Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Thursday, March 8, 2018

2 comments
Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu  Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment  | Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.   

Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu  Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.  

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon (bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu) dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :- 

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati; 
Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah; 
Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.  


Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam (Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi), pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak. (Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu)   


Sertai Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12,000!

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah :-

Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 
Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE  

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.  


Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.  

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.



Read More

Fattah Amin Dan Fazura Jemput Peminat Ke Majlis Persandingan

8 comments
Fattah Amin Dan Fazura Jemput Peminat Ke Majlis Persandingan |  Baru-baru ni kecoh sana sini dok bercakap dan bercerita tentang majlis persandingan si cantik dan si kacak, Fazura dan Fattah Amin.. Aku sendiri pun kemain excited tengok gambar dan video dorang bersanding dengan tema yang cukup cantik dan sweet, Fairytale.. Memang cantik gile.. Temanya memang sepadan dengan pasangan bahagia ini.. hehe..

Peminat Ke Majlis Persandingan, fattzura, fattah amin dan fazura kahwin, majlis kahwin fattzura, fairytale
Sumber : IG Fazura

Baru kejap tadi aku singgah di laman instagram dorang.. Eceli, aku sendiri belum boleh move on dengan majlis persandingan fairytale dorang.. Hari-hari mesti nak tahu perkembangan kehidupan dorang.. Bizibody kan aku.. Haha!! Dulu tak minat, tapi lepas dorang kawen, jadi terlebih minat pulak kat dorang.. Sebab dorang memang pasangan yang sweet.. Moga dorang bahagia dan berkekalan hingga jannah hendaknya.. 

Ehh lain nak cerita lain pulak aku membebel ye.. Ok, sekali lagi.. Baru sat tadi aku singgah laman IG dorang.. Ternampaklah post jemputan dorang.. Fattah Amin dan Fazura jemput peminat ke majlis persandingan dorang wehh!! Gile best.. Tapi best bagi mereka-mereka yang berkesempatan untuk hadir jerk la kan.. Cam aku ni, hanya  mampu tengok dari kejauhan.. Sob Sob Sob.. Apa-apa pun aku doakan moga majlis mereka diberkati, meriah dan berjalan lancar.. Insyaallah.. Jom tengok kad jemputan dorang.. Hiks..

Sumber : IG Fattah Amin

Sumber : IG Fazura

Oklah, Kad Jemputan pun dah diupkan di IG.. So, bagi korang yang mana nak pergi tu, dah boleh fikir baju apa nak pakai nanti.. Hehe.. Yang penting haruslah pakaian tradisional ye.. Majlis akan diadakan pada 13 Mac 2018 (Ahad) dari jam 2 petang hingga 4 petang.. Kat mana tu?

Tempat :-

Royale Palace
Lot 525, Jalan TUDM, Pekan Subang, Seksyen U6,
40150 Shah Alam

Buat Fazura dan Fattah Amin, aku doakan moga perkahwinan mereka kekal, bahagia dan sweet sokmo hingga jannah.. hehe.. :)



Read More

Carousell Live! To Raise Funds For The Malaysian Red Crescent Society

4 comments
Carousell Live! To Raise Funds For The  Malaysian Red Crescent Society  |  The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) is partnering with Carousell, one of the world’s largest and fastest growing mobile classifieds marketplace for its Carousell LIVE! flea market happening this weekend, 10 and 11 March 2018, at Publika, Solaris Dutamas. The event will be used to raise fund for MRCS’ activities such as the disaster relief operation, health and community service, capacity building as well as in youth development.  

Carousell Live! To Raise Funds For The  Malaysian Red Crescent Society, carousell

The event will provide a physical platform for MRCS to sell their pre-loved goods donated by the public as part of its on-going efforts to raise funds. The items will be listed on Carousell to extend the fundraising’s outreach beyond Klang Valley.  

Carousell LIVE! will also feature booths by 20 top Carousellers and celebrities such as Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, and Natrah, who will be selling new and pre-loved items in the fashion, accessories, art and electronic goods categories. Visitors will almost certainly find some great deals for these pre-loved items.   


This marks Carousell’s continued commitment towards a community-driven mobile marketplace, which promotes a sustainable lifestyle.  This vision is very much shared by MRCS, with its strong foundation built on humanity, independence, neutrality, impartiality, voluntary service, unity and universality, the Fundamental Principles of the International Red Cross and Red Crescent Movement.  

Carousell LIVE! is more than just an avenue for Carousellers to display and sell their goods. It is also a platform for us to contribute back to the society through such significant partnerships, like this one with MRCS. As an established humanitarian society that has dedicated its services to Malaysians for 70 years, we hope Malaysians will show their support at this event and assist in funding their operations,” said Lucas Ngoo, Co-Founder and Chief Technology Officer of Carousell.  

The fundraising collaboration highlights the importance of joint engagement to build a safer and disaster-resilient country.   

MRCS gratefully welcomes this fundraising partnership in the spirit of community engagement and reaffirm our commitment to the alleviation of human suffering in the aftermath of natural and man-made disasters and other related challenges in the country,” said Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, Secretary General of MRCS.  

MRCS is presently one of 191 National Societies that are members of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), which together with the International Committee of the Red Cross (ICRC) are components of the International Red Cross and Red Crescent Movement.  


Founded by three passionate and enterprising men in Singapore, Lucas Ngoo, Quek Siu Rui and Marcus Tan in 2012, Carousell is a mobile and online consumer to consumer marketplace for buying and selling new and second-hand goods available in Malaysia, Singapore, Indonesia, Taiwan, Hong Kong and Australia. Co-founders Siu Rui and Lucas were also recognised by Forbes Asia in its annual 30 Under 30 list.  

Event Details :- 

Venue 
The Square, Publika Shopping Gallery  
No.1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur 

Date
10 – 11 March 2018 

Time
11 a.m. to 10 p.m.  

For more information, follow us on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.


Read More

Dianz Vitamin C & E Buat Kulit Jadi Cantik Dan Mulus

Saturday, March 3, 2018

8 comments
Dianz Vitamin C & E Buat Kulit Jadi Cantik Dan Mulus  |  "Hisap-hisap terus cantik!!". Korang rasa ini tagline untuk produk apa? Hehe.. Tapi aku rasa mesti ramai yang dah tahu tagline produk apa ni kan.. Yelah, produk kecantikan ni agak popular di pasaran sekarang dan mempunyai permintaan yang tinggi dek kerana ramai yang nak cantik.. Produk apakah itu? Ya, Dianz Vitamin C & E buat kulit jadi cantik dan mulus.. 

Dianz Vitamin C & E Buat Kulit Jadi Cantik Dan Mulus, dianz, cara putih gebu, vitamin cantik, vitamin putih

Berbotol warna ungu menambahkan lagi daya tarikan produk ini.. Serius weh, aku sendiri tengok packaging produk ni dah rasa tertarik nak cuba.. Dan, aku dah pun cuba.. Bukan sahaja sebab packagingnya menarik tetapi feedback dari pelanggan mereka juga membuatkan aku berminat untuk mencubanya.. Siapa yang tak nak cantik kan.. Wanita ni tak sah kalau tak dikaitkan dengan kecantikan.. Betul tak? 

Ok, stop membebel!! Sekarang aku nak perkenalkan pada korang semua yang mana nak cantik, tetapi tak tahu nak amalkan produk apa.. Ni dia, aku syorkan korang consume produk Dianz Vitamin C & E ini.. Sangat bagus tau.. Nak tahu lebih lanjut, stay back ya!


Ramai antara kita pada hari ini lakukan apa saja untuk cantik.. Ada yang sanggup keluarkan belanja yang tinggi semata-mata untuk cantik.. Mungkin bagi yang berkemampuan, duit tak menjadi masalah bagi mereka.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan tetapi teringin sangat nak cantik, pasti mencari cara yang lebih mudah dan murah untuk mencapai impian mereka untuk cantik.. Jadi, kali ni aku nak kenalkan pada korang produk yang mampu milik dan mampu buat korang cantik dan mulus dengan hanya mengamalkan Dianz Vitamin C & E.. 

Harganya ofkos murah pada harga yang berpatutan.. Kesannya masyaallah, sangat superb kalau kita konsisten dalam pengambilannya.. Nampak tak dah macam pantun ayat aku tu.. Haha!! Orite, kalau korang nak tahu, Dianz Vitamin C & E ni didatangkan dalam bentuk tablet yang sangat sedap.. Rasanya masam manis limau dan berry.. Sedap tau.. Bila makan tu rasa macam makan gula-gula.. Hehe.. Kadang-kadang rasa nak makan semua sekali ajerk dalam satu masa.. Punyalah sedap rasanya.. Aku memang suka rasa Dianz Vitamin ni..


Bertepatan dengan taglinenya "hisap-hisap terus cantik", jadi korang hanya perlu makan sebiji dan kemam atau hisap sahaja tablet Dianz ni selepas makan.. Mudahkan.. Sebotol mempunyai 30 biji dan tahan selama sebulan sekiranya korang amalkannya sebiji sehari.. Selamatkah produk ini? Soalan yang selalu diajukan oleh pelanggan.. Insyaallah produk ini selamat diambil kerana telah diluluskan oleh KKM dibawah akta farmasi : MAL16095012NC dan ianya merupakan produk muslim dan kilang bertaraf GMP..

Kandungan & Fungsi Dianz Vitamin
  • Mengandungi Vitamin C yang berasaskan Oren untuk merawat parut, jerawat dan jeragat
  • Mengandungi Vitamin E yang berasaskan Maquiberry untuk melembapkan kulit
  • Mengandungi Kolegen asli berasaskan Ikan Talapia untuk kulit lembut dan gebu.
  • Extrak Glutathione sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan
  • Ekstra Ascorbic Acid untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh

Kelebihan Dianz Vitamin
  • 5 kali ganda lebih cepat penyerapan dengan extra Glutathione dan Ascorbic Acid
  • Baik untuk tumit kaki, rambut dan kuku
  • Berperisa Berry (Masam-masam manis)
  • Tiada gelatin dan 100% dijamin HALAL
  • Produk Muslim dan Kilang bertaraf GMP
  • Diluluskan oleh KKM


Kebaikan Dianz Vitamin

Produk Dianz Vitamin ni kalau korang nak tahu banyak sangat kebaikannya... Bukan sahaja mampu mencantik dan memuluskan kulit tetapi terdapat banyak lagi kebaikan yang korang dapat perolehi sekiranya korang mengamalkan produk ini secara teratur dan konsisten... Jom semak kebaikannya satu persatu.. 
  • Mencerahkan kulit muka dan badan
  • Mencantikkan kulit
  • Kulit lebih glowing dan berseri
  • Melembapkan kulit
  • Merawat parut, jerawat dan jeragat serta menghilangkan minyak berlebihan pada kulit muka
  • Menghilangkan parut pada muka dan badan
  • Mengurangkan ekzema
  • Mengurangkan resdung
  • Membantu menegangkan kulit
  • Merawat kulit kusam 
  • Merawat tona kulit tidak sekata
  • Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit


Pantang Larang Dianz Vitamin

Haaaa jangan tak tahu ye, Dianz Vitamin ni ada beberapa pantang larang yang perlu korang ikuti dan patuhi.. Nak tahu apakah pantang larangnya?? Meh pakat baca list kat bawah ni..
  • Boleh diambil oleh lelaki mahupun wanita bermula dari umur 16 tahun dan keatas
  • Ibu mengandung dan menyusu juga boleh consume produk ni
  • Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif
  • Sila elakkan makanan dan minuman berkafein dan bergas untuk mendapatkan kesan yang lebih berganda dan optimum


Pastikan Yang Original Baru Beli!

Sepertimana yang korang semua tahu, sekarang ni banyak betul produk tiruan.. Asal aje produk tu femes dan meletop di pasaran, pasti menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memalsukan produk tersebut.. Termasuklah produk Dianz Vitamin ni... Jadi, korang yang mana nak beli produk ni, pastikan yang original baru beli ye.. Macam mana nak pastikan yang original? Ok, tengok gambar ni..

Perbezaan antara yang original dan fake

Pastikan ada sticker bar code ini bagi membolehkan korang semak ketulenan produk


Testimoni Pengguna Dianz Vitamin





Testimoni Aku Sendiri

Orite, selepas sebotol aku consume produk Dianz Vitamin ni dan kini telah masuk botol yang kedua, memang terdapat perubahan pada kulit aku.. Kulit aku semakin lembap dan lembut.. Kalau dulu selalu sangat aku menghadapi kulit yang kering sampai satu tahap kering bersisik.. Hadoiii tak lalu aku nak tengok kulit kering bersisik aku tu.. Lotion dah sapu tetapi tak jalan jugak.. Alhamdulillah, lepas kawan aku perkenalkan produk Dianz Vitamin ni dan aku consume secara teratur dan konsisten, kulit aku dah banyak perubahan.. 


Ada jugak kawan opiz tegur, aku semakin cerah.. Sebenarnya aku sendiri tak perasan yang aku sedikit cerah.. Haha!! Bila ditegur, barulah aku perasan.. Walaupun belum cerah secara keseluruhan tetapi nampaklah sedikit perubahannya.. Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku consume Dianz Vitamin ni tau.. Paling penting aku beli yang original.. Hehe

Dapatkan Dianz Vitamin C & E Sekarang Untuk Kulit Cantik Dan Mulus!

Untuk cantik dan mulus, tak perlu produk yang mahal dan keluarkan belanja yang besar.. Cukup hanya dengan consume Dianz Vitamin ni secara teratur dan konsisten dah mampu membuatkan korang cantik dan mulus.. Tak percaya? Kalau tak percaya silalah cuba ye.. 

Ok, kalau korang nak cuba produk Dianz Vitamin ni, pastikan korang beli dengan pengedar Dianz yang sah ye.. Macam aku sendiri, memang akan cari pengedar Dianz yang sah supaya aku dapat produk yang original.. Bila produk original, barulah berkesan produk tersebut pada kita.. Jadi, untuk dapatkan Dianz Vitamin yang original, korang bolehlah terjah laman sosial agen di bawah untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut tentang produk.

Harga Dianz Vitamin
RM 50.00 ( 30 biji )

Facebook

Facebook Page

Instagram

Shopee 

Whatsapp
013-699 9876

Read More

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Thursday, February 22, 2018

9 comments
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari   | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.   

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari, shopee, online shopping, shopee mall, barang murah di shopee, shopping barang murah, sale
Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.   
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.   

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :-  

  • Mobil & Gajet - Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri  
  • Kesihatan & Kecantikan - Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek
  • Permainan, Kanak-kanak & Bayi  - Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan  
  • Pakaian Wanita  - Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun  
  • Perabot & Perhiasan Rumah - Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur 


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.   

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Read More

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit

Monday, February 19, 2018

8 comments
Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit  |  Korang pernah tak terkena penyakit panau..? Bercerita pasal panau ni teringat pulak zaman sekolah dulu.. Aku pernah terkena panau kat muka.. Perghh masa tu tak yah cakaplah rasa malu tu sangatlah menebal.. Hehe.. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh ada panau dekat muka.. Tapi orang cakap, kalau time berpeluh kita mandi memang mendapatlah panau.. Haha!! Dengan gigihnya aku waktu tu mencari ubat dan cara untuk hilangkan panau.. Bukan senang tau nak hilangkan panau ni.. Memakan masa jugak.. Tapi time tu, aku hanya mampu menggunakan cara tradisional saja untuk hilangkan panau.. Huhu..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit, glow gelenggang, cara hilangkan gatal-gatal kulit, cara rawat penyakit kulit, cara hilangkan panau, cara rawat ekzema, daun gelenggang

Sekarang dah tak payah susah-susah dah macam dulu-dulu sebab banyak pilihan ubat yang ada dijual di pasaran untuk hilangkan penyakit panau.. Salah satunya Glow Gelenggang berkesan hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit termasuklah panau.. Hari tu anak aku Aqiff terkena Kurap Susu dekat dahi dia.. Mula-mula tu aku ingatkan panau.. Siap beli ubat panau lagi dekat farmasi.. Tapi tak jugak hilang.. Bila dirisik-risik dengan orang tua, rupanya kurap susu sebabnya bila susu terkena bahagian dahi, aku tak terus kesat sebaliknya dibiarkan kering camtu jerk.. Maka terjadilah kurap susu.. 

Nampak tak dekat dahi Aqiff ada putih-putih.. Tulah kurap susu.. 

Rimas jugaklah aku tengok kurap susu tu dok melepak dekat dahi anak aku ni.. Macam-macam cara juga mula tu aku cuba.. Ada yang syorkan letak ubat gigi.. Aku pun dah lakukan.. Tapi keadaannya tetap sama.. Ada yang cakap, biarkan aje, lama-lama akan hilang sendiri... Aku pulak yang tak boleh nak tengok dahi anak aku ada tompok-tompok putih macam tu.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk Glow Gelenggang yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi ni.. Alhamdulillah berkesan hilangkan kurap susu pada dahi anak aku tu.. Produk ni memang bagus tau.. Meh aku story sikit tentang produk ni..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Glow Gelenggang merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap..Produk ini diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi.. Ianya BEBAS BAHAN KIMIA dan BEBAS STEROID.. Jadi, korang tak perlu risau akan keselamatannya kerana ianya terbukti selamat digunakan dan sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba.

Daun Gelenggang

Sesuai dengan namanya Glow Gelenggang, produk ini diperbuat dari daun gelenggang (cassia alata) yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria yang powerful untuk menghilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit.. Kalau korang nak tahu, Daun Gelenggang ni sangat dikenali sebagai agen anti-kulat yang sangat tinggi.. Ia sebenarnya telah digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang eropah untuk mengatasi masalah kulit..

Tahukah Anda?
Petua orang dulu-dulu, mereka akan menumbuk Daun Gelenggang ni sampai lumat dan dicampur bersama sedikit belerang atau minyak tanah.. Kemudian, campuran tersebut ditampal pada anggota badan untuk mengubati panau, kurap atau kudis buta..

Sekarang dah moden.. Korang dah tak perlu nak cari dan tumbuk bagai Daun Gelenggang ni.. Hanya perlu dapatkan set Glow Gelenggang ni aje dah boleh rawat penyakit kulit yang korang alami.. Senang kan? Formula terkini Glow Gelenggang ni berasaskan 6 ramuan istimewa untuk 'mengghaibkan' gatal-gatal kulit dengan mudah.. Tidak seperti kebanyakan produk lain dipasaran yang tinggi bahan kimia yang boleh memudaratkan, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih.. Jadi, dengan adanya Glow Gelenggang ni, korang dah tak payah nak menggaru lagi.. Hehe..

Bahan-Bahan Premium Terbaik Dalam Glow Gelenggang

  • Daun Gelenggang (Cassia Alata)  - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
  • Minyak Argan (Argan Oil) - Menjadikan kulit halus dan licin.. Mudah menyerap ke dalam kulit
  • Minyak Zaitun (Olive Oil) - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu Kambing (Goat Milk) - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - Untuk menyejukkan kulit. Tidak panas.



Glow Gelenggang Penawar Hilangkan Gatal-Gatal Kulit

Sebenarnya kalau korang nak tahu, Glow Gelenggang ni berkesan hilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh :-
  • Gatal-gatal kulit
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Kurap
  • Panau
  • Kayap
  • Bedang
  • Bisul
  • Kudis Buta
  • Kurap Susu Bayi
  • Resdung
  • Kutu Air

Siapa Yang Boleh Guna Glow Gelenggang?

Oleh kerana Glow Gelenggang ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia, jadi ianya selamat digunakan oleh :-
  • Lelaki mahupun wanita
  • Kanak-Kanak
  • Orang dewasa
  • Orang tua
  • Wanita Hamil
Istimewanya Set Glow Gelenggang


Keistimewaan Set Glow Gelenggang ni yang perlu korang tahu adalah ianya tidak pedihkan kulit, tidak panas, tidak berbau busuk, tidak berbau ubat dan tidak keringkan kulit.. Serius, memang produk ni tak berbau busuk sebaliknya bau wangi.. Aku suka baunya.. 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba. Sabun Herba bersaiz 50gm manakala Minyak Herba pula bersaiz 30ml.. 

Untuk penggunaan sabun herba, korang boleh gunakannya pada muka dan badan.. Tak perlu was-was.. Kalau nak jimat, korang boleh potong kecil-kecil.. Aku sendiri pun potong kecil-kecil supaya tak membazir.. Apa yang bestnya sabun ni, ianya tak mudah cair, tak menjadi 'putih' dan tak mudah lembik.. Sabun herba ni bertekstur scrub.. Rasanya nyaman dan sejuk yang mild bila digunakan.. Sangat selesa!!


Bentuk dan warna Sabun Herba Gelenggang

Tekstur scrub Sabun Herba Gelenggang

Minyak Herba Gelenggang didatangkan dalam botol pump yang mudah digunakan

Cara Guna Set Glow Gelenggang

Cara menggunakan set Glow Gelenggang ni sangat mudah dan tak perlu mengambil masa yang lama.. Jom lihat step yang betul cara guna set Glow Gelenggang ini.. 
  • Mula-mula guna Sabun Herba semasa mandi
  • Kemudian, picit dan sapu Minyak Herba selepas mandi sebelum masuk tidur dan bila perlu atau lebih tepat bila korang rasa gatal-gatal..
  • Guna 2 - 3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang lebih optimum
Peringatan untuk semua pengguna set Glow Gelenggang!
Pastikan sabun tidak terendam dalam air dan simpan di tempat yang kering. Manakala Minyak Herba pula simpan pada suhu bilik.. Elakkan simpan di tempat yang panas dan terkena sinaran matahari supaya khasiatnya sentiasa berkekalan.

Testimoni Aku Sendiri

Secara keseluruhan aku sangat berpuashati dengan set Glow Gelenggang ni.. Aku dah gunakan pada anak aku untuk hilangkan kurap susu dan hasilnya sangat bagus.. Kurap susu pada dahi anak aku semakin pudar.. Aku sendiri pun dah cuba untuk hilangkan gatal-gatal dibahagian hidung akibat resdung.. Yesss kesannya sangat best.. Rasa gatal hilang lepas guna set Glow Gelenggang ni.. Memang terbaik..

Walaupun resdung aku ni jarang-jarang muncul tetapi sekali di datang, gatalnya memang tak tertahan.. Sampaikan merah hidung aku garu.. Hehe.. Lepas ada Glow Gelenggang ni, masalah gatal hidung dapat diatasi dengan mudah.. Tak perlu dah nak garu-garu sampai merah hidung.. Hiks.. Paling penting baunya best tak busuk.. Kalau bau busuk, rasanya aku sendiri tak sanggup nak pakai dekat muka aku ni.. Hehe.. Nasib baik bau Glow Gelenggang ni wangi.. Sampai excited nak guna.. Haha!!


Satu lagi yang aku suka tentang Glow Gelenggang ni adalah packaging dia.. Masa mula-mula sampai parcel tu, aku jadi excited sebab bungkusannya superb cute.. Tengoklah gambar kat atas ni.. Betapa kiutnya plastik pembungkus tu.. Hehe.. Dilengkapi sekali dengan beg hijau tu menjadikan set ini eksklusif..

Testimoni Pengguna Glow Gelenggang







Untuk lihat testimoni lain boleh klik SINI



Dapatkan Glow Gelenggang Sekarang Untuk Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Dengan Glow Gelenggang masalah gatal-gatal kulit dapat diatasi dengan mudah.. Jadi, untuk hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit yang korang alami dengan berkesan, dapatkan Set Glow Gelenggang sekarang juga!!

HARGA

SABUN HERBA
1 unit Sabun Herba Organik RM47
2 unit Sabun Herba Organik RM70 (Jimat RM24)
4 unit Sabun Herba Organik RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

MINYAK HERBA
1 unit Minyak Herba Organi RM47
2 unit Minyak Herba Organik RM70 (Jimat RM24)

SET GLOW GELENGGANG
1 set RM70 (Jimat RM24)
2 set RM140 + FREE 1 unit sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

**Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dari Glow Gelenggang

CAS POSTAGE
FREE Postage untuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia

Berita Baik Untuk Anda!!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Glow Gelenggang ni, korang boleh dapatkan sekarang dengan harga yang lebih rendah.. Bagaimana tu? Ok, hari ni aku nak bagi korang semua code diskaun yang boleh korang gunakan semasa membuat pembelian Glow Gelenggang ini..



Jom order sekarang dengan menggunakan CODE DISKAUN : LEA10 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM10 bagi setiap pembelian set Glow Gelenggang.. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buat order Set Glow Gelenggang melalui whatsapp ke nombor 014-544 5951 dan nyatakan sekali kod diskaun tersebut untuk menikmati potongan yang diberikan..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Whatsapp
014-544 5951




Read More

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Saturday, February 17, 2018

8 comments
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken  |  Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir. Itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken, Aiken, tisu lembap, tisu lembap antibakteria, tisu basah,

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria iaitu Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.  

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini.   


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.   

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih iaitu :-

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA 


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.  

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA 


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit. Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini mampu menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.  

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu ini boleh didapati pada harga RM6.50(Semenangjung)/ RM6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Read More