Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab

Sunday, November 13, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt

Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab  |  Kecoh dan viral sekejap semalam dilaman sosial tentang nama 'Damia' dimana seorang individu yang membuat permohonan pertukaran nama kerana nama DAMIA tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok..

sumber : Sinar Harian

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.

Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Namun begitu, menerusi sumber lain pula, satu penerangan dipercayai dari Dr Maza mempunyai pendapat yang berlainan mengenai maksud nama-nama yang digunakan.
Anda boleh baca penjelasan penuh beliau dibawah:
Penjelasan Dr. Maza Mengenai Maksud Sebenar Nama DAMIA

Okey, ini pula adalah penerangan dan penjelasan daripada Dr. Maza tentang isu ini... Sumber ini aku dapatkan di laman facebook beliau.. [ FB DR. MAZA ]

Jom baca penjelasan penuh daripada beliau :-

Okeylah.. Isu ini dah pun terjawab.. So, lepas ni terpulanglah pada diri masing-masing pula sama ada nak tukar atau nak kekalkan nama tersebut.. Yang penting kita doakanlah yang baik-baik sahaja untuk anak kita...

Apa-apa pown lepas ni berhati-hatilah dalam memberi nama untuk anak-anak kita agar tak timbul lagi isu seperti ini.. Kekadang buku nama-nama indah dekat pasaran tu belum tentu betulnya lagi maskudnya.. Jadinya, untuk mengelakkan kejadian seperti ini, eloklah korang rujuk kepada pakar yang arif dalam hal ini.. Nama yang sedap disebut dan didengar belum tentu maksudnye seindah yang kita sebut dan dengar itu... Jangan hanya nak mengikut trend, anak pula yang menjadi mangsa kepada nama yang diberikan oleh ibu bapa.. Sama-samalah kita fikirkan ye..



Read More

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah

Saturday, November 12, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah  |  Seram pulak tengok gambar dekat atas ni.. Sakit.. pedih.. ngeri.. Hadoiiii.. Seksa wooo kalau bibir pecah dan kering... Sebelum terjadi, baik kita cegah.. Huhu... Macam mana nak cegah... Jom ikut petua ni.. 

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering


GULA + MADU

Campurkan 2 sudu gula dan satu sudu madu.. Letakkan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit.. Lepas tu, gosok bibir perlahan-lahan dengan menggunakan jari bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir... Kemudian bersihkan dengan air suam..




MADU

Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.. Selain itu, boleh juga mencampurkan madu dan glycerin, kemudian letakkan pada bibir sebelum tidur.. Madu adalah pelembap semulajadi yang mempunyai antibakteria dan membantu untuk merawat bibir kering dengan pantas.. 




KELOPAK ROS + SUSU

Basuh segenggam kelopak ros menggunakan air... Rendam dalam susu selama beberapa jam.. Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.. Sapukan ia pada bibir kering sebanyak 2 atau 3 kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.. Kelopak bunga ros ini dipecayai boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir serta warnanya...




MINYAK KELAPA

Letakkan minyak kelapa pada bibir beberapa kali sehari.. Boleh juga mengunakan minyak zaiton atau minyak biji sawi.. Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi membantu merawat bibir kering yang disebabkan oleh cuaca sejuk mahupown panas..




KRIM SUSU

Sapukan krim susu segar pada bibir dan biarkan selama sepuluh minit.. Kemudian bersihkan bibir dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam air suam.. Amalkan rawatan ini setiap hari agar bibir pulih dengan pantas.. Krim susu yang kaya dengan lemak adalah pelembap bibir semulajadi yang terbaik..




LENDIR LIDAH BUAYA

Letakkan sedikit lendir lidah buaya pada bibir setiap hari... Ianya dapat membantu melegakan kesakitan dan melegakan kesakitan.. Mungkin lidah buaya mempunyai rasa dan bau yang kurang menyenangkan, tetapi ianya banyak kebaikannya.. Kebaikan lidah buaya dalam rawatan bibir kering ini sememangnua telah diketahui keberkesanannya..




TIMUN

Sapu timun yang dihiris halus pada bibir agar jusnya terkena pada setiap bahagian.. Biarkan selama 15-20 minit.. Kemudian basuh dengan air.. Amalkan petua ini beberapa kali dalam sehari.. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk rawatan bibir kering..




JELI PETROLEUM

Cara ini ramai yang guna.. Letakkan jeli petroleum pada bibir setiap hari.. Sapukan juga sebelum tidur agar bibir kekal lembap pada waktu malam.. Selain itu, dengan meletakkan sedikit madu pada bibir dan biarkan beberapa saat, kemudian sapukan jeli petroleum pula.. Biarkan selama beberapa minit dan basuh menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air.. Lakukan 2 kali sehari.. 





AIR

Pengambilan air yang cukup boleh membantu mencegah dan merawat bibir kering.. Penting untuk kita minum air dalam kuantiti yang mencukupi agar badan kita kekal hidrasi.. Selain itu, air juga mempu membuang toksin dalam badan...



Oke, itulah sahaja petua mengatasi masalah bibir kering yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang... Korang pilihlah yang mana korang rasa sesuai dengan bibir korang tu.. Mungkin setiap orang tak sama keserasiannya dan keberhasilannya.. So, cubalah ye.. Yang penting usaha..  Hiks..

Selamat mencuba..!!



Read More

12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31

5 comments
Assalamualaikum wbt..


12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31  |  Sepetang hari ni menyelesaikan masalah blog.. Baru aje jumpa jalan penyelesaiannya dan dah selesai segalanya.. Naik kematu bijik mata tengok coding-coding blog.. Opppsss!! Bukan tu yang nak aku ceritakan.. Yang aku nak havockan tika dan saat ni adalah tentang 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 31 nanti.. Tadi baru aje berlangsungnya semifinal ke-2 muzik-muzik dan telah mengumumkan lagu mana yang bakal berentap di malam AJL31 nanti..

Lagu mana yang terpilih itu?? Jom tengok lagu mana yang berjaya ke AJL31 nanti..

12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31

1.   Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
2.   Terakhir - Sufian Suhaimi
3.   Sudah Ku Tahu - Projector Band
4.   Selamanya Cinta - Shila Amzah & Aliff Satar
5.   Terimaku Seadanya - Misha Omat & Hafiz Suip
6.   Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
7.   Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
8.   Obses - Akin & The Majistret
9.   Setia - Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
10. Hang Pi Mana - Khalifah
11. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof ft Mawi
12. Anugerah Terindah - Black


Siapakah dan lagu manakah agaknya ye yang bakal merangkul gelaran juara nanti.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat... Kalau tanya yang mana aku minat, dah semestinya khalifah, projector band, dayang nurfaizah, akim & the majistret.. ehh banyak pulak ye... Haha..

Korang rasa yang mana akan menang?? Wohaaa!!



Read More

Problem Blog | Main Menu Blog Tak Berfungsi

Friday, November 11, 2016

12 comments
Assalamualaikum wbt..


Problem Blog | Main Menu Blog Tak Berfungsi  |  Masalah pada blog datang lagi.. Kali ni banyak gadget tak berfungsi.. Setakat ni yang dapat dikesan adalah main menu (menu tab) dan comment button... Oh my!! Pening kepala fikirkan jalan penyelesaiannya.. 

Problem 1

Menu tab tak berfungsi seperti yang sepatutnya.. Bila aku klik dekat menu tab tersebut, akan terpapar halam utama dan bukan halaman yang sepatutnya yang telah aku label pada tajuk-tajuk tersebut..


Problem 2

Add caption
Comment button pown macam tu jugak.. Bila klik akan terpapar laman utama.. Dan bila klik sekali lagi baru akan terbuka entry tersebut.. 

Adoii apakah masalah yang melanda blog aku ni.. Rasanya aku tak de ubah apa-apa pada coding.. Lama dah dah mengupdate coding blog.. Masih setia dengan yang asal.. Tapi kenapa tetiba boleh terjadi masalah-masalah ni..

Aku tak punya masa yang banyak untuk melihat coding.. So, kalau korang tahu jalan penyelesaian harap dapat membantu aku ni.. Huwaaaaa.. Ataupown korang memang pakar atau mengambil upah untuk mengejas-ejas coding blog, dan boleh menyelesaikan masalah ni, bolehlah pm aku.. Hiks.. 


Read More