku mintak dia sendkan pada aku video tersebut tapinya yang menjadi masalah disini, video tersebut tidak ter-save secara otometik dalam hp dia.. Dia pakai I-phone.. huhu.. Apa masalah dengan hp dia pown tataw la.. Atau mungkin I-phone memang cenggitu kowt.. 

Puaslah aku cari cara nak save.. Dengan kegigihan aku mencari cara, maka dapatlah aku save video tersebut.. Gigih tak aku?? haha..

Okeh, hari ni aku nak share dengan korang cara mudah nak save video atau gambar di Instagram tanpa menggunakan sebarang aplikasi pown ye.. Tapi cara ni hanya boleh dilakukan melalui laptop.. PC.. atau tablet ye.. HP pown boleh sebenarnya... hehe.. Tapinye, Instagram hendaklah dibuka dengan menggunakan browser... 

Jom tengok step by step...

Step 1 : Log in Instagram anda. Aku log in menggunakan PC ye..



Step 2 : Pilih video yang ingin disimpan/save.. Macam aku nak save video dekat instagram member aku, so aku bukak la laman Instagram dia.. hehe.. Dan pilihlah mana-mana video atau gambar yang berkenan di hati untuk di simpan..


Video ni la aku nak save tadi tak dapat tu.. Haha..



Step 3 : Tekan Ctrl + U atau Right Klik dan pilih "View Page Source".. Macam PC aku ni, bila right klik tak keluar pown View Page Source.. So, aku takan Ctrl + U aje...

Paparan "View Source" seperti gambar dibawah :-



Step 4 : Tekan Ctrl + F dan search "mp4" di page "View Source".. Untuk nak save video carik MP4, kalau nak save photo, carik jpg..



Step 5 : Copy URL yang pertama yang mengandungi "mp4".. Rujuk gambar dibawah..




Step 6 : Copy URL dan Paste di browser tab yang baru seperti gambar di bawah.. 




Step 7 : Right Clik dan pilih "Save Video As" .. Pastu korang save la cam biasa ye.. 




Mudah aje caranya kan... Mungkin korang dah tahu cara ni.. Kalau yang belum tahu boleh la cuba step ni untuk simpan video atau gambar yang korang suka.. 

Selamat mencuba..!!


Read More