Review Novel | Meh, Sandar Pada Aku!

Monday, May 16, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah... Semalam baru habis pembacaan aku untuk novel Meh, Sandar Pada Aku! ni... Sekian lama aku baca, semalam baru habis baca... Sebelum aku review tentang novel ni, jom kita kenal-kenal dulu penulis novel ni...


BIODATA PENULIS

Penulis : Aifa Batrisya
Blog : Belog Biru - aifabatrisya.blogspot.com

Penulis merupakan anak kelahiran parit buntar dan kini menetap di selangor. Suka menulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman disekelilingnya. Kisah meh, sandarkan pada aku! Adalah karya kedua setelah karya kahwin ganti. Kahwin ganti adalah berdasarkan pengalaman sahabat kembar sendiri, meh, sandarkan pada aku! Adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri.



Meh, Sandar Pada Aku!
"Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?"
Penulis : Aifa Batrisya
Terbitan : Karya Seni
Pengedar Tunggal : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Ketebalan : 581 m/s


************************************

SINOPSIS

"Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat.. Kehadirannya dia institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kene buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik... Tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"
"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."
"Aku tanya sekali lagi, Aku apa?"
"Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah...

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

************************************

Meh aku review sikit novel ni..

Afnan Tasneem, watak utama selaku heroin dalam novel ini.. Menjalankan praktikal di sebuah institusi penyelidikan dibawah seliaan Dr. Syed Nadzhan bagi menyempurnakan pengajiannya.. Dr Syed Nadzhan tu hero ye dalam cerita ni... Bila dah ada heroin mestilah ada heronye kan.. hehe..

Afnan Tasneem ni seorang yang lurus bendul.. Selalu kene buli dengan Dr. Syed ni sepanjang dia praktikal dibawah seliaannya... Tapi lurus bendul dia pun, dia suka menjawab ape saja yang org cakap... Bukan sikit-sikit dia menjawab.. Panjang leboooo....

Bila dah hari-hari dok gaduh, dok benci membenci.. last-last sekali masing-masing tetiba terjatuh suka sesama sendiri tanpa sedar... Tapi perasaan tersebut hanya dipendam oleh Dr. Syed..  Ego seorang lelaki kan.. Pulak tu Dr. Syed ni seorang yang jenis anti perempuan... Sepanjang dia bertugas disitu, student-student praktikal dibawah seliaannya adalah lelaki.. Afnan Tasneem lah satu-satunya student perempuan pertama yang dia amek sebagai student praktikal dia.. Dr. Syed anggap perempuan ni hanyalah menyusahkan.. Sebab tu jugak la Afnan Tasneem ni gelarkan dia "spesis terancam".. haha..

Sebenarnya ada cerita disebalik ketidaksukaan dia terhadap kaum hawa tu.. Kesnya, apabila mama dia pernah tinggalkan dia dan papa dia selepas melahirkan dia.. membesarlah dia hanya dengan kasih sayang seorang papa sahaja.. Sebab tu la dia benci sangat dengan kaun wanita ni..

Dalam pada praktikal tu, Afnan berkenalan dengan Adam Naufal.. dia sukakan Adam sebab Adam seorang yang lemah lembut.. sopan terhadap perempuan.. baik.. Berbeza sangat dengan sikap Dr. Syed terhadapnya yang berlagak.. sombong.. ego.. bajet bagus tu.. Oleh sebab itu, Afnan dah jatuh hati dengan Adam kerana keperibadian Adam yang sopan santun tu.. Tapi ada la cerita yang tak best lepas tu antara dia dan Adam.. Kalau nak tahu kene la baca sendiri ekk.. ekekek..

Korang nak tahu macam mana Afnan dan Dr. Syed boleh duduk sebumbung.. haaa. Sebabnya, emaknya Afnan Tasneem ni kawen dengan papa Dr. Syed.. haha.. Gitu la cite nye.. Jadi la dorang adik beradik tiri.. Makanya, hancur luluhlah hati Dr. Syed.. Tak kesampaian hajat nak menjadikan Afnan sebagai kekasih mahupun isterinya.. Tapi mereka hanya adik beradik tirikan... Tak seibu dan sebapa.... Ape salahnya... hehhe

Cerita tak habis disitu.. bila dah duduk sebumbung, makin keraplah dorang bergaduh.. bertekak.. Sampai la Afnan dirancang oleh family untuk ditunangkan dengan Syed Emil.. Sepupu Dr. Syed.. Syed Emil sentiasa menghiburkan hati Afnan.. Mendengar luahan hati Afnan dikala Afnan memerlukan... Tapi Afnan hanya menganggap Syed Emil sebagai seorang abang sahaja.. Tak lebih dari itu.. Manakala Dr. Syed pula ditunangkan dengan Dr. Aleesya tanpa pengetahuannya.. Dr. Aleesya juga adalah sepupu Dr. Syed yang terlalu obses dengan Dr. Syed sejak kecil lagik... Selalu dok kejar-kejar Dr. Syed dan menagih cinta Dr. Syed.. Tanpa jemu... Cumanya Dr. Syed aje yang tak layan dan memang tak mahu dijodohkan dengan Dr. Aleesya..

Dipendekkan cerita.. mama dan papa Afnan dan Dr. Syed ke Jepun dan meninggal disana akibat bencana alam yang melanda bandar tokyo.. Makanya tinggallah Afnan dan Dr. Syed sahaja dirumah tersebut.. Amanat yang telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya untuk dia menjaga Afnan sebaik mungkin membuatkan dia bertindak memutuskan pertunangan dia dengan Dr. Aleesya dan mengahwini Afnan..

Disebabkan kejadiaan tersebut, Dr. Aleeya mendapat tekanan yang kronik dan menjadi gila.. Dia mendapat rawatan pakar psikitrik akibat tidak dapat menerima kenyataan tersebut....

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Bagaimana seterusnya hubungan antara Afnan dan Dr. Syed serta Syed Emil..? Kalau nak tahu kene la beli dan baca ye.. Cerita dia best.. Tak rugi beli dan baca....



Read More

Selamat Hari Guru, Cikgu..

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Hari ni masuk opiz, sana sini dok bercerita pasai hari guru.. Anak beli hadiah untuk cikgu la.. Buat sendiri hadiah untuk cikgu... Buat kad la untuk teacher... Hehe... Aku anak baru umur setahun tak merasai lagi situasi-situasi tersebut.. Tapi aku pernah lalui semua tu dulu.. Time aku jadi pelajar dulu.. Macam-macam hadiah nak kasi dekat cikgu kalau boleh.. Kebiasaannya hadiah akan diberi kepada Guru Kelas dan Guru-Guru yang terapat sahaja... Haha... Kebiasaannya macam tu la..




Dulu-dulu time aku sekolah dulu mana ada lagik handphone-handphone ni.. Bukan tak ade langsung, ada.. Tetapi tak de la macam sekarang... Tak kire kecik beso semua ada hp masing-masing.. Budak-budak sekolah pown dah ada hp masing-masing... So, dulu-dulunya tak de la nak anto sms ucap Selamat Hari Guru kat cekgu-cekgu kitorang.. Yang hado0oo kene tulis kad la untuk cikgu... Kalau tak beli pun, pakat-pakat buat sendiri untuk cikgu masing-masing... hehe..

Zaman sekarang dah canggih dan semua hanya dihujung jari aje.. Tekan-tekan, send aje.. Mudah kan... Mesti para-para guru berduyun-duyun dapat sms ucapan hari guru dari student-student mereka.. hikss.. 




Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh cikgu-cikgu... Teacher-teacher.. di Malaysia dan seluruh dunia.. Jasamu terlalu besar untuk kami.. Mendidik kami... Moga semua cikgu-cikgu terutamanya yang pernah mengajar aku, sentiasa dilindungi oleh-NYA... Diberi kebahagiaan.. Diberi keberkatan... Dilimpahkan Rezeki yang halal... Dirahmati... dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat... Teruskan usahamu dalam mendidik wahai cikgu... Jasamu ku kenang hingga hujung nyawa wahai guru-guru ku... 


Thank You Cikgu... :)

Read More

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Friday, May 13, 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Petang ni nak join segmen by Yanie Yusuf... Manelah tahu boleh menambah kenalan kan.. Sambil-sambil boleh BW... hehe..

Nak join?? Klik banner comel ni...



Tarikh Tamat
31 MEI 2016



Read More

Berus Gigi Untuk Qhaliff

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sakan betul harini update blog... Almaklumla.. Jumaatkan rehatnya panjang... Kelmarin aku beli berus gigi baru untuk aku punye hero sorang tu... Mama dia ada cakap yang mulut adik berbau... Mungkin berus gigi silicon dia yang lama tu dah tak support untuk mulut dia yang dah makan macam-macam sekarang ni... 

Balik kerja lepas ambil Qhaliff dari rumah pengasuh, aku berhenti di pasaraya Tunas Manja, Taman Tas untuk beli berus gigi baru untuk Qhaliff... Pilih punya pilih aku decide untuk beli jenama Oral-B.. Berus dia agak kiut dan comel... Offcos la gambar katon kan.. Aku ambil yang stage 1... Sesuai untuk baby 1 tahun... Yang tercatat dekat berus gigi tu, untuk 4 - 24 month.. 4 bulan dah ada gigi ke?? Konfius sekejap di situ.. hehe.. Kalau dah nama lagi untuk baby, mesti la berus dia berbulu soft aje kan..


Ini dia hasilnya... Harga Rm5.99 sahaja.. Berus yang comel... Untuk Qhaliff... Sebenarnya aku beli sekali dengan ubat gigi tau... Aku ingat baby umur 1 tahun dah boleh guna ubat gigi... Tapi bila aku search berkenaan hal ini, rupanya kanak-kanak berumur 3 tahun baru boleh start guna ubat gigi...

Baca Sini... --->>>  Dental Care


Dah terbeli ubatnya, maka buat pekasam aje la.. 2 tahun lagi baru boleh guna.. Tu pown kalau tarikh belum expired.. ngeeee...!! Mulanya bajet beli yang pureen punye, baby 1 tahun boleh guna la.. sekali sama jerk kandungan dia dengan kodomo lion... Haha.. Teruk sungguh ummi mu ini adik... Tak pe la.. Belajar dari pengalaman kan kata orang... Ini lah pengalaman namanya...


Kena banyakkan lagi pembacaan berkenaan baby lepas ni.. Banyak lagik benda yang tataw... Cetek benarrr pengetahuan aku dalam bab-bab ni... 

Nak berus gigi si kecik ni agak mencabar.. Bukan senang dia nak buka mulut.. Kene kita yang 'selakkan' bibir dia... Haha.. sesuai ke idokkkk perkataan tersebuttt...!!!!! Tapi tak mengapa, usaha tangga kejayaan.. Moga gigi adik dapat dijaga dengan baik.. Gigi adik comel.. haha..!!

Jom layan video Qhaliff... Makin menceriakan hari-hari ummi...




Read More

PART 3 | 1 Tahun Aku dan Dia

No comments

Assalamualaikum wbt..

Part 1  |  Part 2  |  Sambungan .......

Pica Sept 2015


Hampir terlupa aku dengan sambungan cerita ni.... Jom sambung cerita... Kali ni aku nak cerita tentang ragam/tabiat dan pembelajaran Qhaliff sepanjang dia meniti usia 1 tahun.. First sekali yang aku nak cerita berkenaan bantal busuk si Qhaliff ni.. Sejak kecil lagik, Qhaliff tidur mesti bertemankan bantal busuk dia untuk dia 'cocot' hujung bantal dan tutup muka dia... hehe.. Kalau tak de bantal dia tu mesti tak boleh tidur... Tabiat yang paling kiut dan unik dia adalah cara dia 'mencocot' hujung bantal.. Pada mulanya semua akan pelik tengok tabiat dia tu... Hujung mulut mesti nak kene bantal dan bergerak-gerak muncung-muncung gitu.. Itu la mencocot nama nya... aku yang kasi sendirik nama mencocot tu sebenarnya.. hahaha...


Tidur mesti nak  berbuai ye.. Kecuali dia terlalu letih dan tertidur dengan sendirinya atas tilam.. Kalau tak, mesti nak buai.. Tak de buai memang tak tidur... huhu.. Satu lagi tabiat dia suka isap jari... Huiii kadang-kadang naik risau.. Mane la tau kan lekat sampai besar tabiat tu.. Harapnya tak la.. 

Pica Okt 2015

Aku mula letakkan dia dalam walker seawal usianya 6 bulan.. Hurmm rasanya ada lagik kowt yang lebih awal... Semenjak dia pandai naik walker kemain laju lagik dia meluncur... Cedera parah kaki kami dilanggarnya.. haha...!! Tajam ohhh dia punye tepi walker tu.. huh.. 

Paling tak best, dia tak suka baring diribaan kita.. Qhaliff jugak tak suka tidur dipeluk.. mungkin rimas bagi dia.. huhu.. Makanya, tak merasa la ye aku nak tidur peluk dia.. sob.. sob.. sob...

Paling mencabar, bila dia kerap menangis.. Kadang-kadang sampai kami hilang punca untuk hentikan tangisan dia.. Dia menangis ada waktu yang tetap... Kalau dia tido malam, contohnya pukul 10 malam dia tido, then dia mesti sedar dalam jam 12 - 1 pagi.. Sedar dan terus menangis dengan kuatnya tanpa henti... Puas jugak memikirkan kenapa.. Mane la tahu ada sakit dimana-mana.. Kami sentiasa pasangkan ayat al- quran dekat rumah.. sebelum maghrib dah start pasang.. sampailah ke pagi esoknya.. Tapi keadaan tak berubah... Kami bawa jumpa ustaz, mane la tahukan ada gangguan ape-apa.. Tetap jugak sama keadaannya..  Sampai lah sekarang keadaan itu terjadi.. Kalau elok pown sekejap aje.. dalam seminggu ada la sekali dua dia tidur dengan aman.. Sampaikan kami terlewat masuk kerja.. Mane tak lewatnya, jam 5 pagi baru dapat tido.. huhu...

Sekarang keadaan masih sama... Tapinya sekarang lebih banyak nak bermain... Jam 12 - 1 pagi sedar... menangis.. Dah setel menangis, terus nak diajaknya kita bermain dengan dia.. Jam 3 @ 4 pagi baru tido balik... huhu.. Harapnya keadaan ini akan berubah dan menjadi lebih baik.. Insyaallah.. hikss...

Pica Nov 2015

Qhaliff start makan makanan solid sejuk usia 6 bulan... First makanan dia, aku kasi puree.. Dia memang kuat makan.. tapi badan tak naik jugak.. huhu... Sekarang  ni, bila orang makan dia mesti nak jugak.. Sama sibuk la dia dengan kita nak makan walaupun perut dah kenyang sangat... Lagi tak bagi lagi tu lah dia akan kacau kita makan....

Qhaliff jugak penah kena demam campak.. Tapi aku tak ingat la umur berapa bulan.. Biasa la RAM kecik kan.. Banyak bende tak sempat nak simpan dalam memori ni.... haha.. Bukan deman campak aje aku lupa... Dia mula tumbuh gigi pown aku dah lupa bila.. Aduhai ummi... Cepat benooo lupa...

Qhaliff memang lambat boleh berjalan... Dia mula berjalan pun dah masuk umur setahun baru boleh berjalan... Merangkak pown dia baru pandai dekat-dekat umur setahun.. sebaris dengan kebolehan dia berjalan.. Sebelum ni dia dok mengesotkan badan dia aje... Dia mula belajar berjalan sebetulnya sejak umur 11 bulan.. Tapi dia betul-betul dapat berjalan dengan jayanye adalah dalam usia dia 1 tahun... Kiranya baru lagi la dia boleh berjalannya.. hehe..

Pica Nov 2015

Pica Dis 2015

Pica Jan 2016

Masuk tahun baru gigi dia dah 6 batang.. sampai leee sekarang.. hehe.. belum ada pertambahan setakat ini... Banyak bende dia dah belajar dengan mama pengasuh dia... Antaranya, tepuk tangan... lambai tangan... Mungkin itu proses kebiasaan kanak-kanak seusia dia... Pembelajaran yang berperingkat... Kira asas la tu kan...

Pica Feb 2016

Perkataan pertama yang dia sebuat adalah 'Mama'... haha.. Seronok pengasuh dia... Sebab Qhaliff sebut mama dulu.. hiks... 'Ummi' sampai sekarang tak boleh sebut lagik... Sian ummi dikk oiiii!!!... Sekarang dah pandai sebut abah... Juga panggilan untuk suami pengasuh.. 'Abi' tak pandai jugak lagik.. haha.. Then perkataan seterusnya... 'babai'... dok lambai-lambai tangan sambil sebut babai... Seterusnya, perkataan 'katak'... hehehe.. Ini kes selalu nyanyi lagu katak si katak lompat la ni..

Pica Mac 2016


13 April 2016

13 April 2016, genaplah usia Qhaliff  1 tahun... Gambar kat atas ni, semasa di klinik kesihatan untuk buat check up setahun... Punye la dia buat perangai... Menangis.. merengek aje dia... Biasa pergi check up tak de ragam sangat... Dah masuk 1 tahun buat perangai lak dia.. hehe... Pening kepala misi pujuk si kecik ni... Macam-macam mainan dia kasi suruh benti menangis.. Selepas di periksa, semuanya ok-ok aje... Tak de masalah... Dah 1 tahun mestila kene suntik kan... Macam biasa bila kene suntik dia punye meraung... huhu.. Dasyat... Tapi sekejap aje... Lepas tu ok...

14 April 2016


14 April 2016

1 tahun dah anak ummi... Sekejap aje masa berlalu.... Moga Adik membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat... Amin..

Fuhhhh!!! Panjang betul entry kali ni... Rasanya takde ape dah aku nak cerita... Menyesal pulak aku tak buat catatan setiap perkembangan anak aku... Banyak dah yang lupa... Ruginyaaa laa... Penting tu tau untuk buat modal bercerita dengan dia bila dia dah besar nanti... Kepada ibu-ibu yang ada RAM kecik cam aku ni, boleh la buat catatan lepas ni... Supaya memori kita dengan si kecik dapat disimpan dengan baik...

Sekian...


Read More