Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal

Thursday, November 17, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal  |  Allahuakbar.. Terkejut aku baca berita dalam paper pagi tadi tentang kes culik bayi 5 hari di Hospital Tanah Merah (HTM) kelmarin.. Kabarnye, bayi yang baru berusia 5 hari itu dilarikan oleh sepasang suami isteri dari wad penjagaan bayi hospital tersebut... 

Alhamdulillah dengan kecekapan dan tindakan pantas pihak polis, bayi itu dapat dikesan semula beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.. Pasangan suami isteri tersebut telahpun ditahan reman untuk siasatan lanjut.. 

Keratan akhbar - Harian Metro 17 November

Haisss camnelah boleh jadi camni yek.. Camne pulak orang lain boleh daftar keluar anak orang lain.. Konfius aku.. Kalau aku la berada tempat ibu bayi tu, tataw la camne.. Leh gile aku jadinya.. Huhu.. 

Keratan akhbar - Berita Harian 17 November

Bila berlaku kes macam ni, dah semestinya tahap keselamatan hospital dipersoalkan.. Kenapa boleh terjadinya kejadian seperti ini.. Longgarkah tahap kawalan keselamatan di hospital kerajaan?? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Wahh banyak benoo soklannya ye... 

Mehlah kite tengok macam maca sebenarnya prosedur dan proses kawalan keselamatan bayi di hospital bagi mengelakkan kejadian pertukaran atau penculikan bayi.. Aku dapat info ni dari akhbar Harian Metro [17 Nov 2016].. 


PROSEDUR DAN PROSES KAWALAN KESELAMATAN BAYI DI HOSPITAL BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN PERTUKARAN ATAU PENCULIKAN BAYI
sumber : Harian Metro - 17.11.2016


SEBELUM KELAHIRAN
  • Menerima maklumat kemasukan dan status ibu ke wad bersalin yang akan dipakaikan tag nama oleh Pejabat Daftar Masuk
  • Tag nama sementara untuk bayi disediakan dan sentiasa dikepilkan bersama laporan perubatan ibu
  • Untuk ibu yang menjalani kelahiran pembedahan, pengesahan nama akan dibuat di hadapan ibu sebelum dibius di dewan bedah.

SEMASA KELAHIRAN
  • Kelahiran disambut oleh pegawai perubatan, bidan bertauliah atau pelatih
  • Selepas dilahirkan, bayi terus ditunjukkan kepada ibu untuk pengesahan jantina dan diletakkan dalam pelukan ibu sebelum dipasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi.

SELEPAS KELAHIRAN
  • Ibu dan bayi akan dipindahkan ke post-natal, bayi diperiksa dan disahkan berpandukan dokumen iaitu borang kemasukan bayi, kad pengenalan/passport ibu.
  • Tag nama ibu dan nama bayi akan dipastikan betul ketika penyerahan kepost-natal dan kedua-duanya dipakaikan tag nama.

PROSES DISCAJ
  • Pemeriksaan dibuat oleh jururawat yang akan menyediakan borang pengenalan discaj bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar dan ibubapa atau waris akan mengisi maklumat dan menandatangani dalam buku rekod.
  • Jururawat akan memberi arahan supaya ibubapa atau waris menunjukkan 'Borang Pengenalan Discaj Bayi' untuk semakan pengawal di pintu wad dan pintu utama bangunan hospital.
  • Bagi bayi yang tiada ibubapa, penjaga yang sah perlu mendapat kebenaran bertulis Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital. Pengawal di pintu keluar wad akan menyemak dan ibubapa perlu menurunkan tandatangan dalam buku rekod.
  • Tag nama ibu dan bayi akan dipakai hingga sampai ke rumah.


Keratan akhbar - Harian Metro

Alhamdulillah time aku bersalin dulu, prosedur dan kawalan keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sangat ketat.. Time nak discaj tu banyak betul nak kene sign dan isi borang itu dan ini.. Mengikut prosedur katanya.. Alhamdulillah semuanya terkawal dengan baik.. Nak keluar dari bangunan HTAA tu pown kena tunjuk borang discaj bayi dulu dekat pengawal.. Tak boleh sewenang-wenangnya keluar sembrono aje..

Mungkin bagi yang tak tahu prosedur ni, mereka akan rasa menyusahkan dan cerewet.. Tapi itulah pentingnya prosedur ini bagi memastikan tidak berlakunya kejadian tak diingini seperti ini...


Read More

Wordless Thursday #4 - Daya

10 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Senyum tengahari
#macammacamdaya

-SMiLe-


Read More

Giveaway Salam Sihat Bersama Mashitah Mamat

17 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Salam Sihat Bersama Mashitah Mamat  |  Blogger Mashitah Mamat buat giveaway lagi.. Kali ni hadiah lagi menarik.. Hadiah berupa produk shaklee.. Wajib join ni.. Mane tau ada rezeki untuk menang kan.. Hehe..

Jom tengok hadiah-hadiahnya..




Jom lah join ramai-ramai korang.. 

Tarikh Tamat
15 Disember 2016


Read More

Menang Segmen Bloglist Nov-Dis by Fatina Mdzfr

Wednesday, November 16, 2016

23 comments
Assalamualaikum wbt..

Menang Segmen Bloglist Nov-Dis by Fatina Mdzfr  |  Rezeki untuk menang segmen ada lagi buat sekian kalinya.. Alhamdulillah.. Kali ni menang pula di segmen pencarian bloglist Nov - Dis oleh Blogger Fatina.. 


Terima kasih buat Fatina kerana sudi memilih blog hakakkk yang tak seberapa ni untuk dimasukkan kedalam bloglist.. hehe..

Jom korang kite berkenal-kenalan dengan blogger Fatina.. Sesambil tu leh tambah kenalan dan follower sesama sendiri kan.. 



Read More