Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016

Thursday, June 30, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016  |  Alhamdulillah.. Berita baik ni dah diumumkan di SINI... Tapi.. Haa ada TAPI yeee... Andai hari raya jatuh pada hari selasa iaitu 05 Julai 2016, maka dengan ini arahan tersebut adalah TIDAK TERPAKAI... hehe..  Moganya raya jatuhlah pada tarikh seperti di dalam kalender yek iaitu 06 Julai 2016 (Rabu).. Dapatla cuti panjang sikit tanpa memohon cuti.. Ahakz.. Jimat dah cuti kat situ.. hehe..

Kat sini aku upkan sekali statement tersebut untuk rujukan korang... Ehh tetiba rasa baik hati lak.. Haha..~!!





Read More

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...  |  Allahuakbar.. Masa terlalu pantas berlalu.. Ramadhan dah semakin berada di penghunjungnya... Sayu sangat rasa hati.. Masih adakah Ramadhan akan datang untuk aku kecapi?? InsyaALLAH.. Moga Allah s.w.t memberi peluang itu lagi kepada aku... 

Lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa dan pada 06 Julai 2016 kita akan menyambut Aidilfitri.. Tu pown kalau nampak anak bulan la.. Haha.. Kalau tak nampak anak bulan, agak-agaknya raya ditangguhkan kowt.. kiki.. Mesti ramai dah yang pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga masing-masingkan.. Aku masih bekerja dan mula bercuti pada hari selasa 5hb Julai.. 

Aku tengok ramai jugak blogger yang dah ucap selamat hari raya.. Maka-nya dengan ini dengan rasa dengkinya aku pown nak jugak wish aidilfitri seawal ini.. Haha.. Kang wish lambat-lambat kang tak de pulak yang nak baca.. Yela, sah-sah la korang sume dah balik beraya kat kampung kan.. Tak de nye nak mengadap blog lagik dah time-time raya.. Masing-masing mesti dah membizikan diri dengan beraya dan melayan tetamu-tetamu yang datang beraya... Ye dak??

Meh aku bagi serangkap pantun sebagai ucapan raya aku untuk  korang sume.. hehe.. Baca ekk..!!

Sumber : Google

Nampak tak tolesan tu?? Harapnye nampak laa.. Ahakzz.. Aku mintak maaf ye kat korang-korang semua andai aku ada buat salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menjoinkan diri dalam dunia blog ni.. Mane la tau kan ada yang korang terasa dengan ayat-ayat aku yang tak berapa nak sopan ni.. ekeke.. Harap korang dapat maafkan aku yang serba kekurangan ni.. Sobb.. Sobb.. Sobbb...

Pada rakan-rakan yang kenal aku dan pernah kenal aku pown aku mintak maap  kat korang.. Andai sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa aku pada korang.. Aku mintak maaf yek.. Kosong-kosong ekk.. hiks..



Read More

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner


Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016 |  Giveaway again.. Join jangan tak join yee... Pagi ni nak join GA duit raya by blogger Reen... Syarat yang ditetapkan pown amat mudah.. Tak kan melengohkan jari jemari kita.. hehe.. Syarat dah dipenuhi dan dengan lafaz bismillah aku join GA ni.. Yey..!!

Jom la korang-korang join GA ni.. Mane tau ada rezeki untuk dapat duit raya.. Sesambil tu dapat kenal satu sama lain kan..




Read More

Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016

Wednesday, June 29, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016  |  Tajuk entry kene gah ye.. Walaupun isinya tak semenggah mana.. Haha.. Dah dekat-dekat nak raya ni seronok kemain dengar lagu raya ye korang-korang... Kelainan lagu raya dengan lagu harian memang berbeza.. Feel dia memang lain kan.. Seronok dia lain macam jerk rasa.. hehe..

Tadi jari jemari aku rasa gatal-gatal nak bukak youtube carik lagu raya.. Hasil pencarian aku kat youtube tu aku jumpe 2 lagu raya yang di 'adaptasi'kan daripada lagu asal penyanyi tersebut menjadikan lagu raya.. Ehh korang paham ke tak ni?? Atau aku yang buat ayat belit-belit.. Haha.. Harap korang faham la yek.. Meh aku kongsi 2 lagu tersebut... Harap korang enjoy...!!

HANG PI RAYA
by Khalifah




SUDAHKU TAHU RAYA
by Projector Band



Siap ada lirik tu... Leh ar nyanyi sesama dorang.. Haha..!!



Read More

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh

8 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak join ye..!!

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh  |  Wahh ada GA duit raya la... Seronok nye kalau raya-raya dapat duit raya.. Sape yang tamo kan.. Jom la join ramai-ramai.. Mane la tahu kot-kot ada rezeki dapat duit raya daripada rakan blogger kite nikan.. 


Tarikh Tamat
13 JULAI 2016

Read More