Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Wednesday, April 27, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read More

PART 2 | 1 Tahun Aku dan Dia

Tuesday, April 26, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica bulan Mei 2015

Sambung cerita dari kisah Part 1 hari tu... Part 3 |

Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang Ibu a.k.a Ummi yang sebenar-benarnya setelah pulang dari Hospital.. Jaundis anak aku masih tinggi masa tu... Banyak jugak petua yang kami amalkan untuk turunkan jaundis ni.. Tapi semua tak menjadi... Setelah dirisik-risik, kami dapat tahu yang sebuah klinik di Permatang badak, Kuantan yang mengamalkan perubatan as-syifa menjual ubat jaundis.. Ubat Jaundis yang dijual adalah ubat Homopati.. Ubatnya berbentuk cecair (air) yang perlu dititiskan kedalam mulut baby..

Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT... Anak aku serasi dengan ubat tersebut.. Nurse pown terkejut bila dapati jaundis anak aku turun dengan cepat... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Syukur tak terkata...

Hari-hari yang berikutnya seperti biasa lah, nurse akan datang rumah untuk buat pemeriksaan ibu dan anak.. hehe.. Tensen gak kadang-kadang kene check kerap sangat.. haha... Tapi itu lah rutin yang harus dilalui setiap ibu yang baru bersalin.. 

Dalam tempoh 7 hari segala urusan pendaftaran siap dilakukan.. Semuanya berjalan lancar.. Anak aku diberi nama Muhammad Qhaliff Amsyar... Qhaliff bermaksud Khalifah dan Amsyar membawa maksud yang cergas.. Huwaa memang sangat cergas ye sekarang.. Haha... Qhaliff tak banyak ragam sangat masa baru lahir,... Cuma ada la kadang-kadang menangis.. Susah nak tido.. Meragam sikit-sikit... Tu adat la kan... Orang cakap anak lelaki ni kuat menyusu.. Tapi si Qhaliff ni tak de la kuat mane menyusu.. Biasa-biasa aje.. 

Pica Jun 2015

Hampir sebulan jugak aku berpantang rumah mak aku... Syukur masih mempunyai emak time aku bersalin.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih Emak.. Bersusah payah emak aku menjaga aku dalam pantang.. Sampaikan dia pitam dan jatuh... Allahuakbar.. Bersalahnya aku rasa masa tu.. Bersalah sebab aku rasa aku dah menyusahkan dia.. Lepas dia jatuh, aku dah tak benarkan dia jaga aku.. Semua aku uruskan sendiri... Alhamdulillah tuhan beri aku kekuatan walaupun aku dalam pantang... Syukur.. Kesian mak.. Lepas emak aku dah sihat sikit, aku buat keputusan untuk pulang rumah sendiri sebab tak mahu susahkan dia lagi... 

Setelah pulang ke rumah sendiri, aku  uruskan diri aku sendiri... Uruskan anak... Seronok sebenarnya menjadi seorang ibu ni.. Hehe.. Cumanya bila anak meragam aku dah cuak sendiri.. haha..!! Tapi semua tu memang kene hadap la.. Takan nak yang best-best aje kan.. 

Qhaliff membesar dengan baik.. Sekali dua ada jugak dia demam.. Firstime dia demam.. Allahurabbi.. Risau bukan kepalang.. Badan sangat-sangat panas... macam-macam petua aku buat.. Tuam badan.. bawak ke klinik sudah.. semua tak menjadi.. Last sekali dah tak de pilihan aku terus pergi pakar kanak-kanak.. Masa tu suhu dia 40 darjah... Doktor cakap tinggi sangat dia punya suhu.. aku dah risau.. Anak aku pulak menangis tak berhenti.. mungkin badan tak selesa kan.. panas sangat.. Terus doktor masukkan ubat dekat 'montot' dia.. Tak berapa lama dia dah mula berpeluh-peluh.. Syukur sangat.. Esoknya demam dia dah kebah.. Alhamdulillah..

Pica Julai 2015

Itulah firstime dia demam teruk... Dannn tiba lah masa untuk Qhaliff di hantar ke rumah pengasuh... Masalah yang aku hadapi adalah nak ajar dia minum susu menggunakan botol susu.. Haha.. Cuak mak nakkkkk...!! Mane taknye.. semua botol yang diberi dia tak nakk... Pacifier memang dia tak nak dari kecik lagi.. Berusahalah aku mencarik botol yang dia boleh terima... Google sana.. Google sini.. Dok baca pengalaman ibu-ibu lain dalam blog.. Dah macam-macam jenis botol di beli dan diberi.. semua dia reject ye..!!  Last sekali beli botol pigeon... Ramai yang berjaya dengan botol pigeon ni.. So, aku buat keputusan untuk cuba botol pigeon ni..

Pigeon Peristaltic Plus


Botol ni aje yang berjaya memikat hati si kecik aku tu... Setelah masalah botol selesai barulah senang hati aku nak hantar ke pengasuh... Dalam pencarian pengasuh untuk Qhaliff pulak aku mintak jasa baik seorang makcik untuk carikan... Alhamdulillah, Syukur sekali lagi kepada ALLAH kerana menemukan Qhaliff dengan pengasuh yang sangat-sangat baik dan perihatin serta penyayang... Satu family penyayang.. Suka budak-budak.. Yang paling ajaibnye.. Dia jaga Qhaliff sorang aje.. Dia tak nak jaga ramai-ramai.. Baby la.. Kalau yang dah besar tu ada la sorang dua... Tu pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak datang.. Kirenya jarang-jarang je la dia jaga... Jom belanja gambar qhaliff bersama ahli keluarga pengasuh.. haha..

Bersama keluarga pengasuh a.k.a keluarga angkat

Firstime aku nak hantar ke pengasuh, perasaan sedih menyelubungi aku.. Mana taknye, dekat 3 bulan aku dok jaga dia.. Last-last aku bagi dekat orang pulak untuk jaga dia.. Dah berkongsi kasih sayang kat situ.. Haha... Tapi itu lah lumrah bagi seorang ibu yang berkerjaya kan... Terpaksalah lalui jugak semua tu.. Mula-mula rasa risau jugak nak hantar ke pengasuh, almaklumlah sekarang kan banyak kes-kes dera melibatkan pengasuh... Setelah beberapa hari hantar, aku dapat rasakan pengasuh ni lain dari yang lain.. Keluarga dorang penuh dengan kasih sayang... Alhamdullillah..

Pica Ogos 2015


Pica Ogos 2015

Okeh la.. sampai sini dulu untuk part 2 ni.. Dalam entry akan datang aku akan ceritakan tentang kerenah dan pembelajaran Qhaliff sepanjang dia meniti usia 1 tahun... peace...!!


Read More

Tutorial | Tukar Blogspot.my Kembali Asal ke Blogspot.com

Thursday, April 21, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..



Mood update blog agak merundum sikit akibat daripada template blog aku yang masih serabai dan tak terurus lagik.. Tapi nak jugak update satu tutorial bagaimana cara nak tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com.. Mungkin ramai dah tahu cara-cara ni kan.. Tak pe.. Aku nak jugak up sebabnya aku  ni selalu lupa.. Haha.. Jom Tengok step by step.. Ohh.. lupa nak kasi tau tutorial ni pown aku dapat dari sebuah blog ye.. Nanti di akhir entry aku akan kreditkan blog tersebut.. 

Oke.. Caranya..

1. Pergi ke template - Edit HTML
2. Tekan CTRL + F dan search <head> dalam template
3. Dah jumpa <head>, silalah copy script dibawah ni dan paste di atas / sebelum <head> tadi..

...............................................................................

<script type="text/javascript">
var blog = document.location.hostname;
var slug = document.location.pathname;
var ctld = blog.substr(blog.lastIndexOf("."));
if (ctld != ".com") {
var ncr = "http://" + blog.substr(0, blog.indexOf("."));
ncr += ".blogspot.com/ncr" + slug;
window.location.replace(ncr); }
</script>

...............................................................................


Mudah kan.. Semudah ABC.. Cewahh..

Credit untuk blogger nicknashram untuk tutorial yang ohsem ni.. hehe..

Link :  Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com


Read More

Slide Image Post Blog Problem..

Wednesday, April 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Arghh..!! Tensen.. Slide Image halaman posting blog aku tak berfungsi la pulak.. Kedudukan gambar di sebelah kiri... Kenapa tak center?? Ohh...

Puas aku carik coding untuk betulkannya.. Tapi tak jumpa jugak... Mungkin kawan-kawan blogger tahu camne nak selesaikan masalah ni.. leh la kongsi dengan saya... Huwaaa...!!

Aku Yang Buntu...!!


update...

Ehhh dah elok gambarnya center, muncul lak problem baru... sidebar lak tulisan jadik center... arghhhh + + + + tensennn....


Read More