Widget Pemberi Komen Terbanyak

Wednesday, July 13, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Widget Pemberi Komen Terbanyak | Jeng3x... Nampak tak tuuuu.... Widget terbaru yang aku pasang kat blog aku.. Wohaa..!! Sebelum ni aku pasang widget Top Komentar kat sidebar blog aku.. Tadi aku dok blogwalking tetiba terjumpa lak widget yang ohsem comey ni terus rasa nak pasang... 

Widget ni aku dapat dari blog Cikgu Kacamata... Sangat membantu... Kalau korang nak pasang jugak widget ni boleh la tengok tutorialnya DISINI...

Selamat memasang.. hehe!!


Read More

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak |  Bercontest kita pagi ni... Pagi ni aku rasa nak rebut duit raya daripada blogger Cik Akak sebanyak RM 50.00.. 

Klik banner untuk join

Korang tamo join rebut duit raya ke.. Mana tahu kowt-kowt ada rezeki dapat duit raya kan.. hehe.. Jom la join ramai-ramai.. Meriah sikit segmen ni..


Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi


Read More

Cara Simple Mencantikkan Kening

Tuesday, July 12, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt



Cara Simple Mencantikkan Kening |  Hah!! Korang berada dalam kalangan bentuk muka dan kening yang mana satu?? Bercerita pasal kening ni, tadi kawan opiz aku ni ada request untuk aku ajarkan cara-cara nak lukis kening tanpa cukur.. Hehe.. Mak dah pencen nakkkk dalam bidang make up ni.. hehe.. Untuk tidak menghampakan beliau, aku carik la tutorial untuk beliau buat rujukan.. 

Aku dapat tutorial ni dari blogger anggun lagik ohsem iaitu Blogger Kathyjem.. Kalau korang nak lukis kening cantik cam blogger ni boleh la sekali join member opiz aku Eifah Nazra ni cuba tutorial ni.. Jom followwwww...!!

Klik laa link bawah ni.. Jangan memalu yekk..!!


Selamat mencuba...!!


Read More

Tonton Dia Semanis Honeymoon Full Episod

4 comments

Assalamualaikum wbt..


Tonton Dia Semanis Honeymoon Full Episod | psttt korang korang... Korang tengok tak cerita Dia Semanis Honeymoon ni kat Astro Ria.. Best tak?? Hurmm sebenarnya aku baru jerk tahu cerita ni wujud dan sedang ditayangkan di Astro Ria bermula 11 Julai 2016 iaitu semalam... hehe.. Almaklumla kat umah tak de Astro Ria.. Adaaaaaaa tapi kena langgan la.. haha..!!

Selepas kejayaan drama bersiri Dia Semanis Honey, kini muncul pula drama Dia Semanis Honeymoon sambungan dari drama bersiri tersebut yang dilakonkan juga oleh Siti Nordiana dan Aliff Satar yang bersiaran bermula pada 11 Julai 2016 hingga 15 Julai 2016 di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 10 Malam..

Bermakna baru episod 1 la yang dah disiarkan iaitu semalam... Korang mesti dah tengok kan.. Kalau ada yang belom tonton, jom menonton bersama aku.. Meh aku kasi link untuk full episod.. Kita nonton bersama.. hehe.. 

Klik link dibawah ni ye..
.
.
.
.



Kalau ada yang masih belum tonton drama bersiri Dia Semanis Honey, boleh klik link kat bawah ni ye.. Tonton drama bersiri dulu baru best nak tengok sambungannya.. Ye dak..!! hehe




Selamat menonton...!!


Read More

Cerita Raya 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Cerita Raya 2016  |  Holaaa...!! Mownink uolls.. Dah masuk raya ke-7 baru  nak bercerita pasal raya tahun ni... hehe.. Rasanya raya tahun ni tak de ape yang menarik aku lakukan.. Tiada aktiviti yang best kerana korum tak cukup.. hehe.. Kakak aku yang dok KL tu beraya kat kedah tahun ni.. So, tak de kepala untuk plan aktiviti menarik tahun ni.. Ahakz.. Aku nak bercerita sal raya aku tahun ni pown rasa segan dan malas.. Tapi nak jugak bercerita.. Haha..!!

Pagi raya pertama bertemakan dusty pink..


RAYA PERTAMA 

Okeh untuk raya tahun ni tema kami adalah warna dusty pink.. Gambar kat atas nun tak macam dusty pink pown kan.. Mungkin sebab dek pencahayaan yang agak melampau.. hiks.. Pagi raya macam biasalah pergi beraya umah mak ayah kitorang.. Tak tidur pown umah mak ayah sebab umahnye dokat ajo0o ehh..!! 

Aktiviti raya pertama bagi tahun ni cuma pergi beraya kat umah kakak aku dan anak saudara mak aku aje.. Kebiasaannya kalau kakak KL aku tu beraya bersama kami, mesti plan beraya jauh akan dilancarkan.. Haha.. Selalunya kami akan beraya ke Jengka 1.. Kemaman.. Cheneh... Dungun... Pekan... Memandangkan dia tiada tahun ni, hanya sekitar kuantan aje la kami beraya..

Bergaya di pagi raya dengan baju melayu upin ipin..

 yey..!! adik dapat duit raya.. hehe

Gambar raya pown tak banyak yang di-snap-kan.. (oh... apakah).. Yang hado aje la aku up kan disini ye.. Buat kenang-kenangan.. huhi.. Korang mesti seronokkan beraya tahun ni.. Aku tak de pape yang best untuk tahun ni melainkan dapat bermaaf-maafan dengan mak ayah dan adik beradik... Tahun ni, kawan sekolah aku yang dok muar datang beraya.. Wah seronok bukan main dapat jumpe dia.. Bukan senang nak jumpa tu.. Last jumpa pown masa aku bersalin dulu.. Dah lebih kurang setahun lebih jugak... Raya pertama baru ni baru dapat jumpa balik.. 

Okeh la.. Tu aje la cerita raya aku untuk raya pertama.. Bosan kan.. huhu..


RAYA KEDUA

Raya kedua tak kemana juga.. Asalnya plan nak beraya umah kawan-kawan opiz tapi ramai yang balik kampung... Bila dah tak kemana terasa pulak nak makan KFC.. Reraya layan KFC.. huhu.. Pelik jerk.. Pergi la kami terjah KFC makan kari-kari rangup tu.. Si kecik tu kemain lagik sama naik makan dengan ummi dia ni.. Selera betol dia makan..

Berselera adik makan kentang goreng..

Petangnya kitorang beraya umah owner kantin tempat aku kerja ni.. Pokya..!! hehe.. Selebihnya cam biasa dok umah mengadap tv.. huh..

Bosan kann!! huhu..


RAYA KETIGA

Raya ketiga kami beraya di samsung service centre ye.. Haha.. Apa kepeliknya kan.. Mane taknye, hp rosak laa... Pergi la check dekat sana apa sakitnya.. Time-time raya ni la dia nak rosak ye.. Siap check, result yang kami dapat, hp tak dapat diselamatkan lagik.. hadoiii.. Kecewa... Balik dengan perasaan yang penuh kekecewaan.. cewahh...


RAYA KE-4

Raya ke-4, kami siap-siap untuk ke bandar Kuantan untuk survey harga hp baru... Apa-apa pown survey harga dulu walaupown tak dapat beli lagik.. Hiks..

Orang paling xcited bila nak p jenjalan..

Yang paling seronok bila dapat tau nak p jenjalan si kecik ni laa... Kemain dia bergumbireeee.. hehe.. Banyak jugak kedai HP yang kami jelajah survey hp baru.. Kemain lagik harga HP sekarang ni ye... Meriah betul harga nya.. Sampai ada yang terbeliak mata kami tengok harga yang dipamerkan.. huhu.. Almaklumla lama dah tak survey harga-harga hp dipasaran...

Bila dah penat menyervey harga hp, balik la rumah rehat-rehatkan badan... Lepak-lepak tengok tv.. Tiba malamnya terasa lak nak makan nasi kukus.. Oh tidakkk!! Lepas puasa ni selera makan makin menjadik-jadik lak.. Asek makan je kerja nya.. Risau jugak berat badan naik... Aduhai.. Tapi tekak nak makan.. Nak buat camno kan..

Untuk tidak menghampakan tekak yang berselera lain macam ni, pergi la kami mencari nasi kukus.. Kami makan di Nasi Kukus My Mama dekat Taman Tas.. Nasi kukus dia memang ohsem sedapnye... Ramai jugak orang raya-raya ni makan dekat situ... Pangjang beraturnya..

Nampak tak si kecik tu.. Kemain lagik dia tak sabar nak makan..

Paling berselera makan adalah si kecik ni.. Banyak betul dia makan... Sampaikan ummi dia ni tak terasa makan nasi kukus.. hehe.. Dok suap dia aje.. Separuh jugak dia makan nasi.. Sangat berselera... Ahakz..

Tamat sudah cerita raya aku bagi tahun 2016... Tunggu raya haji pulak kita tengok cerita apa yang dok ada nanti... Moga-moga lebih seronok dari yang ini.. huhu...

Adik & Ummi serasi bersama.. Ahakz..~!!

Raya kali ni lebih bermakna bila budak kecik ni semakin membesar... Macam-macam keletah yang aku dapat lihat time raya bila dia dah besar ni... Raya tahun lepas dia masih kecik.. 

Cerita korang pasti lagik menarikkan dari cerita aku... hehe..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



Read More

Header Baru Sempena Raya

Monday, July 11, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..




Header Baru Sempena Raya |  Woha..!! Nampak takkkk?? Bila raya semua nak baru termasuklah header blog ku ini.. Ahakzz... Tetiba rasa nak tukar header untuk blog aku ni supaya ada perubahan sikit.. So, create aje la yang baru.. Puas pusing sana.. ejas sana... padam sana.. Last-last aku berpuas hati dengan hasil yang ini... Tataw la sampai bila boleh bertahan mengadap header ni.. hehe.. 

Harap korang tak sakit mata tengok header baru aku ni.. Ye laa.. Macam-macam warna dok ada nun... Kalau rasa pijar mata sila pakai spek itam yee.. hiks...
Read More