Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016

Thursday, June 30, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016  |  Alhamdulillah.. Berita baik ni dah diumumkan di SINI... Tapi.. Haa ada TAPI yeee... Andai hari raya jatuh pada hari selasa iaitu 05 Julai 2016, maka dengan ini arahan tersebut adalah TIDAK TERPAKAI... hehe..  Moganya raya jatuhlah pada tarikh seperti di dalam kalender yek iaitu 06 Julai 2016 (Rabu).. Dapatla cuti panjang sikit tanpa memohon cuti.. Ahakz.. Jimat dah cuti kat situ.. hehe..

Kat sini aku upkan sekali statement tersebut untuk rujukan korang... Ehh tetiba rasa baik hati lak.. Haha..~!!





Read More

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...  |  Allahuakbar.. Masa terlalu pantas berlalu.. Ramadhan dah semakin berada di penghunjungnya... Sayu sangat rasa hati.. Masih adakah Ramadhan akan datang untuk aku kecapi?? InsyaALLAH.. Moga Allah s.w.t memberi peluang itu lagi kepada aku... 

Lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa dan pada 06 Julai 2016 kita akan menyambut Aidilfitri.. Tu pown kalau nampak anak bulan la.. Haha.. Kalau tak nampak anak bulan, agak-agaknya raya ditangguhkan kowt.. kiki.. Mesti ramai dah yang pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga masing-masingkan.. Aku masih bekerja dan mula bercuti pada hari selasa 5hb Julai.. 

Aku tengok ramai jugak blogger yang dah ucap selamat hari raya.. Maka-nya dengan ini dengan rasa dengkinya aku pown nak jugak wish aidilfitri seawal ini.. Haha.. Kang wish lambat-lambat kang tak de pulak yang nak baca.. Yela, sah-sah la korang sume dah balik beraya kat kampung kan.. Tak de nye nak mengadap blog lagik dah time-time raya.. Masing-masing mesti dah membizikan diri dengan beraya dan melayan tetamu-tetamu yang datang beraya... Ye dak??

Meh aku bagi serangkap pantun sebagai ucapan raya aku untuk  korang sume.. hehe.. Baca ekk..!!

Sumber : Google

Nampak tak tolesan tu?? Harapnye nampak laa.. Ahakzz.. Aku mintak maaf ye kat korang-korang semua andai aku ada buat salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menjoinkan diri dalam dunia blog ni.. Mane la tau kan ada yang korang terasa dengan ayat-ayat aku yang tak berapa nak sopan ni.. ekeke.. Harap korang dapat maafkan aku yang serba kekurangan ni.. Sobb.. Sobb.. Sobbb...

Pada rakan-rakan yang kenal aku dan pernah kenal aku pown aku mintak maap  kat korang.. Andai sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa aku pada korang.. Aku mintak maaf yek.. Kosong-kosong ekk.. hiks..



Read More

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner


Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016 |  Giveaway again.. Join jangan tak join yee... Pagi ni nak join GA duit raya by blogger Reen... Syarat yang ditetapkan pown amat mudah.. Tak kan melengohkan jari jemari kita.. hehe.. Syarat dah dipenuhi dan dengan lafaz bismillah aku join GA ni.. Yey..!!

Jom la korang-korang join GA ni.. Mane tau ada rezeki untuk dapat duit raya.. Sesambil tu dapat kenal satu sama lain kan..




Read More

Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016

Wednesday, June 29, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016  |  Tajuk entry kene gah ye.. Walaupun isinya tak semenggah mana.. Haha.. Dah dekat-dekat nak raya ni seronok kemain dengar lagu raya ye korang-korang... Kelainan lagu raya dengan lagu harian memang berbeza.. Feel dia memang lain kan.. Seronok dia lain macam jerk rasa.. hehe..

Tadi jari jemari aku rasa gatal-gatal nak bukak youtube carik lagu raya.. Hasil pencarian aku kat youtube tu aku jumpe 2 lagu raya yang di 'adaptasi'kan daripada lagu asal penyanyi tersebut menjadikan lagu raya.. Ehh korang paham ke tak ni?? Atau aku yang buat ayat belit-belit.. Haha.. Harap korang faham la yek.. Meh aku kongsi 2 lagu tersebut... Harap korang enjoy...!!

HANG PI RAYA
by Khalifah




SUDAHKU TAHU RAYA
by Projector Band



Siap ada lirik tu... Leh ar nyanyi sesama dorang.. Haha..!!



Read More

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh

8 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak join ye..!!

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh  |  Wahh ada GA duit raya la... Seronok nye kalau raya-raya dapat duit raya.. Sape yang tamo kan.. Jom la join ramai-ramai.. Mane la tahu kot-kot ada rezeki dapat duit raya daripada rakan blogger kite nikan.. 


Tarikh Tamat
13 JULAI 2016

Read More

Shopping Raya...??

3 comments

Assalamualaikum wbt..


Shopping Raya...??  |  Hi korang... Persiapan raya camne korang-korang semua?? Dah settle ke..?? Raya dah semakin menghampiri.. Kalau buat persiapan last minit, risaunya jadi kelam kabut nanti kan.. Cam aku lak, dah settle untuk anak kire dah beres laa.. hehe.. Untuk aku tak perlu sangat.. Dah tua-tua ni tak yah nak raya sangat la.. Kasi anak-anak jerk beraya.. Haha.. Korang camne lak??

Aku pown baru kelmarin pergi carik baju raya untuk anak.. Dapat la sehelai baju melayu bersoping dekat Jakel... Katanya ada sale... So, pergi la menyoping dekat sana.. Ceh menyoping tu.. Padahal beli selai jerk pown.. Haha..

Tahun ni pilih tema dusty pink... Pemilihan tema ni datangnya secara tetiba.. Kebetulan baju aku dah ada yang warna tu yang masih belum di pakai.. Jadinya beli baju anak saje la.. Untuk aku, pakai aje yang mana ada... Save bajet kata orang.. huhu... Tapikan, baju aku warna rossy brown.. huhu.. Warnanya berbeza la sikit dari baju anak aku.. Alah kire boleh la tu kan.. Nak carik yang sedondon ni susah kalau dah beli pown asing-asing.. Ye dak...!! 

Raya tahun ni , aku macam tak berapa nak ada mood untuk beraya.. Mood raya dah melayang entah kemana.. Mungkin faktor usia kowt.. haha.. Kalau tak nak raya boleh tak?? hahahaha... 

Apa-apa pown raya tetap akan tiba jugakkan... Raikan la seadaanya kita.. Hurmm..~!!


Read More

Dimana Kebahagiaan Itu

Monday, June 27, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber Gambar : En. google

Takdir Bertemu Dengan Orang Yang Salah  |  Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan dibuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita..

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat dan indah yang pernah dialami...

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak  tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali..!! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita...

Ia cuma mengambil masa,
Seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang...
Tetapi...

Ianya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu....
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut....

Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari-hari yang suram... Carilah seseorang yang boleh membuatkan hati kita tersenyum..

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehinggakan kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan...

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang... Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga..

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dengan memiliki semuanya yang terbaik.. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.. 

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang  telah menyentuh hidup mereka..

Cinta bermula dengan senyuman... 
Mekar dengan ciuman... 
Dan.. 

Berakhir dengan tangisan...

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan... Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..

Semasa kita dilahirkan...
Kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum.. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain....

Wassalam...


Read More