Kari Ikan Tanpa Santan Resipi PokYa

Tuesday, May 3, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Seronok dapat cuti panjang baru-baru ni.. Cuti Hari Pekerja 1Mei baru ni.. Dapatlah relax-relax dekat rumah lama sikit... Hari minggu baru ni rasa nak makan kari ikan.. Nasib baik stok ikan banyak dalam peti sejuk.. huhu... En. somi yang request nak makan kari ikan sebenarnya.. Dia memang hantu kari... 

Memandangkan santan tak de dalam simpanan, so aku decide masak kari ikan tanpa santan.. alahaii.. Kari cam kedai mamak tu.. Tapi tak de la mamak mane pown, sebab resepinya super duper simple.. Haha.. Tak de bahan spesel sangat.. Cuma yang biasa-biasa aje.. Jom tengok resepinya dan layan gambar-gambar yang tak seberapa nak hado0o0ooo...!!

Kalau tak nampak sila zoom ye..!!

Sori yek.. Gambar resepi agak halusssss tulisan dia.. Silalah zoom kalau nak nampak dengan lebih jelas.. hehe.. Simple kan resepinya.. Bahan-bahan pown tak seberapa... Tapi hasil sangat lumayan yek... Jom layan gambar lak..

Ni gambar untuk first half... Haha.. Cam main bola lak ye first half bagai..


Ni pulak second half... Haha.. Kasi tarok segala ikan yang hado0oo..


Aku guna pelbagai ikan yerk... Hehe..


Finally... Inilah hasilnya.. Lumayan kann....!! hiks..


Oke la.. Kalau korang nak resepi yang simple untuk buat kari boleh la cuba resepi ni.. Aku memang jenis yang suka masak yang simple-simple aje.. Yang cerewet-cerewet ni boleh bikin fenin kepala.. So, selamat mencuba... peace..!!
Read More

Karaoke Sampai Lebam Dengan SMULE

2 comments
Assalamualaikum wbt..



Wahh kemain yek sekarang... Bukak aje fb, ada jerk video karaoke by smule daripada peminat-peminat karaoke yang di post maupown di share... Fenomena karaoke dengan menggunakan aplikasi SMULE ni dah makin hangat diperkata dan  melanda dunia hari ini... Almaklumlah dunia hari ini hanya dihujung jari...

Bagi yang memang kaki karaoke, sudah pastinya aplikasi ni sangat bermakna bagi korang kan.. Tak payah lagi nak jelajah pusat-pusat karaoke untuk menyumbangkan suara... Dengan Aplikasi Smule ni dah boleh suara disumbang dan dirakam untuk kenang-kenangan.. Haha..

Ramai jugak aku tengok yang dah terfemes dengan adanya aplikasi SMULE ni.. Ada yang dah diambil menjadi artis rakaman pown.. Terbaru yang aku dapat tahu Khai Bahar dah disunting jadi artis NAR Record.. Sebelumnya memang aku ikut nyanyian Khai Bahar ni dekat smule.. Suara dia memang best.. hehe.. Selain tu ada la beberapa orang lagi yang aku suka dengar dorang nyanyi... Best..



Okeh.. Bagi yang belum tahu dan tak pernah tahu dengan kewujudan aplikasi ini... Meh aku kabo sikit kat sini.. Aplikasi ini boleh di install di Google PlayStore secara PERCUMA ye.. Bila dah kita join SMULE ni, jika korang nak menjadi ahli VIP, korang kenalah bayar ye.. Untuk tempoh sebulan/ RM3.50 dan setahun/RM28 sahaja.. Banyak ohhh kelebihan kalau dah jadi ahli VIP ni... Sound dia ofcos la best dari yang free kan... Suara pown boleh menjadi meletop.. Haha..



Tu diaa.. Aku pown tak ketinggalan jugak... Nakk jugak join smule.. haha.. ko hadoooo??  Tapi bukan untuk femes ye.. Hanya untuk suka-suka.. Baru je lagik aku join.. Haha... Join hanya untuk melepaskan gian yang telah sekian lama meninggalkan dunia karok... Dulu aku pown suka karaoke jugak.. Sekarang je dah pencen.. Bila ada aplikasi ni, aku pown join la.. Boleh la karaoke sorang-sorang dekat rumah.. Identiti dia rahsiakan ye.. Malu sebab suara huru-hara.. Haha... Bio lee aku simpan untuk kenang-kenangan aku jerk... huhu..


Read More

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan Jun & Pencarian Bloglist Tahun 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Pepagi ni kita join segmen dulu.. Kih-kih...

Klik la banner ni untuk join ye...!!

10 Pemenang akan dipilih untuk menghiasi bloglist dalam blog syf. Dean ...

Jom join..

Tamat pada : 31 Mei 2016


Read More

Qhaliff Sudah Kembali Bertatih

Friday, April 29, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah.. Anak Ummi dah kembali nak bertatih... Sebetulnya, sebelum ni Qhaliff dah belajar bertatih.. Entah macam mana tetiba dia jadi takut dan dah tak berani nak bertatih.. Sehinggalah munculnya hari semalam... Haha ayat tak leh blah..

Ceritanya bermula disini... hoho.. Semalam, lepas kerja pergi amek dak kecik ni dekat rumah pengasuh.. Rutin harian... Macam biasala.. Sebelum balik umah, duduk sembang-sembang dulu dengan kak Eda (nama pengasuh adik)... Sesi melaporkan.. hehe.. Kak Eda cakap, adik dah boleh jalan... Terkejut jugak aku.. Terus aje dia test soh adik jalan... Haha.. Gembira aku tengok.. Qhaliff dah boleh dan berani jalan kembali.. yey..!! 

Dekat rumah, sebelum dak kecik ni tido, buat latihan bertatih dulu... Terkedek-kedek dia jalan.. Haha.. Kelakar tengok...  Aku ape lagik, terus rakam untuk kenang-kenangan... hehe.. Jom layan video adik bertatih...




** Ummi sayang adik ketat-ketat... Muaxxxx ciked..!!
Read More

HP Membuatkan Kehidupan Menjadi Suram

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Di tempat kerja... Main hp..
Di Kedai makan... Main hp...
Di rumah... Main hp....
Sambil makan... Main hp...
Dalam toilet... Main hp....
Bersama keluarga... Main hp..
Time nak tido.. Main hp..
Pendek kata, hp lah segala-galanya dalam hidup..



Haaa inilah fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini... 24 Jam sibuk dengan HP.. Tak kira tempat dan masa.. HP harus ada di tangan... Paling kronik, time solat pown hp masih berada di sisi... (nasib baik tak berada di tangan jugak ye) huhu.. Yang anak-anak, seawal usia dah diberi gadget masing-masing.. Yang ibubapa pula tak payah cakap la.. Secanggih-canggih mungkin gadget menjadi milik masing-masing.. 

HP dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita.. Tanpa HP rasanya ramai yang tak senang duduk.. Rasa ada sesuatu yang tidak lengkap.. Betul tak?? Betapa pentingnya HP kepada manusia di zaman sekarang ni.. Memang betul HP adalah alat komunikasi yang terpenting untuk kita berhubung antara satu sama lain.. Tak dinafikan perkara tu.. Tapi yang menjadi permasaalahannya sekarang, bila dah sepanjang masa berkepit dengan hp makanya semakin kuranglah interaksi secara realiti yang berlaku dengan orang sekeliling... Semuanya melalui maya sahaja.. huhu.. 

Laaaa ni aku nak sentuh berkenaan ibubapa yang terlalu taksub dengan teknologi yang ada pada hari ini.. Teknologi tu HP laa.. Sekarang ni teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan manusia, makanya ibubapa pun tidak terkecualilah dalam perubahan hidup yang serba mudah ni... Masing-masing sudah semestinya memiliki gadget peribadi yang membuatkan mereka semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak dan keluarga... Betul tak ibubapa sekalian??? huhu.. Kesian kat anak wehhhh!!

Dengan ketaksuban ni, ramai ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa.. Dah sibuk dengan HP 24 jam bila masa nak didik anak.. main-main dengan anak.. Ye dakk?? 

sumber : google

Masa anak-anak masih kecil, mereka perlukan perhatian ibubapa untuk mereka belajar, merasa dan mendengar.. Perhatian dan kasih sayang amat mereka perlukan... Tapi, kalau dah mak ayah mereka pown buat tataw aje dekat dorang dan sibuk mengadap hp 24 jam, bila masa pulak dia nak belajar sesuatu dari kita sebagai ibubapa ni.. Silap-silap dapat belajar bercakap pown lambat... Dah kita tak berinteraksi dengan dia.. asek berinteraksi dengan hp aje 24 jam.. iskkk..!!! ehhh emosi betol laaaa.... !! haha...

Time dorang masih kecil la dorang perlukan perhatian kita sepenuhnya... Bagila perhatian kat dorang terlebih dahulu.. tinggalkan lah sekejap hp tu... Beri masa dan ruang untuk bermain-main dan berinteraksi dengan dorang... Dorang kecik agik ohhh....!! perlukan perhatian... paham takkkkk!!!! emosi sekali lagik.. haha..

Bagi seorang ibu yang bekerjaya mungkin agak bz terlebih sikit daripada si bapanya.. Yelah.. Yang bekerja office hour, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang.. Balik kerja nak uruskan kerja rumah lagi... Mana nak cuci baju.. Itu tak pe lagik sebab guna mesin basuh.. Boleh tinggal dan buat kerja lain pulak.. Nak masak untuk makan malam... Kemas beg anak ( untuk hantar dirumah asuhan esoknya),  Nak iron baju kerja untuk esok lagi... Nak kemas rumah lagi... Macam rumah aku, memang nak kena sapu lantai hari-hari sebab rumah kuat berabuk.. Pelik!! Dari mana datang habuk tersebut pown tak tahu lahh ehh.. Nak buat nasi anak lagi kalau dah habis dalam simpanan.. Cuci pinggan.. Uruskan anak... Huh banyaknya.. ehhh.. ehhh... cam rutin harian aku jerk tu.. Haha... Memang tak de masa nak tengok tv pown weh aku... huhu... Kadang-kadang keletihan yang dirasai sukar digambarkan... Hanya yang mengalami dapat memahaminya.. hehe.. ehhh tercerita perihal harian aku lak.. wa wa wa...

Yang bapa pula, jangan la terlalu asek dengan hp tu aje ye... Tolong la tengok-tengokkan anak, saat isteri sibuk dengan tugasan rumah... Tapikan macam mana kalau si suami pula sibuk dengan hp bila di rumah, apa akan jadi?? Makanyaaaaaa..... Anak akan terabai laa dan isteri pulak sukar untuk menguruskan dan menyelesaikan tugasan rumahtangga dengan sempurna dan cepat.... Yelah, mana nak setelkan kerja rumah lagi.. Nak layan anak lagi sambil-sambil buat kerja rumah... Aduhaii... Kelam kelibut jadinya...

Bukan sahaja dengan anak, malahan dengan pasangan masing-masing pown perlukan interasi yang berkualiti.. Berbual-bual santai... Luahan perasaan... Bila masing-masing sibuk dengan hp, tiadalah lagi interaksi sesama sendiri... Maka, suramlah suasana kekeluargaan didalam rumah atau dimana sahaja... Tiada lagi ikatan kasih sayang.. Tiada lagi ikatan kekeluargaan yang erat kerana masing-masing punya dunia tersendiri.. Iaitu dunia bersama HP.. Lebih tepat dunia maya...

sumber : google

Jadinya, binalah masa yang berkualiti dalam rumah atau dimana sahaja kita berada... Janganlah biarkan masa berlalu tanpa kita memanfaatkan sebaik mungkin untuk membina keluarga yang penuh dengan kasih sayang... Berilah perhatian yang sepenuhnya kepada anak yang masih kecil kerana mereka memerlukan perhatian kedua ibubapanya untuk mempelajari tentang kehidupan ini... Bukan anak kecil sahaja yang memerlukan perhatian, malahan remaja dan dewasa juga... Berikankan ruang dan masa untuk berborak-borak dengan pasangan... Menyelami perasaan pasangan...  Agar kehidupan yang dilalui tidak menjadi suram dan kelam...

Kita hidup di zaman sekarang ibarat hidup dalam kematiankan.. Komunikasi secara realiti semakin pudar... Lebih suka berdiam diri kerana lebih banyak berkomunikasi di alam maya... Hanya jari jemari laju bergerak sedangkan mulut diam membisu berbicara.. Ibarat "hidup tetapi dalam kematian"...

Maka... bangunlah kamu.. kamu.. aku juga... Haha..!!

Berhiduplah sebagaimana manusia itu hidup...

Di kala bersama suami/isteri.. simpanlah HP mu..!!
Di kala anak-anak mula bercerita... simpanlah HP mu...!!
Di kala bersama ibubapa... Simpanlah HP mu...!!
Di kala tetamu datang bertandang... Simpanlah HP mu..!!

Sekian...

** Panjangnyeeee aku membebel kali ni.. Haha...!!

Read More

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

7 comments

Assalamualaikum wbt..


Settle dah semua SYARAT WAJIB yang ditetapkan untuk GA ni..

Fuhhh...!!

LA joinnnn..!!


Read More

Doa Supaya Anak Rajin Solat

Wednesday, April 27, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..



Read More

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read More

PART 2 | 1 Tahun Aku dan Dia

Tuesday, April 26, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica bulan Mei 2015

Sambung cerita dari kisah Part 1 hari tu... Part 3 |

Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang Ibu a.k.a Ummi yang sebenar-benarnya setelah pulang dari Hospital.. Jaundis anak aku masih tinggi masa tu... Banyak jugak petua yang kami amalkan untuk turunkan jaundis ni.. Tapi semua tak menjadi... Setelah dirisik-risik, kami dapat tahu yang sebuah klinik di Permatang badak, Kuantan yang mengamalkan perubatan as-syifa menjual ubat jaundis.. Ubat Jaundis yang dijual adalah ubat Homopati.. Ubatnya berbentuk cecair (air) yang perlu dititiskan kedalam mulut baby..

Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT... Anak aku serasi dengan ubat tersebut.. Nurse pown terkejut bila dapati jaundis anak aku turun dengan cepat... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Syukur tak terkata...

Hari-hari yang berikutnya seperti biasa lah, nurse akan datang rumah untuk buat pemeriksaan ibu dan anak.. hehe.. Tensen gak kadang-kadang kene check kerap sangat.. haha... Tapi itu lah rutin yang harus dilalui setiap ibu yang baru bersalin.. 

Dalam tempoh 7 hari segala urusan pendaftaran siap dilakukan.. Semuanya berjalan lancar.. Anak aku diberi nama Muhammad Qhaliff Amsyar... Qhaliff bermaksud Khalifah dan Amsyar membawa maksud yang cergas.. Huwaa memang sangat cergas ye sekarang.. Haha... Qhaliff tak banyak ragam sangat masa baru lahir,... Cuma ada la kadang-kadang menangis.. Susah nak tido.. Meragam sikit-sikit... Tu adat la kan... Orang cakap anak lelaki ni kuat menyusu.. Tapi si Qhaliff ni tak de la kuat mane menyusu.. Biasa-biasa aje.. 

Pica Jun 2015

Hampir sebulan jugak aku berpantang rumah mak aku... Syukur masih mempunyai emak time aku bersalin.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih Emak.. Bersusah payah emak aku menjaga aku dalam pantang.. Sampaikan dia pitam dan jatuh... Allahuakbar.. Bersalahnya aku rasa masa tu.. Bersalah sebab aku rasa aku dah menyusahkan dia.. Lepas dia jatuh, aku dah tak benarkan dia jaga aku.. Semua aku uruskan sendiri... Alhamdulillah tuhan beri aku kekuatan walaupun aku dalam pantang... Syukur.. Kesian mak.. Lepas emak aku dah sihat sikit, aku buat keputusan untuk pulang rumah sendiri sebab tak mahu susahkan dia lagi... 

Setelah pulang ke rumah sendiri, aku  uruskan diri aku sendiri... Uruskan anak... Seronok sebenarnya menjadi seorang ibu ni.. Hehe.. Cumanya bila anak meragam aku dah cuak sendiri.. haha..!! Tapi semua tu memang kene hadap la.. Takan nak yang best-best aje kan.. 

Qhaliff membesar dengan baik.. Sekali dua ada jugak dia demam.. Firstime dia demam.. Allahurabbi.. Risau bukan kepalang.. Badan sangat-sangat panas... macam-macam petua aku buat.. Tuam badan.. bawak ke klinik sudah.. semua tak menjadi.. Last sekali dah tak de pilihan aku terus pergi pakar kanak-kanak.. Masa tu suhu dia 40 darjah... Doktor cakap tinggi sangat dia punya suhu.. aku dah risau.. Anak aku pulak menangis tak berhenti.. mungkin badan tak selesa kan.. panas sangat.. Terus doktor masukkan ubat dekat 'montot' dia.. Tak berapa lama dia dah mula berpeluh-peluh.. Syukur sangat.. Esoknya demam dia dah kebah.. Alhamdulillah..

Pica Julai 2015

Itulah firstime dia demam teruk... Dannn tiba lah masa untuk Qhaliff di hantar ke rumah pengasuh... Masalah yang aku hadapi adalah nak ajar dia minum susu menggunakan botol susu.. Haha.. Cuak mak nakkkkk...!! Mane taknye.. semua botol yang diberi dia tak nakk... Pacifier memang dia tak nak dari kecik lagi.. Berusahalah aku mencarik botol yang dia boleh terima... Google sana.. Google sini.. Dok baca pengalaman ibu-ibu lain dalam blog.. Dah macam-macam jenis botol di beli dan diberi.. semua dia reject ye..!!  Last sekali beli botol pigeon... Ramai yang berjaya dengan botol pigeon ni.. So, aku buat keputusan untuk cuba botol pigeon ni..

Pigeon Peristaltic Plus


Botol ni aje yang berjaya memikat hati si kecik aku tu... Setelah masalah botol selesai barulah senang hati aku nak hantar ke pengasuh... Dalam pencarian pengasuh untuk Qhaliff pulak aku mintak jasa baik seorang makcik untuk carikan... Alhamdulillah, Syukur sekali lagi kepada ALLAH kerana menemukan Qhaliff dengan pengasuh yang sangat-sangat baik dan perihatin serta penyayang... Satu family penyayang.. Suka budak-budak.. Yang paling ajaibnye.. Dia jaga Qhaliff sorang aje.. Dia tak nak jaga ramai-ramai.. Baby la.. Kalau yang dah besar tu ada la sorang dua... Tu pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak datang.. Kirenya jarang-jarang je la dia jaga... Jom belanja gambar qhaliff bersama ahli keluarga pengasuh.. haha..

Bersama keluarga pengasuh a.k.a keluarga angkat

Firstime aku nak hantar ke pengasuh, perasaan sedih menyelubungi aku.. Mana taknye, dekat 3 bulan aku dok jaga dia.. Last-last aku bagi dekat orang pulak untuk jaga dia.. Dah berkongsi kasih sayang kat situ.. Haha... Tapi itu lah lumrah bagi seorang ibu yang berkerjaya kan... Terpaksalah lalui jugak semua tu.. Mula-mula rasa risau jugak nak hantar ke pengasuh, almaklumlah sekarang kan banyak kes-kes dera melibatkan pengasuh... Setelah beberapa hari hantar, aku dapat rasakan pengasuh ni lain dari yang lain.. Keluarga dorang penuh dengan kasih sayang... Alhamdullillah..

Pica Ogos 2015


Pica Ogos 2015

Okeh la.. sampai sini dulu untuk part 2 ni.. Dalam entry akan datang aku akan ceritakan tentang kerenah dan pembelajaran Qhaliff sepanjang dia meniti usia 1 tahun... peace...!!


Read More

Tutorial | Tukar Blogspot.my Kembali Asal ke Blogspot.com

Thursday, April 21, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..



Mood update blog agak merundum sikit akibat daripada template blog aku yang masih serabai dan tak terurus lagik.. Tapi nak jugak update satu tutorial bagaimana cara nak tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com.. Mungkin ramai dah tahu cara-cara ni kan.. Tak pe.. Aku nak jugak up sebabnya aku  ni selalu lupa.. Haha.. Jom Tengok step by step.. Ohh.. lupa nak kasi tau tutorial ni pown aku dapat dari sebuah blog ye.. Nanti di akhir entry aku akan kreditkan blog tersebut.. 

Oke.. Caranya..

1. Pergi ke template - Edit HTML
2. Tekan CTRL + F dan search <head> dalam template
3. Dah jumpa <head>, silalah copy script dibawah ni dan paste di atas / sebelum <head> tadi..

...............................................................................

<script type="text/javascript">
var blog = document.location.hostname;
var slug = document.location.pathname;
var ctld = blog.substr(blog.lastIndexOf("."));
if (ctld != ".com") {
var ncr = "http://" + blog.substr(0, blog.indexOf("."));
ncr += ".blogspot.com/ncr" + slug;
window.location.replace(ncr); }
</script>

...............................................................................


Mudah kan.. Semudah ABC.. Cewahh..

Credit untuk blogger nicknashram untuk tutorial yang ohsem ni.. hehe..

Link :  Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com


Read More

Slide Image Post Blog Problem..

Wednesday, April 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Arghh..!! Tensen.. Slide Image halaman posting blog aku tak berfungsi la pulak.. Kedudukan gambar di sebelah kiri... Kenapa tak center?? Ohh...

Puas aku carik coding untuk betulkannya.. Tapi tak jumpa jugak... Mungkin kawan-kawan blogger tahu camne nak selesaikan masalah ni.. leh la kongsi dengan saya... Huwaaa...!!

Aku Yang Buntu...!!


update...

Ehhh dah elok gambarnya center, muncul lak problem baru... sidebar lak tulisan jadik center... arghhhh + + + + tensennn....


Read More

Part 1 | 1 Tahun Aku dan Dia

Monday, April 18, 2016

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica malam besday babyboy

13 April 2016... Genap umur anak aku 1 tahun.. Sekejap jerk masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dan 1 tahun umur Muhammad Qhaliff Amsyar kesayangan ummi ni.. hehe.. Dalam tempoh membesarkan si kecik ni, macam-macam liku dan dugaan yang aku tempuh.. Ada pahitnya... Ada manisnyeee... Almaklumlah-kan anak pertama.. Banyak bende kena belajar... Walaupown berliku-liku dan bermacam-macam dugaan yang aku lalui dalam membesarkan dak kecik ni, keseronokannya tetap ada dan tak dapat digambarkan seronoknya menjadi seorang ibu.. 

Scan pica 8 minggu (hitam putih) / 3D scan - 7 bulan

Sebelum kelahirannya... Selama 9 bulan aku mengandungkan Qhaliff... 2 bulan pertama memang tak de alahan apa-apa lagik.. Nak tahu sebab apa?? Sebab time tu belum tahu aku mengandung.. Lepas pada tu, bila dah tahu yang aku mengandung, dugaan alahan datang bertimpa-timpa.. Allahuakbar... Tuhan saje yang tahu betapa siksanya alahan tersebut.. haha.. Alahan yang paling teruk aku hadapi ialah sentiasa nak meludah.. Yang mual tu biasala kan.. Mesti ada punye.. Yang bab meludah ni la yang tak larat nak hadap.. Sampai tahap aku sediakan bekas untuk meludah ye tepi katil dan di pejabat.. Haha.. Time tu aku wat tebal muka jerk kat opiz.. Yelah asek meludah jerk.. Kikiki..

Dari pembacaan aku dekat blog-blog mommy yang pernah menghadapi masalah cam aku ni, ada yang menghadapi masalah ni sehingga kandungan 6 bulan sahaja.. Tetapi aku sampai ke 8 bulan... Huh.. Stressnya tak payah cakap la.. Naik lengoh urat-urat lidah dan mulut meludah.. Haha.. Satu lagi masalah yang aku hadapi HB rendah... Makan macam-macam untuk naikkan HB... Tak jugak naik-naik... Siap kene marah dengan nurse lagik.. Hehe.. Tapi alhamdulillah akhirnya semua ok dan stabil..

Tengahari 12.04.2015 tanda-tanda nak bersalin (darah) dah keluar.. sikit aje.. Time tu tak sakit lagi.. Wat lex wat pis jek time tu.. Masa tu kat umah mak aku... Tengah malam (dh ada dekat rumah sendiri) rasa sakit dah mai dahh dok singgah.. Tapi sikit-sikit jerk la.. Darah pown dah banyak keluar dari yang sebelumnya.. Risau mula datang... Terus siap-siap untuk pergi hospital... Sebelum pergi tu sempatla makan dulu.. Mane la tau kene tahan wad ke malam tu.. Lapooo lak perutnya nanti...

Sampai hospital terus kene check.. Ohhh.. bukaan baru 1-2 cm... Sikit baru rupenya... Boleh balik dulu kata doktor.. hehe.. Kitorg p pusing-pusing bandar dulu.. Pastu aku tak larat dah nak jalan-jalan.. Terus balik rumah rehat... 13.04.2016 - dekat pukul 5 pagi, rasa sakit mencucuk-cucuk.. Huwaa... sakitnyaaaaa.... Terus kejut husband soh bawak p sepital... Sampai sepital kene check then terus kene tahan wad sebab sakit sangat... Bukaan pown masih sedikit ye.. Oleh kerana sakit sangat kenelah tahan wad... Haha...

Dalam jangka masa yang lama jugak menahan kesakitan.. Bukaan yang terlalu lambat... Menggelepar aku atas katil wad menunggu masuk labour room.. Hoh menggelepar tu.. Hahaha.. ayat teruk bebeno... Tapi siess ohh sakit.. Sampai la masa untuk masuk laboor room jam 3 petang ye.. Bayangkan dari awal pagi sampai ke petang menahan kesakitan.. huhu.. Tak tertanggung rasanya..

Dalam laboor room pulak sekian hal menahan sakit... sampai nak tercabut palang besi dalam LR tu aku tarik.. Haha.. Dah la serabut dengan wayar yang berselirat atas perut.. (wayar check jantung baby - entah mesin ape entah.. tak amek port aku nama bende alah tu)... Pusing kiri tak kena... Pusing kanan tak kena... Tunggu bukaan yang betul-betul boleh pushh... Hoho.. Lambatnyaaaa...

Bila dah tiba untuk meneran... Dengan semangat gagah perkasanya aku pushh... Punye nak cepat-cepat melepasi tahap kesakitan yang amat tu... Pushh punya pushh tak jugak keluar... Kepala baby besar pulak kata nurse... Sampai aku hilang tenaga... Dan seolah-olah dah tak berdaya untuk pushh lagi... Tapi bila nurse cakap degupan jantung baby dah slow sebab terlalu lama... Aku dengan kudrat yang masih tersisa, aku kuatkan semangat jugak untuk push sehabis baik... Dengan semangat seorang suami agik disebelah... Ditambah pula dengan semangat ramai yang diberikan oleh nurse yang segerombolan mengelilingi aku ketika itu... Sebabnya aku patient terakhir waktu tu.. yang masuk lewat pada aku pown dah selamat bersalin.. aku jerk tak bersalin-bersalin jugak... hehe..

Sampai la jam 6 lebih petang (adeh tak ingat lak waktu yang tepat) yang aku ingat sebelum azan maghrib... Alhamdulillah, seorang baby lelaki yang kacak bergaya selamat dilahirkan dengan berat 3.25kg... Syukur-syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak yang sihat dan cukup sifatnya kepada kami... Terima kasih ALLAH... Terima kasih juga kepada semua nurse-nurse yang berusaha dan membantu dalam menyambut kelahiran ini..


Kesayangan Ummi - Muhammad Qhaliff Amsyar

Selepas kelahiran aku berpeluang untuk menyusukan anak aku buat kali pertamanya... Allahuakbar indahnya apabila dapat menyusukan anak dengan susu badan sendiri... Alhamdulillah rezeki yang tuhan bagi kepada anak aku... Syukur... Setelah selesai semua sekali aku dibenarkan keluar dari labour room... Sebelum ke wad, aku menunggu anak aku untuk dibawa sekali ke wad... Aku menunggu di pintu di salah satu bilik yang ada dalam bahagian labour room tersebut... Time tu aku dah nampak doktor dan nurse berbincang sesuatu yang agak mencurigakan sambil mendukung anak aku... Aku dah rasa risau dan cuak... Ada apa-apa tak kene ke dengan anak aku?? telahan aku ketika tu... Tertanya-tanya aku...

Sehinggalah aku dikhabarkan oleh seorang doktor satu berita yang mengejutkan aku... Yang anak aku disahkan telah menelan darah aku semasa hendak melahirkan... Dushhh... luruh jantung aku dengar berita tersebut... Sebabnya selepas menyusu badan, dia muntah dan ada darah dalam muntah dia... Aduhaiii.. Gundah gulana hati... Sebelum tu aku dah tanye nurse, anak aku ok tak? Dia maklumkan semuanya ok.. Tak de masalah... Sebab tu la aku agak terkejut dengan berita yang doktor sampaikan tu... huhu...

Selepas anak diserahkan kepada aku terus aku ke wad ibu-ibu bersalin bersama-sama anak aku... Tak sampai beberapa jam doktor datang check anak aku dan terus mintak kebenaran untuk dibawa ke bilik pemerhatian baby... Tersentap aku kejap ohhh...!! Kejap sangat aku bersama anak aku...

Esoknya aku pergi bilik pemerhatian untuk tengok anak aku... Alahai sedihnya tengok keadaan dia.. Dah dimasukkan tiub ke mulut dia... Luluh hati aku.. Lembik aje keadaan dia... Tak bemaya... Tak bergerak-gerak pown... Tidur aje... Menangis pown tak... Sedihnya tuhan sahaja yang tahu....

Petangnya aku dibenarkan pulang tanpa anak... Lagik la rasa pilu... Hanya kiriman susu badan aje selepas itu untuk dia.... Hurmm dekat seminggu jugak dia kena tahan wad... Selama itulah aku berulang untuk menyusukan dia... Dah boleh keluar wad tetiba doktor maklumkan anak aku kene kuning lak... aduhhh... Kene tahan lagik... Dengan aku-aku sekali kene masuk wad jaga anak aku... huhu

Bermula la kehidupan dia dibawah lampu biru itu... Kesian.. Panas... Kulit jadi kering... Hari-hari aku doa agar dia cepat sembuh... 4, 5 hari jugak duduk dalam wad tu... Kejap-kejap kene cucuk amek darah... Pilu aku tengok... Bila doktor cakap dah boleh check out dari wad... yey!!! gembira tak terkata.... Haha... Tapi tetap kene pemantauan dari klinik desa ye... Sebab kuning nya masih ada... huhu..

Bila dah dapat balik rumah... bermula la kehidupan aku sebagai Ummi kepada seorang babyboy yang sebenar-benarnya... Nak tahu aku guna ubat apa untuk turunkan kuning anak aku...??? haaaa tunggu sambungannya yee... Part 2 nanti... Huhuhu

Belanja pica wajah-wajah kesayangan hamba sepanjang April 2015


**pjg sgt terpaksa buat part by part... huhu


Part 2 | Part 3
Read More

Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.Com 2016

Friday, April 15, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Rasanya tak pernah lagik kowt aku join segmen bloglist... Kali ni terpanggil lak untuk join segmen by Blogger Tengkubutang ni... Mane lah tahu kan kowt-kowt bernasib baik menjadi bloglist dalam blog beliau... hik..!!

Dengan ini LA join segmen Tengku Butang ni.. Yey..


TARIKH TAMAT

 15 April 2016
^
|
|
|
Harini ohhh tamat.. cepat2..!!


Read More

Kisah Suka Duka Si Kecil Sepanjang 1 Tahun

No comments

Assalamualaikum wbt...



Memandangkan umur anak  aku ni dah mencecah 1 tahun pada 13.04.2016 beberapa hari yang lepas, tergerak lak hati aku ni nak up entry tentang si kecik kesayangan beta ni.. Kisah suka duka si kecik ni sepanjang kehidupannya di atas muka bumi tuhan ni... hik..!!

Oh...!! Bukan arini ke nak up tu...???? Haha... Sori, bukan rini k... 

Biasa la kalau dah suka duka sepanjang 1 tahun mesti la panjang berjela kan.. So, memakan masa jugak la nak kasi siapkan entry tersebut.. Dah siap nanti aku publish ekk..... eh.. aku lak rasa tak sabo ni dah kenapaaaa... Hoh..!!



Read More

Perbezaan Antara Lelaki & Wanita

Wednesday, April 13, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber image : Google (ada ejas sikit.. hik)


PEREMPUAN di-UJI di dunia...
  • Kena pakai TUDUNG...
  • Kene pakai STOKIN...
  • Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA...
  • Kena banyak FITNAH...
  • Kena TAAT perintah SUAMI...
  • Kena menjaga MARUAH DIRI...
  • Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS...
Di Akhirat...
SABAR + REDHA  =  InsyaALLAh SYURGA menanti


LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia...
  • Tak payah pakai TUDUNG...
  • Tak payah pakai STOKIN...
  • AURAT senang dijaga...
  • Tidak risau dengan FITNAH...
  • MUDAH nak buat apa sahaja...
Tapi di Akhirat...
  • Tanggung dosa DIRI SENDIRI...
  • Dosa ISTERI...
  • Dosa ANAK-ANAK...
  • Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat...
  • Dosa tidak beri NAFKAH...
  • Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
  • Dosa ADIK-ADIK...
  • Dosa sesama MANUSIA...
  • Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA  belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka di-BUAT atau TIDAK di DUNIA...

Lelaki dan Wanita...
Masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL...

Janganlah kita merungut...
REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH...

Apa yang KITA ada INGATLAH...
Sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN...

ALLAHUAKBAR...

_Muhasabah Diri_


Read More